Himpunan Oren yang diadakan pada 14 Julai lalu bolehlah dianggap sebagai titik noktah perjuangan Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK). Dengan kehadiran hanya 10% dari jumlah sasaran 20,000 menunjukkan yang sokongan terhadap ANAK benar-benar di tahap kronik.
Penganut-penganut PAS sendiri menyambut dingin Himpunan tersebut walaupun telah menerima arahan rasmi dari PAS Pusat untuk turun meramaikannya. Ini bermakna dalam 2,000 orang yang hadir, mungkin separuhnya adalah orang-orang PAS tegar yang sekadar ingin meramaikan majlis dan bukannya anak-anak peneroka.
Mat Sabu ni peneroka Felda jugak ke? |
Justeru, terbuktilah bahawa perjuangan ANAK adalah perjuangan syok sendiri Mazlan Aliman dan tidak langsung mewakili suara dan pendapat peneroka secara keseluruhan.
Dengan ini, adalah wajar bagi ANAK untuk menghentikan serta merta segala usaha sia-sia, membuang masa lagi memalukan diri sendiri. Terimalah hakikat bahawa peneroka rata-ratanya menyokong dan menaruh sepenuh keyakinan kepada Felda untuk menjaga kebajikan mereka dan juga sepenuh kepercayaan kepada kerajaan untuk tidak akan sekali-kali menganiayai mereka.
Selama ini, Felda tidak pernah menipu peneroka, malah memberi segala kemudahan dan bantuan bagi menaikkan taraf hidup mereka. Adalah tidak masuk akal bagi Felda untuk mengambil tindakan yang memberi kesan sebaliknya kepada peneroka setelah bersusah payah dan bertungkus lumus menguruskan pendapatan peneroka dan memastikan matlamat meningkatkan taraf hidup mereka berjaya.
Oleh itu, tindakan ANAK cuba menghasut peneroka agar meragui Felda dan kerajaan tentulah sukar untuk diterima akal. Apatah lagi setelah ANAK dilihat sebagai agen PAS yang tujuan utamanya hanyalah untuk ‘mengenakan’ kerajaan dan bukannya berminat sangat untuk membantu peneroka.
Mungkin kerana menyedari hakikat Himpunan Oren itu hanyalah ‘gimmick’ politik PAS untuk mencari publisiti dan mengaburi mata rakyat, maka peneroka telah bertindak menolaknya mentah-mentah.
Apa yang pasti kini, peneroka sudah semakin faham bahawa penyenaraian FGVH sebenarnya tidak langsung membawa apa-apa risiko kepada mereka dari segi kehilangan pemilikan tanah atau pengeluaran wang untuk membeli saham. Tidak seperti orang lain yang ingin terlibat dalam pelaburan saham yang perlu mengeluarkan modal dan mengambil risiko kerugian modal tersebut, peneroka Felda menerima saham secara percuma dan segala urusan pelaburan dilakukan oleh pihak yang pakar. Tiada risiko kehilangan pemilikan tanah dan modal juga bukan dari wang sendiri.
Saham FGVH pula adalah berisiko rendah memandangkan 75% dimiliki oleh institusi dan bukannya peruncitan. Institusi yang terlibat pula, selain Felda, adalah Tabung Haji, KWSP dan PNB yang mana diketahui sebagai kukuh dan tetap.
Oleh yang demikian, peneroka perlu bijak dan berfikir panjang sebelum termakan hasutan pihak-pihak yang sanggup melakukan apa saja termasuk membiarkan peneroka ‘gigit-kuku’ menyesal dan kerugian, semata-mata kerana ingin memburuk dan menjatuhkan kerajaan.
Lebih elok jika peneroka mula mengambil tahu tentang selok belok pasaran saham untuk melindungi diri agar tidak mudah tertipu dan termakan hasutan sehingga menyebabkan kerugian atau penyesalan di kemudian hari.
Lihatlah penyenaraian ini sebagai peluang terbaik untuk meningkatkan bukan sahaja taraf hidup, tetapi juga pengetahuan mengenai dunia saham, dunia korporat dan perniagaan di peringkat global.
Sudah sampai masanya peneroka melihat keluar, menjelajah di luar perimeter Felda dan menyertai dunia yang serba canggih dan pantas di luar sana.
No comments:
Post a Comment