j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: April 2012

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday, 30 April 2012

UMNO, Perkasa dan GMPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ambiga kerana menumbulkan kekecohan di Ibu Negara


GMPN buat laporan polis terhadap Ambiga dan konco-konconya


Kenyataan akhbar dari Mejar (B) Razali bin Zakaria

Semasa perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April 2012, telah berlaku kecederaan kepada pihak polis serta harta benda awam. Himpunan itu juga tidak dapat dikawal oleh penganjur sehingga berlaku kekecohan dan huru-hara. 

Pihak GMPN mengesa agar tindakan sewajarnya diambil lepada ambiga yang menjadi punca kekecohan tersebut. 

"Ambiga perlu ditangkap dan didakwa dan didakwa di mahkamah" ujar Mej Razali ketika sidang media.

Pihak GMPN mendesak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap Ambiga yang telah mencetuskan kekacauan pada 28hb April 2012 di Ibu Kota demi menjaga keselamatan dan keamanan negara Malaysia tercinta.

Video Demontrasi Aman oleh GMPN menentang bersih



18SX Wajib tonton, rakaman video penyokong demontrasi bersih dilanggar dan terperangkap dibawah kenderaan polis


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..
Akhirnya rakaman video yang didakwa oleh penganjur bersih Ambiga dan parti-parti pembangkang yang mendakwa penyokong demontrasi haram bersih terperangkap di bawah kereta waja polis yang diterbalikkan didedahkan.

Mana mangsa yang didakwa oleh penyokong-penyokong bersih ni?!!
Tiba-tiba ghaib pulak.. Heran jugakan...
Itulah kerja nak menipu ker...

Merah : Malaysiakini nak tipu apa pulak lepas ni?

WAJIB TONTON Video Bersih Ah Soh biadap terhadap warga asing, pastu kena tarbiah balik


Ah Soh ni berlagak macam cerdik pandai, dia dah lupa ke asal usul dia dari mana..
Tu laaa lain kali cakap elok-elok sikit.
Wartawan asing pun pandai cakap sopan..
Malachai kat belakang tu senyap jer.. Padan muka korang

Video penyokong BERSIH bantai POLIS



Dimana salahnya pihak Polis dalam mempertahankan diri dan menjaga keselamatan 27.6 Juta Rakyat Malaysia dan Negara ini? Dimana salah mereka bertindak tegas keatas puak BERSIH yang boleh kita takrifkan sebagai pemberontak? Dimana keadilan untuk pihak Polis yang sanggup berkorban apa sahaja dalam mempertahankan Malaysia ini dari kacau bilau?

Rakyat mampu melihat, Rakyat Mampu Mendengar dan Rakyat juga Mampu Memberikan Kerjasama kepada pihak Polis agar Malaysia aman dan tenteram dari pekara yang boleh mencetuskan tragedi berdarah sepertimana didalam video diatas.

TOLAK BERSIH 3.0, TOLAK ANWAR, TOLAK AMBIGA, TOLAK PAKATAN RAKYAT
Demi Kemakmuran Negara

Friday, 27 April 2012

Pengarah dan produser filem menghasut rakyat untuk menentang kerajaan

Siapa mamat ni? Siapa dia? Tiba-tiba muncul pulak..

Mamat yang bernama Hishamudin Rais atau lebih dikenali sebagai Isham ni baru-baru ini telah turun ke Bukit Jalor, N9 untuk menghasut penduduk dan rakyat setempat bagi membantunya menentang kerajaan..

Mamat yang pernah membuat filem 'dari Jemapoh ke Manchester' ni dengan lantang menghasut rakyat untuk melakukan tunjuk perasaan serta demontrasi jalanan di Dataran Merdeka untuk menumbangkan UMNO dan Kerajaan Malaysia.
Kurang Ajar sungguh Mamat ni!!

Bagi sesiapa tidak mengenalli mamat ni, mari lihat Merah bongkar siapa individu yang bernama Hishamudin Rais ni.

Hishamudin Rais

  • Pernah melarikan diri pada tahun 1974 ke luar negara
  • Pernah ditangkap dan direman di Penjara Air Molek, Melaka.
  • Di tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 2 minggu.
  • Terlibat dalam Reformasi pada tahun 1998
  • Pada 2001 beliau ditangkap dibawah seksyen 71 (3) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.
Merah: Jadi kesimpulannya, memang niat Hishamudin ni mengumpul askar-askarnya untuk untuk menjatuhkan kerajaan. Ayuh kita humbankan mamat ni ke "The NEW ISA"

BONGKAR!!!:Pendedahan Mohamed Razali bahawa DAP ingin menukar Agama Rasmi kepada Kristian

DAP is the World RACIST PARTY!!!
Baru-baru Merah dijemput bagi menghadiri satu taklimat pendedahan oleh mantan s/u politik Adun Jelutong.. Penerangan dan pendedahan oleh saudara Mohamed Razali bin Abdul Rahman itu menunjukkan sikap bermuka-muka parti rasis dan cauvinis DAP.
Kronologi isu menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi Malaysia:-

  • 2007- Beliau telah menerima pelbagai bentuk latihan intensif dari pakar luar negara untuk melatih beliau untuk taat & setia kpd parti perkauman itu. Fokus latihan mereka tertumpu kpd kelemahan bangsa melayu & cara-cara utk mempengaruhi mereka. Tenaga pengajar mereka adalah dari BANGSA YAHUDI AMERIKA SYARIKAT
  • Tanggal 5 Mei 2011- Beliau menghadiri Jamuan tertutup makan makan di Red Hotel P.Pinang bagi meraikan kemenangan PRU Sarawak. Kehadiran pada malam tersebut kebanyakannya terdiri dari pastor/paderi kristian. Semasa ucapan YB Jeff Ooi, beliau telah mengutuk secara terang-terangan berkenaan agama Islam di Malaysia.
  • Upacara terakhir ketika itu adalah membuat akaun bersumpah yang dibuat oleh semua paderi yang hadir iaitu  AKAN MENJADIKAN KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA DALAM MASA 10 TAHUN DAN PERDANA MENTERI PADA WAKTU ITU TERDIRI DARI YANG BERAGAMA KRISTIAN!!!
  • 7 Mei 2011- Beberapa akhbar telah membongkar sindiket ini.
  • 13 Mei 2011- DAP dan kroni2nya menafikan sindiket tersebut.
  • 13 Mei 2011- Razali tampil membuat laporan polis sambil membawa bukti tentang kejadian pada malam tersebut.

Setelah beliau membuat laporan polis, beliau telah menerima pelbagai tawaran & ugutan bunuh dari juak2 DAP dan pembangkang. Betapa hebatnya permainan DAP selama ini..

PERSOALANNYA ..
SANGGUP KE KITA BERSEKONGKOL DGN PUAK2 DAP?
DEMI AGAMA, BANGSA & TANAHAIR TERCINTA
BANGKITLAH KITA

Bersih 3.0 menyusahkan peniaga di KL

Peniaga Cina Tolak Bersih 3.0

Video GMPN vs Ambiga Bersih 3.0

Thursday, 26 April 2012

GMPN vs Bersih 3.0

Demi menjaga keselamatan dan keamanan negara Malaysia tercinta
Satu laporan polis di buat petang tadi bagi menggesa pihak berkuasa memganbil tindakan terhadap penganjur demo bersih 3.0 serta orang yang hadir ke himpunan tersebut.

Gerakan Memartabat Pejuang Negara yang di ketuai oleh Presidennya Mejar (B) Razali bin Zakaria memberitahu jika tidak dibenteras awal ianya akan mewujudkan suasana yang tidak tenteram.

Presiden GMPN mewakilli rakyat Malaysia mendesak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis supaya tindakan tegas dikenakan kepada penganjur, individu dan partipolitik yang akan berhimpun pada 28 April 2012.

Himpunan Bersih 3.0 yang ditunjangi oleh Ambiga dan didalangi oleh parti pembangkang dijangka akan menimbulkan kekecohan di ibu negara. Rakyat umumnya risau jika ada perbalahan kemungkinan akan terjadi rusuhan kaum serta pertumpahan darah.


Tuesday, 24 April 2012

Gempar!! Video Oral Sex Anwar tersebar


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini cuak kerana video "Aiskrim" kini berada di tangan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
'Jaga ini betul-betul', kata Datuk Nalla kepada peguamnya.
Video berkenaan yang mengaitkan perlakuan seks diantara Anwar Ibrahim bersama isteri kepada pemimpin PKR Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin diserahkan sendiri oleh Datuk S Nalakaruppan di perkarangan lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur.

Datuk Nalla enggan mendedahkan lebih lanjut berkenaan video tersebut dan berkata semuanya akan didedahkan ketika prosiding mahkamah.

Wednesday, 18 April 2012

UNDI PAS DAPAT DAP


Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru.  Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor.

Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL).   Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi.

Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka.      Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam.

Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.

Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen.  Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam.

Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi.

Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan.

Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.  

DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun.   DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.  

Dalam beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan pendirian mereka.  Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu Islam.

Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina.  Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.

Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.

Namun, yang mengambil ‘tugas’ berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.

Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP.  PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi.   Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Dato’ Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR.  PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah.

Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.

Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu?  Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam.

Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP.  PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara.  Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.  

Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP.  Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya.  Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya.

Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.

Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi.

Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini.  DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya….

PANAS!!! Rita Rudaini kembali menjadi Mak Jan.. Berebut orang..

Tak habis-habis dengan kisah si Aidil dengan Rita ni.. Kesian pulak MerahMato tengok Rita.. Xpelah Rita.. kut  Aidil x sayang kek ekau.. Abang Merah totap sayang.. hehehehe

Hubungan perkahwinan yang terjalin selama 4 tahun kini menuju retak berikutan pengesahan dari Rita dan abg Lawyernya bahawa si aidil telah pun membuat permohonan cerai melalui SMS.. hisskk.. budak-budak sekarang ni dah xdo adab lagi agak eh.. nak corai-corai main SMS.. gilo ke apo.. dulu ekau nak ambik anak  orang reti pulak bawak lari ko sempadan.. skrg ni ekau main hantar teks je..

"Saya tak nak cakap apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu segalanya dan boleh balas semuanya. Kebenaran bagi saya akan terbukti jua dan Tuhan tak akan tutup keburukan itu terlalu lama,"katanya penuh makna


Tan Sri Khalid Ibrahim anggap isu hina raja melayu isu remeh

Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan perbuatan mempersendakan Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang DiPertuan Agong baru-baru ini sebagai isu remeh.

Hmmm... nak kata Khalid Ibrahim ni akal tak panjang, pegang jawatan MB pulak tu.. 
Ada ke kata isu hina Raja ni isu remeh.. \
Nampaknya Kesetiaan kepada Raja dan Negara dah tiada dalam kamus hidupKhalid Ibrahim ni ..

Itulah pemimpin pembangkang.. Agama dipersendakan, 
Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja melayu
tidak dihormati.. 

MerahMato syorkan agar rakyat-rakyat Malaysia buatlah pilihan bijak pada PRU13 nanti.. Marilah kita sama-sama mengnyahkan mereka di tanah air yang kita cintai..

p.s : Abang polis & abang KDN sila lucutkan kerakyatan mereka ini.. dasar tak sedar dek untung!

Monday, 16 April 2012

GMPN desak pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang yang hina Raja-raja Melayu

GMPN atau Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara mendesak pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang jelas menghina Raja-raja Melayu dan pemimpin kerajaan ketika Istiadat Pertabalan Yang DiPertuan Agong ke-14.

Perbuatan pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek itu didedahkan oleh Dr. Rahman Kadir yang merupakan petugas perubatan yang bertugas ketika Istiadat itu berlangsung.

Sehubungan itu GMPN telah membuat laporan polis di IPD Seremban 2 sebentar tadi dan tidak ketinggalan juga dengan cawangan-cawangan GMPN di seluruh Malaysia.


lihat video dibawah..


Monday, 9 April 2012

Adun Simpang Pulai (PKR), Chan Ming Kai 'SERANG' Speaker

Ni mana punya cina yang kurang ajar ni!!
Mana punya orang yang pilih dia jadi wakil rakyat ni!!!
Korang lihatlah dengan mata kepala korang sendiri yeop, macamni ke wakil rakyat yang korang nak?
Dah lah tak tahu Adab punya orang.. berlagak macam 'Gangster' pulak
HAKKKTUIHHHHH!!!!!!!



Kalau korang nak tahu ni lah dia ADUN Simpang Pulai dari parti PKR,  Chan Ming Kai yang bersikap kurang ajar dan biadap apabila menyerang Speaker DUN Perak sambil menghentak meja speaker ketika persidangan berlangsung.

Pailang yang bernama Chan Ming Kai ni juga pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aldilfitri di sebuah rumah milik orang melayu pada 2009.

Nak tengok ADUN ni bertakbir klik sini



Orang dalam Pakatan Rakyat akui PRU13 mereka kalah

MALAPETAKA PRU13 JIKA PAKATAN RAKYAT TIDAK TUNAIKAN JANJI PRU12

Kata-kata diatas itulah yang dipetik oleh portal pembangkang klik sini. Pelbagai janji ditabur termasuk bulan dan bintang dilangit jika mereka dapat memerintah kerajaan.. 

Tetapi kerisauan oleh pihak dalaman tidak dapat dibendung lagi kerana mereka merasakan Pakatan Rakyat kini telah ditolak oleh rakyat berikutan tidak memenuhi janji-janji mereka pada PRU12 yang lepas.

Kini Anwar Ibrahim yang dianggap pemimpin paling suci oleh Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan pinjaman PTPTN. Boleh ker dilupuskan? Atau sekadar ingin meraih sokongan dari pengundi muda?

Korang lihat jika PTPTN dihapuskan ianya melibatkan hutang sebanyak 43 billion. Jumlah yang agak banyak!! 

Jika dilupuskan, bagaimana pula dengan nasib pelajar-pelajar baru? Dimana pula mereka hendak dapatkan pembiayaan/pinjaman bagi meneruskan pelajaran?

Anwar Ibrahim menjanjikan pembiyaan percuma untuk pelajar-pelajar U,IPT,IPTA.. Sekadar janji bolehlah.. Melaksanakan boleh ke?

Kalau dilihat baru-baru ini Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar gagal ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dahulu.. So.. Boleh percaya ke dengan orang yang diberi gelaran oleh Mat Sabu sebagai Anwar Al-Juburi ni?

Sibuk nak hapuskan hutang PTPTN, tetapi janji PRU12 yang lepas pun tidak ditunaikan lagi.. PIGIDAH!!!

Jom lihat video Anwar Super 007 ni..


Wednesday, 4 April 2012

Rakaman Penuh Adam Adli dan Mahasiswa lain kena belasah

Mak Bapak hantar pergi sekolah, kau sibuk nak berpolitik...
Nah... padan muko kau..
Sibuk kan nak jaga tepi kain orang..
Itu baru selepuk.. Nasib baik ada Rela dengan abang Polis
Kut tak, tak tahulah nasib kau..

Apa nak jadi dengan Adam Adli ni.. Gua pun heran tengok budak ni..
Mak Bapak dia tak reti nak tegur ker? atau suku sakat dia ni memang tak sedar dek untung punya umat?

MerahMato: Lain kali masuk rumah orang bagi salam dek oiii!!! jangan nak main terjah jer.. Aku rasa elok budak kasi buang jer dari UPSI.. Esok nanti jadi cikgu habis anak murid dia ajar ajaran sesat..

Pendedahan Part 2 :Penyelewengan Duit oleh ADUN Paroi YB Taufik Abd Ghani Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan


Apa nak jadi dengan Adun Paroi Taufik Abd Ghani ni.. Pergi mengerjakan Umrah pun seleweng duit parti.. 


Halooo YB Taufik...  Orang pergi Umrah tu buat ibadat bukan pergi melancong!!! Patutlah bila buat ceramah-ceramah suruh ahli amal PAS pergi kutip duit..

Dasyat sungguh pemimpin-pemimpin Pas sekarang.. Yang Mursidul Am dapat penajaan pergi Haji.. Pesuruhjaya Pas Negeri seleweng duit pergi Umrah.. 


Bukan setakat itu.. baju bersih pun berhutang.. entah-entah collection baju bersih 
masuk poket sendiri..


Wajib ditendang keluar Taufik Abd Ghani ni!!!

MerahMato: Pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh blog MerahMato untuk menunjukkan siapa sebenarnya pemimpin yang dipilih oleh kawasan DUN Paroi dan Ahli PAS NS.


Part 3? tungguuuuu....................................


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...