j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Nik Aziz Nik Mat

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

Nik Aziz ajak Melayu bersatu tentang perbuatan hina nabi tapi tak ajak pula menentang penzina & peliwat



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengajak semua orang Melayu bersatu mengutuk pihak yang menerbitkan filem "Innocence Of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Mursyidul Am Pas itu berkata tindakan itu perlu untuk menyedarkan pihak terbabit yang disifatkannya sebagai perbuatan “orang kurang siuman" agar tidak mengulangi perbuatan yang menghina Islam itu.

"Cadangan saya kita orang Islam jangan sesekali tolak Islam daripada dasar hidup kita, nanti orang lain lebih teruk lagi buat pada kita (orang Islam)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Kelantan di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata bantahan itu wajar supaya mereka yang melakukan perbuatan itu sedar terhadap kesilapan yang dilakukan. 

bernama



Tuesday, 3 July 2012

PANAS WAJIB LIHAT: DOA NIK AZIZ BUAT UMNO


Ni apa punya doa ni.. Patut ke membuat doa memohon kecelakaan pada orang.. Gila ke apa dan wajar ke seorang yang diangkat sebagai Muryidul Am PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam membuat doa sebegini.. Dah nyayuk ke orang tua ni?

Kalau orang yang memakai gelaran nama sebagai 'Tuan Guru' ni, secara tak langsung menjadi role model kepada pengikutnya. Dari perbuatan dan percakapan tuan guru akan ditiru dan diikutti oleh pelajar atau pengikutnya.. jadi memang sah lah parti PAS ni adalah Parti Ajaran Sesat..

Patut dah tua begini,  Nik Aziz patut banyak buat amal ibadah.. Bukan nak mendoakan kecelakaan buat orang lain.. kamu tu, dah berapa lama jadi Menteri Besar.. Tak reti-reti lagi nak bagi laluan kt orang lain.. kamu tu dah tua dan dah nak nyayuk rasanya.. Jadi tak payahlah nak gila-gila kuasa.. Bak kata omputih "step down & resignlah'.. Pergilah bawak banyak-banyak bertaubat.. Pintu taubat masih terbuka.. 

Apa kata di Kelantan kamu cuba Barisan Nasional pula yang memerintah.. Sepenggal jer... kalau tak ok biar rakyat yang menilainya.. Amacam Tuan Guru... Ada Berani ker? "Jom Acu Test Sepenggal"

Tuesday, 5 June 2012

Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz bergaduh


Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz berdendam?


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pertelagahan pendapat antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan mereka berdendam antara satu sama lain.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkara itu sebenarnya telah berlaku sejak Nik Abdul Aziz membantah cadangan Abdul Hadi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO.

Katanya, Abdul Hadi selaku Presiden parti merasa tercabar apabila cadangan beliau ditolak mentah-mentah oleh Nik Abdul Aziz.

"Tetapi apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan untuk bermuzakarah bersama UMNO, giliran Abdul Hadi pula menentangnya bagi membalas dendam terhadap tindakan Mursyidul Am Pas itu.

"Walaupun Presiden parti, Abdul Hadi tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana Nik Abdul Aziz telah mengawal sepenuhnya Majlis Syura, badan tertinggi parti tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden PAS itu sekali gus bercanggah dengan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan pendirian undi Pas masuk syurga.

Kedua-dua pemimpin itu turut bercanggah dalam isu Perdana Menteri Melayu yang mana Abdul Hadi menegaskan jawatan tersebut mesti disandang orang Melayu sedangkan Musyidul Amnya tidak kisah mana-mana kaum asalkan individu berkenaan beragama Islam.

Menurut Ramlan, Pas merupakan sebuah parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Islam tetapi sering berpecah-belah sesama sendiri, menunjukkan mereka telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Nik Abdul Aziz yang meletakkan syarat muzakarah supaya UMNO menghapuskan prinsip perjuangannya sedangkan Pas kini dilihat menggadaikan namanya apabila bekerjasama dengan DAP.

"Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya termakan umpannya sendiri kerana sewaktu para pemimpin DAP mengeluarkan ucapan berbaur anti-Islam, beliau tidak pernah membantah tindakan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mencadangkan supaya Pas mengadakan Muktamar Khas untuk membincangkan pertelagahan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Katanya, muktamar itu bertujuan mendengar pendapat ahli-ahli Pas yang selama ini berdiam diri terhadap gelagat pemimpin mereka.

"Jangan nafikan hak ahli-ahli Pas, mereka juga berhak menyuarakan pandangan terhadap kepincangan yang berlaku di dalam parti," katanya.

Wednesday, 23 May 2012

Wajib Tonton Hadi Awang putar belit macam Kaf Lam Ya Nga


Kaf Lam Ya Nga.. Itulah perkataan pertama terlintas di kepala Merah apabila mendengar kenyataan dari Hadi Awang berkenaan isu Muzakarah diantara PAS dan UMNO.

Hadi Awang memutar belit dengan mengatakan ini satu agenda politik dan UMNO tidak ikhlas berhubung isu muzakarah. Betul-betul kelinglah orang tua ni. Pelawaan muzakarah adalah dari mulut Nik Aziz, kenapa pula hendak tuduh UMNO yang tidak ikhlas? Dah lah hendak muzakarah tetapi letakkan syarat pula.. Siapa yang tidak ikhlas sebenarnya?

Hadi Awang sebenarnya sengaja mencari alasan untuk tidak bermuzakarah bersama UMNO, bagi dia hanya  kuasa dan kedudukan adalah lagi penting dari kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Klik SINI untuk melihat artikel Merah sebelum ini berhubung isu muzakarah.

Jika Hadi Awang mengatakan kerajaan tidak menjalankan pilihanraya yang bersih, bagaimana mereka boleh mentadbir Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Bagi Merah, mereka sengaja membuat beberapa isu kerana ingin menutup kesalahan yang dilakukan Azmin, Anwar, Mat Sabu dan lain-lain..

Monday, 21 May 2012

Nik Aziz tidak ikhlas nak Muzakarah



Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO menunjukkan Pas sebenarnya mencari alasan untuk tidak mahu berbuat demikian.

Nik Abdul Aziz tidak perlu meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah atau berbincang demi perpaduan umat Islam serta kepentingan orang Melayu di negara ini.

"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu, jadi apa nak syarat pula. Itu (syarat) pasal nak bagi alasan tak mahu muzakarah, nanti kata tak cukup syarat," 

Semalam, Nik Abdul Aziz meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah termasuk UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.

Beberapa pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun dilapor menolak cadangan mengadakan muzakarah.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi maklum balas bahawa parti itu sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Tun Dr. Mahathir pun menyindir Pas kerana sanggup meletakkan syarat untuk berbincang dengan UMNO melibatkan hal Melayu, tetapi tiada sebarang syarat pula untuk bekerjasama dengan DAP.

"Dengan DAP, Pas tak letakkan syarat pula sampai Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu pun tak apa. Beliau belum jadi mayat pun dia (Pas) dah setuju, untunglah Karpal,"


Wednesday, 4 April 2012

Pendedahan Part 2 :Penyelewengan Duit oleh ADUN Paroi YB Taufik Abd Ghani Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan


Apa nak jadi dengan Adun Paroi Taufik Abd Ghani ni.. Pergi mengerjakan Umrah pun seleweng duit parti.. 


Halooo YB Taufik...  Orang pergi Umrah tu buat ibadat bukan pergi melancong!!! Patutlah bila buat ceramah-ceramah suruh ahli amal PAS pergi kutip duit..

Dasyat sungguh pemimpin-pemimpin Pas sekarang.. Yang Mursidul Am dapat penajaan pergi Haji.. Pesuruhjaya Pas Negeri seleweng duit pergi Umrah.. 


Bukan setakat itu.. baju bersih pun berhutang.. entah-entah collection baju bersih 
masuk poket sendiri..


Wajib ditendang keluar Taufik Abd Ghani ni!!!

MerahMato: Pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh blog MerahMato untuk menunjukkan siapa sebenarnya pemimpin yang dipilih oleh kawasan DUN Paroi dan Ahli PAS NS.


Part 3? tungguuuuu....................................


Friday, 30 March 2012

Undi PAS masuk Syurga



Hambo ni tidaklah cerdik pandai dalam bab Agamo.. Tetapi seelok-eloknya Nik Aziz perlu “memisahkan” agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati. Pemimpin politik sekarang sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...