j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: FGVH

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label FGVH. Show all posts
Showing posts with label FGVH. Show all posts

Monday, 16 July 2012

Himpunan Oren Buktikan Felda Benar




Himpunan Oren yang diadakan pada 14 Julai lalu bolehlah dianggap sebagai titik noktah perjuangan Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK).   Dengan kehadiran hanya 10% dari jumlah sasaran 20,000 menunjukkan yang sokongan terhadap ANAK benar-benar di tahap kronik.  

Penganut-penganut PAS sendiri menyambut dingin Himpunan tersebut walaupun telah menerima arahan rasmi dari PAS Pusat untuk turun meramaikannya.   Ini bermakna dalam 2,000 orang yang hadir, mungkin separuhnya adalah orang-orang PAS tegar yang sekadar ingin meramaikan majlis dan bukannya anak-anak peneroka.

Mat Sabu ni peneroka Felda jugak ke?
Justeru, terbuktilah bahawa perjuangan ANAK adalah perjuangan syok sendiri Mazlan Aliman dan tidak langsung mewakili suara dan pendapat peneroka secara keseluruhan.

Dengan ini, adalah wajar bagi ANAK untuk menghentikan serta merta segala usaha sia-sia, membuang masa lagi memalukan diri sendiri.   Terimalah hakikat bahawa peneroka rata-ratanya menyokong dan menaruh sepenuh keyakinan kepada Felda untuk menjaga kebajikan mereka dan juga sepenuh kepercayaan kepada kerajaan untuk tidak akan sekali-kali menganiayai mereka.

Selama ini, Felda tidak pernah menipu peneroka, malah memberi segala kemudahan dan bantuan bagi menaikkan taraf hidup mereka.  Adalah tidak masuk akal bagi Felda untuk mengambil tindakan yang memberi kesan sebaliknya kepada peneroka setelah bersusah payah dan bertungkus lumus menguruskan pendapatan peneroka dan memastikan matlamat meningkatkan taraf hidup mereka berjaya.

Oleh itu, tindakan ANAK cuba menghasut peneroka agar meragui Felda dan kerajaan tentulah sukar untuk diterima akal.   Apatah lagi setelah ANAK dilihat sebagai agen PAS yang tujuan utamanya hanyalah untuk ‘mengenakan’ kerajaan dan bukannya berminat sangat untuk membantu peneroka.

Mungkin kerana menyedari hakikat Himpunan Oren itu hanyalah ‘gimmick’ politik PAS untuk mencari publisiti dan mengaburi mata rakyat, maka peneroka telah bertindak menolaknya mentah-mentah.

Apa yang pasti kini, peneroka sudah semakin faham bahawa penyenaraian FGVH sebenarnya tidak langsung membawa apa-apa risiko kepada mereka dari segi kehilangan pemilikan tanah atau pengeluaran wang untuk membeli saham.  Tidak seperti orang lain yang ingin terlibat dalam pelaburan saham yang perlu mengeluarkan modal dan mengambil risiko kerugian modal tersebut, peneroka Felda menerima saham secara percuma dan segala urusan pelaburan dilakukan oleh pihak yang pakar.  Tiada risiko kehilangan pemilikan tanah dan modal juga bukan dari wang sendiri.

Saham FGVH pula adalah berisiko rendah memandangkan 75% dimiliki oleh institusi dan bukannya peruncitan.  Institusi yang terlibat pula, selain Felda, adalah Tabung Haji, KWSP dan PNB yang mana diketahui sebagai kukuh dan tetap.

Oleh yang demikian, peneroka perlu bijak dan berfikir panjang sebelum termakan hasutan pihak-pihak yang sanggup melakukan apa saja termasuk membiarkan peneroka ‘gigit-kuku’ menyesal dan kerugian, semata-mata kerana ingin memburuk dan menjatuhkan kerajaan.

Lebih elok jika peneroka mula mengambil tahu tentang selok belok pasaran saham untuk melindungi diri agar tidak mudah tertipu dan termakan hasutan sehingga menyebabkan kerugian atau penyesalan di kemudian hari.

Lihatlah penyenaraian ini sebagai peluang terbaik untuk meningkatkan bukan sahaja taraf hidup, tetapi juga pengetahuan mengenai dunia saham, dunia korporat dan perniagaan di peringkat global.

Sudah sampai masanya peneroka melihat keluar, menjelajah di luar perimeter Felda dan menyertai dunia yang serba canggih dan pantas di luar sana.

Thursday, 12 July 2012

PR Panggil Peneroka Perompak



Amat mengejutkan apabila laman web Suara PR telah dengan biadapnya menggelar para peneroka Felda sebagai perompak, dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Peneroka Perompak Duit Rakyat’ yang disiarkan semalam.

Alasan laman tersebut ialah kerana pembahagian wang RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka pada Mei lepas adalah dibuat sebelum Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.  Justeru, menurut penulis tersebut, “wang berjumlah RM 1.69 billion yang diperuntukkan untuk membiayai ‘durian runtuh’ itu semestinya datang dari wang kerajaan (sebut wang rakyat) kerana Felda sendiri tidak ada wang kerana agensi itu sendiri bakal diisytiharkan bankrap.”

Tambahnya lagi, “disebabkan itu, mungkin ada program kerajaan untuk kebajikan rakyat yang lebih besar terpaksa ditangguhkan dulu untuk menyelesaikan janji ‘durian runtuh kepada peneroka Felda dan keluarga masing-masing yang berjumlah sekitar 300,000 orang ini.”

Apa nak dikata, nampaknya, hadap sekali penulis tersebut dengan program kebajikan rakyat oleh kerajaan.  Takut benar dia tidak dapat menikmati program kebajikan dari kerajaan kerana kebanyakan wang telah diberikan kepada warga Felda.

Namun, dalam artikel yang sama, penulis tersebut juga menghentam program-program kebajikan rakyat ini sebagai haram dan rasuah.  

Entah manusia jenis apa yang langsung tidak ada maruah terhegeh-hegeh mengharap wang yang dituduhnya sendiri sebagai ‘rasuah’ dan haram.

Dan bagaimana pula wang ‘durian runtuh’ itu dikatakannya wang rakyat sedangkan wang tersebut adalah hasil dari jerit perih peneroka serta kecekapan pengurusan Felda sendiri?  Wang RM15,000 yang dibayar kepada setiap peneroka atau jumlah keseluruhan, RM1.69 billion, adalah hasil dari pelupusan kepentingan Felda Badan Berkanun (Felda BB) kepada FGVHB yang berjumlah RM5.65 billion sebagai proses penyenaraian.

Justeru, tidak timbul wang tersebut sebagai wang rakyat atau wang kerajaan, tetapi bolehlah dianggap sebagai bonus terkumpul yang dijana sendiri oleh Felda dan warganya sebagai sebuah pasukan besar.

Pembangkang boleh memutar-belit apa saja tetapi yang pastinya, peneroka tidak mungkin akan dapat menikmati wang tersebut jika pengurusan Felda tidak cekap.  Malah peneroka tidak mungkin dapat menikmati pendapatan bulanan yang lumayan yang mereka nikmati hari ini, jika pengurusan Felda tidak berkredibiliti atau berintegriti.

Lebih dari itu, peneroka kemungkinan besar masih belum keluar dari kemiskinan dan memiliki rumah dan tanah sendiri sekiranya kerajaan tidak mengilhamkan Felda sejak awal dahulu, bagi membantu mereka.

Hakikatnya, Felda adalah bukti keikhlasan, keprihatinan dan kecekapan kerajaan Barisan Nasional.

Dan kini, selain pendapatan tetap yang dinikmati melalui Felda, peneroka juga berpeluang mendapat keuntungan dengan pemilikan saham.  Malah, melalui penyenaraian ini juga akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas sekali gus memberikan pulangan bukan sahaja dari segi wang, tetapi juga dari segi kemudahan dan peluang pekerjaan kepada generasi Felda yang akan datang.

Dengan itu, laman Suara PR tentunya dengki sehingga sanggup menggelarkan peneroka sebagai perompak akibat telah tersasul dan terlanjur mengharamkan ‘durian runtuh’ dan kini meleleh air liur melihat warga Felda menikmatinya.

Friday, 8 June 2012

WAJIB TONTON: Nak Tengok Raut Wajah YDP PAS & Ahli PKR Terima Duit 5 Ribu FGVH

"KAMI TIDAK TERINGINKAN DURIAN RUNTUH!! PARA PENEROKA FELDA JANGAN TERIMA DURIAN RUNTUH!!"
 INI BUKAN SEKADAR RENUNGAN TETAPI FIKIRKANLAH DENGAN AKAL YANG WARAS ATAS KATA-KATA YANG DIUCAPKAN DALAM KAIN RENTANG INI MENGAMBARKAN KEPERIBADIAN "PAKATAN RAKYAT" UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMATA-MATA. MEREKA INI SANGGUP MEMBOHONGI DIRI SENDIRI DAN APATAH LAGI ORANG LAIN DEMI KERAKUSAN MERAMPAS KUASA.

HAMBA ALLAH YANG BERNAMA “ KATERAN BIN MARMAN " INI ADALAH YDP PAS KAWASAN JELEBU DALAM CERAMAH PAS DI KG.JAMBATAN SERONG KLAWANG PADA 3 MEI 2012 JAM 8.54 MALAM MEMBERI UCAPAN………..
PENEROKA-PENEROKA  FELDA DI TIPU DENGAN PENYENARAIAN FVGH…TANAH PENEROKA AKAN TERGADAI
"JANGAN TERIMA DURIAN RUNTUH!! KERANA KITA ADA MARUAH DAN HARGA DIRI!!"

 INILAH KATA-KATA KERAMAT YANG DIUCAPKAN OLEH PUAK PEMBANGKANG INI.. TETAPI HAKIKATNYA.. INI YANG BERLAKU.......

LIHATLAH SENDIRI.....



Merah nak pesan.. duit tu dah dapat jangan pula di joli sakan yer.. jangan pergi layan dangdut atau rumah urut pulak.. Ingat anak bini kat rumah tu.. berterima kasihlah pada kerajaan di bawah pimpinan DS Najib.. Tolong pesan pada generasi peneroka FELDA..FGVH ni beri manfaat kepada peneroka..

Kepada generasi kedua.. FELDA dah banyak bantu mak bapak kita untuk jadikan kita MELAYU MAMPU.. MAMPU ADA PELAJARAN.. MAMPU ADA KESIHATAN.. MAMPU ADA MEMPERTAHANKAN MARUAH.. Berilah peluang orang tua kita merasai nikmat FELDA dari FGVH sebelum diorang meninggalkan dunia ini.. Kalau ada yang belum pergi menunaikan UMRAH atau HAJI.. Naiklah Haji atau Umrah dengan duit itu.. Poielah...

Bersyukurlah dapat jadi anak peneroka Felda yang nasibnya terbela oleh kerajaan sekarang.. Sekarang giliran kita untuk menyokong penuh usaha mereka yang dah bantu kita..

BERTERIMA KASIH DAN BERSYUKURLAH....
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...