j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Pengkhianat Negara

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Pengkhianat Negara. Show all posts
Showing posts with label Pengkhianat Negara. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

DALANG PERCEROBOHAN LAHAD DATU AKAN DIDEDAHKAN



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera  akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat  Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.

Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?

Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

Friday, 7 September 2012

GEMPAR!!! Orang Kampung Mengamuk

Semalam orang-orang kampung di Rantau dan Kuala Sawah telah keluar beramai-ramai telah membuat satu Demo Aman bagi membantah kedatangan Anwar Ibrahim ke Negeri Sembilan hari ini.

Rata-rata penduduk kampung ketika ditemui berkata kehadiran Anwar di kampung mereka hanya untuk memecah belah perpaduan dan hanya menabur fitnah bagi merampas kuasa.

Sehubungan itu, JKKK berserta NGO telah tampil ke Balai Polis Rantau dan Kuala Sawah untuk membuat laporan Polis bagi membantah hajat Anwar yang ingin mengadakan ceramah di kawasan mereka kerana dikatakan tidak mempunyai permit.


Wednesday, 5 September 2012

Pemuda UMNO N9 Mengamuk, Satu laporan Polis Dibuat




Petang semalam, Pemuda Umno Rembau yang mewakili Pergerakan Pemuda UMNO N9 bersama-sama dengan Gabungan Belia & NGO telah membuat satu laporan Polis berikutan insiden memijak gambar-gambar pemimpin serta perilaku yang tidak senonoh oleh peserta-peserta himpunan haram yang diketuai oleh Marina Chin serta Hisamuddin Rais.

DALANG


Insiden memijak, mengoyakkan serta menayangkan punggung terhadap gambar Dato' Sri Najib, Datin Sri Rosmah serta pemimpin lain boleh dilihat sebagai dicipta untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan masa kini. Ini membuktikan bahawa parti pembangkang Pakatan Rakyat yang terdesak kerana merasakan mereka akan kalah dalam PRU 13 lantas bertindak sedemikian rupa.

Sama perangai
Perbuatan itu juga dilihat merujuk kepada perbuatan Lim Guan Eng yang pernah melakukan perbuatan sama memijak gambar-gambar ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak memihak kepadanya. Semalam peserta yang menayang punggung pada himpunan haram di ambang kemerdekaan telah pun ditahan Polis semalam Klik sini . Walaubagaimanapun pihak Polis masih lagi memberi tempoh 24 jam bagi mereka yang terlibat untuk menyerah diri kepada Polis, jika gagal waran tangkap akan dikeluarkan.




Wednesday, 4 July 2012

LANCARKAN PEDANG LAWAN KERIS

Baju ini dilihat dijual secara berleluasa di kawasan Hadi Awang. 
Nampaknya ada pihak sudah mula mencipta logo bagi melawan keris 
Mereka sudah mula mencemari perkataan 'JIHAD'.. 
Di baju ini diletakkan logo Sebilah Pedang dan ditulis 
'Jihad Sahaja Jalan Peyelesaiannya'


Jika dilihat Pedang ini lebih besar dan tajam berbanding dengan Keris.. Adakah ada pihak sudah berkira-kira untuk mencemari perkataan Jihad semata-mata demi kepentingan politik..


Adakah mereka sudah lupa bahawa Keris itu Lambang Ketaatan kepada Raja. 


Beginikah sikap seorang pemimpin yang digelar Tuan Guru layak memimpin ummah..
Mula-mula melakukan keganasan di jalanraya... 


Hina Pemimpin
Hina Agong
Malaysia yang aman dan damai yang dipandang tinggi oleh dunia kini telah dinodai oleh kumpulan-kumpulan pembangkang yang rakus untuk merampas kuasa di Putrajaya..




Thursday, 10 May 2012

MOHON SEBARKAN DAN TOLONG AMBIL TINDAKAN TERHADAP BLOGGER YANG INGIN MEMBUNUH YANG DIPERTUAN AGONG @PDRMsia


Penulis terjumpa satu blog iaitu blog Kelab Murtad Di Malaysia (http://kelab-murtad.blogspot.com) dan terbaca satu artikel yang bertajuk "Berdoa Supaya Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Meninggal Dunia". (http://kelab-murtad.blogspot.com/2012/04/berdoa-supaya-yang-di-pertuan-agong-ke.html)


Mohon rakan-rakan blogger, sahabat-sahabat facebook dapat menyebarkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap penulis blog Kelab Murtad tersebut.

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...