j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz bergaduh

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Tuesday 5 June 2012

Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz bergaduh


Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz berdendam?


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pertelagahan pendapat antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan mereka berdendam antara satu sama lain.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkara itu sebenarnya telah berlaku sejak Nik Abdul Aziz membantah cadangan Abdul Hadi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO.

Katanya, Abdul Hadi selaku Presiden parti merasa tercabar apabila cadangan beliau ditolak mentah-mentah oleh Nik Abdul Aziz.

"Tetapi apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan untuk bermuzakarah bersama UMNO, giliran Abdul Hadi pula menentangnya bagi membalas dendam terhadap tindakan Mursyidul Am Pas itu.

"Walaupun Presiden parti, Abdul Hadi tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana Nik Abdul Aziz telah mengawal sepenuhnya Majlis Syura, badan tertinggi parti tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden PAS itu sekali gus bercanggah dengan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan pendirian undi Pas masuk syurga.

Kedua-dua pemimpin itu turut bercanggah dalam isu Perdana Menteri Melayu yang mana Abdul Hadi menegaskan jawatan tersebut mesti disandang orang Melayu sedangkan Musyidul Amnya tidak kisah mana-mana kaum asalkan individu berkenaan beragama Islam.

Menurut Ramlan, Pas merupakan sebuah parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Islam tetapi sering berpecah-belah sesama sendiri, menunjukkan mereka telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Nik Abdul Aziz yang meletakkan syarat muzakarah supaya UMNO menghapuskan prinsip perjuangannya sedangkan Pas kini dilihat menggadaikan namanya apabila bekerjasama dengan DAP.

"Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya termakan umpannya sendiri kerana sewaktu para pemimpin DAP mengeluarkan ucapan berbaur anti-Islam, beliau tidak pernah membantah tindakan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mencadangkan supaya Pas mengadakan Muktamar Khas untuk membincangkan pertelagahan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Katanya, muktamar itu bertujuan mendengar pendapat ahli-ahli Pas yang selama ini berdiam diri terhadap gelagat pemimpin mereka.

"Jangan nafikan hak ahli-ahli Pas, mereka juga berhak menyuarakan pandangan terhadap kepincangan yang berlaku di dalam parti," katanya.

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...