j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: BUKTI PEMBOHONGAN HOSLAN HUSSAIN!!!

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Saturday, 24 March 2012

BUKTI PEMBOHONGAN HOSLAN HUSSAIN!!!



Ini ialah surat dari Hoslan Hussain kepada pihak JAWI dan kepada pihak Masjid Ar-Rahimah untuk memohon agar dapat mendiami kuarters milik masjid. Adalah begitu pelik sekali, bagaimana Hoslan yang pada waktu itu hanyalah seorang Bilal boleh mendapatkan "Kepala Surat" milik Masjid Ar-Rahimah sedangkan setiap surat yang menggunakan "Kepala Surat" atau dipanggil "Letter Head" hanya boleh digunakan oleh Setiausaha Masjid untuk tujuan menghantar surat.


Lebih pelik lagi, Hoslan menghantar surat kepada Masjid Ar-Rahimah untuk permohonannya rumah dengan menggunakan "Kepala Surat" sedangkan jika kita menghantar sebarang surat kepada mana-mana agensi pun, adakah kita menggunakan "Kepala Surat" agensi tersebut? 


Apabila disoal siasat, akhirnya Hoslan mengaku dengan memotong "Kepala Surat" Masjid Ar-Rahimah yang sudahpun bertulis dan menampalkannya kepada surat yang hendak dihantar, kemudian beliau membuat photocopy untuk surat tersebut.Ini adalah satu penipuan yang jelas malanggar peraturan mana-mana sekalipun agensi baik kerajaan ataupun swasta.




Ini adalah surat jawapan dari pihak JAWI kepada Hoslan di mana permohonannya di dalam perhatian dan bukan diluluskan.Namun Hoslan terus menceroboh sebuah rumah masjid yang kosong dengan menjadikan rumah tersebut sebagai kediamannya. 


Namun begitu, memandangkan beliau mempunyai anak yang ramai, maka pihak masjid tidaklah menghalaunya tetapi memberi nasihat kepadanya agar tidak melakukan perkara seperti itu di masa akan datang.




Ini adalah sebahagian daripada penyata kira-kira di mana pengurusan masjid ditadbir oleh AJK sebelum tahun 2005-2006. 


Sewaktu itu jumlah yang tertera dalam penyata tersebut hanyalah sekitar dua ribu ringgit lebih sahaja.


Apabila pengurusan baru yang dikatakan oleh Hoslan pada tahun 2006 berlaku banyaknya penyelewengan, namun kewangan masjid telah bertambah dari masa ke semasa.


Jika dilihat pada gambar di bawah, penyata yang dinyatakan berjumlah RM56,136.14. sedangkan Hoslan mengaitkan pada tahun 2006, berlakunya penyelewengan wang masjid oleh AJK yang dilantik. 


Kami melihat laporan dari portal Malaysiakini, dikatakan berlakunya penyelewengan wang masjid pada tahun 2006 tetapi bagaimana pula dengan penyata yang dibentangkan ini menunjukkan pertambahan wang masjid dari mula diambil-alih yang hanya terdapat tak sampai pun lima ribu ringgit boleh melonjak sehingga pulohan ribu ringgit??? 


Maka dengan itu kami meminta agar pihak portal Malaysiakini dapat mengeluarkan dokumen yang menyatakan adanya penyelewengan wang Masjid Ar-Rahimah.




Hoslan dipecat di atas perangi buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik seperti yang dijaja-jaja olehnya. Maka dengan itu sekali lagi, kami mahu agar masyarakat membuka mata hati mereka dengan segala jawapan yang kami nyatakan di sini dan bukan hanya mendengar dari satu pihak sahaja yang dilihat seolah-olah seorang yang warak dengan penampilannya sedangkan perbuatan buruknya tidak anda semua kenali. Kami yang melihat segala-galanya dan bukan sekadar mendengar, maka kamilah yang lebih mengenali baik buruknya tingkah laku manusia bernama Hoslan Hussain.


Pendedahan Hoslan Hussin oleh Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan  KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...