j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Nik Aziz tidak ikhlas nak Muzakarah

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday 21 May 2012

Nik Aziz tidak ikhlas nak Muzakarah



Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO menunjukkan Pas sebenarnya mencari alasan untuk tidak mahu berbuat demikian.

Nik Abdul Aziz tidak perlu meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah atau berbincang demi perpaduan umat Islam serta kepentingan orang Melayu di negara ini.

"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu, jadi apa nak syarat pula. Itu (syarat) pasal nak bagi alasan tak mahu muzakarah, nanti kata tak cukup syarat," 

Semalam, Nik Abdul Aziz meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah termasuk UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.

Beberapa pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun dilapor menolak cadangan mengadakan muzakarah.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi maklum balas bahawa parti itu sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Tun Dr. Mahathir pun menyindir Pas kerana sanggup meletakkan syarat untuk berbincang dengan UMNO melibatkan hal Melayu, tetapi tiada sebarang syarat pula untuk bekerjasama dengan DAP.

"Dengan DAP, Pas tak letakkan syarat pula sampai Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu pun tak apa. Beliau belum jadi mayat pun dia (Pas) dah setuju, untunglah Karpal,"


No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...