j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Utusan

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Utusan. Show all posts
Showing posts with label Utusan. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

DS NAJIB SELAR ORANG KUTUK UTUSAN.. PADAN MUKA KORANG

Bila utusan tulis artikel 'Apalagi Cina Mau' korang kecoh.. Macam2 ckp.. konon nk memecahbelahkan perpaduan kaum.. owhhh cakap banyak pandai.. siap kasi bikin repot polis dengar.. tp apahal dlm suratkhabar cina tulis mcm2, harakah dll tulis lagi banyak kotor.. lu orang takdak bising!!! manyak langsi aa...Apa Lu org ingat Melayu dh tak boleh bersuara ka?

Lu dgr apa wa punya PM ckp..

Thursday, 21 June 2012

SUBHANALLAH: BUNUH IBU BAPA SAUDARA KERANA DIEJEK


Gambar hiasan


20 Jun - Perasaan dendam seorang lelaki yang dikatakan sering diejek oleh ibu dan bapa saudaranya berakhir dengan lelaki itu memukul sehingga mati pasangan suami isteri itu hari ini.

Kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Jalan Pasar 8, Seri Kembangan dekat sini kira-kira pukul 4.30 pagi.

Siasatan mendapati mangsa, Lee Yoke Mun, 70, dan isterinya, Lee Kam Lin, 59, masing-masing tidak bekerja mengalami kesan cedera di kepala akibat dipukul dengan sebatang besi paip.

Yoke Mun ditemui di dalam tandas manakala isterinya di sebelah katil di bilik tidur mereka selepas kejadian itu dimaklumkan kepada polis oleh jiran mereka yang dipercayai mendengar bunyi bising dari arah rumah mangsa.

Menurut jurucakap polis, kedua-dua ibu bapa suspek berusia 44 tahun itu yang turut tinggal di rumah tersebut tiada di rumah kerana keluar menjual buah di pasar berdekatan.

Saman Manoharan, Uthayakumar terhadap PM, TPM dibatal


KUALA LUMPUR 20 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan tuntutan saman terhadap Perdana Menteri dan timbalannya serta kerajaan Malaysia berhubung dakwaan kononnya 523 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil di negara ini ketinggalan daripada segi bantuan kewangan kerajaan.

Hakim Datuk V.T. Singham dalam penghakiman beliau berpendapat, peguam M. Manoharan dan peguam P. Uthayakumar telah gagal membuktikan mereka mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan tindakan tersebut.

Beliau memutuskan demikian setelah membenarkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut oleh Perdana Menteri, timbalannya dan kerajaan Malaysia yang difailkan pada 5 April lalu.

Manoharan yang juga Ahli Parlimen Kota Alam Shah dan Uthayakumar yang merupakan Ketua Umum sebuah pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) memfailkan saman tersebut pada 9 Februari lalu.

Kedua-duanya yang berusia 51 tahun itu mendakwa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak sama rata dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap sekolah tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Manoharan dan Uthayakumar selaku pihak plaintif menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran serta kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pihak plaintif menuntut dua perisytiharan dan sembilan perintah, antaranya status sekolah-sekolah Tamil adalah bantuan modal dan bukan bantuan penuh adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dengan Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pelajaran 1961.

Mereka juga mahukan perintah agar satu tabung berjumlah RM55 bilion dibayar oleh pihak defendan selama 55 tahun kepada SRJK Tamil ke dalam akaun bersama firma guaman pihak plaintif bagi membantu pelajar yang kononnya teraniaya.

Plaintif turut menuntut perintah supaya satu kampus Universiti Malaya untuk melatih sekurang-kurangnya 1,000 guru berijazah bagi Sekolah-Sekolah Tamil didirikan dengan bajet RM300 juta di sebelah SRJK Tamil Tanah Rata, Cameron Highlands.

Terdahulu, Hakim Singham mendengar hujahan permohonan membatalkan saman itu yang dikemukakan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Effandi Nazila Abdullah atas alasan pihak plaintif tiada locus standi dan gagal menunjukkan kepentingan mereka terjejas disebabkan polisi kerajaan.

Selain itu, tindakan saman tersebut bagi pihak defendan, merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana ia sepatutnya dikemukakan melalui tindakan semakan kehakiman.

Hakim Singham dalam keputusannya bersetuju dengan hujahan Effandi Nazila bahawa selain tidak mempunyai locus standi, pihak plaintif gagal menjawab mengenai hak mereka kononnya telah terjejas.
Menurut beliau, hak pihak plaintif sebenarnya tidak terjejas secara peribadi namun mereka tetap berpegang, tindakan itu merupakan perjuangan mewakili masyarakat India di negara ini.

Beliau sehubungan itu menolak dengan kos sebanyak RM1,000 setiap seorang untuk dibayar oleh pihak plaintif kepada pihak defendan.

Tuesday, 5 June 2012

Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz bergaduh


Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz berdendam?


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pertelagahan pendapat antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan mereka berdendam antara satu sama lain.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkara itu sebenarnya telah berlaku sejak Nik Abdul Aziz membantah cadangan Abdul Hadi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO.

Katanya, Abdul Hadi selaku Presiden parti merasa tercabar apabila cadangan beliau ditolak mentah-mentah oleh Nik Abdul Aziz.

"Tetapi apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan untuk bermuzakarah bersama UMNO, giliran Abdul Hadi pula menentangnya bagi membalas dendam terhadap tindakan Mursyidul Am Pas itu.

"Walaupun Presiden parti, Abdul Hadi tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana Nik Abdul Aziz telah mengawal sepenuhnya Majlis Syura, badan tertinggi parti tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden PAS itu sekali gus bercanggah dengan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan pendirian undi Pas masuk syurga.

Kedua-dua pemimpin itu turut bercanggah dalam isu Perdana Menteri Melayu yang mana Abdul Hadi menegaskan jawatan tersebut mesti disandang orang Melayu sedangkan Musyidul Amnya tidak kisah mana-mana kaum asalkan individu berkenaan beragama Islam.

Menurut Ramlan, Pas merupakan sebuah parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Islam tetapi sering berpecah-belah sesama sendiri, menunjukkan mereka telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Nik Abdul Aziz yang meletakkan syarat muzakarah supaya UMNO menghapuskan prinsip perjuangannya sedangkan Pas kini dilihat menggadaikan namanya apabila bekerjasama dengan DAP.

"Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya termakan umpannya sendiri kerana sewaktu para pemimpin DAP mengeluarkan ucapan berbaur anti-Islam, beliau tidak pernah membantah tindakan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mencadangkan supaya Pas mengadakan Muktamar Khas untuk membincangkan pertelagahan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Katanya, muktamar itu bertujuan mendengar pendapat ahli-ahli Pas yang selama ini berdiam diri terhadap gelagat pemimpin mereka.

"Jangan nafikan hak ahli-ahli Pas, mereka juga berhak menyuarakan pandangan terhadap kepincangan yang berlaku di dalam parti," katanya.

Friday, 1 June 2012

Premis Maksiat Di Serbu, Tukang Urut Ping Pong Pura-pura Pengsan Elak Di Cekup

Seramai 13 wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dan lima wanita tempatan beragama Islam ditahan dalam operasi di tiga pusat urut refleksologi dan sebuah pusat hiburan di sekitar Subang Jaya di sini malam tadi.

Operasi yang bermula pukul 10.30 malam itu dijalankan 41 anggota dan enam pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, serbuan di jalankan serentak di empat lokasi iaitu Jalan USJ 9/5P, Jalan USJ 9/5Q, Jalan USJ 1/1A dan Jalan SS15/4 di Subang Jaya.

Katanya, lapan wanita warga China, dua warga Vietnam dan tiga warga Thailand ditahan selepas didapati bekerja secara haram di negara ini.

"Tujuh daripada wanita warga asing yang ditahan disyaki menjalankan aktiviti pelacuran apabila hasil pemeriksaan menemui 20 kotak kecil berisi kondom di sebuah pusat urut berkenaan. Malah ada di antara mereka berpura-pura pengsan bagi mengelak daripada ditahan

"Seorang lelaki dan empat wanita beragama Islam turut ditahan oleh pasukan JAIS yang menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan USJ 9/5Q," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini malam tadi.

Tambahnya, dalam serbuan itu turut ditahan seorang lelaki tempatan, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga China dipercayai penjaga premis berkenaan.

"Kesemua ditahan kerana melakukan kesalahan mengambil pekerja warga asing tanpa permit manakala warga Bangladesh turut melakukan kesalahan menjalankan perkhidmatan pelacuran,"

Tuesday, 22 May 2012

Anwar, Azmin dan Chegubard Mengaku Tidak Bersalah

Tiga pemimpin PKR didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0, pada 28 April lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin masing-masing mengaku tidak bersalah di luar kandang tertuduh di hadapan hakim Mahmud Abdullah.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan mengingkari perintah mahkamah majistret dan  menghasut penyokong demontrasi membuka sekatan besi halangan.




Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara berasingan telah menyertai suatu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April 2012.

Zaki Asyraf adalah seorang penjawat awam yang mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan diduduki Kelab Diraja Selangor serta orang awam diberi amarab agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Mei 2012.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sepanjang Jalan Tun Perak, di sini, antara 2.30 dan 3 petang, 28 April lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat  mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736)yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.

Mahkamah membebaskan kesemua mereka dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara bersama- sama   dengan penyokong demonstrasi  melebihi 5 orang yang masih bebas telah bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder, dan Farhan Ibrahim @ Alias untuk mengingkari perintah yang dibuat  Zaki Asyraf Zubir.

Perintah itu  ialah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka ( iaitu semua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja, dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor di bawah hak milik tanah) dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Me lalu.

Ini kerana keingkaran mereka bertiga dan penyokong bersih 3.0 mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempar di kawasan tersebut, dan kamu pada hari dan tempat yang sama telah bersubahat dengan menghasut supaya ketiga-tiga mereka yang disebut di atas membuka sekatan beri halangan.

Kesalahan tersebut dilakukan oleh kesemua mereka pada jam 3 petang, tarikh dan tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa  mengikut Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka dibebaskan dengan bon peribadi RM500 tanpa jaminan wang tunai.

Mahkamah juga menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yaakob, manakala peguam Karpal Singh Deo, Sivarasa mewakili Anwar, Azmin dan Bahrul Hisham.

Friday, 4 May 2012

Polis akan ambil tindakan terhadap Anwar dan Ambiga


Kerajaan tidak pernah takut untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga yang bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan haram Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius insiden itu dan pastinya pihak yang bertanggungjawab tidak boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut beliau, Kabinet yang bermesyuarat semalam mengarahkan pihak polis dan Peguam Negara menjalankan siasatan segera sebelum pertuduhan dibuat terhadap pihak yang terlibat.

"Setakat ini seorang sudah dikenakan tindakan dan yang lain kita tunggu untuk mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak.

"Soal mengumpulkan maklumat dan bukti berkaitan insiden yang berlaku perlu mengikut peraturan undang-undang," katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kerajaan takut dan terlalu lambat mengambil tindakan terhadap penganjur Bersih 3.0.

Menurutnya, masyarakat perlu memahami bahawa dalam proses undang-undang, pihak berkenaan perlu mempunyai bukti yang cukup sebelum sesuatu tindakan diambil.

Beliau berkata, kerajaan sedar kebimbangan masyarakat yang merasakan insiden tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan ia boleh berulang lagi.

Muhyiddin turut menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai insiden yang amat mengaibkan negara kerana menyebabkan kerosakan harta benda, kecederaan kepada anggota polis dan petugas media.

"Insiden ini memberikan imej tidak baik kepada negara. Walaupun pihak penganjur beri jaminan perhimpunan akan berlangsung dalam keadaan aman dan selamat, terbukti mereka gagal menunaikan janji.

"Kerajaan sudah putuskan tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka apabila bukti mencukupi dan berharap ia tidak mengambil masa yang terlalu lama," katanya.

Sumber : Utusan
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...