j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. Show all posts
Showing posts with label Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

Winnable Barisan Nasional Candidate for Negeri Sembilan #GE13 #PRU13


PARLIMEN JELEBU P126 – Hj Zainuddin B Hj Ismail
NO1 Chennah – Siow Fook Voon (MCA)
N02 Pertang – Dato’ Jalaluddin Alias
N03 Sg Lui– Mohd Razi B Ismail
N04 Klawang – Dato Yunus Rahmat (Penyandang)

PARLIMEN JEMPOL P127 – Tan Sri Isa Samad
N05 Serting – Dato Shamsul Kahar B Deli (Penyandang)
N06 Palong – Dato Lillah B Yasin (Bertukar dari Parlimen KE Dun)
N07 Jeram Padang – Manikam Letchumanan
N08 Bahau – Dr. EE Mei Hua

P128 – SEREMBAN – Dato’ Yeow Chai Thiam
N09  Lenggeng – Dato’ Ishak B Ismail
N10 Nilai – Gan Chee Biow
N11 Lobak – Titan How (How Teck Yu)
N12 Temiang – Lee Kee Cheong
N13 Sikamat – Pn Salwati Abdullah
N14 Ampangan- Abu Ubaidah B Dato Hj Mohd Redza

P129 – Kuala Pilah : Dato’ Hasan B Malek (Penyandang)
N15 Juasseh : Dato’ Razi Kail (Penyandang)
N16 Seri Menanti: Dato’ Abd Samad b Ibrahim (Penyandang)
N17 Senaling: Dato’ Ismail Lasim  (Penyandang)
N18 Pilah : Norhayati Omar
N19 Johol : Ust Fadhil Kassim

P130 Rasah – Teo Ean Kian
N20 Labu : Dato Hashim Rusdi (Penyandang)  
N21 Bukit Kepayang  - Wong Pui Foon
N22 Rahang – Julia Wong Pik Min
N23 Mambau – Dato Yu Chok Tou
N24 Senawang- David Chan

P131 Rembau – Khairy Jamaluddin B Abu Bakar (Penyandang)   
N25 Paroi – Ghazali Abd Wahid
N26 Chembong – Zaiful Bahri b Idris (Penyandang)
N27 Rantau – Dato Seri Mohamad B Hasan (Penyandang)
N28 Kota – Dato Awaludin B Said (Penyandang)

P132 Telok Kemang – Dato VS Mogan (Berpindah dari DUN ke Parlimen)
N29 Chuah- Dato Seri King Lim Chin Fui
N30 Lukut – David Vincent Yeong Seng
N31 Bagan Pinang – Tun Hairudin
N32 Linggi – Abd Rahman Redza
N33 Port Dickson –Dr Tana Letchumy

P133 Tampin – Dato Shaziman B  Mansor (Penyandang)
N34 Gemas – Abd Razak Said
N35 Gemencheh – Mohd Isam Hassan
N36 Repah – Yap Siong Fook 

Saturday, 13 April 2013

Amaran Buat Anthony Loke Siew Fook!!! Rakyat Negeri Sembilan Bukan Bodoh



Cita cita tinggi Loke Siew Fook terkandas dan satu persatu cubaan beliau untuk meng”Singapore”kan Negeri Sembilan dapat dipatahkan.Cubaan beliau untuk memecahkan bangsa Melayu dengan cara yang paling bahaya juga dapat dipatahkan apabila Tunku Aziz mendedahkan percubaan beliau mengheret Istana untuk berpolitik mengikut acuan DAP Klik sini

Rakyat Negrei Sembilan semakin hari semakin sedar kerana kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohamad Haji Hasan tidak pernah peduli dengan kerja kerja busuk mereka memfitnah dan memburukkan kepimpinan Barisan Nasional pusat khususnya kerajaan BN Negeri Sembilan.

Kempimpian Menteri Besar terus melaksanakan tugas tanpa memperdulikan apa yang dilakukan oleh pembangkang yang dirancang oleh Loke Siew Fook selaku ketua pembangkang Negeri Sembilan. Banyak tanggungjawab dapat  dilaksanakan oleh kerajaan BN Negeri Sembilan untuk rakyat ketika Pembangkang terus menabur fitnah dan membutrukkan kerajaan .

Rakyat bukan bodoh lagi. mereka nampak apa yang sebenarnya berlaku, mereka nampak pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. Loke kini mulai disangsi dan diragui oleh rakyat Negeri Sembilan. Kehadiran beliau dalam masyarakat Melayu dilihat sebagai “penghasut” dan “bala” kepada rakyat jika terus memastikan Loke Siew Fook ini diberikan  kuasa.Biarlah kaum Cina saja yang memberikan dia undi dan orang Melayu perlu menolak DAP.

Rakyat Negeri Sembilan tidak perlu membuang masa dengan DAP kerana ia nya tudak akan menguntungkan bangsa Melayu itu sendiri. Ianya akan menguntungkan hanyab satu kaum sahaja kerana DAP ini sebenarnya adalah parti rasis.Loke kini patah kaki dan akan mencuba perkara baru untuk menjatuhkan dan meburukkan kerajaan Negeri Sembilan.

Cubaan beliau membayar Aspan Alias memburukan kerajaan Negeri Sembilan juga gagal kerana ramai pembaca mengatakan tulisan Aspan dapat dihidu sebagai hanya menulis  kerana wang dan bukan dari keikhlasan beliau berjuang atau dari pemikiran beliau yang terbuka.

Wednesday, 31 October 2012

KANTOI!!!BUDAK BONGGOK UPAHAN ANWAR BANGANG YA AMAT


Bangang betul budak ni!!! Macammana lah budak ni boleh pogang jawatan Pengarah Strategik PKR.. Jual jubo kek Anwar agaknya..

Kalau setakat pogang jawatan bosar, tapi dalam ceramah tak boleh tarik crowd lobih dari 500 orang.. pegi jalan lah... Ogah jo lobih budak ni...

Sodap tokak dio jo bercakap yang kerajaan NS menyerahkan tanah milik kerajaan kepada orang lain atau syarikat swasta... Budak ni nak kono saman macam kes Sharizat tu agak ehh....

Meh kito nengok penjelasan dari YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan mengenai tuduhan yang tak berasas dari Rafizi Ramli :-

Tanah hutan simpan di negeri ini masih lagi milik Kerajaan Negeri dan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu mahupun syarikat lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah hutan kepada orang lain adalah tidak berasas.
Menurutnya, sejak pentadbirannya,  semua tanah hutan simpan yang dikeluarkan adalah di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan tidak pernah diberikan kepada mana-mana pihak luar.
“Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.
“Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan rancangan tersebut kerana Kerajaan Negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan,”
Mohamad berkata, Kerajaan Negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan.
Menurutnya, setiap tahun Kerajaan Negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar sahaja yang digunakan daripada 4,800 hektar.
“Tidak timbul soal tanah hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang,”
p.s: apa citer kes rafizi kono terminated/pocat oleh petronas sbb buat claim palsu.. nyap jer... kawtim ker? abg2 SPRM poielah siasat.. itu dah kes pocah amanah dah tu...



Thursday, 27 September 2012

50 Ribu Jang.. Mainlah Boto-boto


Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bersetuju memberi ganjaran RM50,000 untuk diagih-agihkan kepada pemain skuad Rusa ekoran kejayaan pasukan itu mara ke peringkat suku akhir saingan bola sepak Piala Malaysia.
   
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden PBNS ketika mengumumkan perkara itu berkata ganjaran berganda juga menanti pemain jika Negeri Sembilan mara ke peringkat separuh akhir dan akhir.
   
"Menang nanti masuk separuh akhir kita gandakan balik, masuk akhir kita gandakan lagi.....jadi ganda wang andalah jadinya sehinggalah macam tahun-tahun lepas. Kita telah berjaya menjadi juara tahun lepas dan persatuan telah mengeluarkan bonus hampir RM550,000," katanya pada majlis minum petang dengan pegawai dan pemain Negeri Sembilan di sini, hari ini.
     
Pasukan Negeri Sembilan yang dikendalikan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat ini.
   
Pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, pada 5 Okt ini.

Katanya beliau gembira dengan kejayaan pasukan Negeri Sembilan melayakkan diri dalam pusingan suku akhir Piala Malaysia musim ini.
     
"Tahniah saya ucapkan kepada semua, daripada pengurusan, jurulatih dan pemain. Ini jelas sekali adalah hasil usaha kerjasama dan persefahaman yang telah saudara tunjukkan untuk pastikan supaya pasukan kita selaku penyandang juara dapat masuk ke suku akhir dan kita berdoa supaya kita berjaya masuk separuh akhir sampai ke peringkat akhir.
   
"Saya yakin serta percaya di atas komitmen yang saudara tunjukkan selama ini dan semangat juang dan semangat kita yang mahu melihat supaya pasukan Negeri Sembilan dapat mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia musim ini dapat kita jayakan.
   
Katanya usaha mempertahan kejuaraan Piala Malaysia adalah misi pasukan itu dan semua pemain bertanggungjawab untuk bermain dengan lebih baik bagi memastikan Piala Malaysia akan kekal di negeri ini pada pusingan akhir nanti.
   
Beliau yakin pasukan Negeri Sembilan mempunyai resepi yang terbaik untuk mengekalkan kejuaraan itu.
   
"Jadi yang pentingnya semangat kita, tanggungjawab kita dan akhirnya adalah keikhlasan kita untuk bermain sebagai satu pasukan. Kalau kita mempunyai resepi ini, Insya-Allah kita akan berjaya,"

Wednesday, 18 July 2012

AYUH KITA KIBARKAN JALUR GEMILANG @menteribesarn9



"Jadilah generasi yang mensyukuri usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha mendapat kemerdekaan ini dahulu. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ke 55 tahun, sedang kita berjaya membangunkan negara di dalam pelbagai bidang dan berjaya mengurus negara, ada dikalangan negara yang sama usia kemerdekaan dengan kita, mereka gagal membangunkan negara mereka sendiri"  YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan 
Menteri Besar Negeri Sembilan.








Wednesday, 20 June 2012

PANAS!!! LAIN ORANG YANG TARAH MENTERI BESAR N9 YANG KENA


Melihat tajuk diatas, itulah modal-modal pembangkang dan orang busuk hati dengan kepimpinan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Diorang ni dah takdo madal lain agak ehhh.. Bilo tengok bukit di tarah, mulolah kobarkan MBNS @ Tok Mat ambil balak konon ehh nak pilihanrayolah, bagi kronilah..

Nak kato diorang ni bangang, belajar tinggi menggunung.. Tapi itulah deh.. Takdo nak poie siasat, solidiklah sikit sobolum buek fitnah.. Kek sini den nak kobarkan skit, tanah tu sobonar ehh milik orang persendirian.. Maksud ehh bukan harto kerajaan nogori.. Tanah ni dimilikki oleh orang lain sebolom Tok Mat menjadi Mentori Bosar lagi.. Paham tak?

Klik sini untuk penjelasan ponuh dari MBNS dalam sidang media

Bilo YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan mentadbir nogori ni.. segalo permohonan keluar balak tidak dikeluarkan sesuko hati.. Kito kono yo tengok kosan ehh pado sekitar.. Kut tompat tu kiro macam kawasan tadahan hujan.. Tak boleh do nak tarah..


Kerajaan Nogori Sombilan dah buek macam-macam usoho untuk mengelakkan tanah ini diteroka. Alasan mereko nak tanam sawit. Bilo kerajaan N9 tak bonarkan diorang nak ambil tindakan mahkamah pulak.. Tak pasal-pasal kerajaan nogori kono. Ini sumo kojo Isa Samad dululah ni raso ehh.. Sapo tak konal Isa Samad. Buleh katokan habih tanah kek nogori sembilan den ni di bagi pado dot..dot..dot.. (sapo orang N9 tahulah deh, den maleh kobarkan namo.. tak pasal-pasal sey pulak kono saman nanti..hehehe)


Tok Mat kobar, walaupun terpakso kerajaan bagi kelulusan.. Tok Mat dah arahkan Jabatan Alam Sekitar untuk memantau perkembangan kek situ agar tidak menjejaskan kawasan sekitar.

p.s: Eden respek dongan kepimpinan Tok Mat ni.. Somonjak dio mentadbir nesmilan ni banyak pembangunan yang dinaikkan, pelabur-pelabur luar pun ramai yang suko dan melabur kek sini.. Baguihlah kan sobab banyak budak-budak tompatan dapat peluang kojo.

Wednesday, 16 May 2012

Ni Satu Lagi Kerja Bangang Puak Pembangkang

Apa nak jadi dengan budak-budak pembangkang sekarang ni? Rosak dibuatnya otak pengikut-pengikut Anwar Ibrahim ni.. Dulu masa TPM datang ke Negeri Sembilan, habis semua poster/banner kedatangan TPM di koyak dan di simbah cat oleh chegubard dan budak-budaknya.. Sekarang pula.. pencacai-pencacai pakatan rakyat diarahkan merosakkan papan tanda UMNO di Taman Alamanda, Senawang Negeri Sembilan pula..

Tindakan VANDALISME terkutuk ini adalah menunjukkan hinaan terhadap sahsiah diri si pelakunya. Apa motif diorang? Menconteng dan merosakkan harta benda awam dengan menconteng kata-kata yang tidak sihat, menunjukkan amalan budaya yang tidak sihat yang diturunkan dari pemimpin mereka kepada orang bawahan.. Perbuatan ini menyebabkan masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian untuk memenuhi nafsu mereka yang hina itu..

Umumnya perbuatan jenayah Vadalisme ini tidak dibuat tanpa didorong oleh pihak tertentu.. 'Mana perginya kuah kalau tak ke nasi'. Pemimpin Atasan pakatan rakyat dengan masalah moralnya.. Secara tidak langsung pengikut-pengikut bawahan  pun turut serta.. Bak kata pepatah 'Bapak Borek, Anak Rintik'.

Menurut kajian, orang yang melakukan Vandalisme akan mudah menjadi penjenayah dan akan terlibat dengan keganasan. Lihatlah apa yang jadi pada Bersih 3.0 lepas.. Jelas terbukti Pakatan Rakyat ini mengajar pengikut-pengikut mereka ke arah menjadi perosak Agama, Bangsa dan Tanahair..


Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...