j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: 505

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label 505. Show all posts
Showing posts with label 505. Show all posts

Monday, 3 June 2013

Kenapa Anwar Tidak Minta Buat PRU Semula Bagi Semua Kerusi?


Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal.  Di ulang, ‘SATU’ laporan polis sahaja bagi kesemua ‘penipuan’.

Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana  “hilang bila dibasuh” dan BUKANNYA penipuan kerana “mengundi dua kali”.

Atas alasan ini, maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula.  Persoalannya, kenapa hanya 30?  Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR?  Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui?

BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89.  Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi.

Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi.  Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi?

Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai?   Kenapa mesti membiarkan Dato’ Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina?

Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan.  Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali.  Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula.

Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga.

Perlu diingatkan bahawa ‘tema’ himpunan bantahan Anwar ialah ‘blackout’ iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR.

Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan ‘blackout’, malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya.  Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja.

Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema ‘ink-out’ bukan ‘blackout’.  Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan ‘blackout’ sedangkan yang diperjuangkan ialah ‘ink-out’.

Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan ‘kegelapan’ bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal.   Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan ‘blackout’.

Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.  

Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi?  Atau di manakah kejadian ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi berlaku?   Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU?  Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang?

Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan “you ulang, I saman.”

Thursday, 23 May 2013

Jangan nak bongaklah PAS, ekau pun samo nk gulingkan kerajaan

Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan dengan penganjuran Himpunan 505.
Nama lain bagi himpunan itu ialah Suara Rakyat 505 atau pun popular juga dengan panggilan Black 505, dikelolakan oleh geng Asal Bukan UMNO (ABU) yang mana ketuanya ialah Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim yang cukup rapat dengan PKR.

Tujuan penganjuran kononnya untuk membantah penipuan yang dikatakan berlaku semasa PRU-13 tempohari walau hakikatnya motif utama ialah untuk meniru demonstrasi jalanan ala Arab Spring sekali gus bermaksud untuk menggulingkan Kerajaan melalui kaedah jalanan.
Namun bila mana satu demi satu pemimpin PAS yang serba prihatin ini mengkritik penganjuran bantahan yang dijadualkan berlangsung hujung minggu nanti, ia membayangkan seolah-olah andainya bantahan jalanan itu tetap juga berlangsung maka ia sama sekali tidak melibatkan PAS.
 Mereka bertegas betapa pentingnya keamanan dipertahankan dan amat perlunya bantahan sebegitu ditolak kerana dibimbangi sukar dikawal dan menjadi bibit-bibit awal kepada keganasan serta kekerasan.

Seimbas lalu dengan kenyataan demi kenyataan pemimpin PAS itu makanya tiada seorang pun ahli PAS mahu pun penyokongnya yang akan hadir di demonstrasi yang dianjurkan oleh NGO yang rapat dengan rakan sepakatan PAS dalam PR.

Itu juga bermakna tiada seorang pun pasukan 'pengakap' dari Unit Amal PAS yang akan tampil mengetuai bantahan itu sambil menjaga keselamatan peserta. 
 Mungkin perubahan sikap PAS ini demi menjaga nama baik parti setelah dalam beberapa siri bantahan terdahulu yang dianjurkan oleh NGO Bersih, ternampak sangat penglibatan dalam demonstrasi ganas sebelumnya.

Tapi betulkah PAS sudah berubah dan menolak bantahan Black 505 serta langsung tidak akan menyertai demonstrasi itu? 

Dengar boleh, percaya jangan. Dalam bab bermain sandiwara manis dalam media tapi belakang lain cerita sudah lama jadi asam garam PAS. 
Ini semua politik untuk jaga imej tapi bila tiba hari berlangsungnya bantahan jalanan, ahli dan penyokong PAS yang paling ke depan.

Tengok sajalah semasa demonstrasi ganas Bersih 2.0 dan 3.0 dulu, awal-awal cerita hampir kesemua pemimpin PAS menolak keganasan, tapi waktu berdemontrasi sebahagian pesertanya adalah ahli dan penyokong PAS. 
 Keadaan sama pasti berulang sebab PAS dan sandiwara jarang sangat berpisah. Wayang penolakan yang dilagukan oleh pemimpin-pemimpin PAS tika ini sekadar untuk mengalih pandangan semata-mata.

Jika bukan demikian seeloknya PAS membuat satu ketetapan rasmi yang jelas samada melalui Presiden atau Mursyidul Amnya bahawa PAS memang tidak akan terlibat dalam bantahan jalan Black 505 ini dan menyeru ahli serta penyokongnya untuk menghindarinya. 

Friday, 17 May 2013

PEKIDA & NGO2 MEMBANTAH HIMPUNAN HARAM 505 YG BAKAL DIADAKAN PADA MALAM INI

Bertempat di IPD S2, NGO2 di Negeri Sembilan hari ni membantah sekeras-kerasnya Perhimpunan Haram 505 yg dikatakan bakal dibuat mlm ini di Seremban.

Mereka mengelarkan Anwar sbg 'Penghasut Rakyat' untuk melakukan huru hara dan kacau bilau apabila keputusan PRU 13 tidak memihak kpd pembangkang.



Wednesday, 8 May 2013

ANWAR MAHU CETUS REVOLUSI


Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia, Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang.

Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang.

Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN.

Seperti biasa juga SPP menjadi sasaran pembangkang yang seringkali dituduh menjadi talibarut dan perkakas UMNO.

Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak mungkin pembangkang mampu meningkatkan jumlah kerusi parlimen daripada 82 pada PRU 2008 kepada 89 kali ini.

Pada masa yang sama pembangkang juga menambah jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi kepada 230 berbanding 196 pada tahun PRU ke 12.

Malah pembangkang mampu mengekalkan penguasaan ke atas negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

BN pula kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 berbanding 140 pada PRU 2008.

Bagaimana diasak, dicabar dan berhadapan dengan keadaan yang amat getir daripada pembangkang sekalipun, namun majoriti rakyat negara masih terus menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui negara.

Kemenangan BN juga membuktikan rakyat menerima baik program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak empat tahun lalu.

Kemenangan BN juga menunjukkan rakyat juga menolak politik fitnah, adu domba, pecah belah dan janji palsu yang menjadi sebati dengan amalan pembangkang.

Kekalahan pembangkang adalah petunjuk jelas bahawa rakyat menolak Anwar sebgai pemimpin pembangkang seterusnya cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri.

Mana mungkin rakyat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam serta kuat pegangan agama mahu dipimpin oleh seorang individu seperti Anwar yang rosak moral dan akhlaknya.

Mustahil Anwar boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia apabila dirinya sendiri tidak terpimpin dan dibelit dengan pelbagai dakwaan rasuah, penyelewengan termasuk melakukan sekas songsang yang amat dibenci oleh agama.

Atas kekecewaan dan kemarahan kerana apa yang diimpi tidak tercapai, Anwar mahu mengadakan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya pada malam ini.

Yang marah hanya Anwar seorang kerana sekutunya Pas dengan rela dan penuh kesyukuran menerima kekalahan pembangkang dengan berlapang dada.

Ini satu sikap Pas yang harus dipuji walaupun semasa berkempen parti itu menentang BN sebagaimana amalan biasa dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana negara.

Tetapi ini berbeza dengan sikap Anwar yang perasan dirinya telah dinafikan menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan kesalahan kepada BN dan SPR.

Malah pentadbiran Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat secara jelas telah mengiktiraf serta menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN.

Mungkin Anwar lupa bahawa beliau telah berjanji pada dirinya dan rakyat Malaysia bahawa beliau akan kembali kepada dunia akademik sebagai pensyarah universiti sekiranya gagal dalam cubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau mungkin lupa tetapi rakyat dan media yang melaporkan kenyataannya tahun lalu mempunyai memori yang panjang.

Adalah elok beliau menerima kekalahan pakatan pembangkang secara 'gentleman' serta hati terbuka.

Mengadakan demonstrasi dengan menggunakan Bersih sebagai landasan untuk mencetuskan keganasan dan ketidakstabilan politik pasca PRU13 hanya akan mengundang tindakan undang-undang yang keras daripada pihak keselamatan.

Seperti mana yang dinasihati oleh Perdana Menteri pada malam kemenangan BN, cukuplah selama empat tahun pembangkang berpolitik secara agresif dan menimbulkan pelbagai polemik da kontroversi sehingga masyarakat berpecah.

Marilah semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan oroientasi politik berganding bahu ke arah 'national reconciliation' atau perpaduan nasional.

Masa untuk berpolitik pilihan raya sudah tamat pada 5 Mei lalu dan suara keramat rakyat sudahpun memberi kemenangan kepada BN.

Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang boleh menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada BN atau menjerit sepuas hati mereka untuk membantah tetapi hakikatnya keputusan muktamad telah diumumkan oleh SPR dan ianya perlu diterima oleh semua rakyat.

Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.


Sunday, 5 May 2013

Himpunan 505 Telah Mula bergerak

Puak2 Pembangkang yg merancang utk membuat rusuhan 505 telah mula bergerak dibeberapa tempat di Negeri Sembilan & negeri lain bg membantah keputusan SPR.

Gambar dibawah menunjukkan kumpulan kenderaan yang membawa bendera warna putih bertulis 2 kalimah syahadah yg kini dikesan di Johor dan Perak sedang bergerak menghala ke KL.




Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...