j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: HOT!! ANAK PEMIMPIN PEMBANGKANG SUMBANG MAHRAM HINGGA MELAHIRKAN ANAK

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Thursday, 13 September 2012

HOT!! ANAK PEMIMPIN PEMBANGKANG SUMBANG MAHRAM HINGGA MELAHIRKAN ANAK


JERANTUT: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan. 

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada jam 12 tengah malam, November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan


p.s : Macammana nak memimpin rakyat & negara, anak sendiri pun tak lepas... Bahlol

sumber: Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...