j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: PKR

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

PERANCANG RUSUHAN ESOK DIDEDAHKAN #PRU13 #GE13

Siapakah yang bernama Abdul Rahim Ghouse ini yang dilihat sebagaibperancang dalam semua kejadian yang akan dilakukan oleh pakatan pembangkang?

Sama sama kita nantikan apa yang bakal berlaku jika mereka mengalami kekalahan, tetapi aku amat yakin dan percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa akan memastikan negara ini berada dalam keadaan selamat dan aman.

Tidak akan ada apa apa perkara buruk yang akan melanda negara sekiranya Barisan Nasional di beri mandat untuk terus memerintah negara dan sudah pasti segala kebajikan rakyat akan diambil kira.


kredit to : sangkakalajari9

WAJIB LIHAT: RANCANGAN PAKATAN HARAM BUAT RUSUHAN ESOK TERBONGKAR #PRU13 #GE13

GUA BUKAN NK PROMOTE.. TP GUA NK BONGKARKAN.. ABG2 POLIS PDRM &  PIHAK BERKAITAN PLEASE TAKE NOTE..

Bersih 4.0
Perhimpunan 505

Gerakan Kebangkitan Rakyat-Hishamuddin Rais

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat akan bermula selepas tamat pembuangan undi 5/5/2013 jam 1830. Peserta 505 akan berhimpun di setiap pusat penjumlahan negeri masing-masing di seluruh negara.

Gerakan Propaganda akan dimulakan dengan menyebarkan berita-berita yang mampu menbangkitkan kemarahan dikalangan penyokong dan Ahli Pakatan Rakyat. Penyebaran Propaganda akan dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) serta media elektronik dan media cetak (Risalah).

Kemuncak Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 505 akan diadakan pada 6/5/2013 di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Kerajaan Selangor telah mengumumkan cuti peristiwa pada tarikh tersebut untuk memudahkan mobilisasi penyokong.

Kehadiran dianggarkan 50,000 orang dimana mereka akan dipecah-pecahkan mengikut kumpulan kecil.

Sumber nyatakan pergerakan rakyat akan bermula dari luar Putrajaya dan berarak ke arah PMO (belum dimuktamadkan).

Sumber 2 nyatakan bahawa jentera PAS Serdang dan Cempaka akan bergerak menuju ke Putrajaya pada tengah hari esok, untuk melakukan roadblock untuk menghalang kononnya daripada dokumen dibawa keluar. Tempat perkumpulan adalah di masjid Putra.

Penyokong akan dikerahkan ke Putrajaya dan matlamat akhir di Bangunan PMO.

Matlamat perkumpulan adalah :-
● Sekiranya menang, meraikan kemenangan PR
● Sekiranya kalah, menunjukkan gerakan rakyat yang mahukan pilihanraya yang adil.
● Sekiranya berlaku kekecohan, untuk perkara 1 dan 2, kedua-duanya adalah salah BN.
Sumber nyatakan situasi esok, lebih kepada perkara yang kedua.
Sumber 1 minta diambil tindakan segera terhadap senarai bilik gerakan yang telah diberi dengan tumpuan khusus kepada pusat propaganda di : No 3-4, Jalan Bangsar Utama 3 Off Jalan Bangsar, KL.----- satu lagi perancangan puak bangsat yg menyusahkan orang.

DAP SUDAH PEGANG TELOR ANWAR DAN NIK AZIZ #PRU13 #GE13

DAP Bakal Dominasi PR


Sebuah blog pro pembangkang yang dikenali SuaraPakatanRakyat.com meramalkan keputusan PRU-13 akan menyaksikan status quo berkekalan di mana BN terus mempertahankan kuasanya sementara PR pula kekal sebagai pembangkang.

Menurut blog itu dalam satu artikelnya bertajuk "Terkini!! BN Menang 146, PR 76" menjangkakan hanya DAP sahaja yang diyakini akan mencatat keputusan memberangsangkan dengan perolehan sekitar 38 kerusi Parlimen, meningkat hampir sekali ganda.

Manakala PAS dan PKR dijangkakan akan merudum prestasinya dengan masing-masing merekodkan kemenangan di 21 dan 17 kerusi Parlimen. Demikian ringkasan data dari blog PR itu berdasarkan ramalan terkini yang oleh pusat operasi PR di Tropicana.

Blog itu menyalahkan kelancangan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr haron Din yang menimbulkan semula isu perlaksanaan hudud sebagai punca utama menyebabkan PR gagal mencetuskan momentum rakyat sekali gus menghampakan cita-cita peribadi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Sejauh mana ketepatan data jangkaannya bergantung kepada keputusan sebenar pada malam hari pengundian nanti, namun dari sudut senario semasa dan trend sokongan pengundi ada kebenarannya bahawa BN akan kekal sebagai pemenang dalam PRU-13 ini.

Tapi blog itu lupa satu perkara, jika tidak kerana DAP terlalu mendominasi PR ada kemungkinan keadaan akan sedikit berbeza. Blog itu sepatutnya sedar hakikat ini di mana ia adalah punca sebenar kenapa PR gagal dan akan terus gagal.

Seperti ramai sedia maklum, sudah acap kali diperkatakan mengenai realiti percaturan politik dalam PR lebih didominasi oleh DAP disebabkan kemampuan pemimpinnya menyusun atur hala tuju PR berbanding dua parti lain seperti PAS dan PKR yang lebih banyak angguk menurut perintah.

Dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T, perlaksanaan hudud, masa depan orang Melayu Islam di Pulau Pinang dan soal akidah dan kemurtadan di Selangor serta pelbagai lagi, memanjang saja PAS tunduk kepada DAP.

Isu-isu itu amat dekat dengan orang Melayu Islam selaku majoriti terbanyak dalam negara ini yang menjadi penentu arah haluan negara ini. Nak diharapkan PKR, jauh sekali kerana si ketuanya hanya kemaruk mengejar Putrajaya jadi soal penting sebegini dianggapnya perkara remeh temeh.

PAS yang lebih berpengalaman dari segi usia penubuhannya dan besar pengaruh berbanding DAP pun mampu di manipulasi sehingga tergadai segala prinsip juang dan jati diri, rasanya masing-masing dapat bayangkan apa pula apa akan jadi jikalau dalam PRU-13 ini PR diangkat sebagai pemenang.

Dalam keadaan PR sebagai pembangkang pun PAS gagal menghalang percaturan DAP, nescayalah seandainya pakatan rapuh yang tidak berdaftar itu berpeluang menjadi Kerajaan Pusat, akan banyak buruk dari manfaat untuk kesejahteraan rakyat.

Jadi, andai PR menang atau kalah, hakikatnya tetap sama DAP akan terus mendominasi arah tuju PR, dan PAS akan kekal kerdil serta semakin hilang identitinya. Justeru itu daripada menyokong PR lebih baik orang Melayu Islam mengekalkan BN yang mementingkan kerjasama utuh semua pihak.

Monday, 22 April 2013

TERBARU AHLI DAP DI NEGERI SEMBILAN DIUGUT KERANA KELUAR PARTI #GE13 #PRU13

Tengahhari td ahli2 DAP mengambil keputusan keluar dari parti DAP bagi menunjukkan sokongan mereka kepada BN. Dlm satu sidang media mereka menyatakan sudah muak dgn janji2 kosong yg ditaburkan oleh DAP terutamanya ketua pembangkang kek NS Anthony Loke..

DAP tidak pernah memperjuangkan nasib kaum India disini malah DAP turut mem8nggirkan mereka.. Tadi mereka semua bertekad memotong kad keahlian mereka td sebagai simbol keluar parti..

Friday, 19 April 2013

GEMPAR!!! ANAK ADUN KENA TANGKAP POLIS #GE13 #PRU13

M.Ravi ADUN PKR Port Dickson
PANAS...PANASS.... Sekarang ni anak kesayangan Ravi yg bernamo Rejeven dah kono tangkap kek Polis.. Kono tangkap pasal kes Samun bersenjata lagi... Osah gampang ehhh..  Dio dongan geng PKR ehh 15 orang poie samun 2 orang mamat siap hompuk dengan helmet... Tak cukup helmet dibalun ehh orang tu dgn bosi dan parang pulak...Memang samseng betull.. kocik2 dh jadi penyamun..

Dahlah tu.. poie samun pun kek kawasan ayah ehh sendiri.. Dio ingat dio kobal agak ehh.. buleh buek sesuka hati.. Dio ingat Polis2 kek Pokan PD tak berani nak tangkap dio ko.. Silap hari bulan laa...Memang osah cilako anak ADUN ni... Sonang hati ajar anak samun menyamun ni.. kut anak pun tak roti nk didik dan jago.. macammano dgn pengundi kek PD.. Memang tak selamat orang kek PD ni selagi Ravi ni ado...

UNDI PKR-UNDI PELIWAT

Friday, 7 September 2012

TERKINI: ORANG KUAT PKR & CHEGUBARD LETAK JAWATAN

Ketua AMK Rembau Md Sani Mohd Shah @ sani amk dan Norazizi Abdul Aziz (Setiausaha Cabang PKR Rembau) memberi tamparan hebat sehari sebelum lawatan Ketua Umum mereka dengan meletakkan jawatan mereka didalam parti tersebut.

Sani AMK


Norazizi

Kedua-dua mereka ni kalau nak tahu memang orang kuat chegubard.. ke hulu ke hilir bersama.. Alih-alih letak jawatan pulak... Ada Gaduh ke? Ini mesti berebut sapa nak jadi calon bertanding untuk PRU 13 nanti..   

Kalau dah orang kuat PKR dan SAMM ni letak jawatan, bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan pimpinan PKR.. Lopeh sorang-sorang nampaknya.. Mungkin mereka dah sedar yang parti PKR itu hanya Parti Kencing Rakyat yang ditubuhkan semata-mata untuk menunaikan cita-cita mat jenin Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lama-lama sok berkuburlah PKR ni....

p.s: Chegubard bila pula?

Wednesday, 1 August 2012

Rafizi Diikat Jamin RM 15 Ribu


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini dicaj di Mahkamah Sesyen di sini, di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp). 

Beliau yang dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, didakwa di bawah Seksyen 997 Bafia.

Akaun itu dilaporkan dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak-naka mereka. Salleh yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp membuat laporan polis dan aduan kepada Bank Negara.

Sebelum ini, Rafizi disiasat kerana bertindak bercanggah dengan Bafia, dengan mendedahkan maklumat sulit perbankan NFCorp.
Pada Mei lalu, NFCorp menegaskan  Rafizi harus dipertanggungjawabkan terhadap pencabulan Bafia.
Syarikat itu yang membuat laporan polis dan kepada Bank Negara mendakwa Rafizi telah bertindak mendedahkan kerahsiaan dokumen yang secara jelas tertera perkataan 'sulit dan peribadi' kepada pihak media.
Kenyataan bertarikh 17 Mei lalu syarikat itu menyebut, pada awal bulan itu, Rafizi telah mengedarkan kepada media sepucuk surat bertanda 'sulit dan peribadi' bertarikh 24 April daripada bank terlibat yang telah dialamatkan kepada Johari Mohamad, seorang pegawai bank NFCorp membuka akaun.
Menurut peguam-peguam NFC, semua pencabulan dan sikap tidak hormat  Rafizi terhadap perkara kerahsiaan adalah disebabkan untuk memenuhi agenda politik peribadinya.
Rafizi yang mengaku tidak bersalah dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penjamin

Wednesday, 11 July 2012

Saifudin Nasution Habis Madu Sepah Di Buang


Saifudin Nasution Di Halau Dari Kelantan 

Disebalik lakonan riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang khususnya PAS & DAP mempertikaikan pendedahan maklumat berhubung pembahagian kerusi parlimen yang memberi kelebihan besar kepada DAP, rasanya tidak salah untuk kita berkongsi satu lagi fakta menarik berkaitan isu ini.

Seperti kita maklum, sudah menjadi kebiasaan seseorang pemimpin politik pembangkang dari luar Kelantan yang dianggap 'bernilai' atau setidak-tidaknya rapat dengan pimpinan PAS negeri akan diberi peluang membina kerjaya politik mereka di negeri tersebut.

Ada antara mereka merupakan pemimpin PAS dari Selangor, Kedah dan ada juga pemimpin dari parti lain yang merupakan teman sekedudukan dan sebantal, yang penting ialah rapat dengan perintis lebuhraya prepaid dan pandai mencuit hati tok gundu Pulau Melaka.

Bagaimanapun, memandangkan PAS Kelantan sekarang sedang berkecamuk dek kerana bunga-bunga kebangkitan rakyat Kelantan menolak kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, mahu tidak mahu ahli politik dari luar terpaksa dihalau keluar bagi mengurangkan impak kebangkitan tersebut.

Dalam PRU 2008 misalnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Machang mewakili PKR dan menguasai kerusi tersebut mengalahkan calon BN, Sazmi Miah dengan majoriti 1,460 undi.

Mengikut maklumat yang diperolehi, Saifuddin terpaksa dihalau ke Kedah untuk 'disembelih' di Kulim Bandar Baharu manakala tempatnya di Machang bakal diisi oleh calon tempatan dari PKR yang bernama Mohd Hishamuddin.

Berkemungkinan 'tukang sembelih' yang akan berentap dengan Saifuddin nanti di Kulim Bandar Baharu ialah bekas peguam utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Noordin yang sekarang ini adalah ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.

Eloklah begitu, khidmat Saifuddin selama sepenggal menjadi wakil rakyat di Machang habuk pun tarak. Siang malam asyik sibuk memanjang dengan teori dan propaganda hingga kerap lupa amanah yang rakyat Machang dambakan.

Dari satu segi, langkah PAS 'meminta' PKR memindahkan Saifuddin mungkin dilihat cara terbaik untuk mengendurkan kemarahan rakyat yang saban hari bangkit memprotes kelemahan urus tadbir kerajaan negeri, tapi ia tidak bermakna kebangkitan rakyat marhaen dapat dipadamkan begitu sahaja.

Yang pastinya dalam usaha mempertahankan sisa-sisa pemerintahannya di Kelantan, PAS terpaksa melakukan apa saja sementara masih berbaki sekelumit detik masa.

Semestinya, Salahuddin Ayub yang juga antara pemimpin politik paling awal diminta berambus ke negeri asal untuk 'dibunuh' kerjaya politiknya, tidak lagi keseorangan membawa rajuk hati kerana kini sudah pasti 'kuburnya' akan ditemani sama oleh Saifuddin Nasution.

Nasiblah badan, habis madu sepah dibuang.

Friday, 8 June 2012

WAJIB TONTON: Nak Tengok Raut Wajah YDP PAS & Ahli PKR Terima Duit 5 Ribu FGVH

"KAMI TIDAK TERINGINKAN DURIAN RUNTUH!! PARA PENEROKA FELDA JANGAN TERIMA DURIAN RUNTUH!!"
 INI BUKAN SEKADAR RENUNGAN TETAPI FIKIRKANLAH DENGAN AKAL YANG WARAS ATAS KATA-KATA YANG DIUCAPKAN DALAM KAIN RENTANG INI MENGAMBARKAN KEPERIBADIAN "PAKATAN RAKYAT" UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMATA-MATA. MEREKA INI SANGGUP MEMBOHONGI DIRI SENDIRI DAN APATAH LAGI ORANG LAIN DEMI KERAKUSAN MERAMPAS KUASA.

HAMBA ALLAH YANG BERNAMA “ KATERAN BIN MARMAN " INI ADALAH YDP PAS KAWASAN JELEBU DALAM CERAMAH PAS DI KG.JAMBATAN SERONG KLAWANG PADA 3 MEI 2012 JAM 8.54 MALAM MEMBERI UCAPAN………..
PENEROKA-PENEROKA  FELDA DI TIPU DENGAN PENYENARAIAN FVGH…TANAH PENEROKA AKAN TERGADAI
"JANGAN TERIMA DURIAN RUNTUH!! KERANA KITA ADA MARUAH DAN HARGA DIRI!!"

 INILAH KATA-KATA KERAMAT YANG DIUCAPKAN OLEH PUAK PEMBANGKANG INI.. TETAPI HAKIKATNYA.. INI YANG BERLAKU.......

LIHATLAH SENDIRI.....



Merah nak pesan.. duit tu dah dapat jangan pula di joli sakan yer.. jangan pergi layan dangdut atau rumah urut pulak.. Ingat anak bini kat rumah tu.. berterima kasihlah pada kerajaan di bawah pimpinan DS Najib.. Tolong pesan pada generasi peneroka FELDA..FGVH ni beri manfaat kepada peneroka..

Kepada generasi kedua.. FELDA dah banyak bantu mak bapak kita untuk jadikan kita MELAYU MAMPU.. MAMPU ADA PELAJARAN.. MAMPU ADA KESIHATAN.. MAMPU ADA MEMPERTAHANKAN MARUAH.. Berilah peluang orang tua kita merasai nikmat FELDA dari FGVH sebelum diorang meninggalkan dunia ini.. Kalau ada yang belum pergi menunaikan UMRAH atau HAJI.. Naiklah Haji atau Umrah dengan duit itu.. Poielah...

Bersyukurlah dapat jadi anak peneroka Felda yang nasibnya terbela oleh kerajaan sekarang.. Sekarang giliran kita untuk menyokong penuh usaha mereka yang dah bantu kita..

BERTERIMA KASIH DAN BERSYUKURLAH....

Thursday, 31 May 2012

Anwar Lebih Sayangkan Azmin Dari Dot Dot Dot...

Kenapa PKR Masih Kekalkan Azmin?

SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa. Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu.

Pencacai PKR sudah mula memainkan teori serangan peribadi untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari pelbagai kes yang melilit Azmin sekarang ini. Ini adalah taktik biasa PKR kalau ada kelemahan dari kalangan pemimpin mereka yang didedahkan. Ambil contoh macam kes video seks Anwarlah, yang dipertikaikan soal Anwar berzina dengan pelacur cina tersebut, sebaliknya yang lebih menjadi isu dikalangan pemacai PKR, rambutlah, perutlah dan sebagainya.

Penulis sendiri secara peribadi tidak begitu peduli dengan semua masalah Azmin sekarang kerana penulis sedar Azmin memang bukan bersih pun, malah kerana dia dan Anwar galak menyalahgunakan kuasa di Kementerian Kewangan dahulu, menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

Yang penulis pedulikan ialah kenapa dalam semua kekecohan ini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada Azmin? Nak dokumen, dah ada dokumen, nak gambar, dah ada gambar , nak video? Itu tunggu dulu kot. Walaupun tidak sampai ketahap memecatnya dari parti tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan lain yang lebih tegas seperti gantung sehingga siasatan selesai, diarah bercuti dan sebagainya.

Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

Macam mana PKR nak berlaku adil kepada rakyat Malaysia kalau dalam keadaan PKR belum berkuasa pun sekarang, kesalahan orang-orang tertentu (yang rapat dengan Anwar) sewenang-wenangnya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ia adalah konspirasi?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun. Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya. Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.

Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat. Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP. Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan. Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Penulis yakin tidak, malah, Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati. Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.
Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya

Monday, 7 May 2012

[VIDEO] Wajib tonton Cubaan Chegubard jadi HERO rempuh Bukit Aman

Chegubard yang dikatakan tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin atasan PKR kerana gila glamour sekali lagi cuba menjadi hero bersih di Bukit Aman pada jam 2.35 petang tadi.


Dengan membawa nama Sodaliriti Anak Muda Malaysia (SAMM) Chegubard ditemani oleh pengikut-pengikutnya nyaris mencetus pergeseran dengan kumpulan NGO dihadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Kedatangan Chegubard tidak disenangi oleh kumpulan NGO yang hadir dulu untuk menyampaikan ikrar kepada PDRM sebagai sokongan terhadap tindakan pasukan keselamatan dalam menangani perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April.


Chegubard kelihatan terdesak untuk mencipta nama bagi memastikan mendapat tempat dalam calon pembangkang untuk PRU 13. Walaupun memgang jawatan sebagai Ketua Cabang Keadilan Rembau, Bard dilihat tidak mendapat tempat di hati kalangan pemimpin atasan PKR. 


Beliau dilihat membawa nama SAMM ketika membuat ceramah dan bukannya nama Parti Keadilan Rakyat. Dari situ sudah jelas kita dapat melihat ada konflik dalaman diantara Chegubard dan parti PKR.


Perbuatan Chegubard dan pengganas-pengganas bersih yang menghentam pihak keselamatan dan membuat huru-hara di Ibu Kota pada 28 april lalu dikecam oleh semua pihak.


Lihat video dibawah:-

Sumber gambar & berita : Generasi Pejuang Bangsa
Kredit video to Khazanah Minda Politik Melayu

Thursday, 3 May 2012

Dalang disebalik insiden di Pejabat Perdana Menteri Semalam

Inilah dalang yang disebalik insiden kekecohan yang berlaku di Pejabat Perdana Menteri.


Kehadiran ketua pemuda MIC, ahli MIC serta NGO berkumpul diperkarangan pejabat Perdana Putra yang menempatkan pejabat PM untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan dan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menyesaikan beberapa isu mengenai komuniti kaum India.

Kumpulan ahli PKR yang juga berkumpul di tempat yang sama untuk menghantar memo protes bagi pelajar B. Reshina yang sudah berhenti dari persekolahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Naib Presiden PKR mendakwa keadaan tegang  itu dicetus oleh pihak MIC, walaubagaimanapun dinafikan oleh T.Mohan pemuda MIC dan memberitahu kepada media mereka terpaksa mempertahankan diri apabila beberapa ahli PKR menyerang kumpulan mereka.

PKR dilihat hanya berminat untuk mendapatkan Mykad kepada Reshina  yang dianggap simbol menolong kaum India yang masih belum mendapat kad pengenalan diri/Mykad.

T.Mohan memberitahu, setakat ini MIC telah pun menyelesaikan 9,529 kes berhubung kad pengenalan diri dan berjanji akan membawa kes B.Reshina ini ke Jabatan Pendaftaran Negara. Masalah seumpama ini timbul kerana ramai ibubapa tidak mendaftarkan kelahiran mereka dan bukannya kerana kesalahan dari pihak JPN mahupun kerajaan.

Wajib Tonton : Video Insiden pergaduhan diantara PKR dan MIC di pejabat Perdana Menteri Putrajaya


PUTRAJAYA 2 Mei - Semalam berlaku satu pertembungan hingga mencetuskan pergaduhan diantara ahli kumpulan PKR dan MIC di luar perkarangan bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Kumpulan PKR itu yang diketuai oleh Rafizi dan Zuraidah dikatakan ingin menyerahkan memorandum bagi menyelesaikan isu permohonan kad pengenalan seorang pelajar india. Ahli-ahli PKR terbabit bertembung dengan ahli MIC pada jam 11 pagi yang hadir untuk protes hantar memorandum itu.

Keadaan semakin tegang apabila kedua-dua wakil dari kumpulan masing-masing berucap sebelah menyebelah sehingga menyebabkan provokasi dan akhir berlaku pentengkaran dan pergaduhan yang menyebabkan tiga ahli pkr cedera.

Pihak polis berjaya mententeramkan keadaan dan mengarahkan mereka bersurai pada jam 12.30 tengahhari.

Saksikan video insiden ini...


Tuesday, 24 April 2012

Gempar!! Video Oral Sex Anwar tersebar


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini cuak kerana video "Aiskrim" kini berada di tangan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
'Jaga ini betul-betul', kata Datuk Nalla kepada peguamnya.
Video berkenaan yang mengaitkan perlakuan seks diantara Anwar Ibrahim bersama isteri kepada pemimpin PKR Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin diserahkan sendiri oleh Datuk S Nalakaruppan di perkarangan lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur.

Datuk Nalla enggan mendedahkan lebih lanjut berkenaan video tersebut dan berkata semuanya akan didedahkan ketika prosiding mahkamah.

Monday, 16 April 2012

GMPN desak pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang yang hina Raja-raja Melayu

GMPN atau Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara mendesak pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang jelas menghina Raja-raja Melayu dan pemimpin kerajaan ketika Istiadat Pertabalan Yang DiPertuan Agong ke-14.

Perbuatan pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek itu didedahkan oleh Dr. Rahman Kadir yang merupakan petugas perubatan yang bertugas ketika Istiadat itu berlangsung.

Sehubungan itu GMPN telah membuat laporan polis di IPD Seremban 2 sebentar tadi dan tidak ketinggalan juga dengan cawangan-cawangan GMPN di seluruh Malaysia.


lihat video dibawah..


Monday, 9 April 2012

Adun Simpang Pulai (PKR), Chan Ming Kai 'SERANG' Speaker

Ni mana punya cina yang kurang ajar ni!!
Mana punya orang yang pilih dia jadi wakil rakyat ni!!!
Korang lihatlah dengan mata kepala korang sendiri yeop, macamni ke wakil rakyat yang korang nak?
Dah lah tak tahu Adab punya orang.. berlagak macam 'Gangster' pulak
HAKKKTUIHHHHH!!!!!!!



Kalau korang nak tahu ni lah dia ADUN Simpang Pulai dari parti PKR,  Chan Ming Kai yang bersikap kurang ajar dan biadap apabila menyerang Speaker DUN Perak sambil menghentak meja speaker ketika persidangan berlangsung.

Pailang yang bernama Chan Ming Kai ni juga pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aldilfitri di sebuah rumah milik orang melayu pada 2009.

Nak tengok ADUN ni bertakbir klik sini



Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...