j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Wednesday 28 May 2014

Remaja Perempuan 17 Tahun Mangsa Rogol Antara Di Reman


Kota Bharu: Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa rogol ditahan reman bagi membantu siasatan kes perkosa dua pelajar membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Selasa lalu.

Semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Remaja perempuan berusia 17 direman selama enam hari manakala tiga lagi seminggu bermula hari ini.
Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md Saad.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata sehingga jam 10 pagi tadi, polis sudah menahan dan mengambil keterangan daripada 12 individu bagi membantu siasatan.

"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.

"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber : Harian Metro

Al-Fatihah - Sultan Perak Mangkat


IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi.

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang.

Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

Tuesday 27 May 2014

Pelajar Tingkatan Tiga & Rakan Di Rogol 38 Lelaki


Buletin TV3 menyiarkan satu berita yang mengejutkan orang ramai mengenai 2 orang remaja wanita mendakwa diri mereka di perkosa oleh 38 lelaki di Ketereh Kelantan pada 20 mei lalu.

Laporan polis telah dibuat awal pagi semalam dan di hantar ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan, kes ini di siasat mengikut seksyen 376 kanun keseksaan.

Monday 5 May 2014

KATA DUA UNTUK ADUN LENGGENG


 ADUN Lenggeng (Dato Ishak Ismail) yg bersikap biadap terhadap kakitangan kerajaan kerana tidak puas hati dgn perlantikan JKKK , bukan cara memaki hamun kakitangan kerajaan apabila tidak berpuas hati mengenai sesuatu isu, sebagai wakil rakyat yg berpengalaman sepatutnya ADUN Lenggeng lebih bijak dlm menyelesaikan isu yg timbul, tindakan ADUN ini dianggap yg tak berakal dan masih berfahaman seperti mahluk di hutan.

 Kalau tak berminat menjadi ADUN letak jawatan beri peluang kepada yg mampu menjaga kepentingan rakyat Lenggeng, Jangan mendidik orang muda bersikap kurang ajar ...!!!Kalau tak berpuas hati ..ikut saluran yg betul...tak perlu terjerit2 memaki Penjawat awam dikhalayak umum...


Dato Ishak ni pun bukan semenggah sangat....kalau bukak satu2 kisah nanti kuk telanjang....sendiri malu...jadi Adun Lenggeng pun sekarang ni sekadar syok sendiri....tak mendalamkan air kata pepatah....


Amacam nak bukak ke....??

Orang gila ni bukan bole dilayan.....tapi kadang2 kene jentik jugak telinga dia....baru sedar diri sikit....

P/s...Nak gi makan ngan Dato Misran jap....






Wednesday 19 February 2014

P. Waythamoorthy Biadap




P. Waythamoorthy Biadap 
 

Tindakan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur hanya kerana tidak memenuhi tuntutan beliau, adalah biadap dan melampaui batas.

Sikap pemimpin Hindraf itu yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya merupakan mainan politik beliau dalam menutup sikapnya yang lebih mementingkan diri sendiri.

Tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Beliau perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan NGO di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira-kira 2 juta kaum India di negara ini. Saya sendiri selaku Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di kawasan saya selama ini.

Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kembali kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri. Keputusan beliau memilih meletakkan jawatan setelah hanya 9 bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan.

Beliau sendiri tidak pernah datang berjumpa dan berbincang dengan saya dalam hal ini, apatah lagi membentangkan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan atau kebajikan kaum India.

Ternyata, Waythamoorthy masih terpengaruh dengan corak pendekatan politik yang dilakukan oleh Hindraf iaitu melalui desakan dan tekanan. Beliau perlu memahami bahawa corak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

Peluang berada dalam kabinet kerajaan sepatutnya digunakan sebaik mungkin jika benar-benar beliau ikhlas mahu membantu membela nasib kaum India. Saya yakin majoriti masyarakat India amat menghargai sumbangan Perdana Menteri dan kerajaan BN kepada mereka serta tidak akan terpengaruh dengan pemimpin berfikiran sempit seperti Waythamoorthy.

Kerajaan BN, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sejak dulu lagi telah dan sentiasa berusaha membantu membela masyarakat India tanpa mengira fahaman politik mereka.

Sebagai contoh dalam usaha membangun dan meningkatkan jumlah sekolah jenis kebangsaan tamil di negara ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009. Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan tahun 2013. Kerajaan juga memperuntukkan peruntukan khas RM20 juta kepada 13 SJKT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan penyelengaraan bangunan pada tahun 2013.

- Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan

Mahkamah Kekalkan Tuduhan Hasutan Ke Atas Tian Chua, Hishammuddin Dan Adam Adli??

Rasakan...Mahkamah Kekalkan Tuduhan Hasutan Ke Atas Tian Chua, Hishammuddin Dan Adam Adli????Tuduhan hasutan yang dihadapi Naib Presiden PKR, Tian Chua, aktivis propembakang, Hishamuddin Md Rais dan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim dikekalkan mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Husin, semalam menolak permohonan ketiga-tiga tertuduh yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah pada 13 Mei tahun lalu.

P/S: Padan muka 3 stooges ni. Aikk ..!! kenapa berita macam ni tidak digembar gemburkan oleh media pembangkang?? Takkan takut nak fitnah kata mahkamah tidak adil kot??

Kiasu kurang ajar @N9




Pemuda UMNO N.Sembilan, Perkasa N.Sembilan, membuat laporan polis sebentar tadi di IPD Seremban 2, atas ugutan gengster terhadap JHEAINS yang cuba mempertikaikan institusi Islam itu dalam membasmi kemungkaran di N.Sembilan ini.

Jangan cuba untuk mencabar undang-undang Islam di bumi beradat ini.

Amar Makruf Nahi Mungkar!! 

Sumber:PNS


Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...