Helo..hello.. Hello... Test 1,2,3... Helloo rakyat2 Malaysia.. Apa khabar semua.. Warigh2 den lak apo kobar korang... Sihat yo.. Mintak2 sihatlah yo.. 5hb kito nk tunaikan kewajipan kito sebagai rakyat Malaysia.. Jgn ekau orang tak kuar ngundi lak...
Ni haaa.. Esey nk kobar skit.. Hari ni provokasi ttg dakwat kekal telah pun bermula.. Jago2.. PR nikan Jahat.. Dio sanggup buek apo sajo asalkan dapat merampas kuaso..
Td Tian Chua dh buek kecoh kek pusat ngundi di Kem Askar di Parlimen Batu. Dio mendakwa dakwat yg dicalit pd jari pengundi telah hilang.. Ok itu satu hal.. Esey maleh nk komen tang situ, biar SPR jawab bondo tu kek buletin utamo mlm karang.. Yang esey heran ekau cubo baco salinan repot polis yg sey lampirkan.. Kut bonarlah dakwat tu boleh tertanggal.. Apohal pulak budak askar yg bernamo Azmi tu boleh call tian chua.. Mano dio dapat no cino sorang tu.. Dh sah2 pengikut dio boto tak.. Apo pasal budak askar tu tak repot kek wakil spr kek dlm tu.. Atau pun pegawai atasan dio.. Esey musykil ni..
Kepado jentera2 BN & rakyat sumo sila ambil langkah berjago2 yo..
Mari jadi rakan dan follow blog saya
Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts
Tuesday, 30 April 2013
Friday, 22 June 2012
SAH ANWAR, AZMIN, ABDUL RAZAK IDRIS DAN RAJA PETRA AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemilikan akaun berjumlah RM3 bilion yang melibatkan dirinya ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.Tiga individu terbabit ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, mereka akan dipanggil sekiranya SPRM mempunyai maklumat baru yang membolehkan siasatan kes itu dibuka semula.
“Kita tidak akan membuka semula kertas siasatan yang diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya.
“Namun, sekiranya terdapat maklumat baru yang signifikan terhadap kes tersebut, kertas siasatan akan dibuka semula,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ditanya sama ada SPRM mempunyai maklumat baru untuk membuka semula siasatan tersebut, Mustafar menjawab: “Buka kes atau pantau kes, saya tidak boleh dedahkan,” katanya.
Baru-baru ini, Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM meminta SPRM membuka semula kes siasatan terhadap Azmin yang didakwa memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai serta cek.
Azmin ketika itu adalah penjawat awam dan menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar antara 1995 dan 1997.
Azmin ketika itu adalah penjawat awam dan menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar antara 1995 dan 1997.
Raja Petra melalui portalnya, mendakwa Anwar kemudiannya mengarahkan BPR pada masa itu, menutup siasatan tersebut.
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid pula dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya, kira-kira 13 tahun lalu.
Kelmarin, Abdul Razak mendakwa beliau membuat akuan bersumpah (SD) pada tahun 2003 atas permintaan Anwar bagi membersihkan nama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhubung pemilikan akaun tersebut.
Anwar dan Azmin merelakan SPRM menyiasat jika agensi tersebut mempunyai bukti baru untuk membuka semula kes terbabit.
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid pula dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya, kira-kira 13 tahun lalu.
Kelmarin, Abdul Razak mendakwa beliau membuat akuan bersumpah (SD) pada tahun 2003 atas permintaan Anwar bagi membersihkan nama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhubung pemilikan akaun tersebut.
Anwar dan Azmin merelakan SPRM menyiasat jika agensi tersebut mempunyai bukti baru untuk membuka semula kes terbabit.
Thursday, 21 June 2012
WAJIB TONTON: AL-EHSAN NS DESAK SIASATAN TERHADAP ANWAR DAN MURAD KHALID DISEGERAKAN
SALAH GUNA KUASA, PENYELEWENGAN, MENGELAPKAN WANG KERAJAAN, RASUAH
Inikah sikap dan perangai Anwar Ibrahim yang pakatan rakyat ingin mengangkat untuk menjadi Perdana Menteri.. Silap hari bulan mahu Negara ni dijual oleh Al-Juburi.
Anwar Ibrahim nampaknya sekarang tidak senang duduk berikutan desakan dan laporan demi laporan LIHAT SINI yang dibuat oleh rakyat-rakyat malaysia yang cintakan tanahair ini dan mengelakkan seorang pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim yang semakin rakus untuk merampas kuasa dari kerajaan Barisan Nasional.
Tuntutan dari Al Ehsan:-
- Mendesak satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan oleh Dato Murad khalid.
- Mendesak Peguam Negara supaya membuka semula kertas siasatan berkaitan akuan berkanun tersebut.
- Mendesak LHDN tampil membuat kenyataan mengenai keupayaan memperolehi sumber aset, saham dan wang yang bernilai lebih 3 billion ringgit LIHAT SINI UNTUK BUKTI 3 BILLION
- Mendesak SPRM menyiasat penyelewenggan dan apa jua yang mempunyai kaitan dengan akuan berkanun oelh Dato Murad Khalid.
- Mendesak Bank Negara Malaysia menyiasat akuan berkanun Dato Murad Khalid yang btelah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim KLIK SINI UNTUK MELIHAT PENGAKUAN DARI DATO MURAD KHALID
Monday, 11 June 2012
GEMPAR!!! LAPORAN TERHADAP DATO MURAD KHALID DAN ANWAR TELAH DIBUAT
| Laporan Polis dari Al-Ehsan |
| Laporan Polis Dari UMNO NS |
Berikutan pendedahan oleh Datuk Abd Murad Khallid pada 2hb Jun 2012 yang lalu, NGO-NGO di Negeri Sembilan telah bergabung membuat laporan polis dan berdemo secara aman pada petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2.
NGO yang terdiri daripada PERKASA, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), PPP, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Belia DUN Senawang, Belia DUN Temiang, Biro Pengaduan Rakyat Seremban mengesa Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kenyataan dari bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.
Datuk Abd Murad sebelum ini telah membuat kenyataan Klik Sini bahawa ketika Dato Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempunyai akaun berkanun yang bernilai RM 3 billion.
Dari kenyataan tersebut menunjukkan Anwar semasa menjawat jawatan dalam kerajaan telah menyalahguna kuasa dan menggelapkan wang kerajaan demi kepentingan peribadi dan politik beliau. NGO-NGO terbabit juga mendesak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuka kertas siasatan bagi menyiasat peyelewengan tersebut.
Friday, 8 June 2012
3 Billion Apa Cer.. Itu Baru Jadi Menteri Kewangan Belum PM Lagi. Habislah Kau
"SALAH GUNA KUASA, PENYELEWENGAN & RASUAH"
pssss... Anwar dan geng dia mesti cakap ini konspirasi dari UMNO.. Konspirasi ayah dia.. sendiri berak suruh orang cebok pulak...
Thursday, 31 May 2012
Sharizat Bebas Dari Tuduhan Mak Lampir dan Jambu Anwar
Petang tadi di dalam satu sidang media Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil membuat kenyataan bahawa SPRM mendapati bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat secara keseluruhan di dalam proses pinjaman Kerajaan Projek Pusat Fidlot Nasional (NFCorp) bernilai RM250 Juta.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, 29 May 2012
Raja Petra Kamaruddin Dedah Kes Rasuah Azmin Ali
RPK didalam lamannya hari ini telah mendedahkan satu kenyataan lengkap dari pegawai penyiasat BPR bagaimana Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Pengarah BPR untuk menutup kes Rasuah Azmin Ali. Anwar pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kes ini berlaku pada tahun 1995 yang ketika itu Azmin adalah sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.
Lihat pendedahan di bawah
Kenyataan pegawai BPR yang asal
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya-raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Di sini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
Kronologi Kes
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang ditandakan sebagai Lampiran A).
Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah Gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lampiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saham Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati, seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali.
Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.
Di ketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun, saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (lihat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis berjaya dan lihat Minit-minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk minit 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah Minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah di luar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapi pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan harta secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang surirumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat penyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali, Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun 1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.
Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35.
Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin digunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi di mana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 di mana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.
Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana taknya kalau dilihat gaji Setiausaha Sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisnessman. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki di dalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yang berlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT
Untuk makluman, pada waktu itu Ketua Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahaya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bila mana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM2 ribu lebih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????
Kite cuba renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

































