j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: May 2014

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Wednesday, 28 May 2014

Remaja Perempuan 17 Tahun Mangsa Rogol Antara Di Reman


Kota Bharu: Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa rogol ditahan reman bagi membantu siasatan kes perkosa dua pelajar membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Selasa lalu.

Semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Remaja perempuan berusia 17 direman selama enam hari manakala tiga lagi seminggu bermula hari ini.
Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md Saad.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata sehingga jam 10 pagi tadi, polis sudah menahan dan mengambil keterangan daripada 12 individu bagi membantu siasatan.

"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.

"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber : Harian Metro

Al-Fatihah - Sultan Perak Mangkat


IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi.

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang.

Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

Tuesday, 27 May 2014

Pelajar Tingkatan Tiga & Rakan Di Rogol 38 Lelaki


Buletin TV3 menyiarkan satu berita yang mengejutkan orang ramai mengenai 2 orang remaja wanita mendakwa diri mereka di perkosa oleh 38 lelaki di Ketereh Kelantan pada 20 mei lalu.

Laporan polis telah dibuat awal pagi semalam dan di hantar ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan, kes ini di siasat mengikut seksyen 376 kanun keseksaan.

Monday, 5 May 2014

KATA DUA UNTUK ADUN LENGGENG


 ADUN Lenggeng (Dato Ishak Ismail) yg bersikap biadap terhadap kakitangan kerajaan kerana tidak puas hati dgn perlantikan JKKK , bukan cara memaki hamun kakitangan kerajaan apabila tidak berpuas hati mengenai sesuatu isu, sebagai wakil rakyat yg berpengalaman sepatutnya ADUN Lenggeng lebih bijak dlm menyelesaikan isu yg timbul, tindakan ADUN ini dianggap yg tak berakal dan masih berfahaman seperti mahluk di hutan.

 Kalau tak berminat menjadi ADUN letak jawatan beri peluang kepada yg mampu menjaga kepentingan rakyat Lenggeng, Jangan mendidik orang muda bersikap kurang ajar ...!!!Kalau tak berpuas hati ..ikut saluran yg betul...tak perlu terjerit2 memaki Penjawat awam dikhalayak umum...


Dato Ishak ni pun bukan semenggah sangat....kalau bukak satu2 kisah nanti kuk telanjang....sendiri malu...jadi Adun Lenggeng pun sekarang ni sekadar syok sendiri....tak mendalamkan air kata pepatah....


Amacam nak bukak ke....??

Orang gila ni bukan bole dilayan.....tapi kadang2 kene jentik jugak telinga dia....baru sedar diri sikit....

P/s...Nak gi makan ngan Dato Misran jap....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...