j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Datuk Seri Najib Umum Tarikh PilihanRaya ke 13

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday, 3 September 2012

Datuk Seri Najib Umum Tarikh PilihanRaya ke 13


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin diadakan November ini.

"Tahun ini amat unik, genap 66 tahun usia UMNO, 55 tahun negara mencapai kemerdekaan dan UMNO sudah bertapak selama 22 tahun di Sabah.

"11 darab 6 (UMNO), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (UMNO Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya sambil melirik senyuman.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi dan Beluran (UMNO Zon 5) di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pimpinan parti-parti komponen.

Lebih 30,000 orang hadir memeriahkan majlis itu yang turut diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Zon 5.

Tambah Perdana Menteri, beliau amat gembira dengan kehangatan UMNO Sabah yang begitu mantap dan kuat.

"Tiada orang yang sangsi dengan kekuatan UMNO Sabah , jadi saya ingin tanya jika Pilihan Raya Umum Ke-13 dibuat esok, adakah rakyat Sabah akan undi sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN)," katanya sambil disambut dengan jeritan serentak 'Hidup BN' oleh para perwakilan.

Perdana Menteri seterusnya menegaskan, UMNO tidak akan sesekali memberi peluang kepada pemimpin yang tidak ikhlas berjuang dan hanya mementingkan keuntungan peribadi semata-mata.

Kata beliau, pemimpin boleh datang dan pergi, malah dalam sejarah perjuangan parti tidak pernah wujud keadaan terdapat individu tertentu yang lebih besar daripada parti.

"Jika berjuang hanya untuk mengisi perut, inginkan jawatan dan kuasa, sila keluar. Parti tidak memerlukan orang seperti ini.

"Kita akui di sesetengah tempat memang ada sedikit masalah. Ia berpunca daripada angkara 'pakar bodek' yang semua orang sudah tahu siapa dia. Setelah tidak berjaya di beberapa negeri seperti Sarawak, dia masuk pula ke Sabah," katanya.

Sementara itu, di Kota Belud, ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kampung Rampayan Laut, hari ini, Najib berkata, rakyat negara ini boleh menerima perbezaan budaya sebagai satu keunikan tetapi tidak sama sekali menerima sebarang unsur tidak sihat akibat perbezaan fahaman politik.

Sehubungan itu, tegas beliau, seluruh rakyat harus bersatu padu di bawah satu payung politik yang mampu menjamin masa depan negara iaitu Barisan Nasional (BN) dan menolak sentimen kesukuan yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Beliau menjelaskan, seluruh rakyat harus mengambil iktibar daripada sejarah iaitu penjajah dapat menguasai negara ini kerana mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah.

"Kalau kita berbeza dari segi budaya, kita mesti bersatu dalam politik kerana inilah kekuatan yang menentukan masa depan kita.

"Jika kita berpecah dalam kelompok kecil dan membiarkan sentimen kesukuan mengatasi pertimbangan yang lebih bersifat nasional dan rasional maka kita akan menjadi masyarakat yang kian lemah," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi membina Sekolah Menengah Agama Rampayan Laut di sini.

Beliau seterusnya berkata, UMNO dan BN telah terbukti berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan membawa pembangunan dan perubahan kepada negara.

Perdana Menteri memberitahu, parti keramat yang mula ditubuhkan di Semenanjung itu asalnya bertujuan memecah tembok-tembok kesukuan yang memisahkan sesama masyarakat.

''Atas sebab itulah kita menjadi kuat, Sabah menjadi kuat dan menjadi kubu BN kerana kita mengenepikan rasa kesukuan dan kita mengambil keputusan bahawa kita boleh memegang tradisi, kita boleh menghormati budaya tetapi politik kita bersatu di bawah UMNO dan BN," katanya.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...