j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Laporan Polis Terhadap Guan Eng

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Thursday, 10 May 2012

Laporan Polis Terhadap Guan Eng



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin lepas.

Azhar berkata, kenyataan Lim menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat dan boleh berlaku perbalahan kaum serta mengancam keharmonian negara.

"Saya buat laporan polis hari ini atas nama ADUN Penaga dan saya mahu polis menyiasat kenyataan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana ia merupakan satu hasutan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai di sini, hari ini.

Yang turut hadir peguam Azhar, Abu Bakar Sidek dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN-ADUN UMNO.

Guan Eng sebelum ini dipetik sebagai berkata: “Sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam".

Ketua Menteri itu bagaimanapun berkata, beliau membuat kenyataan itu bagi merujuk kepada insiden perobohan rumah berhala yang terletak dalam kawasan Pelabuhan Pulau Pinang oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) baru-baru ini.

Azhar berkata ayat “terancam" yang digunakan oleh Guan Eng adalah sesuatu yang sangat berbahaya dan berunsur hasutan kepada kaum India agar membenci orang UMNO iaitu orang Melayu.

"Walaupun kenyataan itu dibuat semasa Persidangan DUN dan Guan Eng mempunyai imuniti, tetapi ia telah didengar secara langsung oleh orang ramai dan kenyataan berkenaan berbaur hasutan.

"Perkara ini bukan boleh dimain-main kerana ia melibatkan hasutan dan kita serahkan kepada polis untuk menyiasat berhubung kenyataan Guan Eng," katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...