j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday, 6 August 2012

PAS Semakin Hilang Identiti



Pergeseran yang semakin memuncak antara Pas dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud mencerminkan bahawa hubungan kedua-dua parti itu dalam pakatan pembangkang kini ibarat retak menanti belah.


Pengerusi DAP, Karpal Singh yang secara terbuka menolak sepenuhnya rancangan Pas melaksanakan hukum hudud membuktikan hubungan ‘harmoni’ Pas-DAP dalam pakatan tersebut hanya satu sandiwara.



Seperti retak menanti belah. Kita tahu Karpal adalah jurucakap DAP dalam soal dasar. Mereka lantang menolak hudud, malah pernah menganggap Pas terlalu kolot dan terbelakang kerana mahu melaksanakan hukum hudud.

“Pas yang makin hilang identiti tahu mereka perlu mengembalikan falsafah (hukum hudud) kerana perjuangan negara berkebajikan sebelum ini sekadar memenuhi kehendak pakatan pembangkang. Tetapi dalam diam, Pas juga tidak bersetuju dengan DAP.

Sunday, 5 August 2012

Emas Untuk Lin Dan Perak Untuk DLCW


Harapan rakyat Malaysia untuk melihat Dato Lee Chong Wei membawa pulang pingat Emas sukan Olimpik tidak kesampaian.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Dato Lee Chong Wei diatas kesungguhan dan kegigihan yang diberikan.

Pingat Perak Olimpik yang ke-2 buat Chong Wei.. Tahniah.. Well Done Dato' Lee Chong Wei..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 3 August 2012

Hudud: PAS Seperti Anjing Menyalak Bukit

Seharusnya kita mengangkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana berani menempelak Karpal Singh dalam isu hudud tetapi malangnya, kita tidak merasa yang beliau yang layak menerimanya. Bagaimana kita boleh memberi tabik hormat kepada seorang yang tidak punya pendirian?

Umum tahu bahawa DAP bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS kerana PAS sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud. Jika tidak, kerjasama kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin direalisasikan.

Jadi, mungkinkah Mohd Nor Hamzah terlepas pandang bahawa PAS telah menggadaikan hudud lama dahulu, manakala Karpal Singh pula tidak pernah berganjak dari pendiriannya?

Jika benar pendirian PAS mengenai hudud adalah tetap, tidak berubah dan nekad ingin melaksanakannya, kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan Karpal yang sanggup mati dan membiar mayatnya dilangkah semata-mata menentang hudud dan Negara Islam?

Bahagian manakah dalam kata-kata Karpal atau DAP mengenai hudud yang PAS tersilap faham atau tidak faham langsung? Kenapa baru hari ini, dan saat ini si Mohd Nor Hamzah nak melenting dan menyuruh Karpal berhenti?

Atau apakah ketika memeterai persetujuan untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dahulu, PAS sememangnya berniat untuk menipu DAP dan PKR konon bersedia menggugurkan hudud dan Negara Islam tetapi sebenarnya tidak berniat begitu?

Sebenarnya, soal hudud tidak ada kena mengena dengan pandangan Karpal yang maju ke depan atau terkebelakang seperti tempelak Mohd Nor.

Yang menjadi persoalan kini bukan hudud, tetapi PAS. Masyarakat perlukan kepastian apakah PAS sebuah parti penipu atau sekadar tidak tetap pendirian? Walau apapun, sama ada PAS penipu atau tidak tetap pendirian, kedua-duanya adalah sifat munafik yang tidak wajar dihormati, jauh sekali dilantik sebagai pemerintah.

Ini kerana pendirian atau prinsip melambangkan maruah. Manusia tanpa prinsip boleh dijual-beli serta tidak harus dipercayai. Apatah lagi jika prinsip yang dilaungkan mereka berkisar soal hukum hakam agama. Begitu juga manusia yang suka menipu, bukan sahaja tidak wajar dihormati, tetapi tidak harus dijadikan kawan sekali pun.

Rakyat dan negara pasti tidak akan selamat jika diperintah oleh parti yang tidak punya maruah dan penipu seperti PAS.

Bagi seorang pemimpin kecil di dalam PAS untuk menyuruh pemimpin besar di dalam DAP meletak jawatan kerana PAS memilih untuk membuat U-turn adalah tidak masuk akal sama sekali.

Lagipun, pendirian Karpal bukan pendirian peribadi tetapi pendirian parti. Justeru adalah lebih sesuai jika Mohd Nor menyuruh DAP keluar dari PR, daripada menyuruh Karpal meletak jawatan.

Tetapi adalah jauh lebih bermaruah jika PAS yang memberi kata dua untuk keluar dari PR jika DAP terus menerus menentang hudud.

Atau lebih baik lagi jika Mohd Nor sendiri memberi kata dua kepada PAS untuk keluar parti jika terus bersekongkol dengan DAP. Jika ini berlaku, maka barulah layak Mohd Nor menerima tabik hormat dari kita.

Kita tahu PAS meletakkan politik mengatasi agama dan PAS tidak pernah berniat pun untuk benar-benar melaksanakan hudud. Malah 'pertengkaran' dengan DAP ini juga tidak mustahil hanya strategi PAS untuk 'memujuk' hati umat Islam dan strategi DAP untuk mengekalkan sokongan bukan Islam. Untuk itu mereka akan saling menyalak sesama sendiri sementara menunggu keputusan PRU. Hudud, hanyalah bahan kempen dan publisiti - tidak lebih dari itu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANAS!!! Pemuda Pas Sendiri Akui DAP Tak Terima Pelaksanaan Hudud




Dewan Pemuda Pas Pusat mengakui DAP tidak menerima pelaksanaan hukum hudud selepas beberapa kali perbincangan dibuat dan atas pendirian itu Pas tidak akan memaksa parti berkenaan menerima undang-undang Islam tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hasan mengakui hudud bukan agenda pakatan pembangkang

Karpal sebelum ini berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan manakala hukum hudud tidak termasuk dalam kerangka Buku Jingga.

Dalam perkembangan berkaitan, Nasrudin mengakui ketika diadakan debat Sinar Harian baru-baru ini, beliau telah memetik kenyataan Karpal, "langkah mayat saya dulu" untuk menubuhkan negara Islam.

Wednesday, 1 August 2012

Rafizi Diikat Jamin RM 15 Ribu


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini dicaj di Mahkamah Sesyen di sini, di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp). 

Beliau yang dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, didakwa di bawah Seksyen 997 Bafia.

Akaun itu dilaporkan dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak-naka mereka. Salleh yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp membuat laporan polis dan aduan kepada Bank Negara.

Sebelum ini, Rafizi disiasat kerana bertindak bercanggah dengan Bafia, dengan mendedahkan maklumat sulit perbankan NFCorp.
Pada Mei lalu, NFCorp menegaskan  Rafizi harus dipertanggungjawabkan terhadap pencabulan Bafia.
Syarikat itu yang membuat laporan polis dan kepada Bank Negara mendakwa Rafizi telah bertindak mendedahkan kerahsiaan dokumen yang secara jelas tertera perkataan 'sulit dan peribadi' kepada pihak media.
Kenyataan bertarikh 17 Mei lalu syarikat itu menyebut, pada awal bulan itu, Rafizi telah mengedarkan kepada media sepucuk surat bertanda 'sulit dan peribadi' bertarikh 24 April daripada bank terlibat yang telah dialamatkan kepada Johari Mohamad, seorang pegawai bank NFCorp membuka akaun.
Menurut peguam-peguam NFC, semua pencabulan dan sikap tidak hormat  Rafizi terhadap perkara kerahsiaan adalah disebabkan untuk memenuhi agenda politik peribadinya.
Rafizi yang mengaku tidak bersalah dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penjamin

Monday, 30 July 2012

PANAS WAJIB BACA: Belumpun PRU13 PKR Dah Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata 'malu menjadi Melayu'. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi 'membela Melayu' ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal 'Melayu' sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1. 'working class' yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2. 'golongan muda' yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3. 'pengundi India' yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap 'diberi muka' sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa 'kem' dan peningkatan rasa curiga serta 'dingin' di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hadi Awang Menitis Air Mato Sedih Dipinggir Kerana AlJuburi

Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...