j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Peneroka Felda Sokong BN

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Friday, 13 July 2012

Peneroka Felda Sokong BN

Tindakan pembangkang yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur. Ini kerana, ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian. Lama kelamaan, peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi.

Begitulah yang terjadi di Felda. Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pembangkang pun sudah letih, peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.

Lalu, dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri, pembangkang kini melompat-lompat tanpa tujuan.
Mana tidaknya kerana mengikut analisis, sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya.

Walaupun tiada siapa yang dapat menafikan hakikat kejayaan peneroka hari ini adalah hasil dari keprihatinan BN terhadap rakyat miskin, tetapi ini tidak bermakna peneroka sentiasa memberi sokongan kepada BN. Dalam PRU 2004, misalnya, sokongan Felda terhadap BN hanya di tahap 54%. Sokongan ini meningkat pada PRU 2008 pada tahap 80%.

Peningkatan sokongan terhadap BN terus dilihat dalam Pilihanraya Kecil di DUN Tenang pada Januari 2011 di mana hanya 10% undi di kawasan Felda yang menyokong pembangkang. Ini bermakna 90% dari golongan peneroka di situ tetap bersama BN.

Tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan peneroka yang kurang faham mengenai penyenaraian. Sokongan mereka kepada kerajaan BN selama ini adalah bersandarkan keyakinan atas rekod kredibiliti dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka. Atas dasar itu, mereka menaruh kepercayaan yang kerajaan BN tidak akan sekali-kali menganiaya mereka sepertimana yang diwar-warkan oleh pembangkang.

Dan kini, segala keyakinan mereka terbukti benar apabila mula menerima durian runtuh sebagai 'bonus' ke atas jerit perih mereka selama ini. Selain itu, mereka juga bakal menerima dividen dan berbagai lagi keuntungan yang tidak mereka jangka. Semua ini adalah kerana pemilikan saham dari penyenaraian yang mana mereka tidak perlu pun mengeluarkan wang sendiri untuk membelinya.

Kesemua ini, dan ditambah dengan faktor kelemahan dan keburukan imej pembangkang sendiri menyebabkan peneroka memilih untuk berdiri teguh di belakang BN. Nampaknya, apa yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menabur fitnah telah benar-benar memakan diri.

Kini, pembangkang terpaksa menjilat kembali ludah mereka di mana di kalangan penyokong mereka juga menerima durian runtuh dan segala bantuan dan kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan. Walaupun segala bantuan kerajaan tersebut dihukum sebagai haram dan rasuah namun ia tidak berjaya menghentikan penyokong mereka dari merebutnya.

Tidak cukup difitnah kerajaan, pembangkang yang semakin hilang akal mula menuduh peneroka sebagai perompak pula. Kononnya, segala wang yang diterima dari kerajaan itu adalah wang rakyat dan menerimanya menjadikan peneroka sebagai perompak wang rakyat.

Sedangkan, wang tersebut adalah hasil dari kerja kuat para peneroka dan kecekapan pengurusan Felda menjana wang mereka. Tidak timbul isu wang rakyat atau pun wang kerajaan dalam pemberian bantuan, bonus atau apa saja untuk warga Felda.

Nampak benar yang pembangkang sudah benar-benar terdesak untuk meraih undi warga Felda. Dan keterdesakan itu jugalah yang menyebabkan warga Felda semakin mencurigai, takut dan akhirnya lari dari mereka.

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...