j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Video Seks Anwar Ibrahim

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Video Seks Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Video Seks Anwar Ibrahim. Show all posts

Monday, 23 July 2012

Ariel Peterpan Dibebaskan Dari Penjara

ARIEL dipeluk Luna Maya di luar mahkamah di Bandung sebelum dibebaskan
Lopeh 2 tahun meringkuk dalam penjaro sobab video lucah/porno/seks.. Ariel dibebaskan hari ini oleh mahkamah negeri bandung.. Video aksi sedang bermadu asmara bersamo Lunan maya dan Cut Turi mencetus kemarahan dikalangan penduduk Islam di negaro itu..

Tetapi kek negaro kito.. rakyat khususnyo penyokong pakatan rakyat tak lah marah dengan Anwar Ibrahim.. polik lak den nengokkan.. riang bonar diorang menyokong Al juburi tu.. Anwar nyokong LBGT pun diorang suko.. Dunio nak kiamat agak eh.. Tetapi sobolum kiamat korang bueklah pilihan yang bijak maso PRU 13 nanti.. Eden tak maun do berPerdano Montori kan orang yang gilo seks.. dahlah Malaysia ni negaro Islam.. Kut dio teraju malaysia.. maun bertukar status negaro sok... 

Thursday, 12 July 2012

Kes Liwat II: Rancangan ‘Rusuhan 901’ Mungkin Perlu Diteruskan?

Pada 9hb Januari lepas, iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan, Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya. Bagi memberi impak yang lebih bermakna, hari tersebut diberi nama '901' iaitu simbol pembebasan seorang 'wira'. Malah, sebuah bom juga telah diletupkan sebagai 'memeriahkan' lagi rusuhan yang dirancang.

Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru.

Namun, rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Bagaimanapun, semalam pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan yang bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat.

Petisyen tersebut ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin dengan menyenaraikan sembilan alasan berupa kekhilafan Hakim iaitu Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dari segi undang-undang dan fakta dalam membuat keputusan tersebut.

Petisyen tersebut juga memohon agar Anwar disabitkan dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan berdasarkan alasan-alasan berikut:

1. Hakim Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful. Hakim juga telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pegawai penyiasat dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

2. Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan. "Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan," kata pihak pendakwaan.

3. Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

4. Hakim telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

5. Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.

6. Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.
"SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut," kata pihak pendakwaan lagi.

7. Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.
Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.

8. Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.

9. Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.
Jika pihak pendakwa berjaya dalam rayuan ini, maka Anwar boleh menerima hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan. Pastinya, ini adalah alasan yang kuat untuk Anwar menggerakkan satu rusuhan mengikut perancangan asal '901'. Mungkin nama '901' perlu diubah memandangkan tarikh tersebut sudah tidak relevan lagi.

Nampaknya masih ada harapan untuk Anwar menjadi hero dengan cara yang dramatik sepertimana yang diimpikannya selama ini.

Cuma yang perlu diingatkan ialah, jika impian Anwar untuk mencipta huru-hara ini menjadi nyata, masih tidak ada jaminan yang Anwar akan berjaya bebas mengikut skrip asal yang dibayangkannya iaitu dengan campurtangan asing menobatkannya sebagai pemerintah. Tidak mustahil huru-hara akan berlaku juga tetapi hanya dalam lingkungan 500m di luar mahkamah dalam tempoh 1 – 2 jam, dan Anwar menjadi hero yang meracau sendirian dari dalam penjara selama 20 tahun yang akan datang.

MerahMato®

Wednesday, 4 July 2012

Liwat II : Hakim Cakap Ada Kemasukan Batang




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam alasa penghakiman penuh kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan menyatakan ada berlaku penetrasi dalam dubur bekas pembantu peribadi Anwar berdasarkan keterangan tiga orang doktor Hopital Kuala Lumpur.



Kenyataan dari hakim ini dapat membuktikan yang Anwar seorang penipu besar kerana Anwar didalam ceramahnya menyatakan dan mengemukakan bukti palsu kononnya Saiful tidak diliwat. Yang peliknya kalau Anwar tak bersalah, kenapa Al-juburi ni memilih untuk memberi keterangan tanpa mengangkat sumpah. Apsal takut.. Takut dimakan oleh sumpah ker atau takut jadi sesumpah.. Berani kerana benar beb.. Takut kerana salah...


Yang penyokong-penyokong Anwar ni pun bangang.. Ditegakkan hidup-hidup kononnya ini konspirasi UMNO.. Konspirasi ayah ko... Dia yang dapat sedap.. Korang yang jadi tukang cebok pulak... Anwar lepas bukan sebab dia tak bersalah.. Puncanya hanya disebabkan pegawai penyiasat telah membuka beg plastik (P27) yang mengandungi bekas-bekas kecil berisi sampel bahan bukti.. Bukak plastik jer.. bukan bukak bekas tu.. itupun untuk tujuan melabelkan semula bekas-bekas tersebut..


Wednesday, 13 June 2012

Orang Cakap Lidah Anwar Bercabang Betul ke?


Kelakar betul Merah tengok pencacai-pencacai puak pembangkang ni.. Beria-ia mereka menafikan tentang kesalahan Anwar.. hehehe.. ketua korang yang sedap balun jubo, balun chinadoll dan songlap 3 billion.. Ekau pulak nak menidakkan pulak..


Cuba korang tengok, ada pernah anwar ambil tindakan terhadap sesiapa yang menjatuhkan beliau? Pernah tak Anwar saman Eskay? Pernah tak Anwar saman Saiful? Pernah tak Anwar nak saman Abd Murad Khalid? Korang tak terfikir ke sebab apa Anwar tak nak bersihkan nama beliau... Asyik cakap berbelit jer.. Setiap kali ada isu panas, ada jer cara Anwar mengelakkan diri... Tak berani nak jawab tentang isu-isu panas.. Yang hanya boleh dia cakap, perut dia tak boroi, ini konspirasi UMNO...


Apa susahnya nak bersihkan nama.. Kalau betul tak salah, saman je lah kalau fitnah.. Susah ke nak buat report polis.. Nak kata polis dan mahkamah tidak adil.. Kes kau balun Saiful kau lepas apa.. Tapi jangan lupa, kau lepas bukan pasal kau tak bersalah.. Itupun sebab tak cukup bukti..

Anwar sekarang sibuk menjelajah corok-corok kampung menabur janji kosong untuk pilihanraya yang akan menjelma.. Melihat dari hadirin yang hadir.. nampak sangat dah rakyat benci dengan peliwat ni.. Dia ingat senang nak akalkan orang-orang kampung.. Mereka semua dah cerdik bang Nuar oiiii.. 



Thursday, 26 April 2012

GMPN vs Bersih 3.0

Demi menjaga keselamatan dan keamanan negara Malaysia tercinta
Satu laporan polis di buat petang tadi bagi menggesa pihak berkuasa memganbil tindakan terhadap penganjur demo bersih 3.0 serta orang yang hadir ke himpunan tersebut.

Gerakan Memartabat Pejuang Negara yang di ketuai oleh Presidennya Mejar (B) Razali bin Zakaria memberitahu jika tidak dibenteras awal ianya akan mewujudkan suasana yang tidak tenteram.

Presiden GMPN mewakilli rakyat Malaysia mendesak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis supaya tindakan tegas dikenakan kepada penganjur, individu dan partipolitik yang akan berhimpun pada 28 April 2012.

Himpunan Bersih 3.0 yang ditunjangi oleh Ambiga dan didalangi oleh parti pembangkang dijangka akan menimbulkan kekecohan di ibu negara. Rakyat umumnya risau jika ada perbalahan kemungkinan akan terjadi rusuhan kaum serta pertumpahan darah.


Tuesday, 24 April 2012

Gempar!! Video Oral Sex Anwar tersebar


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini cuak kerana video "Aiskrim" kini berada di tangan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
'Jaga ini betul-betul', kata Datuk Nalla kepada peguamnya.
Video berkenaan yang mengaitkan perlakuan seks diantara Anwar Ibrahim bersama isteri kepada pemimpin PKR Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin diserahkan sendiri oleh Datuk S Nalakaruppan di perkarangan lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur.

Datuk Nalla enggan mendedahkan lebih lanjut berkenaan video tersebut dan berkata semuanya akan didedahkan ketika prosiding mahkamah.
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...