j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: 2012

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Thursday 27 December 2012

PAS Akan Pertahankan Amanat Hadi Hingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir

Amanat Hadi terus menjadi isu hangat yang menggelegak walaupun Hadi Awang sengaja 'menghilangkan diri' dengan harapan ia akan dilupakan dan basi begitu saja. Walaubagaimanapun, kita percaya yang beliau sedia maklum bahawa mendiamkan diri tidak akan melepaskan dirinya dari akibat memecahbecahbelahkan ummah, termasuk suami isteri serta ibu bapa dan anak.

Usaha pihak media, terutamanya Utusan Malaysia untuk menghangatkan dan membongkar pengakuan mereka-mereka yang telah mengkafirkan sanak saudara sendiri akibat berpegang kepada amanat tersebut patut dipuji. Ini kerana amanat ini bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah. Ia merupakan soal rohaniah, soal kepercayaan, soal akidah, soal hidup mati dan perpaduan ummah. Adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam untuk meremeh atau memperkecilkan, apatah lagi melupakannya.

Lagipun, ini adalah soal 'hutang' di mana Hadi Awang terhutang dengan mereka-mereka yang terlibat itu, satu bentuk penjelasan kalaupun tidak permohonan maaf atas apa yang berlaku.

Lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz pula menyeru agar Hadi mempertahankan amanat tersebut dan tidak sekali-kali menariknya kembali seperti desakan para Ulama.

Dalam ertikata lain, Nik Aziz meminta Hadi tampil mengesahkan secara jelas dan lantang bahawa orang UMNO itu kafir dan bahawa semua mereka yang terlibat mengkafirkan saudara seagama kerana berpegang kepada amanat tersebut adalah berada di jalan yang benar, serta tidak perlu meminta ampun kepada sesiapa.

Pelik juga kita apabila Nik Aziz menuduh kita takut bersemuka dengan Hadi sedangkan bagaimana hendak bersemuka dengan Hadi jika Hadi menyembunyikan diri? Sudah jenuh kita menjerit memanggil Hadi sehingga kering tekak. Malah ada juga yang melaung-laung mencabar Hadi sehingga terdengar oleh Nik Aziz, tetapi malangnya, masih juga tidak didengar oleh Hadi sendiri.

Apapun, kita perlu bersangka baik terhadap ulama, dan kita percaya tidak mungkin 'Ulama besar' seperti Hadi adalah pengecut. Mungkin Hadi sekadar 'tidak sudi' untuk melayan jeritan media, dan bukannya takut berhadapan dengan amanatnya. Kita harus faham 'pe'el' Ulama-celebrity seperti Hadi.

Tetapi, kalaupun Hadi tidak sudi menyahut panggilan kita, sekurang-kurangnya sahutlah seruan Nik Aziz untuk berhadapan dengan amanatnya. Kasihan Nik Aziz terpaksa berbelit-belit, berpusing-pusing membela Hadi. Sudahlah orang tua itu nyanyuk, bertambah nyanyuklah dia jika terpaksa menipu diri sendiri.

Kasihan juga pada kita semua iaitu rakyat yang memerhati kerana terpaksa tergelak-gelak hingga berguling-guling melihat gelagat pemimpin parti Islam meraban hanya kerana gila nak ke Putrajaya. Takut juga kita akan dosa mengetawakan 'Ulama'.

Lebih dari itu, kita kasihan pada mereka yang terlibat secara langsung dengan Amanat Hadi. Pastinya mereka tidak melihat semua ini sebagai lawak jenaka. Mereka perlukan kepastian, apakah benar saudara mereka di dalam UMNO itu kafir kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC. Mereka juga perlu kepastian sekali lagi akan perbezaan kerjasama UMNO-MCA-MIC dengan kerjasama PAS-DAP yang ingin membentuk negara sekular.

Hadi wajib menjawab semua kemusykilan mereka. Tidak mungkin ia begitu sukar sekali bagi Hadi lebih-lebih lagi bila Nik Aziz sudah pun memberi 'tips' jawapan iaitu 'Ya, UMNO itu kafir bagi PAS'.

Justeru, jika Hadi terus mendiamkan diri, tidak menarik balik dan tidak pula menafi, maka persoalan ini akan terjawab sendiri iaitu PAS mengambil pendirian untuk mempertahankan Amanat 1981 yang mengkafirkan orang UMNO, sehingga ke titisan darah yang terakhir dan seterusnya….iaitu sehingga ke akhirat. Inilah hakikat yang perlu diterima dan ditelan serta dipegang oleh semua orang-orang PAS selagi mereka berdiri di belakang Hadi Awang dan Nik Aziz.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday 24 December 2012

Ganesan Sudah Repot Polis, Anwar dan Azmin Bila Lagi?

Skandal dan ahli politik bagaikan aur dengan tebing, iaitu tidak boleh dipisahkan. Sama ada skandal tersebut benar atau tidak, itu adalah cerita lain sama sekali. Sekiranya skandal tersebut tidak benar, maka ia akan hilang sendiri. Tetapi sekiranya benar, maka ia mungkin bermakna berakhirnya nyawa politik mereka.

Namun, di dalam politik, semuanya mungkin sehinggakan seorang yang telah terbukti meliwat dan video seksnya tersebar juga mampu bertahan, asalkan tahu caranya. Antara ahli politik yang berkenaan tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali.

Dan kita juga telah pun melihat bagaimana ada pemimpin politik yang terus 'bernyawa' walaupun memilih untuk mengaku salah. Keikhlasan beliau memohon maaf serta menelan malu akibat skandal tersebut adalah sesuatu yang luar biasa, sehinggakan akhirnya dipuji sebagai tindakan berani, jujur dan ikhlas. Beliau kini dimaafkan dan diterima baik oleh keluarga dan juga orang ramai.

Lalu, skandal tersebut pun habis setakat itu sahaja dan hari ini, skandal mengenai ahli politik lain pula mendapat tempat di media.

Skandal terbaru ialah mengenai video seks yang melibatkan ahli politik ialah kes Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk R Ganesan. Terdahulu, Adun Tronoh, V Sivakumar pada sidang media mendakwa pihaknya menerima sampul surat yang mengandungi video cakera padat (VCD) salah laku dengan tertera gambar Ganesan dengan seorang wanita dalam keadaan mengaibkan selain satu salinan artikel online yang telah dicetak.

Datuk R.Ganesan pantas menafikan sekeras-kerasnya yang beliau terlibat dalam skandal seperti itu dan mendakwa pembangkang sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyebarkan berita palsu. Beliau kemudiannya membuat laporan polis bagi menyangkal fitnah terbabit untuk membersihkan namanya.

Tindakan pantas beliau wajar diambilkira bagi menggambarkan kesungguhan beliau. Ini kerana dalam kebanyakan kes yang melibatkan video seks, jarang sekali mereka yang dituduh membuat laporan polis dengan pantas tanpa terlebih dahulu berdolak dalih di akhbar.

Dalam kes Anwar, misalnya, beliau memilih untuk terus mempolitikkan video seksnya dengan china-doll dengan cara menafi dan menuding jari ke serata arah mendakwa difitnah. Kenyataan demi kenyataan akhbar dibuat dengan penuh aksi termasuk drama air mata Wan Azizah. Akhirnya, setelah puas orang menontonnya, setelah muak kita melihat Wan Azizah menangis, dan setelah kantoi dengan jam omega, barulah Anwar membuat laporan polis.

Namun, laporannya juga menimbulkan kemusykilan kerana ia bukan bertujuan untuk menyangkal bahawa orang yang di dalam video tersebut adalah dirinya tetapi bertujuan supaya polis menyiasat tindakan menyebarkan video tersebut kepada orang ramai. Ertinya, beliau tidak menafikan secara undang-undang bahawa beliau terlibat dalam video tersebut tetapi hanya mempersoalkan perlakuan jenayah pihak yang menyebarkan video lucah yang 'mungkin menampilkan dirinya' itu, kepada orang ramai.

Begitu juga apabila video Azmin beraksi di dalam bilik air bersama seorang wanita terdedah luas. Azmin tidak meminta siasatan dijalankan untuk mengesahkan siapakah lelaki di dalam video tersebut bagi membersihkan namanya tetapi hanya membuat penafian demi penafian di media sambil menuding jari ke sana sini.

Melihat dari kedua-dua situasi yang hampir sama di pihak pemimpin pembangkang ini dan MIC ini, maka tindakan Datuk Ganesan membuat laporan harus dilihat sebagai satu cabaran oleh Anwar dan juga Azmin. Sedarkah mereka bahawa berbeza dengan Datuk Ganesan, cara mereka berdua menangani isu ini amatlah meragukan bagi seorang yang mengaku tidak bersalah.

Kita dapat melihat kesungguhan Datuk Ganesan untuk membela diri dan menebus malu keluarganya dengan pantas membuat laporan polis, tetapi sebaliknya kita dapat melihat betapa Anwar dan Azmin tegar mengheret anak isteri ke dalam skandal seks mereka tanpa bersungguh-sungguh membersihkan nama mereka. Malah, Azmin lebih teruk lagi di mana selain dari video seksnya sendiri, beliau sehingga kini juga langsung tidak mengambil tindakan apa-apa untuk menebus nama baik dan maruah isterinya yang turut dikaitkan dengan skandal seks Anwar.

Tidak ada sebab bagi seseorang yang benar-benar tidak bersalah untuk tidak membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka, melainkan mereka sememangnya bersalah.

Begitu juga tidak ada sebab bagi seorang suami untuk membiarkan maruah isterinya dipijak-pijak dan dihina melainkan beliau seorang dayus tulen atau isterinya sememangnya layak diperlakukan sedemikian.

Oleh itu, salahkan kita jika mempunyai persepsi bahawa mereka ini bersalah walaupun belum terbukti bersalah di mahkamah? Sedangkan, menunggu ia dibuktikan di mahkamah adalah sesuatu yang mustahil jika laporan polis tidak dibuat oleh mereka berdasarkan tuduhan sebenarnya.


Sent from my BlackBerry® smartphone

Bukti DAP Hina & Perlekeh Raja-Raja Melayu



Arah Pulang Gelaran Datuk 
Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.

Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.

Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.

Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.

DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.

Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.

Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP.
________________________________________________________________________________

Pengerusi DAP Karpal Singh menegur dua pemimpin parti, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima anugerah Datuk daripada pemerintah negeri, bertentangan dengan prinsip parti yang sudah lama dipegang.

Beliau berkata mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli-ahli parti sejak pertengahan 1990-an, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen DAP tidak akan menerima anugerah Datuk semasa dalam tempoh jawatan mereka.

“Mulai sekarang, parti akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang tidak mengikut peraturan ini,” katanya, sambil menambah bentuk hukuman akan diputuskan oleh lembaga disiplin parti itu selepas pendengaran.

Ngeh, yang juga pengerusi DAP Perak, telah dianugerahkan gelaran pada tahun 2008 manakala Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menerima gelaran Datuk pada tahun 2010. – THE STAR


Sunday 23 December 2012

EXCO KANAN Perak Di Ugut


Berani kerana benar takut kerana salah beb.. Apahal mau ugut.. Kiamak punya Nga... Serupa gangster jugak lu... Lu kalau takda salah.. Apahai mau takut maa...

Before u after Datuk Hamidah.. Better u watch out yourself...

Ini negara ada undang2.. Lu bikin hal.. Lu sendiri tanggung.. Ini baru lu jadi ADUN.. Lu sama Ngeh Koo Ham sudah kaut wang masuk lu punya poket..

Halo pakcik makcik, adik2, abg2.. U olang suma mau tahu ka apahal.. Itu Datuk Hamidah sudah mau dedah itu Nga Kor Ming sama Itu Pengerusi Dap Perak Ngeh Koo Ham ada angkat itu balak dekat Kelantan..

Itu Ngeh ada saham byk woo dlm itu syarikat.. Kira2 49 peratus.. Itu 49 peratus saham kira2 lebih 15 juta..

Lagi apahal Kelantan mau angkat duit rakyat bikin tol!!!! Itu Nik Ajis tarak betul punya olang... Harta Kelantan kasi itu cina Dapig.. Wang rakyat kasi kaut... Betul2 cilaka ini parti pembangkang... PRU13 kita kasi bungkus diolang...

Tuesday 18 December 2012

Kedah Dilanda Banjir Kilat

Utusan Malaysia hari ini telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing. Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat. Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.

Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya.

Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan 'standard' kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar. Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air akibat aktiviti tanah yang 'menggila' iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan. Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walaubagaimanapun, Ustaz Azizan bertegas menyatakan yang masalah ini berpunca dari kerajaan BN dan beliau tidak punya kuasa untuk menyelesaikannya. Persoalannya, benarkah begitu?

Setiausaha Politik beliau, Sanusi Md. Noor, menjawab perkara ini di dalam blog beliau sekitar Ogos 2011, seperti berikut: "kegiatan pembalakan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan. Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal. Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang."

Namun, sebelum itu, pada 3 Januari 2010, Harakahdaily melaporkan bagaimana Azizan berjaya meningkatkan pendapatan melalui balak melalui sistem tender terbuka. Kata Azizan, "Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu. Pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri."

Mengikut rekod, terdapat 10 syarikat yang menerima lesen pembalakan dari kerajaan negeri melalui 'tender terbuka' tetapi sehingga kini, Azizan tidak pernah mengumumkan keluasan dan kawasan mana yang terlibat dalam tender tersebut.

Hakikatnya, proses pengeluaran lesen penebangan oleh Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar hanya memakan masa 6 bulan. Oleh itu, jawapan Setiausaha Politik Azizan bahawa ia mengambil masa 5 tahun amatlah menghairankan.

Dan mengikut rekod juga, dari zaman Dato' Seri Syed Razak dan Dato' Mahadzir Khalid menjadi MB Kedah, tiada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan tadahan. Ia pernah dikeluarkan untuk Rimba Teloi tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL. Namun, apa yang berlaku di Kedah sekarang ialah ianya sudah tidak terkawal atau di tahap 'menggila' sehinggakan balak-balak yang masih muda, sekecil betis juga diangkut sekali.

Secara umumnya, rakyat Kedah cukup maklum dengan sikap MB mereka yang suka 'buat tak tahu'. Laporan audit Kedah baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan sikap MB yang 'tidak tahu apa-apa' ini di mana projek-projek besar yang memakan ratusan juta juga telah dilaksanakan atau telah tidak terlaksana secara tanpa kawalan iaitu tanpa pengetahuan dan tanpa kelulusan pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan.

Seolah-olah, di Kedah masing-masing boleh berbuat sesuka hati dari peringkat kepimpinan bawahan sehinggalah ke peringkat exco. Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ramai yang keliru atau sengaja mengelirukan kedudukan kuasa antara kepimpinan negeri dan parti PAS.

Sewajarnya, laporan Utusan Malaysia hari ini diambil sebagai loceng yang menggerakkan Azizan dari tidur. Beliau tidak boleh menuding jari lagi, sama ada kepada BN atau kepimpinan bawahan negeri dan parti PAS sendiri. Siapapun yang bersalah, adalah soal kedua, yang penting kini, beliau wajib memikul tanggungjawab mencari jalan bagi menghindari bencana besar.

Lebih dari itu, beliau tidak boleh menafikan bahawa beliau pernah mengugut untuk membalak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun. Kata beliau:

"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

"Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la. Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."

--- Malaysiakini (Jun 19, 2008)

Justeru, rakyat Kedah wajar memikirkan semasak-masaknya untuk mengenali pemimpin negeri mereka – apakah benar Ustaz Azizan tidak tahu apa-apa, atau sekadar 'buat-buat tak tahu'? Rakyat Kedah perlu buat keputusan tepat dalam memilih kerajaan negeri dalam PRU kali ini agar negeri Jelapang Padi ini tidak berubah menjadi Jelapang Lumpur…

Tetapi sebelum itu, rakyat Kedah perlu mencari jalan agar Ustaz Azizan tersedar, bangun dan bekerja untuk negeri terlebih dahulu, sebelum bekerja untuk pilihanraya.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday 17 December 2012

PANAS!!!: Pengakuan Ahli Seumur Hidup PAS, Hadi Awang Tuntut Kafirkan Sesama Umat Islam


Zainon Ismail atau lebih popular dengan nama C.N al-Afghani membuat pengakuan yang beliau sendiri sanggup mengkafirkan ayah & abangnya sendiri kerana terpengaruh dengan amanat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, sehingga kini ahli-ahli Pas masih berpegang teguh dengan amanat dari Presiden mereka itu.
Betul-betul gila Hadi Awang nilah... Ada ker beliau mengatakan jika ahli-ahli parti Pas mati menentang orang-orang dikalangan ahli UMNO mahupun dari parti komponen BN, mati mereka dari kalangan ahli Pas adalah 'MaTi Syahid'.

Orang tua ni dah biol ker? Siuman ke tak orang tua ni.. Lebih nyanyuk dari Nik Aziz aku tengok. Dia ni ingat dia 'Tuhan' ker!!!

Yang sorang kata masuk Pas masuk Syurga.. Ini bukan sahaja cita-cita nak jadi Perdana Menteri.. Nak jadi Tuhan adalah aku nampak..(Geng-geng Ayah Pin kut diorang ni)


Ini antara kesan-kesan dari Amanat Abdul Hadi Awang :-

  •  Orang Pas mula anggap UMNO kafir
  •  Sembelihan dari orang UMNO haram dimakan
  •  Jenazah orang UMNO tidak layak disembahyangkan kerana dianggap kafir
  •  Sehingga hari ini di Terengganu berlaku solat 2 imam
  •  Berlaku penceraian hanya kerana perbezaan politik

Nah!!! Cuba korang lihat.. Ini dah ikut ajaran mana pulak ni.. Dalam Islam & Quran takde ajar-ajar benda-benda macam ni.. Betullah apa orang cakap P.A.S ni sebenarnya Parti Ajaran Sesat.. Dah terpesong jauh akidah ni...

Kerana kepentingan 'Politik' mereka sanggup mengkafir-kafirkan sesama umat. Soal kafir-mengkafirkan ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.

Dengan kata-kata & amanat dari Abdul Hadi Awang, puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.
Orang-orang kat luar bukaklah mato, bukaklah minda...fikir sejenak.. Parti macam ni lah harus ditentang habis-habisan.. Bayangkan perbuatan terkutuk main jubo tu pun diorang boleh halalkan..

Sunday 16 December 2012

DAP Sampai Mati Pun Takkan Sokong Melayu.. Lihat Bukti..


Semalam berlangsungnya Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012, Guan ketika ucapan perasmian Kongres DAP berkata ingin melahirkan hasrat untuk membangunkan DAP sebagai parti pilihan orang melayu... kononnya lah... Boleh percayo ko... cakap cino babi ni... 

Lihat apo pulak kato Anwar Aljuburi... kek gambar bawah ni....


Itu masa sebelum perasmian.. Bila dah berlaku pemilihan... lihatlah.....


Lihatlah dunia... Lihatlah bagaimana DAP yang sebelum ini kononnya akan memperjuangkan nasib/hak orang melayu... Kononnya lah... Korang yang menyokong DAP sebelum ini semuanya tertipu dengan janji-janji manis parti cina itu..

Lihat bagaimana keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP 2012, dimanakah ketelusan dan pendirian DAP.. Tiada seorang pun calon dari orang melayu terpilih... Den bukan heran sangat pun.. Den dah boleh agak keputusannya.. cuma melayu-melayu yang tak sedar diri yang kat luar tu menyokong mereka.. depa ni layak dipangil 'malachai' ... jadi balaci babi jerlah korang...

Malacai-malacai DAP yang tersingkir dalam Jawatan Eksekutif DAP 2012

Senator Ariffin S.M. Omar , Ahmad Ton, Harun Ahmad, Solaiman Op Syed Ibrahim, Tengku Zulpuri Shah , Zulkifli Mohd Nor dan Roseli Abdul Gani 

Ahmad Ton yang terpilih dalam CEC yang lalu pun tak terpilih.. yang lain semua kalah teruk... Depa ni kut tak sedar diri jugak, tak tahulah... kan dah terang-terang dan sah-sah parti babi DAP tu tak akan memperjuangkan nasib orang melayu..


Jom kita lihat senarai sapo yang monang...

LIM KIT SIANG  -1607

LIM GUAN ENG -1576

KARPAL SINGH - 1411

CHONG CHIENG JEN- 1211

LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) -1202

WU HIM VEN (VINCENT) - 1202

TAN KOK WAI -1199

GOBIND SINGH DEO - 1197

PUA KIAM WEE (TONY)- 1162

TENG CHANG KHIM- 1152

FONG KUI LUN- 1137

NGA KOR MING -1075

CHONG ENG- 1006

CHOW KON YEOW- 986

LIEW CHIN TONG- 984

M. KULA- 984

BOO CHENG HAU- 958

KOK SUH SIM (TERESA) -925

TEO NIE CHING -903

NGEH KOO HAM - 824

Wednesday 12 December 2012

Anwar Istihar Perang Dengan PDRM

ANWAR DALANGI GERAKAN LEMAHKAN PDRM

Kumpulan pembangkang yang didalangi oleh Anwar Ibrahim kini berusaha keras untuk melaga-lagakan kepemimpinan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan tujuan untuk melemahkan institusi berusia lebih dua abad itu.

Portal-portal berita yang menerima dana daripada yayasan yang dinaungi oleh oleh penyangak matawang, George Soros, seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini, saban hari menerbitkan artikel yang menjadi gelanggang perbalahan antara pemimpin-pemimpin PDRM masa kini dan lalu.

Contoh jelas ialah kenyataan-kenyataan yang dipetik dari bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Kedua-dua portal berita tersebut kini giat membongkar cerita-cerita dan dakwa-dakwi lama membabitkan Musa dan Ramli semasa mereka memegang jawatan masing-masing.

Maka keluarlah pelbagai kisah 'dalam kelambu' dan berlakulah berbalas-balas kenyataan serta nafi-menafi semasa sendiri.

Masing-masing cuba menegakkan keadilan bagi diri masing-masing tetapi yang menjadi mangsa ialah institusi PDRM itu sendiri.

Inilah tujuan dan agenda sebenar portal berita yang mendapat dokongan kewangan daripada sumber-sumber Zionis antarabangsa iaitu melemahkan institusi kepolisian yang telah banyak berjasa menjamin keselamatan negara.

Ini terserlah semasa zaman darurat dan kebangkitan gerakan subversif komunis apabila Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak gugur menjadi mangsa kekejaman golongan penentang itu.

Ini tidak termasuk beratus-ratus anggota polis yang terbunuh di tangan komunis semasa berjuang dan bertugas menjaga keamanan negara.

Antara institusi yang menjadi sasaran ialah institusi kepolisian kerana tanpa agensi penguatkuasa undang-undang yang kuat dan kredibel, sesebuah negara itu mudah dibolosi oleh musuh negara.

Kini saluran media pembangkang dijadikan landasan bagi mencapai objektif tersebut dan disebabkan itu sokongan dana asing datang mencurah untuk melaksanakan perancangan jahat mereka.

Di belakang semua yang berlaku tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar tidak peduli jika negara terbakar dan hancur sekali pun asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Terpahat di dalam dokumen-dokumen mahkamah semasa perbicaraan 1998 bahawa Anwar ketika menjawat posisi Timbalan Perdana Menteri telah menyalahguna kuasanya untuk memaksa pihak polis menukar beberapa butiran penting di dalam affidavit yang mensabitkan beliau dengan perlakuan jenayah liwat ke atas pemandu isterinya dan juga adik angkat beliau.

Apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan liwat dan salahguna kuasa beliau mendakwa PDRM telah dipergunakan dan pemecatannya adalah satu konspirasi politik.

Dalam minda Anwar, beliau adalah manusia suci yang mencecah status maksum yang tidak pernah meliwat sesiapa, tidak pernah mengambil satu sen rasuah atau satu saham malah satu inci tanah pun.

Hakikatnya seperti yang rakyat sedia maklum adalah sebaliknya.

Siapa tidak tahu betapa rapatnya Anwar dengan Ramli semasa kedua-dua berada dalam kerajaan.

Bukankah Ramli yang didakwa menjadi individu yang menjadi kroni dengan menyalurkan banyakmaklumat rahsia polis dan juga kerajaan kepada sahabatnya itu untuk dijadikan peluru politik oleh Anwar menyerang kerajaan?

Kini Ramli terus digunakan oleh Anwar untuk menyerang Musa yang sememangnya didendami beliau kerana bekas KPN itulah yang menjadi pegawai penyiasat kanan yang bertanggungjawab ke atas kes liwat bekas Menteri Kewangan itu.

Seperti mana yang dijelaskan oleh Musa, diminta hadir ke kediaman Anwar yang mahu tahu mengenai hasil siasatan kes liwat terhadap beliau.

Perbuatan Anwar tersebut tidak boleh dinafikan adalah satu kesalahan yang cuba mengganggu serta mempengaruhi penyiasatan polis.

Bagaimana pun, Musa berkata beliau hanya bertandang sekali sahaja ke rumah Anwar atas arahan orang nombor dua itu dan enggan menurut perintah seterusnya kerana menghidu wujud agenda politik disebalik tindakan itu.

Musa tahu bahawa Anwar akan terus berusaha membalas dendam terhadap kerajaan Barisan Nasional yang menyekat cita-citanya ke Putrajaya.

Oleh kerana itu bekas KPN itu sesakali tidak bersetuju dengan tindakan Anwar merancang siri demonstrasi dan perhimpun haram dengan membidas keras sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang diadakan sebagai salah satu cara untuk menjatuhkan kerajaan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

GUAN ENG NYARIS KENA SERANG JANTUNG

20,000 Rumah Mampu Milik Bikin Guan Eng Melatah Sakan

Lim Guan Eng anak kesayangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang rupanya tidak senang duduk apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membantu merealisasikan impian penduduk Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik.

Ternyata janji PM untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memberi kesan yang agak mendalam sehinggakan memaksa Ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu bingkas bangun dan melatah mempertikaikannya.

Menurut Guan Eng, tiada sebab untuk pengundi Pulau Pinang teruja dengan janji tersebut memandangkan soal pembinaan dan penyediaan rumah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat yang diterajui BN.

Tapi pemimpin DAP itu lupa, isu perumahan bukannya terpikul di bahu Kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya tanggungjawab sebenar menyelesaikan kemudahan perumahan untuk rakyat sepatutnya menjadi prioriti utama Kerajaan Negeri pimpinannnya lebih-lebih lagi bila memperkatakan keperluan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan adanya PR1MA, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergaji sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan atau kombinasi gaji bersama suami dan isteri dalam lingkungan tersebut akan berpeluang memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang lebih selesa.

Malah lebih menarik lagi jika harga pasaran sesebuah rumah itu nilainya mencecah RM500,000 namun melalui PR1MA harga yang ditawarkan jauh lebih rendah, hanya sekitar RM300,000 atau lebih sedikit.

Ini baru betul dan kena caranya membantu meringankan beban rakyat dan bukannya mengikut kaedah sekarang yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendahulukan kehendak pemaju perumahan yang hanya memfokuskan selera orang-orang kaya sahaja.

Hatta perumahan kos rendah untuk rakyat marhaen pun langsung tidak mendapat perhatian Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh Ketua Menteri yang berkiblatkan Singapura itu.

Mujur jugalah Kerajaan Pusat prihatin dengan permasalahan rakyat, dengan demikian ada jugalah sekurang-kurangnya 70 Projek Perumahan rakyat (PPR).

Tapi biasalah, sudah adat DAP selaku parti pembangkang di peringkat Pusat untuk mempertikaikan apa sahaja idea dan projek pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN.

Sementelah lagi bila mana Kerajaan Pusat tampil memenuhi impian golongan pendapatan rendah dan sederhana, jadi tentulah Guan Eng sukar untuk menutup kerisauaannya takut kehilangan undi golongan tersebut kelak.

Nak diharapkan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu pelbagai golongan rakyat ini semua, jenuhlah menunggunya. Tunggu kucing tumbuh tanduk pun takkan kelihatan walau satupun projek perumahan mampu milik untuk golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 11 December 2012

ANWAR GANGBANG

ANWAR AND GANG RELIVING BALING DEMO TO ATTEMPT AN 'ARAB SRPING' FROM THE MASSES

Now the oppositions are so desperate that they are going down to the masses…to the kampong people…trying hard to relive the Baling demonstration time when Anwar Ibrahim was put there by students who organized a demo against the government.

Anwar and those involved relived the event at a forum in Petaling Jaya, Selangor, Sunday night, expressing the need for the masses to join the move by the oppositions to topple the government.

He said uprising did not come from middle or upper class but from the masses…imagine what he was saying…THE POOR ARE THE ONES THAT WILL HELP THEM TOPPLE THE GOVERNMENT AND THE MIDDLE AND UPPER CLASS LIKE THEM WILL REAP THE BENEFIT.

That was what exactly he said which meaning, of course, was not said openly…it is like you poor people stage an uprise la because you people have the reasons and when the government is toppled, we will manage.

Anwar and the oppositions are desperate because their strategies have all along backfired one by one and they now they feel, just like the Arab spring, get the masses who are the poor, homeless, jobless and whatever less…stage the uprising.

It is easy to mobilise the poor as they can be 'pulled by the nose' like what PAS has been doing…mobilizing its members in demonstrations as they can be packed in buses, sleep in packed houses and mosques, they do not mind packed lunch and so on.

This is what Anwar and gang are thinking right now as their support and influence continue to drop at a fast rate given the aggressive projects PM Najib Tun Razak has been embarking since past two years.

Transformation that see benefits going directly to the people without much rhetoric and talks…fulfilling what have been promised and giving out new unpromised programs which change the people's minds slowly but definitely.

Anwar and gang tried hard to pit former PM Tun Dr Mahathir Mohamad against Najib and Rosmah but failed and they tried pitting former IGP Musa Hassan against present present Ismail and failed too.

So they go the masses…trying to spur them to stage an uprise…which truly reflected their desperation and their 'out of touch with the reality'.

They truly do not see that the kampong folks are already 'advance' in their thinking and they are accessible to the truth through internet…and various information avenues that are giving the true pictures of the current economic and political scene in the country.

The make-believe stories from oppositions are no longer taken as the truth as kampong people can now verify with the various information avenues available.

Thus, Anwar and gang's attempt to spur the poor kampong folks to stage an uprise for them to take over Putrajaya seems very remote so long as the BN continues its programs that benefits the people.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday 10 December 2012

PAS bodek DAPig

Laporan Harakah berkenaan Bajet Untuk SAR: Usaha Pujuk Ahli PAS atau Usaha Bodek DAP?

PAS yang terhimpit dengan masalah dalaman PR dan ketandusan isu terus cuba memancing undi dengan cara mengelirukan rakyat serta menyemai keraguan dan kebencian terhadap BN.  Fitnah konon BN menolak Islam, tidak Islam, kafir dan murtad telah menjadi wirid harian pemimpin-pemimpin mereka. 

Dalam pembentangan Bajet yang lepas, kerajaan BN telah ditohmah sebagai tidak menitikberatkan Islam kerana tidak memperincikan bajet untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR). 

Sedangkan ini bukanlah satu isu kerana Sekolah Agama Rakyat bukanlah di bawah tanggungan kerajaan tetapi milik persendirian.  Justeru, adalah tidak munasabah meminta kerajaan menanggung kos operasi SAR yang ditubuhkan oleh orang atau pertubuhan persendirian.  Logiknya, jika tidak mampu menubuhkan sekolah, kenapa mesti ditubuhkan juga sehingga menjejaskan masa depan murid-murid akibat pembelajaran tidak berkualiti dan keadaan sekolah yang tidak sesuai dan mampu menganggu proses perkembangan minda. 

Pun begitu, kerana prihatinnya kerajaan terhadap anak bangsa dan agama Islam, maka bantuan tetap diberikan di mana pada tahun 2011, sejumlah RM95 juta telah diperuntukkan kepada SAR.   Malah, sebanyak 156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang mana mendapat peruntukan terus dibawah bajet pendidikan nasional. 

Oleh itu, momokan pembangkang kononnya kerajaan tidak prihatin adalah momokan ahli politik yang gila kuasa, bukannya hujah seorang muslim yang benar-benar memperjuangkan agama. 

Kedegilan kebanyakan SAR untuk berdaftar dengan kerajaan juga merupakan satu kemusykilan yang masih gagal difahami.  Jika benar SAR ikhlas ingin mengajar agama, kenapa perlu menolak untuk berdaftar dengan kerajaan dan mendapat bantuan secara langsung?  Kenapa perlu terasing dari pendidikan nasional tetapi di masa yang sama melangut menunggu suapan kerajaan? 

Bukan rahsia bahawa kebanyakan SAR membawa fahaman PAS, iaitu fahaman pembangkang yang menentang kerajaan.  SAR juga kerapkali dikaitkan dengan berbagai masalah moral sama ada di kalangan murid-murid mahupun guru.  Ini mungkin antara sebab SAR tidak wajar diberi bantuan secara membuta tuli tetapi perlu dikaji dan disiasat dahulu agar tidak menjadi punca kepada kemusnahan ummah di masa depan.  

Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan kenapa Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk memasukkan SAR di dalam peruntukan hal ehwal agama Islam dalam Bajet Pulau Pinang.  Guan Eng pasti sedia maklum bahawa SAR akan membantu melahirkan lebih ramai Melayu yang tidak mampu bersaing dan akhirnya hanya menjadi pak turut kepada DAP. 

Namun, kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan mengenai perkara ini dilihat sebagai satu tindakan mengampu Lim Guan Eng secara keterlaluan.   Kata Hasbullah, Bajet tersebut membuktikan Guan Eng prihatin dengan SAR dan kerajaan pusat wajar merasa malu dengannya. 

Sedangkan, menurut laporan Bajet negeri, Kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukkan RM13.84 juta untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR).  Maknanya, tiada perincian khas mengenai bantuan untuk SAR.   RM13.84 juta sebenarnya tidak banyak jika dilihat dari projek yang di dalam perancangan iaitu pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU, iaitu di  Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan  Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.   

Lebih-lebih lagi, apabila bajet tersebut juga menyatakan bahawa keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta.  Klausa ‘tujuan keagamaan’ ini adalah terlalu umum di mana kita tidak dapat pastikan sama ada agama yang dimaksudkan adalah Islam atau semua agama lain?  Jika ia membawa maksud semua agama lain juga maka ini bermakna Islam mendapat peruntukan RM13.84 juta dan lebihan RM32.58 juta lagi adalah untuk semua agama lain.   Angka ini jelas belum cukup untuk menobatkan Guan Eng sebagai seorang yang memartabatkan Islam. 

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Ustaz Hasbullah ini tidak lebih dari sekadar tukang cuci kasut Guan Eng yang sanggup mereka-reka dan menokok tambah cerita semata-mata untuk mengampu DAP.   Malah, tajuk Harakah mengenai perkara ini juga mempunyai unsur-unsur fitnah dan bodek yang keterlaluan iaitu kononnya Pulau Pinang meningkatkan bajet SAR sehingga 300%??   Laporan yang tidak disertakan dengan statistik, angka dan fakta itu dijadikan modal untuk menghentam kerajaan Pusat. 

Soalnya, berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang terpedaya dengan laporan Harakah tersebut?  Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup mencari fakta dan angka tepat bagi mengesahkan kenyaaan Ketua Pemuda PAS Selangor itu? 

DAP memperjuangkan Negara Sekular secara terang lagi jelas yang mana menghapuskan Islam sebagai agama rasmi sekali gus meletakkan agama Islam sama dengan agama lain.  Jadi, di manakah prihatinnya DAP terhadap Islam?  DAP langsung tidak berselindung dalam hal ini dan tidak pula memutar-belitkannya.  Tetapi, PAS pula yang nampaknya begitu beria-ia membelitkannya untuk DAP sehinggakan seorang pemimpin Pemuda PAS sanggup menggambarkan seolah-olah Guan Eng lebih Islam dari Dato’ Seri Najib. 

Justeru, salahkah lagi jika kita merujuk PAS sebagai anjing kepada DAP?

Friday 7 December 2012

Pemimpin Pakatan Rakyat Buat Kecoh Dengan Hindraf






Apalagi nih.... tak sudah-sudah nak kecoh... Dulu chegubard yang suka buat demo-demo haram ni... Sekarang sorang lagi anak ikan Anwar, Nazree Yunuf pulak mengantikan cikgu biol tu...

Nak kata bangang kang... mmg bangang suma ehhh... Apo tak ehhh... Konon ehhh diorang berdemo nak mintak pertolongan dari Menteri Besar N9, tapi masing2 bodoh.. dan dibodohkan oleh Nazree Yunus dan puak2nya.. Kalau betul nak mintak tolong, nak serah memorandum ker... Poielah pejabat Menteri Besar buat appoiment.. ini tak.. main jerit terlolong pakai hellar suh Montori Bosar turun... Ekau sumo ingat MB tu kawan2 ekau ko... ingat main jorit2 jo boleh jumpo... Tak reti adab langsung...

nak kisah lobih lanjut... klik sini haa....

Thursday 8 November 2012

Ahmad Maslan Cabar Anwar Ibrahim


Di sebalik cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding di Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau pula ditempelak Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Kata Ahmad, Anwar yang memilih Permatang Pauh sejak ketika berada dalam Umno seharusnya bertanding di luar kawasan tersebut.

"Kenapa pula hendak bertanding di Marang? Kita ada akar umbi di Pekan sejak zaman Tun Razak lagi. Kenapa dia tak nak bertanding di luar Permatang Pauh?" soal Ahmad.

Pada pilihan raya kecil 2008, Anwar bertanding semula di Permatang Pauh dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar sebelum ini mencabar Najib, yang juga Presiden Umno, bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden Pas itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Najib sejak tahun 1979.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di Parlimen Pekan sekiranya diarah berbuat demikian oleh parti.

Najib bagaimanapun membalas bahawa beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.


Wednesday 7 November 2012

Kejap percaya, kejap tidak.. memang Kaf Lam Ya Nga sekor ni



Semasa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Seremban Sabtu lalu, beliau sekali lagi mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila menuduh daftar pemilih SPR dipenuhi dengan maklumat yang meragukan.


Menurutnya lagi, wujud cubaan menipu dalam daftar pemilih terbaru SPR itu apabila sehingga suku keempat tahun 2011 terdapat kira-kira 1 juta pengundi baru hanya dalam jangka masa setahun.

Padahal sehingga Jun 2012, mengikut rekod SPR masih terdapat sekitar 3 juta orang lagi yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi sekalipun ramai daripada mereka yang usianya sudah mencecah 21 tahun dan ramai juga yang sudah berusia melebihi 30 tahun.

Agaknya jika lebih 70% daripada baki yang belum mendaftar itu berjaya didaftarkan, barangkali Anwar akan keliling kampung mendakwa mereka semua itu adalah pengundi hantu la gamaknya.

Pendek kata, bagi Anwar peningkatan pengundi baru itu agak tidak munasabah dan tidak masuk dek akal. Keraguan Anwar itu pernah diutarakan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim apabila sebelum ini juga pernah mendakwa pertambahan lebih 400,000 pengundi baru di Selangor adalah pengundi hantu.

Khalid bagaimanapun selepas itu mengakui lebih 80% pengundi baru tersebut adalah pengundi baru yang sah dan hanya baki sekitar 50,000 orang sahaja lagi yang masih diragui kerana gagal dijejaki.

Dek kerana gagal dijejaki maka ia menjadi keraguan bagi Kerajaan PKR Selangor, walhal sebahagian besar daripada mereka tak semestinya mendiami di alamat yang sama dengan alamat kad pengenalan tambah-tambah lagi bagi mereka yang tela berpindah rumah, bekerja atau belajar di luar negeri Selangor.

Menariknya disebalik keraguan yang cuba ditimbulkan oleh Anwar terhadap kewibawaan dan kredibiliti SPR, hakikatnya hampir satu pertiga daripada pengundi baru yang didaftarkan itu adalah hasil kempen aggresif penolong-penolong pendaftar yang mewakili DAP, PKR dan PAS.

Di antara tiga parti pembangkang yang bersekedudukan dalam PR itu pula, DAP menduduki di carta pertama paling ramai mendaftarkan pengundi baru manakala PAS pula berada di kedudukan kedua paling aktif mendapatkan pengundi baru.

Sesuatu yang agak menarik juga, sejak wakil parti politik dibenarkan mendaftarkan pengundi baru, sejak itulah banyak betul kes-kes pengundi baru yang meragukan dijadikan isu oleh PR.

Kebetulannya, banyak kes pendaftaran yang meragukan ini termasuk alamat mengarut, nama pengundi sudah meninggal dunia, tarikh lahir atau nombor ic mengelirukan, pengundi baru bawah umur serta mendaftarkan pendatang asing dan macam-macam lagi banyak melibatkan wakil-wakil dari parti pembangkang.

Rupanya sendiri bikin isu, sendiri cipta keraguan kemudian sendiri juga yang buat kalut ribut semata-mata untuk menjatuhkan kewibawaan, imej baik dan kredibiliti SPR.

Dua bulan lepas Anwar pernah menceritakan impiannya untuk menjadi PM bakal tercapai sambil berangan untuk memaksa SPR mengumumkan kemenangan PR seawal jam 2.30 petang hari mengundi pada PRU 13 nanti.

"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," kata Anwar semasa ceramah beliau di Ampang September lalu (lihat portal AntaraPos 10 September 2012).

Bila kita membaca kenyataan Anwar seperti yang disiarkan portal berita Antara Pos itu, ada dua tafsiran yang boleh kita fahami. Pertama, Anwar yakin dengan kemampuan dan kredibiliti SPR, dan yang kedua, Anwar sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat peribadinya, by hook or by crook.

Dalam pada itu, tatkala Anwar kembali kepada tabiat lamanya mempertikaikan kredibiliti SPR sebagaimana dapat dilihat dalam ceramahnya di Seremban Sabtu lalu, di majlis yang juga Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula secara terbuka mengumumkan bahawa PR mampu menawan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti.

Kata Mat Sabu, "kita jangkakan hari mengundi, pada jam 7 malam kita sudah mengetahui bahawa Wisma Negeri akan ditawan PR."

Makna kata, Mat Sabu menaruh keyakinan terhadap sistem pilihanraya yang SPR seliakan di masa yang sama soal keraguan pada daftar pemilih SPR pun tidak timbul.

Kontradik betul. Amat berbeza dengan pendirian Anwar yang meragui daftar pemilih SPR, walaupun 2 bulan sebelumnya yakin bakal menjadi PM melalui sistem pilihanraya yang sama.

Mana satu pendirian sebenar PR? Yakin atau terus meragui kewibawaan dan kredibiliti SPR?

Apapun, melihat pada pelbagai pendirian yang bercanggah diantara pimpinan PR ini, telah membuktikan sesuatu pada kita rakyat Malaysia. Desas-desus dan khabar propaganda kononnya SPR tidak telus, tidak adil atau tiada kewibawaan menguruskan pilihanya yang saksama sebenarnya hanyalah polemik politik semata-mata.

Lagipun, jika benar SPR tidak adil, adalah lebih baik semua negeri dan kerusi yang telah dimenangi oleh PR diadakan semula pilihanraya, tidak begitu?

Alang-alang PR mempertikaikan kesaksamaan dan kewibawaan SPR, kenapa masih lagi mahu berpaut pada kuasa yang telah diperolehi dari sistem pilihanraya yang diragui. Bukankah hipokrit namanya tu?

Saturday 3 November 2012

Pembalasan Buat Anwar dan Sekutunya.. Live dari tapak Himpunan Rakyat di NS

Ni gambar maso ujan beronti kojap lam kul 4.45 potang.. nak bagi syok jo... kul 6 td trs ujan lobek siap potir laie...


Kesian pun ado.. tapi biarlah hai.. Biar padan muko sumo ehh... den dah kobar duk ontok-ontok kek ghumah.. ni dogil jugak..  nak gak poie nengok si Anwar tu.. habis korang basah kuyup.. Tu lah deh.... bega bonar...

Ujan mak paleh lobat skrg nih.. potir berdontam dontum... baik korang balik ghumah memasing.. kang kut dipanah dek potir kang.. Anwar tu memang dah konpom nak kono.. ekau orang nak join samo ko...

Dah di kobarkan xdo pormit.. dibuek gak jugak.. di langgar ehh undang2 dlm malaysia.. nasib baiklah montori dlm nogori skrg nih lomah lombut orang ehhh... tapi kut undang-undang dunio boleh ekau elakkan.. tapi kuaso Allah Taala takdo sapo boleh halang... ekau panggillah bomoh ujan mcmmano pun.. bueklah macammano pun... tak pasal2 esok den baco suratkhabar ramai kono panah dek potir semaso bertoduh di himpunan rakyat di besmilan... kihkihkihkih...

p.s: skrg ni kul 7.29... hujan masih lobek....


Sidang Akhbar Tergempar GMPN


Bukan mengangkat bendera putih.. Tetapi menghormati undang-undang.. Itulah kata-kata dari Presiden GMPN Mejar (B) Razali bin Zakaria pada sidang akhbar yang dibuat sebentar tadi.. GMPN menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membuat provokasi di tapak himpunan pakatan rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

Himpunan Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Seremban Jaya, Senawang, Negeri Sembilan tersebut tidak mendapat sebarang permit dari pihak berkuasa tempatan..

p.s: Kenapolah di bagi muko kek pakatan rakyat ni.. dah sah2 xdo permit.. kenapo dibiarkan berlangsung jugak.. apo yang ditakutkan kek mereko tu.. bukan ko kito yang memerintah kerajaan skrg.. kut dibiarkan lelamo sok naik lomak diorang nih... bukan apo.. sok rakyat termakan fitnah & pembohongan dari puak pr ni...


Thursday 1 November 2012

WAJIB TONTON: Video Pertempuran NGO N9 Dgn Penganjur Himpunan Pakatan Rakyat



Himpunan pakatan rakyat yang bakal diadakan pada 3 Nov ini di N9 mendapat tentangan dari penduduk setempat.. Sebentar tadi 15 pertubuhan NGO telah membuat laporan polis di Balai Polis Senawang kerana pihak penganjur berdegil meneruskan himpunan tersebut walaupun tidak mempunyai permit kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.


Polis: Himpunan 3 Nov di Seremban langgar akta..Sapo poie kono tangkap den tak jamin do

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin

SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.
“Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.
Beliau berkata, polis sebelum ini sudah memberi peluang kepada penganjur untuk melengkapkan semula borang permohonan mengikut peruntukan undang-undang, bagaimanapun tiada maklum balas penganjur diterima dalam tempoh diberikan.
"Saya telah berjumpa dengan wakil penganjur kelmarin dan memaklumkan secara rasmi mengenai dua perkara.
"Satu, polis mengambil maklum akan program perhimpunan tersebut dan kedua, permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini.

Wednesday 31 October 2012

KANTOI!!!BUDAK BONGGOK UPAHAN ANWAR BANGANG YA AMAT


Bangang betul budak ni!!! Macammana lah budak ni boleh pogang jawatan Pengarah Strategik PKR.. Jual jubo kek Anwar agaknya..

Kalau setakat pogang jawatan bosar, tapi dalam ceramah tak boleh tarik crowd lobih dari 500 orang.. pegi jalan lah... Ogah jo lobih budak ni...

Sodap tokak dio jo bercakap yang kerajaan NS menyerahkan tanah milik kerajaan kepada orang lain atau syarikat swasta... Budak ni nak kono saman macam kes Sharizat tu agak ehh....

Meh kito nengok penjelasan dari YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan mengenai tuduhan yang tak berasas dari Rafizi Ramli :-

Tanah hutan simpan di negeri ini masih lagi milik Kerajaan Negeri dan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu mahupun syarikat lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah hutan kepada orang lain adalah tidak berasas.
Menurutnya, sejak pentadbirannya,  semua tanah hutan simpan yang dikeluarkan adalah di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan tidak pernah diberikan kepada mana-mana pihak luar.
“Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.
“Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan rancangan tersebut kerana Kerajaan Negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan,”
Mohamad berkata, Kerajaan Negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan.
Menurutnya, setiap tahun Kerajaan Negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar sahaja yang digunakan daripada 4,800 hektar.
“Tidak timbul soal tanah hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang,”
p.s: apa citer kes rafizi kono terminated/pocat oleh petronas sbb buat claim palsu.. nyap jer... kawtim ker? abg2 SPRM poielah siasat.. itu dah kes pocah amanah dah tu...



Tuesday 30 October 2012

Apa Yang Azizan Buat Di Kedah? Cuba habaq mai...

Azizan MB Yang Tidak Tahu Apa-apa

Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dikatakan amat disenangi rakyat Kedah kerana sikapnya yang santai, suka berjenaka dan bersih.   Bagi rakyat Kedah yang tidak berfikiran jauh, ketiga-tiga sifat ini sudah cukup untuk diberi undi.    Mereka tidak sedar bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar personaliti yang disenangi.

Bagaimanapun, Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat Kedah mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada pihak yang salah atas sebab-sebab yang salah.   Jelas dari laporan tersebut bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan ‘kehilangan arah’ akibat Menteri Besarnya tidak punya kawalan dan pengetahuan atas apa yang berlaku.

Masalah MB Kedah tidak tahu apa-apa bukan masalah kecil sepertimana yang cuba digambarkan oleh PAS kepada rakyat Kedah.   Kelemahan beliau telah mengakibatkan Kedah kerugian atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya atau sepatutnya dapat dielakkan sejak dari awal.

Audit mendapati bahawa MB Kedah telah gagal mengenalpasti projek yang berisiko tinggi seperti perladangan di Papua New Guinea.  Entah bagaimana, projek sebegitu besar boleh diteruskan dengan pinjaman berjumlah USD44 juta dari  luar negara tanpa tandatangan Lembaga Pengarah.   Pinjaman pula dibuat tanpa dokumen yang lengkap.

Begitu juga dengan projek 99 East Langkawi yang mengalami kerugian hanya kerana tidak menepati perjanjian tanpa sebab-sebab yang pasti.

Dan tidak perlulah disebut lagi tentang lantikan kontraktor yang tidak berdaftar sepertimana yang didedahkan secara meluas di dalam akhbar.  Dari situ pula, terdedah kemudiannya amalan kronisme dan korupsi serta kelemahan yang ketara di semua peringkat pentadbiran yang terlibat.

MB yang kononnya Ulama ini juga gagal memastikan perihal agama dititikberatkan.  Buktinya, Laporan Audit mendapati bahawa sijil halal negeri Kedah bagi tahun 2011 telah diberikan tanpa dikemukakan kepada jawatankuasa kerana jawatankuasa telah TIDAK PERNAH BERMESYUARAT.   Sebaliknya semua kelulusan sijil halal dilakukan oleh YDP secara bersendirian atas alasan untuk kepentingan industry yang mana membangkitkan persoalan mengenai korupsi.

Semua yang berlaku ini amatlah mengejutkan kerana ia melangkaui kelemahan biasa dalam sejarah audit negeri.

Kedah bukannya negeri yang besar malah besar sedikit sahaja dari Perlis.  Dari segi perindustrian juga Kedah masih jauh jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, Selangor atau Johor.  Dengan hanya beberapa projek setahun tentunya aktiviti kewangan Kedah juga tidaklah begitu rancak.  Dalam ertikata lain, tidak seharusnya seorang Menteri Besar terlepas pandang atau tidak sedar akan apa yang berlaku dalam negeri yang kecil ini.  

Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk menafikan kelemahannya.   Azizan juga tidak dapat lagi untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan terdahulu memandangkan projek-projek yang mengalami masalah yang ‘pelik-pelik’ ini adalah bermula ketika pemerintahannya.

Sudahlah projek yang ‘diluluskan’ tidak masuk akal, kerugian yang dialami pula diakibatkan oleh masalah yang tidak masuk akal juga.   Di masa yang sama pula, Azizan langsung tidak mampu mencari projek yang benar-benar masuk akal yang amat diperlukan oleh Kedah dan rakyatnya.  Contohnya, memelihara, memulihkan dan membina pusat-pusat pelancongan serta peninggalan sejarah.   Sehingga kini, pusat pelancongan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah, hanyalah Langkawi, itupun dicetus dari pemikiran Tun Mahathir yang amat dibenci oleh PAS.

Kedah sebagai tamadun tertua seharusnya mampu menjadi pusat sejarah namun usaha untuk menggali dan mengorek serta mendokumenkan sejarah lama masih gagal dilakukan.  Malang bagi Kedah kerana pemimpinnya hanya berminat untuk meraih undi tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar mereka terhadap negeri tersebut.  Sedangkan Kedah mampu mengatasi atau menyaingi Melaka dalam menjadi negeri bersejarah.

Ini belum lagi dikira masalah sampingan seperti KUIN atau KCS sendiri yang mana perasaan tidak puas hati di antara orang bawahan dengan orang atasan serta orang sekeliling berterusan tanpa apa-apa tindakan atau keputusan dari Azizan.   Perebutan jawatan dalam pentadbiran Kedah juga dibiarkan berlarutan seolah-olah Azizan sudah buntu atau mungkin benar-benar tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku.

Kini, setelah segalanya terdedah dengan bukti audit, kita tidak tahu sama ada Azizan sengaja buat tak tahu atau benar-benar tidak tahu.  Beliau tidak pula memberi jaminan siasatan atau penambahbaikan akan dilakukan ke atas pendedahan audit.

Tetapi, apa yang beliau tahu ialah menuding jari kepada pihak lain serta mengangkat bahu mengaku tidak tahu.  Langsung beliau tidak malu menjadi MB yang serba tak tahu.

Maka tidak hairanlah bila ada yang bertanya “Apa yang Azizan buat di Kedah?” Maka jawapan rakyat Kedah ialah “Azizan buat tak tau”.  

Thursday 25 October 2012

Pakatan Rakyat Hadapi Sindrom



PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA 
Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.

Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam'  dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.

Monday 22 October 2012

Lee Chong Wei Tewaskan Du Pengyu Untuk Merangkul Kejuaraan Terbuka Denmark



Jaguh perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei meraikan hari jadinya yang ke-30, semalam dengan merangkul kejuaraan Terbuka Denmark 2012 Siri Super Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

LCW menewaskan pilihan ke 7, Du Pengyu 15-21,21-12,21-19 dalam masa 71 minit.. Syabas Datuk Lee Chong Wei.. We Proud Of U

Sunday 21 October 2012

Dato' Seri Najib Gesa Rakyat Bersama-sama Bantu Golongan Yang Memerlukan


Rakyat Malaysia perlu menunjukkan kemuliaan hati mereka dengan menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam
Perdana Menteri berkata semua rakyat Malaysia wajar menikmat kehidupan yang lebih baik.

"Mereka memerlukan tempat berlindung, peluang untuk maju dalam hidup, serta mendapatkan pendidikan berkualiti.

"Mereka mahu diberikan peluang untuk mempelajari kemahiran baru agar mereka mampu mendepani cabaran baru yang kita akan hadapi," kata beliau pada sambutan ulang tahun ke-15 Ti-Ritana Welfare Society di sini semalam.

Namun Perdana Menteri berkata bukan setiap orang mampu memenuhi keperluan itu oleh kerana ramai yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.
"Amalan baik dilakukan mereka yang mempunyai hati mulia dan kebijaksanaan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pertubuhan amal dan kebajikan di negara ini kerana telah memberi sumbangan besar membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan," katanya.
Najib berkata semua agama mengajar dan memupuk keamanan dan kasih sayang terhadap warga negara.
"Tidak kira apa agama yang anda anuti, saya selalu yakin bahawa terdapat nilai sejagat yang diperkongsi oleh semua agama utama di negara ini.
"Nilai seperti kejujuran, keikhlasan, kasih saya, kesederhanaan, tolak ansur adalah semuanya nilai sejagat yang, jika kita amalkan, kita akan dapat membentuk sebuah masyarakat dan bangsa Malaysia yang sesungguhnya tidak saja bersatu tetapi juga dapat menegakkan prinsip keadilan sosial," kata beliau.
Najib berkata cabaran adalah besar dalam sebuah masyarakat pelbagai budaya dan agama di Malaysia tetapi kerajaan telah dapat memajukan negara dengan begitu baik.
"Kita telah dapat menunjukkan kepada dunia bahawa sekalipun menghadapi cabaran sedemikian, kita dapat memajukan negara ini dengan aman dan harmoni.
Inilah yang kita panggil cara Malaysia," kata beliau.
Najib berkata banyak negara lain mahu belajar dari Malaysia dan mencontohi cara Malaysia ini.
"Jika negara-negara lain dapat menghargai apa yang ada pada kita hari ini, maka rakyat Malaysia harus menyanjungi dan memupuk keamanan di negara kita,"
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...