j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Ni Satu Lagi Kerja Bangang Puak Pembangkang

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Wednesday, 16 May 2012

Ni Satu Lagi Kerja Bangang Puak Pembangkang

Apa nak jadi dengan budak-budak pembangkang sekarang ni? Rosak dibuatnya otak pengikut-pengikut Anwar Ibrahim ni.. Dulu masa TPM datang ke Negeri Sembilan, habis semua poster/banner kedatangan TPM di koyak dan di simbah cat oleh chegubard dan budak-budaknya.. Sekarang pula.. pencacai-pencacai pakatan rakyat diarahkan merosakkan papan tanda UMNO di Taman Alamanda, Senawang Negeri Sembilan pula..

Tindakan VANDALISME terkutuk ini adalah menunjukkan hinaan terhadap sahsiah diri si pelakunya. Apa motif diorang? Menconteng dan merosakkan harta benda awam dengan menconteng kata-kata yang tidak sihat, menunjukkan amalan budaya yang tidak sihat yang diturunkan dari pemimpin mereka kepada orang bawahan.. Perbuatan ini menyebabkan masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian untuk memenuhi nafsu mereka yang hina itu..

Umumnya perbuatan jenayah Vadalisme ini tidak dibuat tanpa didorong oleh pihak tertentu.. 'Mana perginya kuah kalau tak ke nasi'. Pemimpin Atasan pakatan rakyat dengan masalah moralnya.. Secara tidak langsung pengikut-pengikut bawahan  pun turut serta.. Bak kata pepatah 'Bapak Borek, Anak Rintik'.

Menurut kajian, orang yang melakukan Vandalisme akan mudah menjadi penjenayah dan akan terlibat dengan keganasan. Lihatlah apa yang jadi pada Bersih 3.0 lepas.. Jelas terbukti Pakatan Rakyat ini mengajar pengikut-pengikut mereka ke arah menjadi perosak Agama, Bangsa dan Tanahair..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...