j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Pemuda UMNO N9 Mengamuk, Satu laporan Polis Dibuat

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Wednesday 5 September 2012

Pemuda UMNO N9 Mengamuk, Satu laporan Polis Dibuat




Petang semalam, Pemuda Umno Rembau yang mewakili Pergerakan Pemuda UMNO N9 bersama-sama dengan Gabungan Belia & NGO telah membuat satu laporan Polis berikutan insiden memijak gambar-gambar pemimpin serta perilaku yang tidak senonoh oleh peserta-peserta himpunan haram yang diketuai oleh Marina Chin serta Hisamuddin Rais.

DALANG


Insiden memijak, mengoyakkan serta menayangkan punggung terhadap gambar Dato' Sri Najib, Datin Sri Rosmah serta pemimpin lain boleh dilihat sebagai dicipta untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan masa kini. Ini membuktikan bahawa parti pembangkang Pakatan Rakyat yang terdesak kerana merasakan mereka akan kalah dalam PRU 13 lantas bertindak sedemikian rupa.

Sama perangai
Perbuatan itu juga dilihat merujuk kepada perbuatan Lim Guan Eng yang pernah melakukan perbuatan sama memijak gambar-gambar ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak memihak kepadanya. Semalam peserta yang menayang punggung pada himpunan haram di ambang kemerdekaan telah pun ditahan Polis semalam Klik sini . Walaubagaimanapun pihak Polis masih lagi memberi tempoh 24 jam bagi mereka yang terlibat untuk menyerah diri kepada Polis, jika gagal waran tangkap akan dikeluarkan.




No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...