j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: PDRM

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

Pelajar Tingkatan Tiga & Rakan Di Rogol 38 Lelaki


Buletin TV3 menyiarkan satu berita yang mengejutkan orang ramai mengenai 2 orang remaja wanita mendakwa diri mereka di perkosa oleh 38 lelaki di Ketereh Kelantan pada 20 mei lalu.

Laporan polis telah dibuat awal pagi semalam dan di hantar ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan, kes ini di siasat mengikut seksyen 376 kanun keseksaan.

Friday, 22 June 2012

VIDEO DEMONTRASI PERTUBUHAN AL-EHSAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM DAN ABD MURAD KHALID

SAH ANWAR, AZMIN, ABDUL RAZAK IDRIS DAN RAJA PETRA AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemilikan akaun berjumlah RM3 bilion yang melibatkan dirinya ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tiga individu terbabit ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris.


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, mereka akan dipanggil sekiranya SPRM mempunyai maklumat baru yang membolehkan siasatan kes itu dibuka semula.

“Kita tidak akan membuka semula kertas siasatan yang diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya.

“Namun, sekiranya terdapat maklumat baru yang signifikan terhadap kes tersebut, kertas siasatan akan dibuka semula,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada SPRM mempunyai maklumat baru untuk membuka semula siasatan tersebut, Mustafar menjawab: “Buka kes atau pantau kes, saya tidak boleh dedahkan,” katanya.



Baru-baru ini, Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM meminta SPRM membuka semula kes siasatan terhadap Azmin yang didakwa memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai serta cek.

Azmin ketika itu adalah penjawat awam dan menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar antara 1995 dan 1997.

Raja Petra melalui portalnya, mendakwa Anwar kemudiannya mengarahkan BPR pada masa itu, menutup siasatan tersebut.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid pula dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya, kira-kira 13 tahun lalu.

Kelmarin, Abdul Razak mendakwa beliau membuat akuan bersumpah (SD) pada tahun 2003 atas permintaan Anwar bagi membersihkan nama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhubung pemilikan akaun tersebut.

Anwar dan Azmin merelakan SPRM menyiasat jika agensi tersebut mempunyai bukti baru untuk membuka semula kes terbabit.

Monday, 11 June 2012

GEMPAR!!! LAPORAN TERHADAP DATO MURAD KHALID DAN ANWAR TELAH DIBUAT

Laporan Polis dari Al-Ehsan

Laporan Polis Dari UMNO NS

Berikutan pendedahan oleh Datuk Abd Murad Khallid pada 2hb Jun 2012 yang lalu, NGO-NGO di Negeri Sembilan telah bergabung membuat laporan polis dan berdemo secara aman pada petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2.


NGO yang terdiri daripada PERKASA, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), PPP, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Belia DUN Senawang, Belia DUN Temiang, Biro Pengaduan Rakyat Seremban mengesa Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kenyataan dari bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

Datuk Abd Murad sebelum ini telah membuat kenyataan Klik Sini bahawa ketika  Dato Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempunyai akaun berkanun yang bernilai RM 3 billion.

Dari kenyataan tersebut menunjukkan Anwar semasa menjawat jawatan dalam kerajaan telah menyalahguna kuasa dan menggelapkan wang kerajaan demi kepentingan peribadi dan politik beliau. NGO-NGO terbabit juga mendesak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuka kertas siasatan bagi menyiasat peyelewengan tersebut.



Thursday, 10 May 2012

MOHON SEBARKAN DAN TOLONG AMBIL TINDAKAN TERHADAP BLOGGER YANG INGIN MEMBUNUH YANG DIPERTUAN AGONG @PDRMsia


Penulis terjumpa satu blog iaitu blog Kelab Murtad Di Malaysia (http://kelab-murtad.blogspot.com) dan terbaca satu artikel yang bertajuk "Berdoa Supaya Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Meninggal Dunia". (http://kelab-murtad.blogspot.com/2012/04/berdoa-supaya-yang-di-pertuan-agong-ke.html)


Mohon rakan-rakan blogger, sahabat-sahabat facebook dapat menyebarkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap penulis blog Kelab Murtad tersebut.

Monday, 30 April 2012

UMNO, Perkasa dan GMPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ambiga kerana menumbulkan kekecohan di Ibu Negara


Video Demontrasi Aman oleh GMPN menentang bersih



Video penyokong BERSIH bantai POLIS



Dimana salahnya pihak Polis dalam mempertahankan diri dan menjaga keselamatan 27.6 Juta Rakyat Malaysia dan Negara ini? Dimana salah mereka bertindak tegas keatas puak BERSIH yang boleh kita takrifkan sebagai pemberontak? Dimana keadilan untuk pihak Polis yang sanggup berkorban apa sahaja dalam mempertahankan Malaysia ini dari kacau bilau?

Rakyat mampu melihat, Rakyat Mampu Mendengar dan Rakyat juga Mampu Memberikan Kerjasama kepada pihak Polis agar Malaysia aman dan tenteram dari pekara yang boleh mencetuskan tragedi berdarah sepertimana didalam video diatas.

TOLAK BERSIH 3.0, TOLAK ANWAR, TOLAK AMBIGA, TOLAK PAKATAN RAKYAT
Demi Kemakmuran Negara

Friday, 27 April 2012

Pengarah dan produser filem menghasut rakyat untuk menentang kerajaan

Siapa mamat ni? Siapa dia? Tiba-tiba muncul pulak..

Mamat yang bernama Hishamudin Rais atau lebih dikenali sebagai Isham ni baru-baru ini telah turun ke Bukit Jalor, N9 untuk menghasut penduduk dan rakyat setempat bagi membantunya menentang kerajaan..

Mamat yang pernah membuat filem 'dari Jemapoh ke Manchester' ni dengan lantang menghasut rakyat untuk melakukan tunjuk perasaan serta demontrasi jalanan di Dataran Merdeka untuk menumbangkan UMNO dan Kerajaan Malaysia.
Kurang Ajar sungguh Mamat ni!!

Bagi sesiapa tidak mengenalli mamat ni, mari lihat Merah bongkar siapa individu yang bernama Hishamudin Rais ni.

Hishamudin Rais

  • Pernah melarikan diri pada tahun 1974 ke luar negara
  • Pernah ditangkap dan direman di Penjara Air Molek, Melaka.
  • Di tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 2 minggu.
  • Terlibat dalam Reformasi pada tahun 1998
  • Pada 2001 beliau ditangkap dibawah seksyen 71 (3) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.
Merah: Jadi kesimpulannya, memang niat Hishamudin ni mengumpul askar-askarnya untuk untuk menjatuhkan kerajaan. Ayuh kita humbankan mamat ni ke "The NEW ISA"

Wednesday, 18 April 2012

Tan Sri Khalid Ibrahim anggap isu hina raja melayu isu remeh

Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan perbuatan mempersendakan Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang DiPertuan Agong baru-baru ini sebagai isu remeh.

Hmmm... nak kata Khalid Ibrahim ni akal tak panjang, pegang jawatan MB pulak tu.. 
Ada ke kata isu hina Raja ni isu remeh.. \
Nampaknya Kesetiaan kepada Raja dan Negara dah tiada dalam kamus hidupKhalid Ibrahim ni ..

Itulah pemimpin pembangkang.. Agama dipersendakan, 
Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja melayu
tidak dihormati.. 

MerahMato syorkan agar rakyat-rakyat Malaysia buatlah pilihan bijak pada PRU13 nanti.. Marilah kita sama-sama mengnyahkan mereka di tanah air yang kita cintai..

p.s : Abang polis & abang KDN sila lucutkan kerakyatan mereka ini.. dasar tak sedar dek untung!
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...