j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: July 2013

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Tuesday 23 July 2013

Senarai Fitnah Pas, Di PRK Kuala Besut


Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.
1.    Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.
2.    Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.
3.    Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno. 
4.    Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.
5.    Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.
6.    Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.
7.    Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.
8.    Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004  untuk  dijadikan ladang limau
9.    Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.
10.  Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

Monday 22 July 2013

PAS SEMAKIN JADI PARTI IDEOLOGI KHAWARIJ


Tindak tanduk pas yang kononnya memperjuangkan Islam semakin memualkan setelah bersekongkol dengan parti rasis Cina, Dap.

Bukan sahaja tindakan Pas semakin menyimpang daripada landasan Islam malah daripada kenyataan serta perlakuan pemimpin-pemimpin mereka bertentangan dengan ajaran suci agama. 
Demi meraih undi dan kelangsungan populariti sebagai sebuah parti politik, Pas akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berzina' dengan Dap sehingga melahirkan 'anak haram', PKR.

Begitulah jika boleh diumpamakan keadaan Pas memperjudikan maruah Islam dengan dap sehingga nilai serta imej agama turut dikorbankan.

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang 'diarah' bersara oleh Sultan Kelantan kerana tidak mampu lagi menerajui negeri Serambi Mekah itu, masih belum sedar dan tidak mahu bertaubat terhadap dosa yang dilakukannya kepada umat Islam di negara ini.
Pada satu ceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Terengganu, Nik Aziz masih menjurus kepada perpecahan masyarakat Islam di mana-mana sahaja beliau berucap.

Beliau mengatakan antara lain, UMNO hanya pandai membina masjid tetapi ahli-ahlinya tidak sembahyang di masjid.

Begitu senang pemimpin Pas yang sudah nyanyuk ini melabelkan ahli-ahli UMNO tidak melakukan ibadat solat dengan berlagak seperti tuhan.

Tidak cukup mengata dan mencerca saudara seIslam dari UMNO dengan bermacam-macam fitnah dan tohmah, beliau terus membuat onar pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kepada pendokong tegar pemikiran Khawarij ini, biarlah kesucian dan kemuliaan Ramadhan dinodai, biarlah Islam dipermain dan dipersendakan jika ini boleh membawa kemenangan kepada calon Pas.
Malah kenyataan Dewan Pemuda Pas Malaysia menyelar tindakan empat orang Melayu memukul seorang pemuda Cina, Ng Mun Tat, amat mendukacitakan.

Ini kerana tanpa usul periksa, Pas sanggup menyebelahi individu yang telah berbohong mengenai kedudukan sebenar mengapa insiden tersebut berlaku tetapi terus menghukum sekumpulan pemuda Melayu yang telah dianiayakan.
Tidak patut Pas mengeluarkan komen yang menghina bangsa Melayu sehingga puak-puak Cina rasis dibela hingga begitu rupa.

Sebagai parti Melayu yang berasaskan kepada perjuangan Islam, Pas sebenarnya sudah mati kerana yang tinggal hanya nama.

Pemimpin parti itu tidak lagi mempunyai daya pemikiran yang hebat seperti tokoh-tokoh terdahulu seperti Dr Burhanuddin Hilmi, Prof. Zulfikli Muhammad, Asri Muda, Yusof Rawa dan Hassan Adli.

Barisan pimpinan Pas sekarang hanya memikirkan undi, kuasa politik serta hawa nafsu terhadap kepentingan duniawi semata-mata.
Tingkah laku ramai pemimpin Pas sudah tidak Islamik kerana kebanyakan mereka hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada parti lawan.

Malah ramai yang terlibat dalam skandal seks yang memalukan seperti Timbalan Presiden kini yang pernah di tangkap berkhalwat dan video seks Setiausaha Agung parti itu tersebar luas.

Ini tidak termasuk tindakan pemimpin Pas Kelantan seperti Husam Musa yang didakwa menjadi kaya raya mengumpul harta sepanjang menjadi Exco Kerajaan Negeri.
Tiada sebarang tindakan di ambil oleh Nik Aziz terhadap banyak aduan rasuah terhadap Husam malah beliau memilih untuk menutup mata terhadap segala penyelewengan yang dilakukan di depan matanya.

Mungkin Nik Aziz tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana dia sendiri dituduh mengamalkan nepotisme dengan melantik anak menantunya menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Bagi Pas kuasa politik adalah segala-galanya, perkara lain seperti menegakkan keadilan sosial dan 'Negara Islam' seperti yang diperjuangakan selama ini sudah tidak menjadi penting.

Seperti contoh PRK Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai depan, sepatutnya Pas memberi laluan kepada 
Barisan Nasional kerana kerusi itu adalah kubu kuatnya.

Malangnya Pas memilih untuk menentang BN atas slogan '16-16' kerana mahu memasti berlakunya Dewan Undangan Negeri tergantung sekiranya ia menang.

Jika ini berlaku apa kepentingan hanya kepada politik Pas untuk memporak-peranda politik Terengganu dan bukannay ada apa-apa kebaikan kepada rakyat negeri itu.
Pas tidak memikirkan itu semua kerana parti itu sudah diresapi nilai-nilai Machiavelli yang menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat akhir.

Monday 15 July 2013

PRK Kuala Besut Tapak Merintis Penyatuan Nasional



Adakah satu kebetulan atau memang satu suratan? Pertembungan kuasa politik orang Melayu-Islam akan sekali lagi berlaku dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu dalam tempoh tidak sampai tiga minggu lagi.

Adakah kegetiran perpecahan politik Pilihanraya Umum ke-13 kira-kira 80 hari lalu akan berulang dan semakin menjarakkan lagi hubungan ukhuwah Islamiah di antara penyokong Umno dan PAS?

Atau, adakah pilihan raya kecil itu akan merintis jalan damai di antara ummah? Persoalan yang amat menguja adakah rahmat Ramadan al-Mubarak akan menyelimuti segala unsur permusuhan dan persaingan politik di kalangan umat Islam di negara ini?

Adakah sempena Ramadan ini, Allah akan mengukuhkan lagi syiar dan perpaduan umat Islam di negara bagi mengimbangi tragedi jatuhnya kerajaan yang cenderung kepada Islam yang diterajui oleh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir?

Dengan perkataan lain adakah musibah di Mesir ini akan menyuntik keinsafan bahawa hanya perpaduan akan menjamin kerukunan dan kesejahteraan hidup di negara ini dan sekali gus melonjakkannya sebagai ikon pembangunan ummah Islam sejagat?

Malangnya sejak awal lagi PAS sudah mencebikkan wajah pada kemungkinan penyatuan berlaku. Ia memberi alasan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kurang peka pada keluhuran dan rahmat Ramadan.

Malah di sisi politiknya PAS menganggap tarikh membuang undi yang jatuh pada hari bekerja (24 Julai ialah hari Rabu) sebagai usaha melemahkan azam anak perantauan Kuala Besut untuk pulang mengundi. Sekali lagi pakatan pembangkang nampaknya cuba mempertikaikan wibawa SPR.

Justeru mungkin tidak mustahil bagi menyemarakkan gendang perang politik ada pemimpin pembangkang yang akan mentafsirkan bahawa Ramadan adalah bulan perang. Pertempuran Badar berlaku ketika Ramadan!

Memang dasar politik semuanya boleh dijadikan hujah. Namun umumnya interpretasi perang dalam bulan Ramadan adalah ketentuan Allah. Dan, apabila Allah menetapkan sesuatu ialah adalah manifestasi sifat Maha Tahu dan Maha Bijaksana-Nya.

Namun apa yang penting Ramadan kali ini harus dipenuhi dengan ibadah yang ikhlas. Keutamaan Islam ialah menjadi rahmat bagi sekalian alam. Maka usaha yang luhur dan keinsafan yang tinggi mengusahakan perdamaian haruslah dikerahkan dalam bulan seribu rahmat ini.

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Inisiatif memburu perdamaian dan kerjasama mestilah membabitkan dua pihak yang bertikai. Justeru bagi menjayakan program penyatuan bangsa Malaysia, baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat haruslah bersedia untuk menyelusur jalan damai.

Bagaimanapun iktikad dan iradat untuk mencari jalan damai mestilah berdasarkan kepada keikhlasan.

Pakatan pembangkang sudah berusaha keras sejak lebih lima tahun lalu untuk menguburkan Barisan Nasional. Namun hasilnya ialah pada Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu kerusi Parlimen yang ditakluki hanya bertambah tujuh berbanding PRU ke-12.

Jika diunjurkan dalam tempoh lima tahun lagi pembangkang akan dapat melebarkan undi popular dan juga memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan dewan-dewan undangan negeri, maka perkara utama yang harus diperhitungkan betapa parah lagi perpecahan di kalangan rakyat, terutama Melayu-Muslim akan berlaku.

Kisah ketidakupayaan Ikhwanul Muslimin Mesir untuk mengisi janji dan memenuhi idealisme rakyat untuk mengharmonikan, memakmurkan dan mensejahterakan kehidupan rakyat dalam tempoh 12 bulan lalu membawa padah hingga kerajaan demokrasi Mesir digulingkan.

Sayugia diingat bahawa hakikat Ikhwanul Muslimin telah wujud di Mesir sejak pertengahan kurun lalu seharusnya menginsafkan kita bahawa perubahan ke arah lebih baik tidak semestinya boleh berlaku dengan menggulingkan kerajaan sedia ada. Ia mesti berlaku secara bertahap dan berhikmah.

Penyertaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan pada 1981 telah membawa banyak perubahan baik dalam kerajaan mahupun gerakan parti-parti pembangkang. Pelbagai dasar baru yang membawa kebaikan kepada rakyat dapat dilaksanakan.

Ketika itu andaiannya tentulah Anwar Ibrahim ikhlas mahu perbaikan berlaku di Malaysia. Maka beliau mempertaruhkan kewibawaanya untuk menyertai Umno. Tujuh belas tahun kemudian beliau bersara sementara daripada politik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Apa sebab sebenar beliau dibersarakan perlu penghujahan di lain kesempatan. Namun kaedahnya, jika ada keikhlasan dan iltizam yang kuat, Kuala Besut dengan limpahan rahmat Ramadan hampir pasti boleh menjadi titik tolak kepada Malaysia yang lebih rukun.

Sebagai permulaan mengapa tidak protoganis pilihan raya kecil Kuala Besut – PAS dan Umno bekerjasama dan berlapang dada memikirkan cara paling berkesan membawa pulang anak perantauan untuk mengundi. Hormati pilihan rakyat dan melangkah dari situ untuk mencetuskan perpaduan ummah yang lebih kekal dan kental.

Jika umat Melayu-Islam bersatu, mereka akan lebih dihormati oleh kawan dan lawan. DAP dan PKR walaupun akan iri hati, pasti akan mengakui bahawa perpaduan adalah formula terbaik untuk mencapai penyatuan nasional yang berkesan. 

Friday 12 July 2013

PRK Kuala Besut: BN Berpeluang Menang Besar

 
 PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini dilihat memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dari berbagai aspek. Kuala Besut mempunyai 17,638 pengundi dengan majoriti Melayu.
Oleh yang demikian pertandingan adalah antara UMNO dan PAS.  Dalam PRU-13 yang lalu, BN telah memenangi kerusi ini dengan majoriti yang agak selesa iaitu 2,434.
Memahami kehendak rakyat masa kini yang inginkan perubahan, BN meletakkan calon muda dan berpendidikan tinggi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang juga merupakan anak jati Kuala Besut.
 Tengku Zaihan berusia 37 tahun merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Bapa beliau adalah seorang guru agama dan amat dikenali oleh penduduk kawasannya.   Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya, pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon langsung tidak mengejutkan masyarakat setempat. 
Tengku Zaihan juga mempunyai sifat rendah diri dan mudah mesra sepertimana kebanyakan ‘orang-orang pantai’ iaitu gelaran yang diberi kepada masyarakat di situ.
Selain faktor calon, BN juga dilihat mempunyai kelebihan dari segi isu-isu semasa.  Perkembangan selepas PRU-13 menunjukkan bahawa ramai orang-orang PAS mula kembali ke bumi nyata dan menyedari permainan DAP.   Melalui keputusan PRU itu, jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina.
Perlu diingatkan juga bahawa Terengganu merupakan tempat bermulanya perpecahan umat Islam yang bertitik-tolak dari Amanat Haji Hadi, pemimpin PAS negeri itu.   Amanat tersebut telah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menggunapakai perlembagaan penjajah yang sekular kerana memisahkan agama dengan politik.
 Walaubagaimanapun, isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini telah memaksa PAS akur bahawa UMNO dan perlembagaan UMNO bukan kafir. Malah UMNO dan perlembagaan itulah yang memastikan agama Islam berada di kemuncak tertinggi di dalam negara ini.
 Namun, DAP terus menerus mencabar kedudukan agama Islam dan Melayu yang mana menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa ‘terganggu’ dan ‘cuak’ untuk terus memberi sokongan kepada PAS selagi parti itu bekerjasama dengan DAP. 
Justeru, kita menyangka BN tidak punya masalah untuk menang besar dalam PRK ini andainya jentera parti bijak mengenengahkan isu-isu semasa seperti ini, selain isu-isu setempat yang dekat dengan masyarakat Kuala Besut.
Keputusan PAS meletakkan seorang kontraktor iaitu Azlan Yusoff, dilihat tidak akan berjaya menggugat BN.  Azlan berumur 48 tahun lebih dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ oleh penduduk tempatan pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah itu.
Dari apa yang tersebar di internet, PAS nampaknya menjulang Azlan sebagai ‘orang kaya’ sebagai justifikasi kepada pencalonannya.
Kita tidak faham bagaimana ‘kaya’ boleh dijadikan modal politik untuk meyakinkan rakyat bahawa calon tersebut berwibawa.  
Malah, oleh kerana Azlan menjadi kaya melalui perniagaannya sebagai kontraktor (Kelas A), ramai yang tertanya-tanya projek apa atau tender apa yang telah melonjakkan Azlan sebagai orang kaya.
Bukan kita tidak tahu bahawa kontraktor merupakan sejenis perniagaan yang paling mudah terdedah kepada berbagai jenis ‘kotoran’.   Azlan juga hanya berpendidikan SPM yang mana meletakkan beliau jauh di belakang dari calon BN.   
Berdasarkan semua maklumat ini, tidak hairanlah jika kita melihat gelombang di Kuala Besut semakin  hari semakin ‘biru’ warnanya.  Semoga keputusan PRK nanti turut memantulkan kebiruan laut di pantai Terengganu. 
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...