j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Al-Ehsan

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Al-Ehsan. Show all posts
Showing posts with label Al-Ehsan. Show all posts

Friday, 22 June 2012

VIDEO DEMONTRASI PERTUBUHAN AL-EHSAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM DAN ABD MURAD KHALID

Thursday, 21 June 2012

WAJIB TONTON: AL-EHSAN NS DESAK SIASATAN TERHADAP ANWAR DAN MURAD KHALID DISEGERAKAN

SALAH GUNA KUASA, PENYELEWENGAN, MENGELAPKAN WANG KERAJAAN, RASUAH
Inikah sikap dan perangai Anwar Ibrahim yang pakatan rakyat ingin mengangkat untuk menjadi Perdana Menteri.. Silap hari bulan mahu Negara ni dijual oleh Al-Juburi. 

Anwar Ibrahim nampaknya sekarang tidak senang duduk berikutan desakan dan laporan demi laporan LIHAT SINI yang dibuat oleh rakyat-rakyat malaysia yang cintakan tanahair ini dan mengelakkan seorang pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim yang semakin rakus untuk merampas kuasa dari kerajaan Barisan Nasional.


Kali ini Pertubuhan Al-Ehsan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Mohd Rasul bin Haji Badar telah mengadakan satu perhimpunan secara aman pada petang tadi bagi mendesak tindakan undang-undang diambil terhadap Anwar Ibrahim ekoran daripada dakwaan oleh Dato' Murad Khalid KLIK SINI terhadap salah guna kuasa ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Tuntutan dari Al Ehsan:-

  1. Mendesak  satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan oleh Dato Murad khalid.
  2. Mendesak Peguam Negara supaya membuka semula kertas siasatan berkaitan akuan berkanun tersebut.
  3. Mendesak LHDN tampil membuat kenyataan mengenai keupayaan memperolehi sumber aset, saham dan wang yang bernilai lebih 3 billion ringgit LIHAT SINI UNTUK BUKTI 3 BILLION
  4. Mendesak SPRM menyiasat penyelewenggan dan apa jua yang mempunyai kaitan dengan akuan berkanun oelh Dato Murad Khalid.
  5. Mendesak Bank Negara Malaysia menyiasat akuan berkanun Dato Murad Khalid yang btelah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim KLIK SINI UNTUK MELIHAT PENGAKUAN DARI DATO MURAD KHALID









Monday, 11 June 2012

GEMPAR!!! LAPORAN TERHADAP DATO MURAD KHALID DAN ANWAR TELAH DIBUAT

Laporan Polis dari Al-Ehsan

Laporan Polis Dari UMNO NS

Berikutan pendedahan oleh Datuk Abd Murad Khallid pada 2hb Jun 2012 yang lalu, NGO-NGO di Negeri Sembilan telah bergabung membuat laporan polis dan berdemo secara aman pada petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2.


NGO yang terdiri daripada PERKASA, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), PPP, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Belia DUN Senawang, Belia DUN Temiang, Biro Pengaduan Rakyat Seremban mengesa Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kenyataan dari bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

Datuk Abd Murad sebelum ini telah membuat kenyataan Klik Sini bahawa ketika  Dato Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempunyai akaun berkanun yang bernilai RM 3 billion.

Dari kenyataan tersebut menunjukkan Anwar semasa menjawat jawatan dalam kerajaan telah menyalahguna kuasa dan menggelapkan wang kerajaan demi kepentingan peribadi dan politik beliau. NGO-NGO terbabit juga mendesak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuka kertas siasatan bagi menyiasat peyelewengan tersebut.



Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...