j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: August 2012

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Friday 31 August 2012

WAJIB BACA - Teladan buat generasi kini, akan datang

Pelbagai masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi raja  dan membangkitkan hak orang Melayu. Mengambil iktibar dari peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak keoada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan raja-raja.

Malah pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memerdeka dan membangunkan negara ini wajar dihargai dan dijadikan teladan oleh semua. Raja-raja Melayu pula berperanan sebagai penaung dan tonggak perpaduan bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang dianuti.

Dalam sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu tidak sekali-kali mengenepikan hak kaum lain. Sebagai rakyat kita perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja kita.

Oleh itu marilah kita hayati pengajaran daripada peristiwa Malayan Union. Setelah tamat perang dunia kedua, British telah mentadbir semula Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera. Dalam pada itu, kerajaan British telah bersedia dengan satu sistem pentadbiran sivil yang mengejutkan seluruh rakyat Tanah Melayu iaitu Malayan Union.

Pentadbiran Malayan Union (1.4.1946 -1948), secara umumnya telah menukar taraf kedudukan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri naungan kepada negeri jajahan British. Kuasa pentadbiran Tanah Melayu terletak sepenuhnya kepada Gabenor British. Ini menyebabkan raja-raja Melayu bukan sahaja kehilangan kuasa melindungi rakyat negerinya malah turut kehilangan kuasa memerintah negeri masing-masing. Sebaliknya bidang kuasa baginda hanya dihadkan kepada hal-hal berkaitan adat resam dan agama Islam sahaja.

Malayan Union juga memperuntukkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura tanpa mengira bangsa termasuk juga pendatang yang telah tinggal melebihi 10 tahun. Warganegara Malayan Union juga akan memperoleh hak-hak yang sama termasuk penerimaan masuk ke dalam perkhidmatan awam.

Kuasa raja-raja Melayu dan persoalan kerakyatan di bawah Malayan Union ini telah membangkitkan kemarahan seluruh orang Melayu. Perasaan tidak puas hati ini mula tersebar luas. Suara-suara kritikan diluahkan dalam akhbar-akhbar Utusan Melayu, Majlis dan juga Warta Negara.  Para cendekiawan dan pemikir menyuarakan keresahan dan melontarkan idea bagi membangkitkan semangat agar orang Melayu bersatu dalam menggalas masalah yang dihadapi secara lebih telus dan bersepadu.

Situasi ini akhirnya telah mencetuskan satu gelombang bersepadu antara suara rakyat dan pemerintah dalam menentang dasar Malayan Union. Kemunculan Malayan Union menyuntik kesedaran orang Melayu bahawa perjuangan besar untuk mendapatkan kembali maruah dan kedaulatan negara tidak mungkin tercapai dengan suara minoriti.

 Menyedari hakikat ini, satu kongres yang menghimpunkan 41 buah persatuan Melayu seluruh negara diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor pada 1 hingga 4 Mac 1946. Kongres ini didokong dan digerakkan oleh Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Pengerusi Persekutuan Melayu Selangor, Dato Onn Jaafar, Yang Dipertua Pergerakan Melayu Semenanjung dan Dato Panglima Bukit Gantang, Yang Dipertua Ikatan Melayu Perak, bersama-sama pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu yang lain di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Kongres Melayu yang pertama ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor iaitu Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Dalam ucapan perasmiannya, baginda Sultan amat menyokong penuh penubuhan sebuah Persatuan Umat Melayu yang kuat di Tanah Melayu bagi menjamin kepentingan dan hak orang Melayu serta negara terus terpelihara. Kongres yang berlangsung selama empat hari tersebut telah membuat tiga ketetapan utama iaitu, penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), membantah penubuhan Malayan Union dan mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu. 

Dengan ketetapan tersebut, akhirnya UMNO secara rasminya diisytiharkan penubuhannya  pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor.  Cogankata "Hidup Melayu" mendasari perjuangan UMNO pada ketika itu yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar. Apabila Tunku Abdul Rahman mengambil alih pucuk pimpinan UMNO, cogankata "Hidup Melayu" ditukar kepada "Merdeka". Berlandaskan cogankata ini, perjuangan UMNO diperhebatkan sehingga negara berjaya beroleh kemerdekaan.

Kejayaan tersebut adalah hasil permuafakatan dan sokongan padu seluruh rakyat kepada pemimpin dan Raja-raja Melayu. Rakyat mulai sedar, kita tidak boleh selamanya berada di bawah telunjuk penjajah. Fenomena ini merupakan satu kejutan besar  kepada pihak British yang sentiasa beranggapan bahawa orang-orang Melayu adalah bangsa yang lemah dan pasif dalam mengendalikan keperluan serta kepentingan masyarakat mereka sendiri.

Rentetan peristiwa sejarah negara ini amat penting difahami dan dihayati oleh semua rakyat negara ini, tanpa mengira lapisan masyarakat dan batas kaum. Malayan Union walaupun singkat usianya, meninggalkan impak yang amat hebat dan ia merupakan satu pengajaran yang amat berharga buat kita semua sebagai generasi pewaris.  

Satu perkara menarik yang perlu diketahui umum, kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu tidak langsung bergantung kepada kekuatan bala tentera atau jumlah senjata yang digunakan. Tidak juga melalui sebarang pertempuran atau keganasan. Sebaliknya, penentangan yang diajukan adalah melalui pergabungan kuat suara rakyat serta pemimpin yang dipayungi Raja-raja Melayu. Penyatuan suara ini juga amat unik sehingga dapat merungkai segala percaturan dan rancangan rapi yang disusun oleh pihak British.

Jalinan erat kerjasama antara rakyat, pemimpin dan raja ibarat selirat akar di umbi. Teguh akar dan umbi, maka teguhlah pokoknya.Cetusan semangat dan inspirasi dari Malayan Union perlu diambil dan disemat sentiasa dalam jiwa setiap rakyat ketika mengharungi apa jua kemelut dan keadaan. Ketelusan, kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin pula akan membawa rakyat dan negara ke arah kemajuan yang seimbang, kemakmuran dan kesejahteraan.
Hakikat yang perlu kita fahami ialah institusi raja yang diwarisi secara tradisi sejak dari dahulu ini sesungguhnya amat penting buat kita semua dan wajar untuk ia dipertahankan bersama. Jika hilang tradisi ini, maka hilanglah tonggak warisan negara. Dan hilangnya juga tidak akan berganti lagi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 30 August 2012

Ambang Merdeka: Mungkinkah Berlaku Pertempuran Malam Ini?

Malam ini tentunya ramai warga kota yang akan keluar bersama keluarga atau rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan sambutan malam kemerdekaan negara yang ke-55.

Sementara itu dengan hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi menjelang detik 12.00 tengah malam, sebahagian kita mula tertanya-tanya akan senario yang bakal berlaku malam nanti.

Ini kerana tumpuan umum pada malam ini bukan sahaja akan fokus pada pelbagai acara sambutan ambang merdeka yang bakal berlangsung malah turut tertumpu pada satu program politik anti semangat kemerdekaan yang dianjurkan oleh NGO proksi parti pembangkang.

Penganjuran program politik itu mempunyai kaitan rapat dengan individu-individu yang sebelum ini terbabit secara langsung menggerakkan NGO BERSIH yang mencetuskan demonstrasi jalanan dan kekacauan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur pada 09 Julai 2011 dan 28 April 2012.

Sebelumnya mereka berhimpun atas nama NGO BERSIH, kali ini bezanya mereka tidak menggunakan platform NGO tersebut secara terbuka tapi sebenarnya kesemua mereka adalah dari pihak yang sama.

Melihat pada latarbelakang dan sejarah hitam orang perseorangan yang terlibat dalam "Himpunan Janji Bersih" ini, khalayak umum tertanya-tanya mungkinkah malam nanti akan berlaku lagi huru hara atau pertempuran ganas seperti mana himpunan Bersih 3.0 yang lepas?

Jika sebelum ini penganjur yang sama pernah gagal menunaikan janji manis untuk memastikan suasana kekal aman tenteram hingga tamat program, apa jaminan janji yang sama untuk perhimpunan kali ini akan ditepati?.

Gara-gara kegagalan mereka mengawal tingkah laku peserta ditambah lagi dengan ucapan provokasi pemimpin mereka yang sengja menghasut para peserta menentang pihak keselamatan, kesannya ramai yang tercedera manakala harta benda awam pula musnah dan negara terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit.

Kita tetap harap para peserta yang mahu sedondong kuning ini akan belajar menepati janji mematuhi undang-undang dan tiada kalangan mereka yang cuba melanggar arahan pihak berkuasa atau sengaja melakukan provokasi.

Tapi berapa ramai rakyat Malaysia yang sanggup percaya pada janji orang yang pernah gagal menunaikan janji dan berulang kali gagal menjaga peserta sendiri sehingga mencetuskan huru hara dan keganasan yang merugikan negara?

Dengan rekod buruk itu, sukar untuk kita tidak terasa gusar dan bimbang sekiranya malam ambang kemerdekaan negara ini yang patutnya diraikan dengan rasa kesyukuran tiba-tiba bertukar menjadi himpunan politik yang penuh provokasi sama ada terhadap pihak keselamatan atau orang awam.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 29 August 2012

NAK LIHAT WAJAH HANTU POLONG KUNTILANAK PAKATAN HARAM

Marina Chin Abdullah Hantu Ambang Merdeka

Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.

Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil 'Janji Demokrasi' ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji. Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu '55 Tahun Janji DiTepati'.

Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka 'pasar malam' di hadapan rumahnya.

Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.

Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais. Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.

Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.

Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

Soalnya, apakah asas untuk kita mempercayai manusia seperti Hishamudin Rais dan Marina Chin, perkakas kepada PR sedangkan PR itu amat sinonim dengan tidak menepati janji? Jika tidak, kenapa mereka begitu fobia dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini?

Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai. Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT. Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa 'memberontak' adalah hobinya. Jadi, elok beliau diabaikan saja.

Namun begitu, kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman, kita ingin bertanya beliau demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut? Dengan menjadi alat kepada PR, Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.

Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Pemilihan parti PKR misalnya, penuh dengan tipu muslihat, manipulasi, pergaduhan, malah kronisme yang nyata.

Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong, angkuh, kukubesi, chauvinis lagi rasis. Dan seperti juga PKR, kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.

Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.

Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas, dihina dan difitnah semahu-mahunya.

Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.

Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi, hak kebebasan media atau keadilan?

Sekiranya PR bijak, mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.

Memilih untuk menjadi hantu polong membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam keramat adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi PR dan juga Marina, khasnya. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dari BERSIH 3.0 di mana semakin ramai yang meragui atau semakin muak dan jelak dengan PR apabila ia berakhir?

Kita percaya, selepas Janji Demokrasi, nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Takut Undi Cina Lari, Mat Sabu Nafi PAS Mahu Laksana Hudud

Petang Isnin lalu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dengan yakin berkata PAS akan mengusulkan pindaan perlembagaan di parlimen sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud.

Kenyataan Mat Sabu itu dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily 27 Ogos 2012 edisi petang, bagaimanapun tidak sampai 24 jam kemudiannya Mat Sabu tampil menafikan perkara tersebut sambil menuduh wartawan Sin Chew sengaja memutarbelitkan kenyataannya.

Dalam kenyataan balas pada 28 Ogos 2012, Sin Chew Daily mempertahankan petikan kata-kata Mat Sabu yang disiarkan sebelum ini sekaligus menimbulkan persoalan menarik, siapakah yang berbohong dalam isu ini?

Paling penting, apa perlunya untuk Mat Sabu rasa segan atau takut untuk mempertahankan 'keinginan' PAS dalam memperjuangkan perlaksanaan hudud melalui usul pindaan perlembagaan?

Semua orang maklum selama ini PAS sering menyalahkan perlembagaan negara sebagai salah satu punca utama yang menjadi halangan kepada 'cita-cita' PAS untuk merealisasikan hukum hudud khususnya di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS.

Patutnya jika betul PAS serius mahu laksanakan hukum hudud, Mat Sabu ataupun siapa sahaja pemimpin PAS tidak perlu melatah bilamana Sin Chew Daily menyiarkan berita tentang keinginan PAS untuk pinda perlembagaan negara demi menegakkan hukum hudud.

Inilah masanya yang sesuai untuk PAS buktikan isu hudud yang sering digebang siang malam di atas pentas politik selama ini bukannya sekadar modal politik dan umpan menarik sokongan orang Islam semata-mata.

Tapi bilamana Mat Sabu tiba-tiba sahaja menafikan berita tersebut, nampak sangat sebenarnya PAS tidak pernahpun bersungguh-sungguh untuk realisasikan janji perlaksanaan hukum tersebut.

Sahihlah PAS terlalu takut akan kehilangan undi orang Cina pro DAP dan PKR berbanding prioriti mengotakan janji perlaksanaan hukum hudud yang sudah bertahun-tahun menjadi umpan politik kepartiannya.

Soal perlaksanaan bukannya matlamat utama PAS, sebaliknya janji menegak hukum hudud hanya bertujuan untuk dipolitikkan bagi mengabui mata khalayak supaya yakin PAS adalah pejuang Islam, itu sahaja.

Sekarang, janji perlaksanaan hukum hudud sebagai senjata politik sudah bertukar menjadi boomerang yang mengasak tepat ke dahi PAS.

Terbukti benar polemik hudud sejak lebih 20 tahun lalu hanyalah senjata politik untuk kepentingan kepartian PAS sahaja bagi menandingi pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BIL AIR KHALID IBRAHIM DAH NAIK ATAS KEPALA



Sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan Selangor, negeri tersebut tidak pernah sunyi dari kecelaruan pentadbirannya yang serba serbi tidak kena.

Daripada hal sampah sarap yang berhari-hari berlonggok tidak diangkut, soal masa depan UNISEL yang terancam hinggalah masalah bekalan air bersih, pendek kata segalanya menjadi satu masalah rumit sedangkan tatkala zaman pemerintahan BN semuanya berjalan lancar tanpa celaru.

Segalanya berpunca dari sikap Menteri Besar,  yang agak taksub untuk menonjolkan kebijaksanaan tapi yang lebih terserlah pula ialah bangangnya melampau kewarasan akal manusia.

Dalam hal bekalan air bersih misalnya, waktu heboh diperkatakan ramai risiko bekalan air bersih akan tergendala, kerajaan negeri pimpinan Khalid pula memusing tumpuan umum kepada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh bagi menafikan keperluan menyiapkan segera projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Sedangkan tujuan dan keutamaan projek tersebut ialah untuk memastikan bekalan air bersih yang sudah dirawat sentiasa mencukupi untuk keperluan penduduk setelah mengambil kira kapasiti semasa loji-loji sedia ada yang semakin kritikal.

Orang ramai termasuklah sepupu sepapat MB Selangor mana ada yang minum dan guna air seharian dari sumber air mentah empangan atau sungai, semuanya sekarang bergantung penuh pada bekalan air bersih yang sudah menjalani proses rawatan di loji-loji rawatan air.

Tak cukup dengan alasan air penuh di empangan dan sungai, untuk mengukuhkan lagi langkah songsang kerajaan negeri menolak pembangunan projek Langat 2, dijadikan pula alasan pembinaan loji baru di Kuala Langat itu akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70%.

Sekali lagi ternampak bangang dan tak cerdiknya kepimpinan kerajaan PKR Selangor. Mereka cuba bersandar pada alasan karut yang seakan lojik tapi sebenarnya satu cubaan untuk menipu dan mengaburi mata rakyat.

Hakikatnya pembinaan loji Langat 2 tidakpun memerlukan tarif air naik mencanak sedemikian rupa kerana kos pembinaan loji Langat 2 sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembiayaan Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Urusan mewartakan tarif air bukannya hak mutlak Kerajaan Pusat. Tanpa persetujuan kerajaan negeri, tiada sesiapa pun yang berhak untuk menentukan tarif air naik atau turun.

Demikian juga soal pemberian air percuma 20 meter padu, sekiranya ia mahu diteruskan juga selepas loji Langat 2 siap dibina, langsung tiada kaitan antara satu sama lain.

Jika rasa kantung kewangan negeri masih mampu untuk menanggung kos ratusan juta RM setiap tahun untuk pemberian air percuma itu, itu terpulang pada budi bicara kerajaan negeri.

Malah apabila sebuah loji baru di Sungai labu dengan keupayaan tambahan merawat dan membekalkan 45 JLH air bersih telah beroperasi Mac lalu dengan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, sampai sekarang pun tidak menyebabkan harga air naik.

Tiadapun penduduk Selangor di sekitar Sepang, Sungai Pelek, Bagan Lalang, Tanjung Sepat serta Kundang yang merungut tarif air mereka berubah naik tiba-tiba sebaliknya masing-masing berasa lega kerana bekalan air bersih semakin terjamin dengan siapnya loji baru itu.

Jelaslah sebenarnya polemik yang dicetuskan oleh kerajaan PKR Selangor dalam isu ini bukan sahaja untuk mengalih perhatian rakyat diatas kesilapan awal kerajaan negeri menolak pembangunan Langat 2, malah ianya satu penipuan nyata untuk menutup kegagalan pimpinan negeri dalam mengurus tadbir amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Thursday 23 August 2012

PAS Mangsa Nasi Kangkang DAP

PAS dan hudud macam aur dengan tebing, semua orang tahu. Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud, PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN, silap-silap hari bulan, boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.

Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir, kalau ditanya orang pun, alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi. Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud, jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah, hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam, ada lebih banyak benda lain lagi.

Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula, PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud, kalau Terengganu dulu diambil contoh, PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 – iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004. Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) – pakat-pakat palsu yang sama macam Pakatan Rakyat hari ini.

Jadi moralnya, PAS perjuang hudud hanya untuk undi, untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini, isu hudud kecoh kembali, sebab apa? Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang. Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebut kepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya), ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok, kelompok yang lain tidak bersetuju, macam Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi, termasuk Nasharudin Mat Isa.

Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.

Cuma yang berbeza kali ini, kerana nama Pakatan dikaitkan sekali, DAP yang duduk dalam Pakatan perlu tampil mempertahankan pendirian partinya, atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah!! Pedih tu, sebelum benda jadi melarat, lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS, termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam. Sedangkan Nasharudin berpendapat, menolak hudud sama dengan menolak Islam, melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini. BN takpelah, parti lawan, DAP parti kawan, itu yang payah tu.

Apa sekalipun, kerana Karpal menolak hudud, PAS sekarang terbahagi kepada 2. Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal. Bukan setakat ahli-ahli dibawah, pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah. Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin, lebih ramai dibelakang Karpal.

Terbaru, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata, "Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa".

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO, baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir, tak payah baca dalam-dalam lagi. Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS, terselamatlah dia dari 'murtad', apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.

Bagaimanapun penulis percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman, bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini. Kalau terdesak sangat pun, fikirlah alasan sendiri, apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula?

Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN. Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain, syaitan tapi BN.

Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah. Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan, nasi kangkang Karpal ke, Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya. Penulis nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan penulis mudah saja, pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah, hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan. Masa dia cakap tu, ada surahnya, ada rujukannya, ada kitabnya, biasalah PAS. Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud, selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya, confirm dituduh Kafir.
Alih-alih sekarang, bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem, perlekeh dan pijak hudud pun, PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.

Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 22 August 2012

Slogan ‘ Sebangsa Senegara Sejiwa` Oleh PR. Malaysia ni ada Sebangsa Je Ke? Bongok Depa Ni

Tema ' Sebangsa Senegara Sejiwa` macam sekular dan liberal

SLOGAN di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.

Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.

Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.

'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya.

Sekali lagi pas terpinggir. Takkan Mustaffa Ali, Setiusaha Agung Pas tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema itu. Dap pasti mahukan Malaysia sebagi sebuah Negara sekularndan sosialis demokratik. PKR tentu mahukan Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan pluralis. Element Islam di mana?

Di mana salahnya konsep Negara Islam yg mendukung faham universal dan ketamaduan. Pendirian kapal singh lebih banyak bersifat perpepsi dan salah faham terhadap maksud Negara islam sebenarnya. Semakin ramai orang barat masa kini sudah mula menerima islam sebagai suatu factor Islamphobia Barat dan Karpal Singh sama juga.

Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu. Sebagai bekas pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan nampaknya macam secular dan liberal. Kalau ia dating dari Pak Samad Said boleh dimengerti. Pak Samad bukan datangdan dewasa daripada kelompok gerakan islam seperti yang dialami oleh Anwar.

'Sejiwa' memberi makna memiliki roh yg sama dalam perjuangan. Pas memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembangaanya. Mampukah Dap dan Pkr menjiwai apa yg ingin diperjuangankan oleh Pas?

Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya di Selangor adalah gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kejiwaan antara perjuangan Pas dengan dasar-dasar yg dijalankan oleh PKR dan yg didukung DAP. Rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh. Pak Samad Said sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.

Manifesto pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang belum ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. Hal di pulau pinang pun sama. Rumah Rakyat adalah rumah untuk orng kaya dan rumah lereng bukit.

Dikelantan juga serupa. Isu bekalan air bersih ridak selesai sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga. Apakah tugas pembangkang hanya berjanji saja tetapi "Janji tidak ditepai"

Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan di pilih iaitu 'Janji ditepati". Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. Bagi penulis tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang beriman ialah menepati janji. Orng yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya selalunya termasuk dikalangan orang yang munafik.

Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya "Janji Ditepati" adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. Apabila menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji

Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa agama dan bertamadun. Bila penegasan tema "Janji ditepai" bagi sambutan Hari Kermerdekaan Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang pilihanraya akan dating jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat menjadikan Islam sebagai dukunganya.

Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberi. Kalai isu hutang UNISEL dan KUIS diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji harga minyak akan diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yg diberi.

Membuat janji memang mudah. Melaksanakan janji akan timbul dalih. Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema "menepati janji" amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai bantang hidung pakatan sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat 'tidur sebantal'.

Daripada Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah SAW: "Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagianya saling menguatkan antara satu sama lain". Dan baginda menjalinkan antara jari jarinya.- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Utusan Malaysia
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 19 August 2012

TIME FOR MALAYS AND MUSLIMS TO UNITE

THROW OUT LEADERS WHO ONLY SERVE THEMSELVES

It is time for Muslims to sit back and think…time to reflect on their future given the sad state they are in several countries where they are minority.

What I am talking about is Muslims in Malaysia who are born Malays and who are presently split based on their political beliefs and philosophies.

Disunited and not in monopoly of any economic activities, the future looks bleak and gloomy if the country falls into the hands of those who are willing to sell their souls just to be called number one in the country by title.

Right now Malays who are Muslims are split in three different political parties with three different ideologies and beliefs and like it or not, every each of them claims they are the one championing the Malay-Muslim cause and struggle.

Whatever these causes and struggles are, the fact is they are at loggerheads and are willing to bring each other down by any means just to be in power.

Right now the country is seeing Anwar Ibrahim doing anything to be in power, a Machiavelli's the end justify the means method without any regrets or consideration on the damage after that.

Even the current damage to relationship between Muslims, country's economy, stability and peace are ignored as he tramples his way towards achieving his goal to be at Putrajaya.

In Rohingya, the Muslims are treated like dirt on the road, no honour or considered lower than animals – even animals are being treated more humanly.

They are prohibited from performing their prayers, some force to eat pork and some forced to sweep temples – in short treated like slaves.

Why? Because they are not united, no leader and not in monopoly of anything such as economy or politics.

Take for example Penang and Selangor, things are changing where the Muslims are treated just like – not at present – a second class citizens.

Mosques cannot do the azan loudly and committee members of these mosques are being dictated upon, no longer having a free hand to conduct religious activities.

Things are not as normal as when the BN was ruling with the present ruling state governments prohibiting bit by bit those religious activities that were traditionally conducted with interferences.

Economically, Malay small businesses and stalls are being moved to uneconomical places, rentals increased where these entrepreneurs could not afford and several other methods are being used to subtly reduce or eliminate their existence.

Given the background in other countries and comparing them with Malaysia under the BN rule, Malays and Muslims will now have to sit back and think.

Do not give in to emotions and anger which cloud the clear thoughts as the world is changing fast and Malaysia is under pressure to change and this change, not for the better but for the worse for the Malays and Muslims are being pushed non-other by Malays and Muslims leaders such as Anwar Ibrahim for their own personal interests.

They should seriously reflect oin this and act fast before their children become slaves in their own country or tools for others.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 18 August 2012

Thursday 16 August 2012

Komplot Jatuhkan Najib Buktikan Betapa Jahatnya Pakatan Rakyat

Raja Petra Kamaruddin (RPK), penulis kontroversi, yang pernah dirawat kerana masalah 'jiwa' ketika muda, sekali lagi membuat kejutan melalui tulisan terbarunya. Kali ini, beliau mempersoalkan kewibawaan P.Balasundram, seorang penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan pembangkang dengan Perdana Menteri.

Realitinya, kes tersebut telah pun selesai dan terbukti tiada sebesar hama pun bukti atau saksi yang boleh mengaitkannya dengan Perdana Menteri. Namun, entah kenapa, kes ini masih lagi 'berkumandang' di udara Malaysia saban hari terutama di portal-portal pembangkang. Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati kerana 'dalang' pembunuhan masih belum tertangkap, kata mereka.

Tentu sekali semua pihak termasuk Perdana Menteri inginkan kebenaran dan inginkan agar dalang tersebut ditangkap. Oleh itu, walaupun kita musykil dengan kewibawaan dan 'kewarasan' RPK, kita harap tulisan beliau yang terbaru ini dapat memberikan kita sedikit harapan.

Kali ini, RPK membayangkan persoalan sama ada Balasundram terlibat dalam pembunuhan Altantuya secara langsung memandangkan keterangannya yang kabur, berbelit-belit dan beberapa kali 'U-turn' setiap kali disoal-siasat dan membuat kenyataan.

RPK juga mengulangi kenyataannya bahawa pihak pembangkang, terutamanya Anwar, menjadi dalang memburukkan nama Dato' Seri Najib dengan mengaitkan beliau dalam pembunuhan Altantuya.

Nama-nama yang disebut oleh RPK selain Balasundram dan Anwar, termasuklah peguam PKR M.Puravalen dan Ahli Parlimen Subang serta pengasas SUARAM, Sivarasa Rasiah. Puravalen pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan personaliti yang pernah menjadi kontroversi di era Tun Abdullah Badawi, iaitu Kalimullah Hassan.

RPK mendedahkan bahawa Balasundram dijanjikan upah setinggi RM5 juta untuk membuat akuan bersumpah mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya dibayar RM700,000 yang mana menjadi punca beliau membuat U-Turn. Beliau kemudiannya diupah oleh pihak lain pula untuk membuat cerita yang berlainan.

Apapun peranan Balasundram dalam kes Altantuya, iaitu sama ada beliau adalah pembunuh, bersubahat dengan pembunuh, perancang, atau sekadar mengambil kesempatan, yang menjadi persoalan di sini ialah peranan pihak pembangkang, atau lebih tepat Anwar Ibrahim, dalam menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri.

Walaupun RPK mempunyai rekod sakit mental, dan sering berhalunisasi menjadi manusia berintegriti atau wira penyelamat negara tetapi kita tidak boleh mengenepikan sahaja seluruh skrip yang ditulisnya kali ini. Ini kerana, ini bukan kali pertama beliau mendedahkan perkara yang sama di mana sebelum ini, beliau juga mengakui terlibat sama dalam menyebar fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri berdasarkan 'dengar-cakap' setelah diarah atau mungkin diupah oleh pihak-pihak tertentu. Untuk itu, sekadar rekod, RPK juga adalah penulis upahan dan bagi seorang penulis upahan untuk mengaku salah atau silap menyebar fitnah, pastinya menunjukkan yang beliau berkata benar. Lagipun, tidak mungkin seorang yang ego seperti beliau sanggup mengaku tersilap yang mana pasti akan merosakkan kredibilitinya.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita bertanyakan tentang motif RPK mengambil sikap seperti Balasundram iaitu membuat U-turn dalam perkara ini, tetapi kita perlu bertanyakan diri kita apakah wajar kita memberi mandat kepada pembangkang yang begitu jahat dan busuk hati dalam pilihanraya kali ini?

Kenapakah pembangkang tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri secara anak jantan melalui pilihanraya dan beradu kekuatan dengan menabur jasa? Kenapa perlu memfitnah dan mengupah begitu ramai orang untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

Apakah kerana mereka sedia maklum bahawa rakyat tidak bersama mereka dan memerlukan 'jalan-belakang' untuk berkuasa? Apakah mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan dan ketidakupayaan mereka?

Apapun, pendedahan RPK tidak harus diabaikan sahaja. Ia perlu dibawa ke atas agar kebenaran terserlah dan agar roh Altantuya dapat bersemadi dengan aman.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 15 August 2012

Wajib Lihat Apa Makanan Harian Balaci PAS?

Sahih terbukti, inilah realiti yang sukar untuk dinafikan sama sekali apabila fitnah yang sudah mendarah daging semakin bersebati bersama pekat hitam seketul daging yang dinamakan hati.

Ya, hati yang hitam legam angkara rutin hariannya mencintai fitnah berbanding kebenaran sememangnya agak sinonim dengan penyokong sebuah parti yang kononnya mendaulatkan Islam dalam dasar dan polisinya.

Dek kerana hitamnya hati-hati yang menyokong PAS mengakibatkan penglihatan mereka ditutup rapat dari kebenaran sebaliknya fitnah dan dusta dipandang sebagai memiliki darjat yang tertinggi.

Itulah yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kes berkaitan saman fitnah UMNO terhadap fitnah oleh Harakah terpaksa ditolak sekalipun mengesahkan fitnah telah dengan sengaja dilakukan oleh media rasmi PAS itu.

Dalam kes tersebut, UMNO Selangor telah menyaman Harakah berikutan satu artikelnya yang memfitnah UMNO sebagai kononnya punca JAIS melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Selangor.

Disebabkan plaintif yang memfailkan saman tiada kelayakan dari segi undang-undang kerana dirinya bukan penjawat awam, Harakah terselamat dari hukuman membayar saman RM10 juta, satu kemenangan yang cukup indah bagi ramai balaci PAS yang cetek akal fikirannya.

Para balaci yang kebanyakannya berkopiah dan berserban seakan bergembira dengan keputusan tersebut walhal hakikat kebenaran yang menunjukkan PAS melalui lidah rasminya telah disahkan melakukan fitnah tidak pula disedari oleh hati-hati yang kelam itu.

Sekurang-kurangnya empat kejahilan telah dilakukan oleh penyokong PAS yang meraikan 'kejayaan' mereka dalam kes ini sama ada secara sedar atau sebaliknya;

1) Memfitnah UMNO yang dianggotai sebahagian besar umat Islam sebagai dalang pemeriksaan di gereja.

2) Memfitnah JAIS kononnya sebagai talibarut UMNO sedang hakikatnya mereka hanya melaksanakan tanggungjawab menyelamat dan mempertahankan akidah umat.

3) Mendahulukan kepentingan gereja berbanding hak keperluan mendaulatkan akidah umat

4) Meraikan fitnah yang nyata sekalipun beban dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh.

Malang betul bagi segelintir umat Islam yang sudah ditutup hijab penglihatannya untuk melihat kebenaran gara-gara terlampau lama bergelumang dengan adu domba, dusta dan fitnah rekayasa propaganda parti yang bertopeng agama.

Inilah hakikat yang perlu kita umat Islam akui betapa fitnah yang sudah menjadi asam garam kehidupan sesebuah organisasi politik seperti PAS impaknya turut menyebabkan penyokongnya hilang kewarasan berfikir.

Saban hari halwa telinga dan mata disajikan dengan propaganda dan fitnah serta dusta pula menjadi santapan harian rohani tentu sahaja hatinya gagal memandu akal fikiran ke arah yang sepatutnya.

Akhirnya lahirlah penyokong dan ahli yang menyokong membuta tuli, angguk-angguk dan geleng-geleng mengikut rentak parti tanpa peduli lagi soal betul atau salah.

Yang hitam diraikan, yang putih dikesampingkan. Malang benar bagi sesiapa yang masih beriktikad dalam hati untuk terus menyokong PAS.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 13 August 2012

Masyarakat Pondok Tolak PAS

Tuan Haji Abdullah Saamah, pengasas pondok Mahiliah Geting Tumpat telah menegaskan bahawa membantu memenangkan DAP, berjuang bersama DAP atau dalam ertikata lain, bekerjasama dengan DAP, hukumnya adalah haram. Antara ulama yang menyokong pandangan ini ialah Tan Sri Harussani.

Ini menunjukkan bahawa kedua-dua Ulama berjawatan dan Ulama pondok juga berkongsi pendapat yang sama.

Dari segi kelayakan, Ulama berjawatan seperti Tan Sri Harussani tentulah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Manakala Ulama pondok pula, seperti Tuan Haji Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj. Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya di Mekah di mana beliau berguru dengan empat orang guru selama 12 tahun. Tempoh pembelajaran beliau di kesemua pondok-pondok tersebut termasuk Mekah adalah melebihi 27 tahun.

Oleh itu, apabila kedua-dua golongan Ulama ini bersatu dalam memberi pendapat mengenai haramnya menyokong dan bekerjasama dengan DAP, maka ia bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diketepikan. Ini kerana, soal sokongan dalam parti politik akan menentukan masa depan ummah dan agama Islam di negara ini.

Ini bukan kali pertama Tuan Haji Abdullah Saamah menegur kepimpinan PAS yang semakin celaru dan sesat bersama DAP. Pada tahun 2010, beliau penah menegur PAS kerana berpolitik di dalam masjid iaitu berceramah dan menyampaikan khutbah atau tazkirah yang bertujuan menyebar kebencian dan memecahbelahkan ummah.

Akibatnya, beliau telah dicerca oleh ahli-ahli PAS sebagai 'anjing yang menjelir lapar dibeli UMNO', digelar oleh Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah sebagai 'unta' dan dimaki 'celako! celako!' oleh Nik Aziz sendiri.

Sebagaimana sewajarnya sikap seorang Ulama, Tuan Haji Abdullah tidak pula melenting dengan PAS tetapi meneruskan teguran beliau pastinya dengan harapan agar dapat membawa pulang ahli-ahli PAS, kalau pun tidak pemimpinnya, ke pangkal jalan.

Malang sekali, walau apapun teguran yang diberi, ahli-ahli dan pemimpin PAS tetap berdegil untuk bersama DAP. Malah Dato' Harun Din juga mula mengeluarkan kenyataan di dalam Harakah, membela DAP dengan menafikan parti tersebut sebagai kafir harbi. Menurut beliau, kafir harbi tidak wujud selagi tidak wujud Negara Islam yang sebenar.

Tanpa beliau sedar bahawa Negara Islam yang sebenar tidak mungkin wujud selagi ada kafir harbi yang menentangnya. Lebih-lebih lagi jika Harun Din sendiri membantu memenangkan si kafir harbi yang ingin memastikan agara Negara Islam tidak akan wujud sama sekali.

Dato' Harun Din mungkin seorang Ulama yang mempunyai kelayakan rasmi namun nampaknya beliau juga menjadi celaru dan keliru akibat terlalu sayangkan persahabatannya dengan kafir harbi DAP. Inilah akibatnya bila seorang Ulama yang berkelayakan seperti Harun Din meletakkan dirinya di bawah jubah Ulama jalanan atau Ulama angkat bakul seperti Nik Aziz dan Hadi Awang.

Bukanlah kita sengaja hendak menghina kedua-dua 'Ulama' PAS ini tetapi kita tertanya-tanya apakah kelayakan mereka yang meletakkan mereka jauh lebih tinggi dari para mufti dan juga Ulama-ulama pondok yang berpuluh-puluh tahun menghabiskan hidup mereka dengan berguru dalam bidang agama?

Mengikut rekod ringkas, Hadi Awang adalah lulusan Universiti Islam Madinah dan kemudiannya Universiti Al-Azhar yang mana beliau 'menamatkan' pengajian dalam masa 2 tahun sahaja. Sebelum itu, beliau hanya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin dan belajar bahasa Arab dan politik dari bapanya.

Oleh itu, pengkhususan beliau dalam bidang agama agak kabur dan ahli-ahli PAS sendiri tidak punya maklumat mengenainya.

Manakala Nik Aziz pula hanya belajar agama di Deobond, India. Ada juga biodata yang menulis beliau belajar di Pakistan dan juga Al-Azhar. Namun, seperti juga Hadi Awang, pengkhususan mereka kabur atau dikaburkan. Setelah pulang ke Malaysia, Nik Aziz hanya menjadi guru KEMAS sahaja. Ini yang membuatkan kita musykil kerana tidak mungkin seorang graduan dari Al-Azhar mendapati sukar untuk mendapat kerja pada ketika itu sehingga terpaksa menjadi guru KEMAS?

Dan kenapakah beliau mahupun Hadi Awang tidak disebut-sebut sebagai Ulama Al-Azhar sepertimana Dato' Nakhaie, Dato' Dusuki, Dato' Ismail Ibrahim mahupun YAB Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dan arwah Dato' Fadzil Nor?

Benar, bahawa keimanan bukan boleh diukur dengan sijil kelayakan yang dikeluarkan oleh manusia melalui universiti-universiti tersohor atau akuan guru-guru pondok. Tetapi, untuk menjadi pemimpin parti politik atau pemimpin negeri dan negara, seseorang itu wajib mempunyai kelayakan yang jelas kerana 'manusia lebih mengetahui tentang urusannya di dunia'. Lebih-lebih lagi jika mereka memakai nama Ulama yang berhak mengeluarkan fatwa dan pendapat mengenai hukum-hakam agama.

Tanpa kelayakan yang jelas, bagaimana kita boleh menjustifikasi fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz atau Hadi Awang itu sebagai tepat? Bagaimana kita boleh membandingkan pendapat mereka dengan pendapat Ulama-ulama yang telah terbukti kelayakan seperti Tuan Haji Abdullah atau Tan Sri Harussani?

Hakikatnya, para pemimpin dan juga ahli PAS telah menjadi pak turut kepada dua manusia yang tidak layak. Manakala kedua-dua manusia tersebut pula telah menjadi barua kepada kafir harbi.

Akhirnya, seluruh parti PAS telah menjadi pengikut kafir harbi sehingga sanggup membela mereka dengan apa jua cara sedangkan si kafir harbi pula sanggup mati sekiranya negara Islam ditegakkan oleh sesiapa saja.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Neolofa Lupa Diri


PENGURUS pelakon jelita Neelofa, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam menegur Neelofa supaya ‘Jangan Lupa Diri’.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,”

Nama pelakon seksi, Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Memetik laporan gosip sebuah akhbar yang disiarkan hari ini, perkara ini tercetus apabila Yusof, Pengarah Urusan Skop Productions mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.

Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Saturday 11 August 2012

WAJIB TONTON: PENJAGA CYBERCAFE NYARIS KENA RODOK DENGAN PEROMPAK BAWAH UMUR

Hadiah Khas Menanti Pandelela


Hadiah khas bakal menanti buat srikandi olimpik negara,  Pandelela Rinong. Atlet kelahiran Sarawak itu bakal menerima hadiah khas sekembalinya ke tahahair.

Ketua Menteri Sarawak memberitahu kejayaan Pandelela akan menjadi daya inspirasi kepada yang lain. Dibawah skim insentif Kementerian Belia dan Sukan, Pandelela akan menerima ganjaran sebanyak RM150,000 dan akan menerima pencen bulanan RM 2,000 sebulan..

Tahniah diucapkan buat Pandelela yang menjadi wanita pertama Malaysia memperolehi pingat bagi acara terjun di olimpik yang berprestij di dunia.

Friday 10 August 2012

PR Anjur Perhimpunan Ganas Malam Merdeka



Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.

Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.

Malangnya, dalam pada pihak pembangkang bersungguh melancarkan kempen boikot terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari unsur politik, kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012.

Kesemua muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama yang mendukung perjuangan PR malah terlibat secara langsung menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan keganasan pesertanya tempohari.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh kerajaan, di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini.

Tanpa segan atau malu, mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya.

Bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, sibuk mengata pada kerajaan rupanya PR yang lebih.

Dalam pada itu, perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka suarakan.

Rekod sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun.

Situasi sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap, kondom dan kotoran lain pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat langsung menganjurkan perhimpunan kali ini.

Selain itu, jika kita masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, sekalipun pada awalnya pemimpin PR dan NGO proksi mereka menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram, hakikatnya banyak kerosakan harta benda awam, kemusnahan kenderaan polis dan kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka.

Pendek kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula dengan aksi ganas dan tidak bertamadun.

Patutlah begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55.

Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, tidak salah untuk kita andaikan kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi PR ini juga akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain. Betul tak?

Dato' Lee Chong Wei Disebut-sebut Bakal BN Di Pulau Pinang

Sukan sememangnya mampu menyatukan rakyat sesebuah negara. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dan Nelson Mandela telah membuktikannya.

Di Malaysia juga sama di mana setiap kali acara sukan yang menyaksikan pasukan Malaysia beraksi, pasti semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik, akan bersatu menyokong pasukan negara.

Benar, ada segelintir yang bersifat khianat terhadap negara sendiri serta tiada semangat patriotisme mahupun kesukanan seperti ADUN DAP, Manoharan Malayalam dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, namun jumlah mereka terlalu kecil dan tidak mampu menggoyah semangat perpaduan majoriti rakyat Malaysia di dalam sukan.

Oleh itu, dengan kemenangan pingat perak Dato' Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik yang sedang berlangsung, ramai yang mula memperkatakan tentang kemungkinan beliau akan dinamakan sebagai calon pilihanraya. Lebih-lebih lagi apabila terdapat komen-komen positif dari peminat beliau yang mengaku akan mengundi beliau sekiranya beliau dicalonkan. Semua orang bersetuju bahawa Chong Wei telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia.

Menurut desas-desus, ada pihak yang sedang mencuba untuk menamakan beliau sebagai calon di Pulau Pinang. Jika ini benar, ia mungkin juga sesuatu yang positif bagi mengimbangi penguasaan DAP yang gemar meniupkan api perkauman dan menghapuskan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

Dengan sikap Manoharan yang memperlekehkan pingat perak Chong Wei telah dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP tidak pernah berkongsi aspirasi dan semangat negara ini.

Justeru, memandangkan Chong Wei boleh dikatakan sebagai simbol perpaduan dan semangat rakyat Malaysia, pencalonan beliau dalam pilihanraya mungkin mampu membantu rakyat yang telah tersasar gara-gara terpengaruh dengan DAP/PR, agar kembali menghargai bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini.

Pencalonan Chong Wei sebagai calon pilihanraya adalah tidak mustahil menjadi nyata kerana sebelum ini, Soh Chin Aun, bekas Kapten Bolasepak Malaysia yang terkenal pernah dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihanraya 1986 di Kota Melaka. Bagaimanapun, beliau telah kalah kepada Lim Guan Eng dengan majoriti lebih 17,000 undi.

Namun, ini tidak bermakna yang Dato' Lee Chong Wei juga akan kalah jika bertanding memandangkan rakyat benar-benar dahagakan seorang tokoh berjiwa rakyat dari kaum bukan Melayu yang mampu mempengaruhi rakyat berbagai kaum untuk menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.

Jika faktor ini diambil kira, kita tidak ragu-ragu lagi bahawa wira badminton kita ini adalah termasuk dalam kategori 'calon boleh menang' yang kita cari-cari dalam PRU nanti.

Bagaimanapun, ini hanyalah desas-desus dan sekiranya ia benar maka mungkin Malaysia perlu fikirkan semula satu perkara, iaitu: Apakah kita lebih memerlukan Dato' Lee Chong Wei untuk mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton atau kita lebih memerlukan beliau untuk turun padang memberi penerangan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat bagi pihak BN?

Yang pasti, melahirkan seorang wira badminton bertaraf dunia tidak semudah mencari calon pilihanraya!

Untuk itu, Syabas Dato' Lee Chong Wei! Malaysia sentiasa bersamamu, tak kira menang ataupun kalah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANAS: Suami kurung isteri bersama dengan hamba seksnya


KUALA LUMPUR: Derita seorang wanita warga Indonesia yang dikurung seorang lelaki dan dijadikan hamba seks selama lebih dua bulan hingga menyebabkannya mengandung berakhir apabila diselamatkan isteri lelaki berkenaan.
Difahamkan, wanita berusia lingkungan 20-an itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira tiga bulan lalu yang mendakwa kononnya ejen pendatang asing dan boleh membantu menghantarnya pulang semula ke negara asal.

Malangnya, sumber berkata, wanita itu bukan saja ditipu lelaki berkenaan malah terpaksa melalui detik hitam apabila dikurung dan dijadikan pemuas nafsu sebelum diselamatkan polis dengan bantuan isteri lelaki terbabit, awal pagi kelmarin.
Mangsa yang bekerja di sebuah negeri di pantai timur diperdaya lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan mendakwa boleh membantu menguruskan dokumen perjalanan pulang ke negara asalnya.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa mengikut lelaki berkenaan bersama seorang lagi lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit ke ibu kota. Mereka kemudian membawa mangsa ke sebuah kondominium di Kepong, di sini.

“Lelaki terbabit menyuruh mangsa menetap di rumah itu bersama rakannya sementara menunggu dokumentasinya selesai. Namun, selepas seminggu tinggal di rumah berkenaan, mangsa masih tidak mendapat pasport dan tiket penerbangan seperti dijanjikan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihalang keluar dari kondominium berkenaan selain turut dijadikan hamba seks apabila dipaksa melayani nafsu serakah lelaki berkenaan dan beberapa lelaki lain.

“Mangsa mendakwa lelaki itu dan rakannya dipercayai ahli sindiket pelacuran kerana sering membawa pulang beberapa wanita ke rumah berkenaan bersama beberapa lelaki lain yang dipercayai pelanggan kepada wanita terbabit,” katanya.

Sumber berkata, kira-kira jam 2 pagi kelmarin, mangsa yang dipercayai mengandung mengalami pendarahan teruk menyebabkan rakan lelaki terbabit panik dan bertindak menghubungi lelaki itu.

“Lelaki itu dipercayai menghantar kiriman SMS memberitahu keadaan mangsa. Bagaimanapun, kandungan SMS itu dibaca isteri lelaki itu menyebabkan wanita berkenaan terkejut.

“Wanita berusia lingkungan 30-an itu mengesyaki sesuatu sudah berlaku menyebabkan dia terus bergegas ke kondominium rakan suaminya itu sebelum menemui mangsa,” katanya.

Sumber berkata, tindakan wanita itu membawa padah apabila dia turut dikurung suaminya sendiri yang datang ke rumah berkenaan sebaik dimaklumkan rakannya mengenai kehadirannya.

Difahamkan, wanita terbabit kemudian bertindak menghubungi polis meminta bantuan sebelum sepasukan polis tiba di rumah itu dan menyelamatkan mereka.

Beliau berkata, kedua-dua suspek turut ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atip).


hmetro

SEJARAH DICIPTA OLEH PANDELELA.. TAHNIAH!!!


PANDELELA Rinong merealisasikan apa yang kebanyakan atlet lain gagal melakukannya apabila membutirkan pingat gangsa untuk negara menerusi acara 10m platform individu wanita di Olimpik Park, sebentar tadi.

Penerjun berasal dari Sarawak itu yang menjadi peserta ke-8 daripada 12 pesaing membuat terjunan di final acara berkenaan, mengumpul 359.50 mata keseluruhan selepas menamatkan lima terjunan.

Dia memulakan cabaran dengan terjunan kurang memberangsangkan apabila menduduki tempat ke-10 selepas terjunan pertama dengan meraih 58.50 mata, diikuti berada di kedudukan ke-9 (78.30) menerusi terjunan kedua sebelum kembali ke-10 (64.00) di terjunan ketiga dan ke-7 (81.60) selepas aksi keempat. Dia melonjakkan dirinya ke tangga ke-3 (76.80) dan berkedudukan pingat gangsa pada terjunan terakhir.

“Saya gembira dan berasa bangga dengan diri saya sendiri kerana dapat mencipta sejarah untuk negara. Pingat ini juga yang pertama selain daripada badminton dan saya berpuas hati kerana berjaya menghasilkannya kerana acara terjun tidak sepopular badminton,” katanya yang akan menelefon emaknya untuk memberitahu khabar gembira itu.

Menurutnya, jurulatihnya, Yang Zhuliang memberitahunya supaya memberi fokus kepada baki terjunan selepas menampilkan aksi kurang memberangsangkan pada terjunan pertama.


Seperti diduga, Chen Roulin dari China yang juga juara dunia acara individu dan seirama mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Beijing empat tahun lalu.

Dia yang bertanding di temasya di China itu ketika berusia 15 tahun, dianggap berada dalam kelas tersendiri apabila sentiasa berada di tangga teratas setiap terjunan untuk mengumpul 422.30 mata keseluruhan.

Pingat perak menjadi milik Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata.

Pandelela melangkah ke final selepas menduduki tempat ke-5 daripada 18 peserta yang beraksi di separuh akhir selepas mengumpul 362.50 mata.

Pingat gangsa Pandelela itu adalah yang kedua buat kontinjen negara di London 2012 selepas Lee Chong Wei memenangi perak dan yang pertama selain daripada sukan badminton yang sebelum ini menjadi penyumbang tradisi pingat negara.

Selepas satu perak dan satu gangsa, Malaysia masih mengintai pingat emas dengan Bryan Nickson Lomas menjadi atlet terakhir beraksi dalam acara 10m platform individu lelaki, hari ini.

PANAS!!! WAJIB TONTON PENGAKUAN ABBY TERLIBAT UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN



KAMI memerhatikan akhir-akhir ini semakin banyak kata-kata 'kurang manis' keluar di bibir pelakon yang sudah pencen, Abby Abadi.

Terbaru kata Abby, hanya dengan 'menumbangkan' kerajaan sekarang, artis-artis bertudung mendapat lebih banyak rezeki.

Kelakar pun ada, hendak tergelak pun ada. Nampak sangat cetek pengetahuan dan ilmu bekas pelakon Gerak Khas ini rupanya. Datuk Yusof Haslam pun mungkin malu dengan kenyataan bekas anak buahnya ini, kami agak.

Bagi kami, eloklah Abby tanya kepada Wardina Saffiyyah, Sheila Rusly dan Ramlah Ram. Tanya mereka bagaimana cara untuk kekal laris. Malu nak tanya senior, tanyalah adik-adik bertudung seperti Diana Emir, Heliza Helmi dan Ana Raffali macam mana cara hendak berbaik-baik dengan orang.

Ini perlu supaya diri disukai. Bila orang suka kita, bermanis mulut kala bicara, banyaklah rezeki yang datang, dengan izin Allah.

Abby kurang diberi peluang bekerja bukan selepas dia memilih imej bertudung, kami ada buktinya.
Sebenarnya sudah sekian lama dia tidak mendapat banyak tawaran pekerjaan. Beberapa tahun sebelum bertudung lagi sebenarnya, tidak banyak penerbit yang 'berani' bekerjasama dengan Abby.

Buktinya, banyak luahan perasaan Abby itu telah ditulis dalam akhbar. Ketika itu, Abby mengadu, mengeluh dan kesal kerana dia tidak dapat banyak 'job'. Malah Abby turut mempertikaikan dan menyoal, kenapa Memey Suhaiza yang kini menjadi isteri kepada bekas suaminya, Norman Hakim lebih menjadi pilihan penerbit.

Kata Abby, Memey yang pernah ditangkap khalwat pun orang bagi banyak tawaran, kenapa ibu tunggal sepertinya dipandang sepi? Agaknya, Abby sendiri lupa, hal itu pernah ditulis dalam akhbar dan diberitahu kepada rakan wartawan.

Abby, anda patut melihat ke dalam diri sendiri, cari kelemahan dan carilah jalan penyelesaian. Mungkin sikap kita sendiri, membuatkan orang tak suka bekerja dengan kita, bukan kerana bertudung atau tidak.
Elakkan sikap selalu mencari salah orang atau suka bergaduh. Selalulah amalkan cara berfikir jauh terlebih dahulu sebelum bercakap, pasti kita disukai oleh pihak lain.

Kepada Abby, kalau tengok YouTube tu, selalu-selalu juga lihat kenyataan dan nasihat orang lain, pihak yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Ini supaya Abby tidak jauh tersasar dan boleh realistik.
Antaranya, kami memetik kata-kata Ustaz Khazim Elias yang bagus untuk dijadikan pengajaran.

"Tak kira siapa, baru dua hari pakai tudung sudah jadi ustazah. Adakah semudah dan semurah itu agama kita?

"Kalau betul kita berhijrah, kalau betul bertaubat pergilah berguru. Pergilah belajar dan tambah ilmu dengan guru muktabar. Barulah nampak perjuangan yang betul-betul kerana agama."

Abby.. Abby.. Apa nak jadi dengan mak jan sorang ni...

Thursday 9 August 2012

Anti Patriotisme: Politikus Pembangkang Bakal Menjahanamkan Negara

Saban tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara kita, akan ada saja kenyataan dan komen negatif seperti disengajakan akan terpancul keluar, rata-ratanya datang dari kalangan politikus parti pembangkang.

Semacam ada gerakan subversif yang mahu menyemai kebencian dan menyemarakkan semangat anti patriotisme dikalangan rakyat sedang dijalankan oleh segelintir poli'tikus' pembaiki labu air.

Biasanya gerakan mereka bermula dengan polemik mempertikaikan rekabentuk bendera kebangsaan, Jalur Gemilang yang acapkali cuba dikaitkan dengan bendera Amerika Syarikat hanya semata-mata beberapa warnanya sama.

Sedangkan sebuah negara lain di Afrika iaitu Liberia, benderanya juga seakan sama seperti bendera Amerika namun tidak pernah ianya menjadi polemik sehingga menyebabkan hilang rasa hormat rakyat terhadap panji kemerdekaan negara mereka.

Malah Iran yang sentiasa seringkali dipuja puji oleh pembangkang khususnya PAS juga memiliki rekabentuk bendera yang hampir sama seperti India, cuma berbeza dari segi warna merah dan oren serta kedudukan atas bawah warna hijau, tidak pula pernah pemimpin pembangkang di negara tersebut menjadikannya pertikaian.

Demikian jua dengan Syiria, Iraq dan Yemen, jalur merah putih dan hitam melintangnya sama yang berbeza cuma kedudukan objek ditengah lajur putih sahaja pun tidak sesekali rakyat pernah tersilap mengibarkan bendera, malah tidak juga hilang kecintaan mereka pada ibu pertiwi.

Begitu juga dengan jiran kita Indonesia dan Singapura, sekalipun bendera mereka memiliki jalur warna merah putih sama seperti Poland, pantang sekali untuk mereka menghina panji negara masing-masing apatah lagi untuk merasa segan untuk mengibarkannya.

Tapi di Malaysia yang tercinta ini, kita memiliki terlampau ramai politikus yang didukung oleh segelintir rakyat yang tiada semangat kecintaan pada negara yang begitu gemar memperlekehkan simbol kebesaran negara sendiri.

Dalam pada mereka seringkali membandingkan bendera kita dengan bendera Amerika sambil memperlekehkan maruah kemerdekaan negara, di masa yang sama mereka jugalah yang acapkali mendabik dada memuji sistem demokrasi Amerika dan meminta kerajaan mencontohi kebebasan politik ala Amerika. Kontradiks.

Jika pada tahun lepas (2011) pertikaian terhadap bendera negara kita hangat diperkatakan gara-gara kenyataan anti patriotisme oleh M.Manoharan, tahun ini politikus yang sama mempertikaikan pula pengorbanan jaguh badminton yang berpenat lelah cuba mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tidak lupa juga kontroversi ceramah Mat Sabu pada tahun 2011 yang secara terbuka pernah mengheret isu Jalur Gemilang dan lagu Negaraku diikuti sanjungannya pada Mat Indera komunis yang baginya adalah pejuang kemerdekaan sebenar berbanding pahlawan negara yang menjadi mangsa kekejaman Mat Indera di Bukit Kepong.

Seperti sengaja mahu merancakkan lagi gerakan anti patriotisme, dalam tahun ini pula seorang lagi politikus dari PAS, Nizar Jamaluddin turut berkongsi nada sama-sama mengambil bahagian melabelkan penghinaan terhadap bendera negara sebagai jalur malang.

Baru beberapa ketika berlalu, kartunis pro pembangkang yang bernama Zunar pula tanpa sedikit pun rasa bersalah telah dengan angkuh dan sombong melakarkan karikatur yang memperlekehkan panji kemerdekaan negara.

Dan seperti biasa, para penyokong pembangkang akan berusaha sedaya upaya cuba menjustifikasikan penghinaan tersebut sebagai satu kewajaran, sedangkan selama ini merekalah yang bersungguh benar mahu merampas tampuk kekuasaan negara yang berpanjikan Jalur Gemilang yang mereka hina itu.

Langsung tak terdetik barangkali di nurani masing-masing betapa polemik yang mereka timbulkan hasil kenyataan anti kenegaraan itu berkait langsung dengan maruah anak bangsa dan tanahair.

Melihat pada susun atur dan corak serangan terbuka terhadap simbol, lambang dan sejarah kemerdekaan negara, pastinya tidak sukar untuk kita membuat satu andaian sememangnya wujud gerakan anti patriotisme dikalangan politikus pembangkang.

Tentu saja tujuan mereka mahu seboleh mungkin mengikis semangat patriotisme dikalangan hamba rakyat, bila ianya berjaya dilakukan barangkali mudah untuk pembangkang mencucuk jarum kebencian bagi mencapai angan-angan mereka untuk merampas pemerintahan negara ini.

Tatkala ramai pemimpin politik di negara lain bertungkus lumus melakukan amal bakti dan menabur jasa demi cinta mereka pada negara sekalipun masing-masing berbeza fahaman politik, di negara kita sebaliknya berlaku.

Politikus pembangkang Malaysia kelihatan semakin selesa menjalankan gerakan anti kenegaraan samada secara sedar atau tidak, menjurus kepada kepentingan sempit tanpa mengira impaknya bakal memudahkan musuh luar mengambil yang bakal menjahanamkan tanahair tercinta.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang masih menyimpan perasaan cintakan ibu pertiwi, bangunlah segera mempertahankan maruah tanahair ini dari terus dinodai oleh politikus haprak yang rendah nilai patriotismenya.

Tanah bertuah ini baik buruknya, lebih atau kurangnya waima ditimpa hujan batu sekalipun sepatutnya kita sama-sama terus mempertahankan maruahnya kerana disinilah bumi yang kita pijak dan selamanya akan kita junjung.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Haram, berdosa undi DAP

KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),

Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.

"Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata, tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

"Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.

*Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 8 August 2012

Wajib Lihat: Pemimpin Atasan Dalam Pakatan Rakyat Bergaduh

Tema Hari Kebangsaan PR Berbeza: Bukti PR Tidak Sepakat

Ketika Pakatan Rakyat (PR) menjerit-jerit fobia dengan tema '55 Tahun Janji DiTepati' yang diumumkan kerajaan pusat kerana tepat terkena ke batang hidung mereka, kerajaan PR Kedah telah pun melancarkan temanya sendiri iaitu '55 Tahun Terus Berbakti' seawal 17 Julai lagi.

Namun, tindakan kerajaan Kedah itu seolah-olah tidak 'diiktiraf' oleh kepimpinan PR Pusat kerana mereka langsung tidak memperdulikannya. Malah, kepimpinan PR Pusat telah melancarkan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema rasmi Hari Kebangsaan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Ini bermakna, Kedah telah 'tercicir' dan akan bersendirian menggunakan tema berbeza dari PR dan juga pusat.

Nampaknya, untuk bersatu hati dalam mencari tema Hari Kebangsaan juga amat payah sekali bagi Pakatan Rakyat. Jika begitu sukar sekali untuk mereka menyeragamkan hanya 4 buah negeri, bagaimana PR boleh bermimpi mampu menyamaratakan segala-galanya bagi seluruh Malaysia jika mereka berjaya memerintah?

Inilah akibatnya jika ketiga-tiga parti merasakan parti masing-masing sebagai kepala dan tulang belakang PR dan tiada siapa hormatkan sesiapa di antara sesama mereka sebagai pemimpin tertinggi.

Namun, kita faham jika kepimpinan PR memekakkan telinga sahaja dengan tema yang dilancarkan oleh negeri Kedah iaitu kerana pemilihan perkataan 'berbakti'. Sedangkan, perkataan-perkataan yang membawa makna 'berkhidmat kepada rakyat' amatlah menakutkan PR.

Dari satu segi, perkataan 'berbakti' tidak banyak beza dengan 'janji ditepati' mengikut makna umum dan di dalam konteks Malaysia. Apatah lagi jika perkataan tersebut digandingkan dengan angka '55 tahun'.

Ini kerana bukan PR tidak tahu bahawa yang berbakti kepada rakyat Kedah dan keseluruhannya selama 55 tahun adalah BN atau Parti Perikatan dan bukan PAS, DAP, PKR jauh sekali Pakatan Rakyat.

PAS atau PR baru sahaja memerintah Kedah selama tidak sampai sepenggal dan selama itu juga langsung tiada bakti yang dicurahkan. Sebaliknya, hanya menambahkan masalah kepada rakyat selain dari menambah pusat-pusat hiburan dan karaoke.

Oleh itu, tema '55 tahun terus berbakti' seolah-olah mengingatkan rakyat kepada jasa-jasa Barisan Nasional dan UMNO kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan kemerdekaan. Pelik juga kita kenapa PAS Kedah telah memilih tema yang juga terkena batang hidung mereka sendiri?

Apapun, dengan kegagalan PR untuk bersatu hati dalam memilih tema untuk digunakan di negeri-negeri jajahan mereka membuktikan betapa rapuhnya pakatan mereka. Masalah ini juga berlaku kerana PR tidak pernah mempromosi patriotisme, maka memilih tema untuk Hari Kebangsaan serta menjiwainya tentulah sesuatu yang sukar bagi mereka. Apatah lagi dengan terdapatnya segolongan di dalam PR yang enggan menerima sejarah serta ingin mengubah sejarah mengenai kemerdekaan semata-mata kerana ingin 'membersihkan' nama nenek moyang mereka.

Selama ini juga kita melihat pemimpin-pemimpin PR ke hulu ke hilir ke serata dunia tidak puas-puas memburuk-burukkan Malaysia. Mereka menggambarkan Malaysia sebagai neraka dunia seolah-olah segala-gala tentang Malaysia adalah buruk lagi busuk.

Sesungguhnya, PR tidak pernah cintakan negara ini dan tidak pernah mensyukuri nikmat keamanan, kemakmuran, kesejahteraan mahupun keindahan negara ini. Justeru, PR mungkin boleh mencipta slogan dan tema tetapi ia tidak membawa apa-apa makna kepada mereka.

PR juga saban hari mempromosi perpecahan dan bukannya perpaduan. PR menentang perpaduan sesama ummah dan di antara kaum kerana perpaduan di kalangan rakyat bermakna kekuatan bagi kerajaan yang memerintah. Sedangkan matlamat mereka adalah untuk melemahkan kerajaan.

Oleh itu, untuk PR memilih tema 'sebangsa, senegara, sejiwa' adalah satu hipokrasi yang paling besar apatah lagi di kala DAP sendiri tegar menentang 'satu sekolah' untuk anak-anak Malaysia.

Hakikatnya, bukan sahaja PR itu adalah agen perpecahan tetapi PR sendiri tidak mampu menjadi satu parti. Sehingga ke hari ini iaitu setelah hampir sepenggal memerintah di 4 negeri, PR kekal menjadi tiga parti dengan tiga ideologi, tiga matlamat dan tiga prinsip yang berbeza, hatta bertentangan juga. Kerana itu, PR tidak mampu bersatu walaupun dalam mencipta tema Hari Kebangsaan.

Bagaimana agaknya nasib rakyat sekiranya parti yang tidak patriotik, tidak bersatu serta menentang perpaduan di kalangan rakyat diberi mandat memerintah Malaysia?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 7 August 2012

Paderi Gay Kahwin: Masyarakat Kristian Malaysia Harus Tunjukkan Bantahan

Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.

Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut.

Selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataannya kepada AP, Boon Lin mengakui isu gay cukup sensitif di Malaysia tapi peliknya seperti sengaja pula mahu mempromosikan kisah perkahwinan gay apabila turut menjemput sekumpulan wartawan ke majlis tersebut.

Jika pada tahun lalu banyak pihak tampil ke hadapan menyuarakan bantahan dan mengecam perlakuan songsang tersebut, kini bantahan yang sama juga patut diluahkan segera terhadap majlis respsi itu.

Tambahan pula sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adat budaya serta resamnya yang tersendiri, amat tidak bersesuaian sekali kita membiarkan sahaja kelakuan paderi dan pasangan songsangnya itu menambah biakkan lagi aktiviti sejenis sebegini.

Masyarakat Kristian di Malaysia sewajarnya bangkit menyuarakan kecaman dan bantahan mereka serta tidak sepatutnya membiarkan saja rakan-rakan agama lain sahaja yang memprotes perkahwinan dan majlis resepsi gay itu.

Setidak-tidaknya dengan bantahan tersebut dapat memberi isyarat jelas kepada Boon Lin dan pasangannya bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama sama sekali tidak akan merestuai amalan luar tabie tersebut.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 6 August 2012

Pelajar UNISEL & Kakitangan JNSB Menjadi Mangsa Pakatan Rakyat

Jika pada tahun 2009, kerajaan PR Selangor telah menunjukkan kelemahan dengan terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak dua kali dalam masa enam bulan selepas bajet dibentangkan, ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengurus negeri.

Tetapi apabila sudah hampir sepenggal memerintah dan kerajaan PR Selangor masih lagi melakukan kesilapan dan terlepas pandang di sana-sini, terutamanya dalam soal yang membabitkan pendidikan yang menjadi tonggak janji mereka kepada rakyat, maka tidak salah jika kita mengisytiharkan secara rasmi bahawa PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah negeri, jauh sekali negara.

BN 'melepaskan' Selangor kepada PR dalam keadaan negeri tersebut mempunyai simpanan berjumlah RM1.4 billion. Selangor merupakan negeri yang kaya dengan penjanaan ekonomi yang pesat saban tahun sejak dari pemerintahan BN sekian lama.

Pada tahun ini pula, kerajaan PR Selangor mengumumkan simpanan berjumlah RM2.2 billion.

Dengan itu, Dato' Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dalam beberapa kenyataan medianya sering bermegah dengan kemampuan kepimpinannya menambah pendapatan negeri. Begitu juga dengan Azmin Ali dan beberapa pemimpin PR yang lain sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir kewangan sehingga mampu menjanjikan pendidikan percuma kepada semua sekiranya mereka memerintah Malaysia.

Namun, hari ini terbuktilah sudah, jangankan mentadbir negeri, tetapi sebuah universiti pun mereka tak mampu. Jangankan memberi pendidikan percuma kepada lebih 600 buah pusat pengajian tinggi seluruh negara tetapi membayar kos penyelenggaraan dan asrama UNISEL dalam tempoh tidak sampai 2 tahun pun mereka tak mampu.

Ini terjadi kerana kerajaan Selangor begitu berharap kepada yuran yang dibayar oleh pelajar untuk menampung semua kos yang terlibat dalam mengendali dan mengurus universiti itu tanpa mempunyai perancangan awal untuk mengatasi kekurangan bajet. Akibatnya, yuran yang dibayar oleh pelajar berjumlah RM15 juta kepada UNISEL tidak sampai ke tangan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan kediaman dan penyelenggaraan asrama.

Akibatnya, pejabat operasi JNSB ditutup pada ketika sessi pendaftaran bermula kerana kakitangan mereka tidak menerima gaji.

Tentulah pelik sekali apabila PR memperjuangkan pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN kerana "mementingkan pendidikan" tetapi di masa yang sama "mengabaikan kepentingan pendidikan" sehingga membiarkan pelajar-pelajar UNISEL dan kakitangan JNSB menjadi mangsa.

Perkara yang hampir sama juga berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan PAS sehingga membawa kepada demonstrasi menuntut perletakkan jawatan rektor setelah kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak ambil peduli.

Kegagalan kerajaan Selangor untuk mendahulukan simpanan negeri yang didakwa mereka sebagai banyak bagi menangani masalah UNISEL membuktikan bahawa PR tidak mengutamakan pendidikan. Sama ada ini benar, ataupun sememangnya PR enggan membayar hutang kepada JNSB kerana berpegang kepada prinsip bahawa hutang tidak perlu dibayar sepertimana pendirian mereka dalam isu PTPTN.

Atau mungkin juga kerajaan negeri sememangnya tidak ada wang dan segala apa yang diumumkan dalam bajet mereka hanyalah penipuan semata-mata.

Namun, ini juga tidak mungkin benar kerana kerajaan negeri Selangor telah mengesahkan akan menyumbangkan sejumlah RM500,000 untuk menampung kos guaman Rafizi Ramli dalam kes melanggar BAFIA. Dan ini bukan kali pertama kerajaan negeri menyalahgunakan wang negeri untuk menampung kos guaman pemimpin atau wakil rakyat PR yang melanggar undang-undang. Sebelum ini, kerajaan negeri telah pun menanggung kos guaman ADUN Seri Muda yang dihadapkan ke mahkamah atas kes menghina Sultan.

Menggunakan wang negeri untuk menanggung kes peribadi dan kes politik yang tiada kena mengena dengan rakyat sudah cukup untuk menunjukkan yang kerajaan negeri Selangor amatlah tidak bertanggungjawab sekali. Bukankah lebih baik wang ini digunakan bagi mengatasi masalah UNISEL dan masalah-masalah lain yang berkaitan secara langsung dengan hidup rakyat?

Apa yang berlaku membuatkan rakyat semakin curiga dengan kerajaan negeri Selangor. Rata-rata menyatakan kehairanan kenapa Menteri Besar gagal menangani masalah yang sebegitu kecil, seperti bayaran hutang kepada kontraktor penyelenggaraan di sebuah universiti? Jawapan kerajaan negeri bahawa tumpuan diberikan kepada operasi universiti dan enggan menyusahkan diri dengan masalah penyelenggaraan asrama menunjukkan yang beliau langsung tidak prihatin dan menganggap perkara ini remeh.

Justeru, kita ingin bertanya, siapa atau apakah 'rakyat' di mata PR? Babu? Hamba? Anjing yang hanya perlu mengikut cakap mereka?

Apakah erti slogan PR 'Demi Rakyat' jika rakyat yang perlu berkorban 'Demi Pemimpin'?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

WAJIB TONTON: ANWAR MAHU HAPUSKAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA DENGAN PERMULAAN DI SABAH

Sudah lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.

Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia sudah tahu.

Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu politiknya, DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.

Tanpa disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan Kristian dan perancangan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat.

Sasaran utama dalam agenda besar Anwar meluaskan pengaruh Kristian di negara ini ialah Sabah.

Salah satu strateginya boleh dilihat daripada desakan untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI ke atas masalah pendatang haram di Sabah yang mana kerajaan telahpun menyetujuinya.

Tujuan sebenar Pakatan Rakyat bukannya untuk membersihkan Sabah daripada pendatang asing tetapi sebaliknya untuk melemahkan kedudukan politik umat Islam di negeri itu.

Ini kerana Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menguasai satu pertiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak, dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya.

Rata-rata pendatang asing di Sabah adalah beragama Islam dan mereka merupakan mangsa persengkataan bersenjata di antara puak Moro dan kerajaan Filipina yang sudah berlarutan hampir empat dekat.

Kebanyakan mereka sudahpun diterima sebagai penduduk tetap dan ada sesetengah yang menjadi warganegara Malaysia.

Mereka hidup dalam aman dan damai, berkeluarga serta membina kehidupan baru di negara ini yang amat prihatin terhadap penindasan yang berlaku ke atas saudara seagama.

Malaysia menerima mereka dengan tangan terbuka malah menghulurkan pelbagai bantuan kemanusiaan sejak sekian lama.

Golongan Kristian tidak pernah dapat menerima kehadiran pendatang asing yang beragama Islam dengan seikhlas hati.

Jika senario bertukar di mana pendatang asing tersebut semuanya beragama Kristian, mungkin tidak wujud desakan untuk menubuhkan sebuah RCI.

Jika dilihat kalangan yang memulakan tuntutan penubuhan RCI adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian.

Apabila golongan Kristian Sabah melihat pendirian pluralisme dan liberalisme agama yang dipegang oleh Anwar, mereka pun mengambil peluang keemasan ini untuk melebarkan pengaruhnya.

Bagi Anwar pula, selagi kumpulan ini sanggup menyokong impiannya menjadi Perdana Menteri, tidak ada masalah baginya untuk mengorbankan bangsa Melayu, kepimpinan Melayu dan Islam sekalipun.

Ini jelas apabila beliau mencanang untuk melantik Baru Bian, seorang pemimpin Kristian dari PKR sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri tahun lalu.

Malah di Pulau Pinang, atas dasar majorti penduduk di negeri itu adalah kaum Cina, Anwar juga sanggup mengorbankan agenda Melayu dengan meletakkan DAP menerajui kerajaan negeri.

Satu lagi petanda bahawa Anwar kian terjerat sokongan janji puak Kristian Sabah ialah kewujudan beberapa kumpulan politik, setiap satunya di bawah seorang pemimpin Kristian.

Setelah dipecat daripada PKR, Dr Jeffrey Kitingan akhirnya menubuhkan Parti Reformasi Sabah (Star).

Begitu juga tindakan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengasaskan Angkatan Perubahan Sabah sejuruskan meninggalkan BN.

Kesemua kumpulan politik Kristian berdiri teguh di belakang Anwar dan Pakatan Rakyat bukan untuk menegakkan keadilan atau berjuang untuk rakyat tetapi menghapuskan Islam di bumi Sabah.

Satu lagi pemimpin Kristian ialah Kalakau Untol yang berjaya menyusup di dalam kepimpinan PKR dan bertindak sebagai pengemudi agenda Kristian di dalam parti itu.

Sementara itu pada peringkat pusat, pemimpin Kristian PKR di ungguli oleh bekas Menteri Kesihatan, Jimmy Chua Jui Meng, bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.

Mereka seringkali berulangalik ke Sabah bagi memantapkan jalinan kerjasama antara pemimpin Kristian PKR di peringkat pusat dan negeri.

Apabila sesuatu aktiviti politik PKR Sabah di anjur oleh golongan Kristian, pasti aturcaranya akan mengandungi elemen-elemen berunsur keagamaan seperti nyanyian dan iringan doa Kristian sebelum majlis dimulakan.

Anwar atau mana-mana pemimpin Melayu PKR tidak pernah sekalipun menegur atau mengkritik tindakan kumpulan Kristian yang secara terang-terangan melanggar peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Malah Anwar telah menjadi agen Kristian paling nyata apabila bermati-matian memperjuangan isu kalimat Allah untuk digunakan juga oleh golongan Kristian.

PAS tidak lagi boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan Islam manakala PKR sudah jelas pendiriannya menyokong Kristian di Sabah.

Demi kepentingan Islam, orang Melayu wajib menolak Anwar dan politik yang dibawa Pakatan Rakyat sebelum nasi menjadi bubur.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...