j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Suaram

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Suaram. Show all posts
Showing posts with label Suaram. Show all posts

Saturday, 28 July 2012

HRW Mengecam Anwar: Anwar Cuba Membaharui Imej Islamnya


Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat.  Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, “ya”.  “Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual.”


Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam.  “Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual.”

Respon Human Rights Watch’s (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik.  Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya.

Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, “Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia, kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”

Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada ‘tuannya’ di barat, termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang, tidak dapat dipastikan.

Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa.  Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat.

Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village.  Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan.

Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM.  Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene.

Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR, SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan.

Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya.   Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu.  Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu Islam.

Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri.  Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin.  Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit.

Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU.  Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi.  Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual.

Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya.  Beliau wajib memadamkan imej ‘boneka barat’ yang telah tertepek di mukanya.  Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.

Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.

Justeru, untuk semua rakyat Malaysia, penulis hanya mampu berpesan:  bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun penulis tidak dapat menjanjikan tempoh beliau akan membawa watak baru ini.

Monday, 2 July 2012

Wajib Baca: Dalam Akaun SUARAM Ada 900 Ribu Lebih Duit..


Siap sebenarnya SUARAM ni? NGO ke atau syarikat swasta..  Dalam semakan dalam SSM, ia didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar cuma 2 ringgit jer.. dan bukan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).. Sekarang pendapatan mengikut carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia ianya syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih 900,000.00 ringgit.. Mak paleh banyak pulak duit dalam akaun ehh.. Mana datang duit ni? 

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kena jelaskan pada umum siapa mereka sebenarnya ini.. Pengarah dan pemegang saham mereka pula adalah 2 orang berbangsa cina yang bernama Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong.

Monday, 28 May 2012

PANAS!!! Komisyen Scorpene 114 Juta Euro


Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.  Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.  Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.  Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci.  Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.  Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?  Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

-       menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

-       Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

-       Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

-       Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

-       Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

-       Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

-       Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.

-       Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.  Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini.  Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang…

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...