j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: rogol

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label rogol. Show all posts
Showing posts with label rogol. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

Remaja Perempuan 17 Tahun Mangsa Rogol Antara Di Reman


Kota Bharu: Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa rogol ditahan reman bagi membantu siasatan kes perkosa dua pelajar membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Selasa lalu.

Semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Remaja perempuan berusia 17 direman selama enam hari manakala tiga lagi seminggu bermula hari ini.
Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md Saad.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata sehingga jam 10 pagi tadi, polis sudah menahan dan mengambil keterangan daripada 12 individu bagi membantu siasatan.

"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.

"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber : Harian Metro

Tuesday, 27 May 2014

Pelajar Tingkatan Tiga & Rakan Di Rogol 38 Lelaki


Buletin TV3 menyiarkan satu berita yang mengejutkan orang ramai mengenai 2 orang remaja wanita mendakwa diri mereka di perkosa oleh 38 lelaki di Ketereh Kelantan pada 20 mei lalu.

Laporan polis telah dibuat awal pagi semalam dan di hantar ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan, kes ini di siasat mengikut seksyen 376 kanun keseksaan.
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...