j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: January 2013

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Sunday 13 January 2013

Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) Gagal

Media-media pembangkang pantas melaporkan 'kejayaan' Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.

Nampaknya, tafsiran 'kejayaan' oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran. Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan.

Namun, himpunan ini tetap diwar-warkan mereka sebagai 'berjaya'. Mungkin mereka menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta.

Perlu diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk membuat kacau dan menyamar menjadi peserta. Jika ini benar, maka angka sebenar jumlah peserta hanyalah 35,000.

Bagaimanapun, media pro-PR terus mengkelentong penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai. Ada juga yang cuba bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang. Kiraan ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium.

Faktanya, kapasiti tempat duduk staduim hanyalah 25,000. Jika dicampur dengan yang berdiri termasuk di tengah padang yang seluas 50ribu kaki persegi, dibahagi dengan 2 kaki persegi keluasan yang diperlukan untuk seorang individu bersaiz sederhana berdiri tegak, maka paling ramai mungkin terdapat lebih kurang 10,000 – 15,000 lagi. Di luar stadium pula, hanya satu bahagian sahaja yang menyaksikan peserta yang ramai, dan dalam perimeter beberapa puluh meter sahaja dari stadium, yang mana dianggarkan hanya mampu mendapat kiraan dalam 5,000 – 10,000 orang sahaja.

Justeru, anggaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah lebih munasabah iaitu 45,000 orang.

Daripada jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 8% kaum Cina dan 2% kaum India yang berjaya dikelentong. Selebihnya, semuanya adalah Melayu PAS dan PKR yang terpaksa membawa lambang DAP dan sepanduk berbahasa Cina bagi mengkelentongkan diri sendiri kononnya kaum Cina juga ramai yang 'terkelentong'.

Apa yang kurang jelas dari himpunan ini ialah tujuan ia diadakan. Kononnya, ia untuk menuntut PRU bersih, menuntut professionalisme kakitangan awam, menuntut Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan entah apa-apa lagi. Tetapi, entah kenapa pemilihan parti sendiri yang jelas kotor dan tidak professional tidak pula menjadi isu. Dan entah bila pula DAP bersetuju untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sedangkan kepala surat rasmi kerajaan Selangor juga menyaksikan bahasa Mandarin diangkat setaraf.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin PR telah menjangkakan jumlah ini, kerana itulah mereka memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil bagi mengelak ia kelihatan kosong. Jika dibanding dengan perhimpunan ulang tahun UMNO baru-baru ini yang menyaksikan 100,000 orang di Stadium Bukit Jalil, maka jumlah RAKYAT yang menyertai HKR adalah jauh lebih rendah dari jumlah ahli UMNO.

Walaubagaimanapun, melihat dari komen-komen penyokong PR di media sosial, nampaknya 100% daripada mereka telah benar-benar percaya dengan apa saja dikelentongkan oleh pemimpin dan media mereka mengenai HKR ini.

Oleh itu, jika tujuan HKR ini adalah untuk kelentong, maka ia wajar dikatakan sebagai berjaya dengan cemerlang sekali kerana walaupun hanya 4.5% dari penyokong PR yang turun berdemonstrasi, tetapi habis satu Malaysia dan seluruh dunia berjaya dikelentong oleh PR kononnya mereka ramai penyokong, sedangkan hakikatnya, untuk mendapat 10% dari sasaran 1 juta pun tidak terdaya.


Sent from my BlackBerry® smartphone

Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat dan Kemana Perginya Wang Kutipan?

Malaysiakini melaporkan kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam berjaya... Ye ker berjaya.. Terpekik terlolong sasar 1 juta orang, apa cer.... 100 ribu pun den dongar tak sampai.. Macammana boleh dikatakan berjaya...  Iskh... Iskhhh... Merah bukan heran benar HKR ni.. Bagi den buat lah banyak kali pun.. yg hadir cuma penyokong-penyokong totok mereka jer... Korang cuba lihat.. yang ponoh orang melayu yang tak sodar diri... sobab apo den kobarkan tak sodar diri.. ekaurang lihat.. mano poie ehhh cino-cino DAP... Mano poie ehh koling-koling lain geng diorang..


Laie satu.. den marah dengan yang bawak anak2 ko himpunan tu.. menyikso budak2 jo.. tak kosian ko.. Alasan diorang bukan apo.. bawak budak kocik sbb takut dek kono tahan kek polis.. kiro pikirkan yang abg2 polis tu kesianlah kek diorang.. Tapi diorang tahu tak yang pihak polis dah keluarkan arahan melarang kanak2 dibawa... jadi salah siapa.. kut kono tahan abang polis gak yang dapek namo...


Kek amcorp mall kehadiran ahli2 AMK amat mendukacitakan.. den dongar Shamsul ketot kono hamun kek Leroy & Anwar... Yolah.. bukan main skit orang yang ikut konvoi.. kut skit tu bukan konvoi namo ehh.. Sian Ketot.. cakap loga logu.. tapi habuk pun tarak...

Golongan ulama2 PAS pun tak nampak batang hidung... jadi kek mano yang berjaya himpunan ni.. Sebonarnya.. acara yang paling berjaya ialah.. pow duit rakyat.. Kut boto kobar rakyat Malaysia ni susah.. dan kobar konon nak tolong rakyat.. apo jadah korang poie mintak duit kek diorang.. duit2 yang dikutip sblm ni tak pornah2 dibentangkan brp jumlah kutipan.. kut ada... den cabar bentangkan jumlah kutipan sediaada dan kemana perginya duit2 tersebut.... Ada berani ker....???
KEMANA PERGINYA DUIT2 INI?

XDE SIVIK PUNYA BUDAK.. EKAU INGAT HILUX BOMBA NI ABAH KAU PUNYO KO..
MELAYU YANG TAK SODAR JADI ANJING DAP

PADAN MUKO!!! DAH MACAM PENGEMIS DEN TENGOK.
BUDAK PUNK MANO ADAM ADLI BAWAK NI.. KUT CAMNILAH PENYOKONG EHH..  ROSAK ANAK MUDO REMAJO.. PATUT EHH DIBIMBING KE JALAN YANG ELOK...

PESERTA JEMPUTAN YANG DITERBANGKAN KHAS DARI ISRAEL...


Thursday 10 January 2013

Bukti Himpunan Kebangkitan Rakyat Akan Lakukan Rusuhan Di Jalan Raya



Sasaran 1 juta.. Dasyattt ahhhh… nak berkumpul sampai 1 juta tu nak buat apa? Nak menghalalkan skandal Anwar dgn Shamsidar ke? Atau… Nak menghalalkan perbuatan liwat & zina si Anwar yang tak sedar diri tu…

Himpunan yang lepas dulu dibuat di jalanraya… Sekarang nak buat di stadium pulak… kalau dulu habis rosak kenderaan awam dan sebagainya… kali ini depa nak pecahkan apa pulak… Nak robohkan stadium tu pulak ker!!! Cubalah piker logic sikit… 1 juta nak dimuatkan kat situ… Info yang baru merah terima, kononnya Unit Amal mereka telah mengadakan meeting dgn jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang mereka… kononnyalah mereka telah mengingatkan kepado yang akan hadir supaya tidak membuat provokasi dan unit amal juga berjanji  akan berganding bahu dan membantu samo abg polis diraja Malaysia bagi mengawal ahli2 yang terbabit dgn HKR tersobut…

Unit Amal serang Polis
Kojap… Kojap…  tibo2 ketiak den gatal pulak dongar ehhh… Apa pasal den nak percaya dengan unit amal ni… Apa pasal abang2 Polis nak berganding bahu dengan diorang ni… Diorang ni ingat diorang tu sapa!! Korang cuba lihat masa Himpunan haram yg lepas diorang buat .. Unit Amal pun sama2 memecahkan harta benda dan buat kacau bilau…

Tengah den nak buat post ni… den dapat email yang mengatakan permohonan untuk menggunakan stadium merdeka telah pun diluluskan…. Ishhh… Parah…Parah dibuek ehh… Apo lah dibagi pakai stadium tu.. Stadium yang penuh sejarah dibagi kek anjing-anjing kurap & babi tu buek apo… Sok pueh nak menyamaknyo…

Camnilah… kut di bagi stadium bukit jalil pun takdo guno ehhh… den berani betting yang diorang ni tetap akan memulakan himpunan tu dari jalanan.. takdo makno ehh diorang nak poie straight kek stadium… percayolah cakap den… Stadium tu gimik jo.. Diorang mesti poie tempat yang ponuh dengan orang macam KLCC.. Kg. Baru.. Dataran Merdeka.. Diorangkan gomar buek huru haro… macam chegu bard, adam adli.. sapo laie… haaa.. hishamudin rais.. lagi.. tian chua.. itu sumo yng gomar melawan polis…Konpom punyolah….  Diorang tu bukan dongar arahan punyo orang.. apotah lagi nak ikut undang2…

Yang turun anjing2.. babi2 & monyet2.. tu sumo binatang liar… takkan dapek dikawalnya pun.. Sok abang2 pdrm yang busuk namo.. yolah.. abang polis dah kojo ehhh menjago keselamatan dalam negaro.. kojo ehhh nangkap orang yang langgar undang2 dan buek rusuhan.. bilo ditangkap dikobar ehhh abg2 polis tu kurang ajar.. sapo yang salah sebonar ehhh.. cubo duk rumah ontok2.. bawak anak bini poie jalan2 ko.. dah dibagi macam2 kek kerajaan.. BR1M, boli tepon dapek diskaun dan macam2 laielah… nak jugak ngikut poie buek rusuhan.. cubo rontikan jadi orang yang tak berguno..  Buek malu mak bapak jo.. kut ado yang mak bapak sesame terlibat tu.. itu makno ehhh orang tuo tak sodar diri namo ehhh tu…

Yang den tahu antara motif Himpunan Kebangkitan Rakyat tu adalah untuk menyokong kristian guno kalimah Allah dalam bible… Diorang sekarang tengah berpesta sobab usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah swt melaui pakatan Rakyat mendapat sedikit je tentangan dari PAS.. Dulu Ustaz Haron Din (timbalan mursyidul am pas) beria ia dan menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh kristian… sekarang apo jadi… Pok Nik Ajis dah kono suap kek Guan Eng dan Babi2 lain ko?


Yang sekor ni pulak tak abis2… dah nak jadi tuhan pulak…  dah ado pengakuan dari ahli pas sendiri KLIK SINI dan ulama lain yang mengatakan amanat ehhh itu dah terang2 salah dan membawa kepada kekafiran.. tak paham betul dengan orang tuo sumbing ni.. dio ni ikut mahzab mano ni.. macam mahzab buek sendiri jo….


Yang lain kek ateh pimpinan pr tu cumo niat ehhh nak gulingkan kerajaan sedia ado.. digunokan org2 bawah2 mcm korang ni.. yang tak roti apo2.. yang kojo ehh 24 jam menyalahkan kerajaan jo kek kodai kopi..… parah korang ni.. korang ni apolah kocik2 tak nk mampus.. dah bosar menyusahkan orang lain... nasib baeklah adik2 den dgn sedaro2 den tak macam korang ni.. kut tak.. dah lamo den sepak kan..

Setakat ni deposit untuk menyewo stadium pun bolum dibayar lagi... dah nampak sangat gimik dari diorang ni...

Wednesday 9 January 2013

Anwar Aljuburi Pemilik SuaraPakatanRakyat.com

Ramai yang garu kepala apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tak semena-mena tampil dengan kenyataan luar tabie menafikan blog suarapakatanrakyat.com yang kritis melampaui norma-norma kehidupan itu adalah suara rasmi Pakatan Rakyat yang dipimpinnya.

Penulis blog SuaraPakatanRakyat itu dalam satu artikel bertajuk "
Kanang Bukan Hero Sebenar" yang disiarkan pada 4 Januari 2013 yang lepas tanpa berselindung telah mengkritik upacara pengebumian negara untuk mendiang Kanang yang disifatkannya satu pembaziran wang rakyat.

Akibat penulisan yang terlampau bebas dan bias mungkin kerana terlalu bersemarak kebencian terhadap UMNO dan BN, hasilnya datang berduyun-duyun komen kebanyakannya dari rakyat Sarawak yang mengecam keceluparan si penulis blog tersebut.

Melihat pada reaksi sedemikian tentunya datang perasaan cuak tiba-tiba dalam diri Anwar yang mendorong kepada tindakan luar tabienya menafikan blog itu mempunyai kaitan langsung dengan PR.

Tapi siapa yang Anwar nak kelentong? Siapa yang Anwar nak tipu hidup-hidup?

Umum dah lama tahu, Anwar cukup sinonim dengan perangai buruk baling batu sembunyi tangan, gemar melemparkan isu-isu sensitif atau menimbulkan kontroversi kemudiannya membuat penafian penglibatannya seterusnya menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku.

Bila kelakuan buruk atau peribadi serta moral rendahnya menjadi perhatian ramai, sepantas kilat jugalah Anwar bersilat kata semata-mata untuk menafikan penglibatannya dengan si polan dan si polan.

Itu tabie semulajadi Anwar sejak sebelum menyertai UMNO dan dibawanya sikap tersebut semasa bersama UMNO, bila mana Anwar dipecat keluar dari UMNO, sikap buruk yang sama itulah yang diusungnya demi mencapai matlamat politiknya.

Lihat sahaja semasa kes video seksnya dengan seorang pelacur China yang didedahkan oleh Datuk Eskay dulu, beriya-iya Anwar menafikan mengenali Datuk Eskay. Bersungguh-sungguh Anwar cuba meyakinkan khalayak yang dia langsung tidak pernah berjumpa dengan Eskay.

Walhal sebelum video itu terdedah pada umum, ramai pemimpin PKR sendiri sudah sedia maklum di mana ada Anwar di situ ada Eskay. Pendek kata ke sana ke mari Anwar dan Eskay bagaikan belangkas hatta sudah berkoyan-koyan duit milik Eskay diguna pakai untuk kepentingan Anwar dan keluarganya.

Akhirnya bila didedahkan gambar sedang berbual mesra dengan Eskay, terus Anwar pusing cerita mendakwa rakan baiknya itu dibeli pula.

Begitu juga jika kita imbas semula isu si penjual karpet, Deepak Jaikishan Waktu peranan Deepak diperlukan, maka Anwar berselera memperalatkannya, namun bila terdedah pula perancangan sulit Anwar dan PR untuk memalukan Perdana Menteri dan keluarga, terus Anwar tarik handbrake menafikan penglibatannya dengan Deepak.

Dasar putar alam, baling batu sembunyi tangan betul. Sama saja kesnya bila kita membicarakan sikap Anwar membabitkan blog SuaraPakatanRakyat yang mempunyai hubungan rapat dengan jentera propaganda Anwar dan PR itu.

Sememangnya sah lagi sahih blog SuaraPakatanRakyat itu memang mempunyai hubung kait rapat dengan Anwar, PKR dan PR.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday 4 January 2013

RAFIZI+LEMBU=JULIAN MADAGASCA

MUNGKINKAH NASIB RAFIZI SEPERTI JULIAN ASSANGE?

Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan permainan wayang kulit pembangkang yang gemar mendedahkan dokumen sulit sebagai senjata politik kotor mereka.

Kali ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli muncul lagi sebagai watak hero parti itu untuk mengelirukan rakyat dengan 'pendedahan panas' seolah-olah beliaulah Julian Assange Malaysia!

Assange adalah seorang pengarang dari Australia yang juga merupakan pengasas laman web Wikipedia.

Beliau kini bersembunyi di bawah suaka politik dalam kedutaan Ecuador kerana takut di buru pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah berhubung aktiviti beliau mendedahkan banyak dokumen sulit kerajaan terutamanya berkaitan pengintipan dan ketenteraan.

Mungkin Rafizi juga bercita-cita untuk mencapai status seperti Assange dan menyorok pula di dalam kedutaan Turki!

Terkini pemimpin muda kesayangan Anwar Ibrahim ini mendedahkan melalui kenyataan media isi kandungan beberapa dokumen serta invois berhubung pembelian barang kemas bernilai RM13 juta dari Hong Kong.

Kononnya, Rafizi mendakwa, invois tersebut adalah kepunyaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan barangan kemas tersebut adalah pemberian kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.

Strategi yang dirancang oleh Rafizi mudah sahaja - kaitkan Perdana Menteri, isteri atau mana-mana pemimpin kerajaan dengan amalan rasuah, jenayah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan dokumen sulit, milik peribadi atau rasmi.

Tanpa mengesahkan samada dokumen yang didedahkan itu adalah sahih ataupun palsu, dan diperjelaskan dari mana sumbernya, rakyat terus diperbodohkan dengan rekaan cerita dan hikayat berunsur fitnah dan tohmahan pembangkang.

Dalam pendedahan terbaru, Deepak telahpun membuat penafian bahawa dokumen dalam tangan Rafizi bukan datang darinya.

Jadi persoalannya dari manakah Rafizi memperolehi dokumen-dokumen tersebut?

Dalam dunia digital dengan teknologi digital komputer yang canggih, semuanya boleh menjadi kenyataan.

Tidak mustahil mana-mana dokumen boleh dipalsukan menggunakan teknologi masa kini termasuk yang didakwa Rafizi sebagai kepunyaan Deepak.

Jikapun benar barang kemas tersebut dibeli oleh Deepak, kemungkinan ia adalah untuk ibu atau adik beradik perempuannya atau sebagai pelaburan malah boleh juga dibeli untuk Rafizi sekalipun!

Mengapa pula tanpa sebarang bukti kukuh, pembelian barang kemas itu disabitkan pula dengan isteri Perdana Menteri?

Apakah asas Rafizi untuk menuduh Datin Seri Rosmah menerima barangan kemas itu dari Deepak hanya berdasarkan beberapa invois yang diragukan keasliannya?

Terlebih dahulu pembangkang pernah menuduh isteri Perdana Menteri kononnya memiliki cincin berlian bernilai RM73 juta yang dibeli dari Amerika Syarikat.

Hanya berdasarkan cetakan dokumen yang kononnya di ambil dari skrin komputer pihak kastam, pembangkang terus mengaitkannya kepada Datin Seri Rosmah.

Akhirnya isu tersebut terkubur begitu sahaja kerana nyata apa yang dituduh adalah fitnah semata-mata dengan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Begitu juga pendedahan terdahulu seperti isu NFC, projek LRT Ampang, dan sistem kawalan trafik udara KLIA yang semuanya senyap dan tidak bersuara lagi apabila pihak kerajaan atau agensi yang dituduh melakukan penyelewengan memberi penjelasan dan kenyataan sebenar.

Namun kedudukan pembangkang seolah-olahnya melebihi undang-undang negara dan mereka mampu membuat fitnah serta dakwa dakwi tanpa sebarang rasa tanggungjawab malah dan terlepas lupa daripada tindakan.

Mereka tahu individu seperti isteri Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak berpeluang menjawab segala tuduhan dan dakwaan palsu yang dilempar terhadap mereka.

Oleh kerana itu pembangkang bermaharajalela memyebar sebanyak mungkin fitnah dan berita palsu mengenai pemimpin kerajaan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik mereka.

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin dekat dan gendang fitnah pembangkang pun semakin kuat dan rancak.

Disebabkan ketandusan isu konkrit untuk membuktikan kemampuan mereka untuik mentadbir negara, pembangkang kini tangkap muat apa sahaja isu yang boleh dieksploitasikan.

Tidak kira isu kecil atau besar, pembangkang sekarang sudah terdesak untuk menutup segala kepincangan mereka sendiri dan penipuan yang telah mereka lakukan selama ini.

Rakyat kini sudah bijak bestari membandingkan antara permata dan batu, dan tidak mungkin pembangkang boleh menggangap mereka mampu diperbodohkan selamanya.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday 3 January 2013

Hadi Kian Tersasar Demi Kerakusan Merampas Kuasa

Petikan dari Utusan kenyataan DATUK Zulkifli Noordin - Apa Niat Sebanar Hadi

Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam bersiaran secara langsung untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Haji Hadi yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub dan ahli seumur hidup Pas, CN Al-Afghani melalui bukunya Kafirkah Aku!.

Desakan Abdul Hadi turut disokong oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara dan membela diri.

Saya tidak menafikan syariat Islam mewajibkan mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu yang membabitkan dirinya. Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut seseorang diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Apa yang saya pertikaikan ialah amalan politik dua alam, cakap tak serupa bikin dan demokrasi hipokrit amalan pembangkang.

Contohnya, mengapa semasa Pas membat keputusan memecat Datuk Dr. Hasan Ali, beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Malah, Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau. Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat!

Mana suara Nik Aziz atau Abdul Hadi semasa itu. Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali, malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak diberi hak bersuara, malah tak diberi notis!

Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat al-Quran dan hadis serta hukum Islam dicedok dan digali untuk melapik tuntutan serta desakan mereka!

Ini pada saya adalah amalan politik jijik dan kotor kerana mempergunakan syariat Islam hanya untuk kepentingan politik peribadi!

Kedua, Abdul Hadi perlu ingat, beliau ada ruang di Harakah dan media-media portal pembangkang yang lain untuk memberi penjelasan. Apatah lagi dengan dunia Internet, beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di Youtube dan media lain. Malah beliau boleh buat rakaman dalam bentuk CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai.

Dalam keadaan ruang cukup luas yang ada untuk beliau memberikan penjelasan, Abdul Hadi memilih untuk mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkah ini menimbulkan keraguan tentang niat sebenar beliau?

Selanjutnya, Abdul Hadi perlu ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Haji Hadi 1981 itu ialah seorang pengikut taksub dan bekas ahli seumur hidup Pas.

CN Al-Afghani bukan calang-calang orang. Beliau pernah duduk dipimpinan Pemuda Pas Negeri. Malah Naqib usrah beliau ialah arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Pas! Beliau juga pejuang mujahidin di Afghanistan dan Kashmir. Malah beliau pembela balu syuhada Memali dan tinggal bersama mereka! Dan beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)!

Beliau yang membongkar kesan Amanat Haji Hadi 1981 melalui bukunya Kafirkah Aku!.

Beliau turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub dengan Amanat Haji Hadi itu sehingga mengkafirkan ahli keluarganya sendiri yang menjadi ahli atau penyokong UMNO!

Berikutan pendedahan beliau, ramai lagi pengikut taksub Pas yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi tampil ke depan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang sangat menyesatkan akibat amanat itu.

Kita dengar mereka menceritakan tentang nikah kali kedua, sembelihan keluarga sendiri daripada kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah umat Islam daripada UMNO, solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak mehnah akibat Amanat Haji Hadi.

Jadi pada saya, Abdul Hadi tidak perlu beri penjelasan kepada umat Islam berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Kami semua sudah faham bahawa amanat itu sesat dan bercanggah dengan akidah/ syariat Islam. Malah para ulama, mufti dan ahli agama telah memberikan fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Haji Hadi itu sesat dan bercanggah dengan syariat Islam.

Jadi umat Islam bangsa Melayu serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan faham penjelasan Abdul Hadi kerana kami sudah tahu. Malah kami tidak pernah mengikut pun Amanat Haji Hadi itu.

Yang perlu tahu, dan yang perlukan penjelasan ialah para pengikut taksub Pas dan Abdul Hadi yang sehingga ke hari ini tidak menyedari tentang kesesatan Amanat Haji Hadi tersebut. Sehingga hari ini ada yang masih mengkafirkan saudara seagama dan sama akidah hanya kerana amanat itu.

Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status 'mati syahid' Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang lain yang mati terbunuh dalam Peristiwa Memali.

Kalau Amanat Haji Hadi itu tidak betul, bagaimana keadaan jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan dalam keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat anggota polis yang satu akidah turut dibunuh kononnya halal kerana 'Polis UMNO'!

Apa nasib mereka ini semua?

Kepada mereka ini yang Abdul Hadi wajib berikan penjelasan. Mereka mahu tahu benarkah UMNO kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan kafir serta jahiliyah!

Kalau begitu kedudukannya, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Januari 2003, Abdul Hadi membuat 'Amanat Hadi' yang menyatakan peruntukan mengenai Islam cukup seperti dalam Perlembagaan!

Mereka juga mahu tahu kenapa perjuangan negara Islam dibuang, diganti dengan negara kebajikan!

Mereka mahu tahu benarkah negara Islam tiada dalam al-Quran? Kalau benar, mengapa Abdul Hadi melancarkan Dokumen Negara Islam pada tahun 2004?

Mereka mahu tahu apa kedudukan Dokumen Negara Islam yang digubal oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din? Apakah Dokumen Negara Islam itu kini bercanggah dengan al-Quran memandangkan Negara Islam rupanya tiada dalam kitab suci itu?

Mereka juga mahu tahu adakah Mesir yang masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun diperintah oleh Presiden Mursi daripada Ikhwanul Muslimin juga adalah negara kafir?

Kalau Mesir masih kafir, bagaimana kelulusan dan ijazah Abdul Hadi dan ramai ustaz dalam Pas yang mendapatnya daripada Mesir? Adakah kelulusan dan ijazah mereka tidak mengikut syariat kerana dikeluarkan oleh negara kafir?

Mereka juga mahu tahu adakah Turki juga kafir kerana bukan sahaja mengekalkan undang-undang penjajah, tetapi meneruskan status sekularisme mereka walaupun kini diperintah oleh Reccep Tayyib Erdogan daripada Parti AKP!

Mereka juga mahu tahu adakah Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia kafir kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah Belanda dan meletakkan Pancasila sebagai prinsip rukun negara Indonesia! Malah amalan homoseks bukan kesalahan jenayah di Indonesia! Apakah Indonesia kafir?

Kalau mengambil Amanat Haji Hadi sebagai kayu pengukur, maka Mesir, Turki dan Indonesia adalah negara kafir, dan kerajaannya kafir kerana masih mengekalkan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan penjajah!

Kalau Mesir, Turki dan Indonesia tidak kafir, mereka mahu tahu mengapa Malaysia dan kerajaannya kafir?

Sebenarnya banyak persoalan yang pengikut taksub dan ahli serta penyokong Pas mahu tahu. Bukan kepada umat Melayu-Islam di Malaysia sebab kami sudah tahu dan kami memang menolak Amanat Haji Hadi.

Jadi tidak perlu Abdul Hadi memberi penjelasan melalui RTM, TV3 atau Utusan Malaysia.

Cukup kalau Abdul Hadi memberi penjelasan melalui Harakah dan media pembangkang, juga melalui Youtube dan media alternatif yang lain.

Awang Hadi juga boleh kerahkan semua ahli, penyokong dan pengikut taksub Pas mengadakan perhimpunan besar di Stadium Kota Bharu, Kelantan untuk tujuan itu. Kalau perlukan bantuan, Abdul Hadi boleh minta bantuan Ambiga Sreenavasan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Boleh begitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Sent from my BlackBerry® smartphone

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...