j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Friday, 30 March 2012

Undi PAS masuk Syurga



Hambo ni tidaklah cerdik pandai dalam bab Agamo.. Tetapi seelok-eloknya Nik Aziz perlu “memisahkan” agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati. Pemimpin politik sekarang sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.

MY NAME ANWAR SUPER 007 JAMES BON...



Dah berani mengaku sebagai James Bond.. Dasyat betul..Super Agen 007 lagi tu
Gila bayang betullah Anwar Ibrahim ni..
Terbaru Anwar Ibrahim di dalam ceramahnya di Tokong Kuan Tee, Lukut pada 23 Mac  Anwar mengatakan jika beliau menang pada PRU13 ni dalam masa 24 jam beliau akan menurunkan harga minyak..

Cakap kosong bolehlah geng.. Bukan main sedap Anwar tabur janji..
Korang dah lupa macammana kes kg. Buah Pala di Pulau Pinang?
Dah tengok video diatas?
Jadi korang fikirkanlah masak-masak..
Tol yang dijanjikan untuk dihapuskan di Pulau Pinang tu pun tak laksanakan lagi..

Anwar... Anwar... Nampak sangat kau dah terdesak..

Anwar ni sebenarnya berangan nak jadi Perdana Menteri.. Layak ke seorang pengamal Bioseksual @ Seks Sonsang ni diangkat sebagai pemimpin?

Kurang ajar punya Menteri Besar

Ni apa punya manusia ni.. Masuk rumah orang tak reti nak bukak kasut!! Tak paham betulah aku.. memang kurang ajar... Agaknyer dah jadi trend pemimpin PR pakai kasut masuk dalam rumah orang.. Pakai jer baju bersih.. tapi perangai kotor..

MM : kut korang masuk rumah aku pakai kasut, kaki korang tu tahulah aku kerjakan.. Kurang ajar..

Tuesday, 27 March 2012

Pendedahan Part 1 :ADUN Paroi YB Taufik Abd Ghani Pesuruhjaya Pas NS cetus konflik dalaman parti.


Perlantikan ADUN Paroi YB Taufik Abd Ghani  sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan telah mengundang rasa tidak puas hati dikalangan ahli Pas.

Kesinambungan Ulama’ PAS ditolak ketika Muktamar PAS dilihat didalam Badan Perhubungan PAS NS.

Pemilihannya sebagai Pesuruhjaya Pas bagi penggal yang baru mendapat tentangan dari kalangan ahli parti pas sendiri kerana dikatakan tidak sebulu dengan Zulkefly Mohamad Omar (ex-Pesuruhjaya Pas NS).

Dilihat sebagai seorang angkuh dan bongkak, Taufik telah mengenepikan orang lama seperti Zulkefly Mohamad Omar untuk jawatan Tim. Pesuruhjaya Pas 1.

Seperti “Kacang Lupakan Kulit” “Kawan Makan Kawan” Taufik  telah membuang rakan-rakannya yang bekerja keras menaikkan Taufik sebagi YB demi mengejar jawatan dalam politik/parti.

Ramai dikalangan ahli parti PAS menegaskan bahawa Adun Paroi itu tidak layak untuk jawatan No 1 di dalam Pas Negeri kerana dikatakan tidak mempunyai disiplin sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai s/u kerja Pas satu ketika dahulu.

Ahli-ahli parti PAS juga tidak senang dengan sikap beliau yang sambil lewa bagi mengatasi masalah penipuan dan penyelewengan didalam parti itu sendiri.

MerahMato: jangan lupa sambungan seterusnya.. lebih banyak akan menyusul tentang budak berlagak ini.. TUNGGU...

Saturday, 24 March 2012

Hoslan Hussin Terainaya?


Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan berita seorang haji yang bergelar imam iaitu Hoslan Hussin membaling selipar kepada  hakim selepas kalah kes di Mahkamah Persekutuan.

Siapa sebenarnya Hoslan Hussin ini? Sehingga gerakan yang diketuai oleh Fariz Musa ingin membuat DEMO serta ingin menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong. Hebat sangat ke Hoslan ni?

Cuba kita lihat biodata beliau :-

Bekas Imam Rawatib Masjid Ar-Rahimah, Kg. Pandan, Cheras, Kuala
Kad Pengenalan : 660103-08-6171. 
Lahir : Perak 
Alamat Lama : No. 28 Jalan Jujur 3/2 Taman Bakti, Ampang, Selangor. 
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 
Isteri : Pn Noorliza Binti Mat Isa (berkahwin pada 6 Ogos 1995) 
Anak : 7 orang iaitu 2 perempuan dan 5 lelaki.
Status Pekerjaan Terkini : Juruteknik Air Sungai di Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. No. 19 Jalan Astaka U8/84, Bukit Jelutung Ind. Park, Shah Alam, Selangor. 


Kronologi sebelum insiden membaling selipar.


Beliau mula dilantik sebagai Pembantu Bilal di Masjid Ar-Rahimah pada tahun 2004. Setelah itu beliau telah diberikan kebenaran oleh Pengerusi Masjid ketika itu untuk tinggal di rumah yang telah diwakafkan oleh pihak MARA kepada Masjid Ar-Rahimah yang dikenali sebagai rumah contoh REDA dengan dikenakan sewa bulanan. Pada tahun 2007, beliau telah memohon jawatan sebagai Imam Rawatib di Masjid Ar-Rahimah. Permohonan tersebut telah diterima oleh Ahli Jawatankuasa Masjid dan beliau telah diberi pentauliahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada bulan Mac 2007.

Pada bulan Mac 2008, pihak DBKL telah mengeluarkan notis untuk merobohkan rumah yang didiami oleh beliau bagi menjalankan projek pembinaan jalan. Pihak pengurusan masjid akur dengan perintah tersebut kerana setelah disemak dengan Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan MAIWP mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan tanah dan rumah tersebut adalah milik Masjid Ar-Rahimah.

Setelah rumah tersebut dirobohkan, Hj. Hoslan bin Hussin telah ditawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) oleh DBKL. Walau bagaimanapun beliau enggan berpindah ke PPR dan telah diberikan kebenaran sementara menduduki sebuah kuaters masjid yang kosong.
Bagaimana dia mula buat perangai?


Ia bermula apabila seorang Imam Rawatib Masjid berkenaan bernama Hj. Hoslan bin Hussin telah ditamatkan perkhidmatan atas beberapa masalah disiplin dan tingkah laku pada 1 Nov. 2008. (Imam Rawatib ialah Imam gantian atau Imam tidak tetap yang dilantik oleh pihak pengurusan masjid dengan tauliah oleh Jabatan Agama Islam. Pentauliahan oleh Jabatan Agama Islam adalah perlu bagi melayakkan Imam Rawatib mendapat elaun tugas). Sehubungan itu, beliau telah diarahkan supaya mengosongkan kediaman beliau beralamat No. 4331-3 Rumah Wakaf Masjid Ar-Rahimah, Kg. Pandan bagi tujuan didiami oleh penggantinya. Arahan tersebut merupakan prosedur biasa apabila seseorang itu bukan lagi kakitangan masjid.

Semenjak pemecatan tersebut sehingga kini, Hj. Hoslan bin Hussin telah melakukan pelbagai usaha secara berterusan termasuk mendapatkan sokongan dari arwah Dr Lo` Lo` binti Ghazali - Ahli Parlimen Titiwangsa (MP PAS) agar jawatannya sebagai Imam Rawatib dikembalikan kepadanya dan dapat terus mendiami kediaman tersebut. Sehubungan itu, MP Titiwangsa telah menghantar satu surat kepada Pengarah JAWI bagi menyatakan sokongan kepada Hj. Hoslan bin Hussin dan meminta beliau dikekalkan sebagai Imam Rawatib. Beliau juga bertindak untuk terus tinggal di rumah wakaf tersebut walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak pengurusan masjid termasuk memotong bekalan eletrik dan air ke kediaman tersebut.



Jadi betul ke Hoslan ni TERAINAYA.. Ikuti sambungan pendedahan  KLIK SINI

BUKTI PEMBOHONGAN HOSLAN HUSSAIN!!!



Ini ialah surat dari Hoslan Hussain kepada pihak JAWI dan kepada pihak Masjid Ar-Rahimah untuk memohon agar dapat mendiami kuarters milik masjid. Adalah begitu pelik sekali, bagaimana Hoslan yang pada waktu itu hanyalah seorang Bilal boleh mendapatkan "Kepala Surat" milik Masjid Ar-Rahimah sedangkan setiap surat yang menggunakan "Kepala Surat" atau dipanggil "Letter Head" hanya boleh digunakan oleh Setiausaha Masjid untuk tujuan menghantar surat.


Lebih pelik lagi, Hoslan menghantar surat kepada Masjid Ar-Rahimah untuk permohonannya rumah dengan menggunakan "Kepala Surat" sedangkan jika kita menghantar sebarang surat kepada mana-mana agensi pun, adakah kita menggunakan "Kepala Surat" agensi tersebut? 


Apabila disoal siasat, akhirnya Hoslan mengaku dengan memotong "Kepala Surat" Masjid Ar-Rahimah yang sudahpun bertulis dan menampalkannya kepada surat yang hendak dihantar, kemudian beliau membuat photocopy untuk surat tersebut.Ini adalah satu penipuan yang jelas malanggar peraturan mana-mana sekalipun agensi baik kerajaan ataupun swasta.




Ini adalah surat jawapan dari pihak JAWI kepada Hoslan di mana permohonannya di dalam perhatian dan bukan diluluskan.Namun Hoslan terus menceroboh sebuah rumah masjid yang kosong dengan menjadikan rumah tersebut sebagai kediamannya. 


Namun begitu, memandangkan beliau mempunyai anak yang ramai, maka pihak masjid tidaklah menghalaunya tetapi memberi nasihat kepadanya agar tidak melakukan perkara seperti itu di masa akan datang.




Ini adalah sebahagian daripada penyata kira-kira di mana pengurusan masjid ditadbir oleh AJK sebelum tahun 2005-2006. 


Sewaktu itu jumlah yang tertera dalam penyata tersebut hanyalah sekitar dua ribu ringgit lebih sahaja.


Apabila pengurusan baru yang dikatakan oleh Hoslan pada tahun 2006 berlaku banyaknya penyelewengan, namun kewangan masjid telah bertambah dari masa ke semasa.


Jika dilihat pada gambar di bawah, penyata yang dinyatakan berjumlah RM56,136.14. sedangkan Hoslan mengaitkan pada tahun 2006, berlakunya penyelewengan wang masjid oleh AJK yang dilantik. 


Kami melihat laporan dari portal Malaysiakini, dikatakan berlakunya penyelewengan wang masjid pada tahun 2006 tetapi bagaimana pula dengan penyata yang dibentangkan ini menunjukkan pertambahan wang masjid dari mula diambil-alih yang hanya terdapat tak sampai pun lima ribu ringgit boleh melonjak sehingga pulohan ribu ringgit??? 


Maka dengan itu kami meminta agar pihak portal Malaysiakini dapat mengeluarkan dokumen yang menyatakan adanya penyelewengan wang Masjid Ar-Rahimah.




Hoslan dipecat di atas perangi buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik seperti yang dijaja-jaja olehnya. Maka dengan itu sekali lagi, kami mahu agar masyarakat membuka mata hati mereka dengan segala jawapan yang kami nyatakan di sini dan bukan hanya mendengar dari satu pihak sahaja yang dilihat seolah-olah seorang yang warak dengan penampilannya sedangkan perbuatan buruknya tidak anda semua kenali. Kami yang melihat segala-galanya dan bukan sekadar mendengar, maka kamilah yang lebih mengenali baik buruknya tingkah laku manusia bernama Hoslan Hussain.


Pendedahan Hoslan Hussin oleh Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan  KLIK SINI

Friday, 23 March 2012

Bantahan terhadap Anwar Ibrahim di seluruh negara

Desakan demi desakan serta kebencian rakyat di atas kenyataan Anwar Ibrahim kepada Wall Street Journal semakin meluap-meluap KLIK SINI

Anwar dilihat semakin terdesak mencari isu dengan mengadakan ceramah di merata tempat untuk mengahasut rakyat. Kehadiran Anwar dilihat untuk memecah-belahkan penduduk dengan menghasut serta menabur janji-janji manis.

Petang tadi selepas solat Jumaat beberapa DEMO secara aman dilakukan di dua buah negeri bagi membantah kehadiran Anwar Ibrahim ditempat mereka. 

DEMO di Kg. Jawa, Chaah.
Selepas Solat Jumaat tengahhari tadi Pemuda-pemuda UMNO cawangan Chaah bersama dengan penduduk setempat telah membuat Demo bantahan secara aman di Jalan Nerawan, Kg. Jawa, Chaah.

Rata-rata yang hadir membawa kain rentang, sepanduk dan pelekat yang bertulis "ANWAR SELAMAT DATANG YAHUDI" "JAUHKAN DIRI DARI ANWAR" "ANWAR PENGKHIANAT NEGARA" dan lain-lain lagi.

Bantahan mereka mendapat perhatian oleh penduduk dalam dan luar kawasan di situ yang disokong oleh penduduk setempat dan menarik perhatian kira-kira 200 orang Jemaah yang baru lepas menunaikan solat Jumaat.

DEMO di Dungun, Terengganu.

Seramai 150 ahli PEKIDA kawasan Dungun, telah mengadakan DEMO bantahan pada pukul 3 petang tadi. DEMO yang dilakukan secara aman tersebut dilakukan bagi mendesak kenyataan Anwar Ibrahim pada WSJ.

Demo kira-kira 45 minit itu akhirnya berarak beramai-ramai dari tapak pasar malam lama Paka menuju ke Balai Polis Paka untuk membuat laporan polis.


Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...