j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Perdana Menteri

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts

Monday, 3 September 2012

Datuk Seri Najib Umum Tarikh PilihanRaya ke 13


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin diadakan November ini.

"Tahun ini amat unik, genap 66 tahun usia UMNO, 55 tahun negara mencapai kemerdekaan dan UMNO sudah bertapak selama 22 tahun di Sabah.

"11 darab 6 (UMNO), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (UMNO Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya sambil melirik senyuman.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi dan Beluran (UMNO Zon 5) di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pimpinan parti-parti komponen.

Lebih 30,000 orang hadir memeriahkan majlis itu yang turut diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Zon 5.

Tambah Perdana Menteri, beliau amat gembira dengan kehangatan UMNO Sabah yang begitu mantap dan kuat.

"Tiada orang yang sangsi dengan kekuatan UMNO Sabah , jadi saya ingin tanya jika Pilihan Raya Umum Ke-13 dibuat esok, adakah rakyat Sabah akan undi sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN)," katanya sambil disambut dengan jeritan serentak 'Hidup BN' oleh para perwakilan.

Perdana Menteri seterusnya menegaskan, UMNO tidak akan sesekali memberi peluang kepada pemimpin yang tidak ikhlas berjuang dan hanya mementingkan keuntungan peribadi semata-mata.

Kata beliau, pemimpin boleh datang dan pergi, malah dalam sejarah perjuangan parti tidak pernah wujud keadaan terdapat individu tertentu yang lebih besar daripada parti.

"Jika berjuang hanya untuk mengisi perut, inginkan jawatan dan kuasa, sila keluar. Parti tidak memerlukan orang seperti ini.

"Kita akui di sesetengah tempat memang ada sedikit masalah. Ia berpunca daripada angkara 'pakar bodek' yang semua orang sudah tahu siapa dia. Setelah tidak berjaya di beberapa negeri seperti Sarawak, dia masuk pula ke Sabah," katanya.

Sementara itu, di Kota Belud, ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kampung Rampayan Laut, hari ini, Najib berkata, rakyat negara ini boleh menerima perbezaan budaya sebagai satu keunikan tetapi tidak sama sekali menerima sebarang unsur tidak sihat akibat perbezaan fahaman politik.

Sehubungan itu, tegas beliau, seluruh rakyat harus bersatu padu di bawah satu payung politik yang mampu menjamin masa depan negara iaitu Barisan Nasional (BN) dan menolak sentimen kesukuan yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Beliau menjelaskan, seluruh rakyat harus mengambil iktibar daripada sejarah iaitu penjajah dapat menguasai negara ini kerana mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah.

"Kalau kita berbeza dari segi budaya, kita mesti bersatu dalam politik kerana inilah kekuatan yang menentukan masa depan kita.

"Jika kita berpecah dalam kelompok kecil dan membiarkan sentimen kesukuan mengatasi pertimbangan yang lebih bersifat nasional dan rasional maka kita akan menjadi masyarakat yang kian lemah," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi membina Sekolah Menengah Agama Rampayan Laut di sini.

Beliau seterusnya berkata, UMNO dan BN telah terbukti berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan membawa pembangunan dan perubahan kepada negara.

Perdana Menteri memberitahu, parti keramat yang mula ditubuhkan di Semenanjung itu asalnya bertujuan memecah tembok-tembok kesukuan yang memisahkan sesama masyarakat.

''Atas sebab itulah kita menjadi kuat, Sabah menjadi kuat dan menjadi kubu BN kerana kita mengenepikan rasa kesukuan dan kita mengambil keputusan bahawa kita boleh memegang tradisi, kita boleh menghormati budaya tetapi politik kita bersatu di bawah UMNO dan BN," katanya.

Sumber : Utusan

Saturday, 28 July 2012

ANTARA IMPIAN NAJIB DAN MIMPI ANWAR




Rakyat tumpang gembira serta mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 59 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang jatuh pada 23 Julai yang lalu.

Lebih daripada itu rakyat berasa bertuah mempunyai seorang pemimpin bervisi seperti Datuk Seri Najib yang bakal membawa negara ke tahap pembangunan yang jauh lebih maju dan progresif dalam tahun-tahun mendatang.

Rancangan beliau untuk memantapkan lagi pentadbiran negara melonjakkan pembangunan negara sediada serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat semuanya terkandung kemas dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Melalui kedua-dua program mega itu, terserlah kualiti pada diri Perdana Menteri bahawa beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman lama dalam pentadbiran kerajaan selama 36 tahun malah arif bagaimana melakar perjalanan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran abad ke 21.

Malangnya segala impian rakyat yang ingin dibawa dan direalisasi oleh Perdana Menteri bakal hancur sekiranya pembangkang yakni Pakatan Rakyat dibenarkan memegang tampuk kuasa di Putrajaya.

Pada masa kini, pembangkang sedang sibuk dengan agenda politik mereka untuk meruntuhkan perancangan pembangunan yang telah di susun oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat.

Mereka menyerang pentadbiran kerajaan dengan pelbagai cara terutamanya melalui pendekatan media yang dibantu oleh rangkaian media Barat.

Mereka mencipta dan mengada-adakan bermacam-macam fitnah dan tohmahan untuk melemah serta menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Ada sahaja isu yang boleh pembangkang memanipulasi, mereka akan membesar-besarkan dan menjadikan isu itu sebagai satu senjata menghentam kerajaan.

Bagi pembangkang kebenaran hanya ada pada pihak mereka.

Walaupun kerajaan berulang kali memberi penjelasan secara terperinci mengenai sesuatu isu yang ditimbulkan samada di dalam atau luar Parlimen, itu tidak menjadi penting kerana pembangkang yang menentukan samada ianya benar atau salah.

Tujuan semua tindakan pembangkang ini ialah supaya rakyat tidak akan merasa kesan positif dan perubahan positif kepada kehidupan mereka hasil program serta dasar yang telahpun terlaksana setakat ini.

Pembangkang tidak mahu rakyat berfikir bagaimana mereka menikmati perkhidmatan kesihatan dan perubatan paling rendah di dunia di Klinik 1Malaysia dengan hanya yuran serendah RM1.

Perdana Menteri tidak mahu membebankan rakyat dengan  perkhidmatan kesihatan yang tinggi terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, sebab itu kerajaan sanggup mengenakan caj lebih rendah daripada harga segelas teh tarik!

Pembangkang juga mahu mengalih perhatian rakyat kepada langkah kerajaan memperkenalkan Kedai 1Malaysia yang menjual banyak produk barangan buatan tempatan dengan harga yang lebih rendah daripada pasaraya seperti Tesco, Giant atau Carrefour.

DAP sebelum ini cuba menggagalkan usaha kerajaan ini dengan memburuk-buruk kualiti produk yang dijual tetapi rakyat lebih bijak berfikir bahawa itu adalah propaganda murahan pembangkang.

Kini laporan media menyatakan seringkali Kedai 1Malaysia kehabisan stok kerana sambutan rakyat yang amat menggalakkan.

Bagi lebih 70,000 golongan pemandu teksi yang selama ini memberi khidmat kepada rakyat, kerajaan tidak melupakan pengorbanan mereka dengan memberi tayar percuma melalui skim Tayar 1Malaysia, malah kerajaan juga sedang menimbang skim caruman Perkeso dan KWSP bagi mereka.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan kumpulan pemandu teksi kononnya untuk menunjukkan prihatin beliau kepada nasib mereka tetapi apa yang mampu ditawarkan beliau hanyalah air liur dan janji kosong.

Pembangkang juga mahu mengalih pandangan rakyat daripada langkah kerajaan mengurangkan bebanan kehidupan mereka dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada setiap isi rumah.

Ramai penyokong Pakatan Rakyat berjaya menikmati BR1M tetapi dalam usaha membantu rakyat kerajaan tidak pernah mendiskriminasi atau menindas mana-mana golongan atas alasan berlainan ideologi politik.

Inilah bukti kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang adil yang membela semua lapisan rakyat tidak kira bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.

Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain akan terus mengadakan ceramah setiap malam untuk menipu rakyat.

Contohnya, PAS telah memerintah Kelantan selama 22 tahun sejak pilihan raya umum 1990, tetapi masih menjadikan ceramah umum sebagai aktiviti utamanya meskipun sudah menubuhkan kerajaan negeri.

Pembangunan negeri dan rakyat sepatutnya menjadi agenda teras pemerintahan di negeri Serambi Mekah itu tetapi PAS memilih menjadikan pentas ceramah sebagai alat propaganda untuk mengawal minda rakyat Kelantan supaya terus mengundi golongan jumud itu.

Tanpa ceramah politik setiap malam, nescaya pengaruh PAS akan jauh berkurangan dan negeri itu akan jatuh kembali ke tangan BN.

Apa pun fitnah pembangkang, Perdana Menteri tetap beristiqomah di atas landasan untuk mendahulukan rakyat dalam pentadbirannya.

Berkat kesabaran Datuk Seri Najib menanggung badai fitnah pembangkang, mutu kehidupan rakyat sudahpun menampakkan perbezaan positif yang ketara.

Bak kata pepatah biarlah luncai terjun dengan labunya; biarlah Anwar dan pembangkang lemas dalam dunia fantasi mereka yang tidak berkesudahan.

Saturday, 16 June 2012

FIQH MENTAATI PEMIMPIN

Umat islam secara keseluruhannya sedang berhadapan dengan dugaan, cabaran dan hambatan politik yang hebat. Apa yang berlaku pada ketika ini digambarkan sebagai renaissance baru demokrasi di sesetengah negara. Namun, suasana itu belum mampu menjamin kemungkinan bahawa umat Islam berada di dalam suasana yang lebih baik dan selesa dalam segala segi.

Umat Islam wajar diberikan kefahaman yang lebih jelas dan konklusif, mengenai kewajaran kita mentaati pemimpin, khususnya dalam usaha kita menyediakan umat Islam ke arah cabaran pemikiran, gugatan politik dan hambatan sosio-ekonomi yang lebih besar.

Dalam usaha yang berterusan untuk memastikan keseimbangan antara menyantuni tuntutan demokrasi dan menghargai hadaf dan ghayah ummatik yang lebih besar-ianya memerlukan nilaian pertimbangan yang wajar dan bersesuaian. Apatah lagi, ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan takrifan mengenai kepimpinan akibat dimomok dengan pelbagai pandangan yang tidak berasas dan tidak tepat.


Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...