j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Pembangkang

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Pembangkang. Show all posts

Monday, 15 October 2012

Pembohongan Pembangkang Dalam Isu Kapal Selam Scorpene


ANWAR GALAS BEBAN SCORPENE SETELAH SUARAM GAGAL


Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.

Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.

Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.

Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.

Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan.

Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.

Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup.

Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.

Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.

Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.

Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.

Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke 13 kelak.

Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu.

Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang.

Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya.

Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir.

Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar.

Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.

Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.

Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal.

Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.

Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.

Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.

Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.




Saturday, 8 September 2012

TERKINI: BLOGGER PEMBANGKANG KANTOI LAGI

Ayat pertamo... kahkahkahkahakkahaaaaktuihhhhh.. den nak golak siap den nak kahak kek muko pembongak tu... Nak menipu pun agak-agak lah der... Eden ado ado kek situ dari pukul 8 sobab nak layan sup daging..  Macam biaso lah bebudak pakatan rakyat ni.. Nak menipu tak reti.. Bak kato pepatah.. sepandai-pandai kera melompek akhirnya kono gak dibaham kek buayo.. Moh kito layan kebodohan blogger upahan Anwar ni..


Den nak tanyo blogger omakkau, media rakyat, keadilan daily dll blog.. Ni mano punyo gambar ekau ambik ni.. Eden dah bulatkan gambar kek ateh dengan bawah tu.. Ado nampak perbezaan ehhh takk.. Mano poie Khemah putih 4 biji yang kek belakang tu mano poie losap ehh.. Di bawak lari kek orang bunian ko.Wakakakaka...

Ekau takyah lah nak menafikan...  den tunjukkan gambar sebonar kek situ.. dopan belakang, kiri kanan den ambik.. sobab den ado kek situ semalam...

Dalam khemah

Ni gambar belakang khemah masa anwar berucap
Ni maso Anwar bercakap
ini sebolah kiri pentas..
So.. Moral of the cerito ehhhh.. tak payah ekau nak menapulate gambar sobab nak menunjukkan konon ramai orang kek situ.. Lobih orang luar, dari orang setompek.. kek PD tak sampai 200 orang, kek Sikamat pun samo.. kek seremban selatan lagilah pulak.. kiro-kiro ado dalam 70 orang jo... Sodih den nengokkann... Nak menitik air mato... huahuahuahua...


Wednesday, 4 July 2012

PANAS!! WAJIB LIHAT BAGAIMANA BLOGGER PAKATAN RAKYAT KANTOI MEMFITNAH ROSMAH

Dengar kata ada blogger pakatan rakyat dibayar sehingga 30 ribu sebulan.. dasyat sungguh.. bukan main mahal lagi caj perkhidmatan yang dikenakan.. Tapi Merah nak kata bangang diorang ni.. Bangang dari orang yang memilih blogger tersebut dan blogger tu pun bangang.. Bukan main bodoh lagi..  Dah lah buat dosa kering memfitnah.. Buat kerja pun macam budak-budak jer... kihkihkihkih... Padan muka kau kantoi....

Nak tengok sendiri bagaimana budak suruhan pakatan al juburi ni memfitnah isteri kepada Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Lihat Caption dibawah nama Datin Paduka
Pencacai Aljuburi mengatakan TV3 mensabotaj Rosmah dengan meletakkan caption bahawa Rosmah adalah Perdana Menteri ketika program bual bicara Wanita Hari Ini bersama Yang DiPertua Pandu Puteri Malaysia.

Lihat bagaimana mereka mengaitkan Pemuda UMNO dan RTM di dalam fitnah mereka..

KANTOIIIII!!!!
Syabas diucapkan kepada blogger-blogger, facebooker-facebooker Al-Juburi ini.... dengan ucapan Tahniah kerana KANTOIIIII


Katakan Tak Nak kepada Pakatan Rakyat

Setiap sokongan membawa padahhh

Wednesday, 20 June 2012

PANAS!!! LAIN ORANG YANG TARAH MENTERI BESAR N9 YANG KENA


Melihat tajuk diatas, itulah modal-modal pembangkang dan orang busuk hati dengan kepimpinan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Diorang ni dah takdo madal lain agak ehhh.. Bilo tengok bukit di tarah, mulolah kobarkan MBNS @ Tok Mat ambil balak konon ehh nak pilihanrayolah, bagi kronilah..

Nak kato diorang ni bangang, belajar tinggi menggunung.. Tapi itulah deh.. Takdo nak poie siasat, solidiklah sikit sobolum buek fitnah.. Kek sini den nak kobarkan skit, tanah tu sobonar ehh milik orang persendirian.. Maksud ehh bukan harto kerajaan nogori.. Tanah ni dimilikki oleh orang lain sebolom Tok Mat menjadi Mentori Bosar lagi.. Paham tak?

Klik sini untuk penjelasan ponuh dari MBNS dalam sidang media

Bilo YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan mentadbir nogori ni.. segalo permohonan keluar balak tidak dikeluarkan sesuko hati.. Kito kono yo tengok kosan ehh pado sekitar.. Kut tompat tu kiro macam kawasan tadahan hujan.. Tak boleh do nak tarah..


Kerajaan Nogori Sombilan dah buek macam-macam usoho untuk mengelakkan tanah ini diteroka. Alasan mereko nak tanam sawit. Bilo kerajaan N9 tak bonarkan diorang nak ambil tindakan mahkamah pulak.. Tak pasal-pasal kerajaan nogori kono. Ini sumo kojo Isa Samad dululah ni raso ehh.. Sapo tak konal Isa Samad. Buleh katokan habih tanah kek nogori sembilan den ni di bagi pado dot..dot..dot.. (sapo orang N9 tahulah deh, den maleh kobarkan namo.. tak pasal-pasal sey pulak kono saman nanti..hehehe)


Tok Mat kobar, walaupun terpakso kerajaan bagi kelulusan.. Tok Mat dah arahkan Jabatan Alam Sekitar untuk memantau perkembangan kek situ agar tidak menjejaskan kawasan sekitar.

p.s: Eden respek dongan kepimpinan Tok Mat ni.. Somonjak dio mentadbir nesmilan ni banyak pembangunan yang dinaikkan, pelabur-pelabur luar pun ramai yang suko dan melabur kek sini.. Baguihlah kan sobab banyak budak-budak tompatan dapat peluang kojo.

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...