j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Suspek kes bunuh bekas Ketua Wanita UMNO ditahan

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Sunday 22 July 2012

Suspek kes bunuh bekas Ketua Wanita UMNO ditahan


Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira 3.30 pagi semalam.

Polis turut merampas baju serta seluar suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.
Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh Halimah Yunus, 66.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...