j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: WANTED : JIKA ANDA KENAL MEREKA INI SILA HUBUNGI 03-20319999

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday 3 September 2012

WANTED : JIKA ANDA KENAL MEREKA INI SILA HUBUNGI 03-20319999


Pihak Polis DiRaja Malaysia minta individu yang dicari dan saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan. Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan di talian 03-20319999






Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang semasa ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Sehubungan itu, polis memberi amaran kepada individu terlibat melakukan perbuatan tersebut yang gambar mereka tersebar di Internet dan disiarkan dalam beberapa akhbar hari ini, supaya tampil membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut kerana ia boleh menggugat kestabilan negara dan tidak teragak-agak mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

"Semasa Perhimpunan Janji Bersih diadakan pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka, telah berlaku insiden beberapa individu mempamerkan bendera 'baru' untuk menggantikan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

"Terdapat juga insiden beberapa individu bertindak memijak gambar pemimpin negara dan seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Pada ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka, selain memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, terdapat segelintir peserta membawa bendera merah putih seakan-akan bendera Singapura yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.

Sehubungan itu, kata Mohd. Bakri, satu laporan telah diterima di Balai Polis Tun H.S Lee di sini semalam, berhubung insiden tersebut dan pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut.

Beliau berkata, bagi tindakan mempamerkan bendera baharu untuk menggantikan bendera Malaysia, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 kerana perbuatan itu boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum dan penduduk negara ini.

Katanya, tindakan memijak gambar pemimpin negara pula disiasat di bawah Seksyen 290 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan manakala perbuatan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...