j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Ambiga

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Ambiga. Show all posts
Showing posts with label Ambiga. Show all posts

Saturday, 26 May 2012

Ambiga Akhirnya Tersungkur..



Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara, kecederaan, kerosakan terhadap harta awam dan mengotorkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap, Ambiga dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Dia mendakwa bahawa dia tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya supaya mengganas.

Ambiga langsung tidak menyesal terhadap tindakannya yang enggan menerima Stadium Merdeka untuk menjalankan perhimpunan aman 'Duduk Dan Bantahnya'. Apa yang Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap bantahan yang dilakukan. Dia berharap agar BERSIH  mampu membantu gologan liberal dalam meraih kuasa. Namun, dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan.

Sekurang-kurangnya, rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan membantu dalam menjatuhkan kerajaan.

Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai 'kekuatan dan semangat' yang kental. Jadi, apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat  'keheroan-nya'

Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau 'nobodies', akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0. Sebenarnya, mereka tidak berbuat banyak, mereka hanya memasang gerai-gerai dan menari sedikit di hadapan rumahnya, tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan Ambiga.

Dalam keadaan panik, dia menyifatkan mereka sebagai bodoh, tidak matang, dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan. Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang jalan di rumahnya.

Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut, lebih teruk lagi, kerana dia telah menganggu pendapatan harian mereka. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH pada 28hb April 2012. Penduduk di pangsapuri, tetamu di hotel-hotel yang pasti mempunyai rancangan hari itu bnagaimanapun terkandas, takut dan tertanya-tanya mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut.

Semestinya, Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama 'satu' hari. Tetapi, BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama 'satu' hari. Dan kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan 'satu' lagi demonstrasi. Jadi, tiada siapa yang tahu berapa 'satu' hari lagi Ambiga akan jalankan.

Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah kebudak-budakan. Walau bagaimanapun, kita mehu mengucapkan tahniah kepada yang para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul - di hadapan rumah Ambiga.

Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti rakyat.Namun, para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah menyokong Ambiga. Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIH, dan ianya dibuat oleh rakyat.

Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat?

Dan bilakah rakyat pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita? Dia semestinya tidak mewakili penulis, keluarga, rakajn sekerja dan rakan-rakan penulis yang kini tidak tahan melayan kerenah dari Ambiga.

Apapun, rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke rumahnya untuk membantah BERSIH. Jadi, setelah menerima segala memo, gangguan dan 'pasar malam aman' di hadapan rumahnya. Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan lagi.

Akhirnya, dia meminta maaf!

Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas mana Ambiga dalam memohon maaf. Dengan ini, kita percaya bahawa Ambiga tidak akan menggangu kita, rakyat Malaysia. Dan jika dia masih berbuat demikian, pasti jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan mereka.

Friday, 4 May 2012

Polis akan ambil tindakan terhadap Anwar dan Ambiga


Kerajaan tidak pernah takut untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga yang bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan haram Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius insiden itu dan pastinya pihak yang bertanggungjawab tidak boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut beliau, Kabinet yang bermesyuarat semalam mengarahkan pihak polis dan Peguam Negara menjalankan siasatan segera sebelum pertuduhan dibuat terhadap pihak yang terlibat.

"Setakat ini seorang sudah dikenakan tindakan dan yang lain kita tunggu untuk mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak.

"Soal mengumpulkan maklumat dan bukti berkaitan insiden yang berlaku perlu mengikut peraturan undang-undang," katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kerajaan takut dan terlalu lambat mengambil tindakan terhadap penganjur Bersih 3.0.

Menurutnya, masyarakat perlu memahami bahawa dalam proses undang-undang, pihak berkenaan perlu mempunyai bukti yang cukup sebelum sesuatu tindakan diambil.

Beliau berkata, kerajaan sedar kebimbangan masyarakat yang merasakan insiden tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan ia boleh berulang lagi.

Muhyiddin turut menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai insiden yang amat mengaibkan negara kerana menyebabkan kerosakan harta benda, kecederaan kepada anggota polis dan petugas media.

"Insiden ini memberikan imej tidak baik kepada negara. Walaupun pihak penganjur beri jaminan perhimpunan akan berlangsung dalam keadaan aman dan selamat, terbukti mereka gagal menunaikan janji.

"Kerajaan sudah putuskan tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka apabila bukti mencukupi dan berharap ia tidak mengambil masa yang terlalu lama," katanya.

Sumber : Utusan

Monday, 30 April 2012

GMPN buat laporan polis terhadap Ambiga dan konco-konconya


Kenyataan akhbar dari Mejar (B) Razali bin Zakaria

Semasa perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April 2012, telah berlaku kecederaan kepada pihak polis serta harta benda awam. Himpunan itu juga tidak dapat dikawal oleh penganjur sehingga berlaku kekecohan dan huru-hara. 

Pihak GMPN mengesa agar tindakan sewajarnya diambil lepada ambiga yang menjadi punca kekecohan tersebut. 

"Ambiga perlu ditangkap dan didakwa dan didakwa di mahkamah" ujar Mej Razali ketika sidang media.

Pihak GMPN mendesak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap Ambiga yang telah mencetuskan kekacauan pada 28hb April 2012 di Ibu Kota demi menjaga keselamatan dan keamanan negara Malaysia tercinta.

Video penyokong BERSIH bantai POLIS



Dimana salahnya pihak Polis dalam mempertahankan diri dan menjaga keselamatan 27.6 Juta Rakyat Malaysia dan Negara ini? Dimana salah mereka bertindak tegas keatas puak BERSIH yang boleh kita takrifkan sebagai pemberontak? Dimana keadilan untuk pihak Polis yang sanggup berkorban apa sahaja dalam mempertahankan Malaysia ini dari kacau bilau?

Rakyat mampu melihat, Rakyat Mampu Mendengar dan Rakyat juga Mampu Memberikan Kerjasama kepada pihak Polis agar Malaysia aman dan tenteram dari pekara yang boleh mencetuskan tragedi berdarah sepertimana didalam video diatas.

TOLAK BERSIH 3.0, TOLAK ANWAR, TOLAK AMBIGA, TOLAK PAKATAN RAKYAT
Demi Kemakmuran Negara

Thursday, 26 April 2012

GMPN vs Bersih 3.0

Demi menjaga keselamatan dan keamanan negara Malaysia tercinta
Satu laporan polis di buat petang tadi bagi menggesa pihak berkuasa memganbil tindakan terhadap penganjur demo bersih 3.0 serta orang yang hadir ke himpunan tersebut.

Gerakan Memartabat Pejuang Negara yang di ketuai oleh Presidennya Mejar (B) Razali bin Zakaria memberitahu jika tidak dibenteras awal ianya akan mewujudkan suasana yang tidak tenteram.

Presiden GMPN mewakilli rakyat Malaysia mendesak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis supaya tindakan tegas dikenakan kepada penganjur, individu dan partipolitik yang akan berhimpun pada 28 April 2012.

Himpunan Bersih 3.0 yang ditunjangi oleh Ambiga dan didalangi oleh parti pembangkang dijangka akan menimbulkan kekecohan di ibu negara. Rakyat umumnya risau jika ada perbalahan kemungkinan akan terjadi rusuhan kaum serta pertumpahan darah.


Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...