Mari jadi rakan dan follow blog saya
Showing posts with label Kerajaan Malaysia. Show all posts

Thursday, 12 July 2012
AKTA HASUTAN 1948 DIMANSUHKAN
Akta Hasutan 1948 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Akta ini berkuatkuasa serta merta terhadap akta-akta sedia ada.
Akta ini merangkumi Akta Kesakahan Keselamatan( Langkah-langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Saturday, 26 May 2012
PANAS: Dah pinjam bayarlah, jangan susahkan orang lain
Rata-rata mereka yang menyokong penghapusan PTPTN adalah golongan yang sedang berhutang dengan PTPTN. Mereka ini didorong oleh janji manis manifesto pilihanraya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mengatakan jika pakatan rakyat berjaya memerintah. Dari kaca mata Merah (penulis) perkara ini hanyalah sekadar ingin meraih sokongan undi dari golongan remaja.
Di dalam Islam pun kita diajar untuk membayar hutang. Bagi mereka yang telah menghabiskan pelajaran dan telah bekerja, adalah wajib mereka ini untuk membayar kembali pinjaman yang telah diberikan. Kedegilan mereka akan memberi impak bagi pelajar-pelajar baru yang ingin mendapatkan pinjaman PTPTN.
Golongan yang memohon PTPTN ini adalah dikalangan keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Jika tanpa PTPTN impian mereka untuk ke menara gading terpaksa dilupakan. Rata-rata pelajar yang ditemui meminta kerajaan tidak memansuhkan PTPTN kerana telah terbukti banyak membantu pelajar yang tidak mampu.
Bagi pelajar-pelajar pinjaman ini mencetuskan semangat mereka untuk memperoleh keputusan cemerlang kerana jika mereka mendapat keputusan yang baik, pinjaman tersebut akan ditukarkan kepada BIASISWA. Jadi ini menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan PTPTN adalah membebankan pelajar. Bagi penulis, perkataan 'membebankan' ini hanyalah bagi pelajar yang malas belajar, dan apabila mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang mereka tidak mendapat pekerjaan yang baik untuk melangsaikan pinjaman.

Subscribe to:
Posts (Atom)