j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Polis akan ambil tindakan terhadap Anwar dan Ambiga

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Friday, 4 May 2012

Polis akan ambil tindakan terhadap Anwar dan Ambiga


Kerajaan tidak pernah takut untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga yang bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan haram Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius insiden itu dan pastinya pihak yang bertanggungjawab tidak boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut beliau, Kabinet yang bermesyuarat semalam mengarahkan pihak polis dan Peguam Negara menjalankan siasatan segera sebelum pertuduhan dibuat terhadap pihak yang terlibat.

"Setakat ini seorang sudah dikenakan tindakan dan yang lain kita tunggu untuk mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak.

"Soal mengumpulkan maklumat dan bukti berkaitan insiden yang berlaku perlu mengikut peraturan undang-undang," katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kerajaan takut dan terlalu lambat mengambil tindakan terhadap penganjur Bersih 3.0.

Menurutnya, masyarakat perlu memahami bahawa dalam proses undang-undang, pihak berkenaan perlu mempunyai bukti yang cukup sebelum sesuatu tindakan diambil.

Beliau berkata, kerajaan sedar kebimbangan masyarakat yang merasakan insiden tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan ia boleh berulang lagi.

Muhyiddin turut menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai insiden yang amat mengaibkan negara kerana menyebabkan kerosakan harta benda, kecederaan kepada anggota polis dan petugas media.

"Insiden ini memberikan imej tidak baik kepada negara. Walaupun pihak penganjur beri jaminan perhimpunan akan berlangsung dalam keadaan aman dan selamat, terbukti mereka gagal menunaikan janji.

"Kerajaan sudah putuskan tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka apabila bukti mencukupi dan berharap ia tidak mengambil masa yang terlalu lama," katanya.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...