j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Ahmad Maslan Cabar Anwar Ibrahim

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Thursday, 8 November 2012

Ahmad Maslan Cabar Anwar Ibrahim


Di sebalik cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding di Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau pula ditempelak Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Kata Ahmad, Anwar yang memilih Permatang Pauh sejak ketika berada dalam Umno seharusnya bertanding di luar kawasan tersebut.

"Kenapa pula hendak bertanding di Marang? Kita ada akar umbi di Pekan sejak zaman Tun Razak lagi. Kenapa dia tak nak bertanding di luar Permatang Pauh?" soal Ahmad.

Pada pilihan raya kecil 2008, Anwar bertanding semula di Permatang Pauh dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar sebelum ini mencabar Najib, yang juga Presiden Umno, bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden Pas itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Najib sejak tahun 1979.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di Parlimen Pekan sekiranya diarah berbuat demikian oleh parti.

Najib bagaimanapun membalas bahawa beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...