j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Dato' Seri Najib Gesa Rakyat Bersama-sama Bantu Golongan Yang Memerlukan

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Sunday, 21 October 2012

Dato' Seri Najib Gesa Rakyat Bersama-sama Bantu Golongan Yang Memerlukan


Rakyat Malaysia perlu menunjukkan kemuliaan hati mereka dengan menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam
Perdana Menteri berkata semua rakyat Malaysia wajar menikmat kehidupan yang lebih baik.

"Mereka memerlukan tempat berlindung, peluang untuk maju dalam hidup, serta mendapatkan pendidikan berkualiti.

"Mereka mahu diberikan peluang untuk mempelajari kemahiran baru agar mereka mampu mendepani cabaran baru yang kita akan hadapi," kata beliau pada sambutan ulang tahun ke-15 Ti-Ritana Welfare Society di sini semalam.

Namun Perdana Menteri berkata bukan setiap orang mampu memenuhi keperluan itu oleh kerana ramai yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.
"Amalan baik dilakukan mereka yang mempunyai hati mulia dan kebijaksanaan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pertubuhan amal dan kebajikan di negara ini kerana telah memberi sumbangan besar membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan," katanya.
Najib berkata semua agama mengajar dan memupuk keamanan dan kasih sayang terhadap warga negara.
"Tidak kira apa agama yang anda anuti, saya selalu yakin bahawa terdapat nilai sejagat yang diperkongsi oleh semua agama utama di negara ini.
"Nilai seperti kejujuran, keikhlasan, kasih saya, kesederhanaan, tolak ansur adalah semuanya nilai sejagat yang, jika kita amalkan, kita akan dapat membentuk sebuah masyarakat dan bangsa Malaysia yang sesungguhnya tidak saja bersatu tetapi juga dapat menegakkan prinsip keadilan sosial," kata beliau.
Najib berkata cabaran adalah besar dalam sebuah masyarakat pelbagai budaya dan agama di Malaysia tetapi kerajaan telah dapat memajukan negara dengan begitu baik.
"Kita telah dapat menunjukkan kepada dunia bahawa sekalipun menghadapi cabaran sedemikian, kita dapat memajukan negara ini dengan aman dan harmoni.
Inilah yang kita panggil cara Malaysia," kata beliau.
Najib berkata banyak negara lain mahu belajar dari Malaysia dan mencontohi cara Malaysia ini.
"Jika negara-negara lain dapat menghargai apa yang ada pada kita hari ini, maka rakyat Malaysia harus menyanjungi dan memupuk keamanan di negara kita,"

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...