j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Khairy Jamaluddin

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

Barisan EXCO Negeri Sembilan Darul Khusus


Tahniah kepada barisan EXCO yang dilantik oleh kerajaan Negeri Sembilan.. Kali ini barisan EXCO dilantik mewakilli bahagian dan daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Tok Mat kobar formula pemilihan Barisan EXCO kali ini telah dibincang secaro terperinci bersamo Perdano Monteri DS Najib dan telah disembah maklum ko DYMM Yang DiPertuan Bosar Negeri Sembilan.

Wednesday, 17 April 2013

Winnable Barisan Nasional Candidate for Negeri Sembilan #GE13 #PRU13


PARLIMEN JELEBU P126 – Hj Zainuddin B Hj Ismail
NO1 Chennah – Siow Fook Voon (MCA)
N02 Pertang – Dato’ Jalaluddin Alias
N03 Sg Lui– Mohd Razi B Ismail
N04 Klawang – Dato Yunus Rahmat (Penyandang)

PARLIMEN JEMPOL P127 – Tan Sri Isa Samad
N05 Serting – Dato Shamsul Kahar B Deli (Penyandang)
N06 Palong – Dato Lillah B Yasin (Bertukar dari Parlimen KE Dun)
N07 Jeram Padang – Manikam Letchumanan
N08 Bahau – Dr. EE Mei Hua

P128 – SEREMBAN – Dato’ Yeow Chai Thiam
N09  Lenggeng – Dato’ Ishak B Ismail
N10 Nilai – Gan Chee Biow
N11 Lobak – Titan How (How Teck Yu)
N12 Temiang – Lee Kee Cheong
N13 Sikamat – Pn Salwati Abdullah
N14 Ampangan- Abu Ubaidah B Dato Hj Mohd Redza

P129 – Kuala Pilah : Dato’ Hasan B Malek (Penyandang)
N15 Juasseh : Dato’ Razi Kail (Penyandang)
N16 Seri Menanti: Dato’ Abd Samad b Ibrahim (Penyandang)
N17 Senaling: Dato’ Ismail Lasim  (Penyandang)
N18 Pilah : Norhayati Omar
N19 Johol : Ust Fadhil Kassim

P130 Rasah – Teo Ean Kian
N20 Labu : Dato Hashim Rusdi (Penyandang)  
N21 Bukit Kepayang  - Wong Pui Foon
N22 Rahang – Julia Wong Pik Min
N23 Mambau – Dato Yu Chok Tou
N24 Senawang- David Chan

P131 Rembau – Khairy Jamaluddin B Abu Bakar (Penyandang)   
N25 Paroi – Ghazali Abd Wahid
N26 Chembong – Zaiful Bahri b Idris (Penyandang)
N27 Rantau – Dato Seri Mohamad B Hasan (Penyandang)
N28 Kota – Dato Awaludin B Said (Penyandang)

P132 Telok Kemang – Dato VS Mogan (Berpindah dari DUN ke Parlimen)
N29 Chuah- Dato Seri King Lim Chin Fui
N30 Lukut – David Vincent Yeong Seng
N31 Bagan Pinang – Tun Hairudin
N32 Linggi – Abd Rahman Redza
N33 Port Dickson –Dr Tana Letchumy

P133 Tampin – Dato Shaziman B  Mansor (Penyandang)
N34 Gemas – Abd Razak Said
N35 Gemencheh – Mohd Isam Hassan
N36 Repah – Yap Siong Fook 

Tuesday, 18 September 2012

PAS AJAK PEMUDA UMNO BERDEMO


REMBAU – Pemuda Umno masih lagi menilai sama ada mahu bergabung dengan Pemuda Pas atau sebaliknya dalam mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara berhubung filem kontroversi Innocence of Muslims, Jumaat ini.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah berkenaan dibuat bagi mengambil kira beberapa perkara antaranya berwaspada dalam hal berkaitan keselamatan semasa bantahan dibuat bagi mempertahankan maruah agama Islam berhubung filem anti-Islam berkenaan.

Menurutnya, tidak timbul isu pihak mana yang menyuarakan bantahan terlebih dahulu, baik Umno mahupun Pas kerana perkara yang lebih utama ialah kesediaan untuk bekerjasama dalam membuat bantahan terhadap filem berkenaan.

“Kesediaan Google untuk menyekat filem kontroversi berkenaan untuk diakses di negara ini juga kita puji dan sokong walaupun syarikat milik AS berkenaan mengamalkan dasar kebebasan bersuar.

“Malah, kita harap agar, YouTube tidak sesekali menyiarkan rakaman video yang boleh menghina mana-mana agama di dunia ini kerana ia sama sekali tidak wajar dipaparkan,” 

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya berharap tiada mana-mana pihak yang mempolitikkan isu berhubung filem kontroversi berkenaan dan tidak perlu menyatakan mereka lebih terdahulu untuk membuat bantahan.

“Nampak macam kebudak-budakan... jangan tunjuk sikap tak matang kerana apa yang penting kerjasama semua pihak bagi membantah filem kontroversi berkenaan... Pemuda Umno juga bersedia untuk membuat bantahan tetapi masih belum memutuskan untuk turut sama dengan Pemuda Pas atau tidak Jumaat ini.

“Jika sesuai... saya akan turut serta dengan mereka (Pemuda Pas)," katanya.

Wednesday, 23 May 2012

Malaysia boleh muflis jika ikut Buku Jingga

"Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka.



KJ mengingatkan janji menifesto yang tidak ditunaikan oleh Pakatan PKR!


YB KJ berkata " Sebelum berjanji nak bagi pendidikan percuma di Malaysia, Tunaikanlah dulu nak bagi pendidikan percuma untuk taska di Selangor".

Rancangan Buku Jingga yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan negara muflis akibat daripada cara pengurusan wang negara yang tidak berhemah.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandang setiap perkiraan yang dilakukan PR tidak menggambarkan angka sebenar berbanding dengan apa yang berlaku khususnya dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Menurutnya, ini dapat dilihat apabila banyak janji yang diperkatakan dalam Buku Jingga tidak ditunaikan oleh PR apabila dapat memerintah beberapa negeri.

“Ini dapat dilihat apabila mereka gagal untuk melupuskan yuran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah negeri yang diperintah oleh mereka, seperti mana yang dijanjikan bahawa akan menghapuskan yuran tersebut sekiranya mereka dapat kuasa memerintah.

“Malah cadangan mereka untuk menghapuskan hutang PTPTN juga adalah tidak wajar kerana kerajaan akan menanggung hutang negara,” katanya.

Khairy berkata, pembangkang harus mengetahui bahawa sebanyak 80 peratus yuran di IPTA ditanggung oleh kerajaan dan hanya 20 peratus ditanggung pelajar.

“Ia satu jumlah yang besar ditanggung oleh kerajaan, maka kita harus bersama untuk menunaikan tanggungjawab bagi membuat bayaran tersebut.

“Malah pembayaran yang dibuat pembayar digunakan kerajaan untuk pembangunan di kawasan luar bandar termasuk digunakan semula untuk pelajar baru memulakan pengajian,” katanya.

Khairy berkata, dengan pemansuhan PTPTN juga boleh menyebabkan beberapa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan mengalami kerugian, ini kerana kos pengajian mereka lebih tinggi malah ditanggung sepenuhnya pelajar.
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...