j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Skandal Azmin: Blogger-Blogger Pro BN Jadi Kambing Hitam

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Thursday, 3 May 2012

Skandal Azmin: Blogger-Blogger Pro BN Jadi Kambing Hitam


Sudah menjadi kezaliman PKR, PAS dan DAP jika apa-apa yang buruk terjadi kepada mereka maka muncung senapang akan dihala kepada Umno. Amalan lazim itu dipratikkan sekali lagi oleh Azmin dua hari lepas apabila gambar-gambar skandal moralnya tersebar. Blogger-blogger pro BN juga tidak terlepas menjadi mangsa tuduhan Azmin dan PKR.

Bila sebut bab skandal terbaru Azmin, masyarakat akan terus teringatkan blogger Papa Gomo, House PK , MPP , dan ramai lagi yang lain. Tetapi masyarakat tidak mengetahui bahawa rakan-rakan saya tersebut sebenarnya menjadi alat atau kambing hitam kepada PKR. 

Kenapa saya kata begitu ? Nanti saya terangkan.....

Dalam politik yang boleh bunuh kita hanya dua.

1) Musuh politik kita


2) Kawan / orang kita sendiri.

Pertarungan musuh lawan musuh masih boleh ditandingi dan amat-amat jarang musuh mendedahkan pekung busuk kita atau dipanggil kes moral . Ini kerana amat jarang bagi musuh mengetahui hal-hal sedemikian. 

Manakala kawan lawan kawan cukup merbahaya. Ini kerana kebiasaannya kawan-kawan kita yang tahu pekung busuk kita. Sebabnya kita sering berhati-hati dengan musuh dan menjaga gerak geri kita agar tidak diketahui musuh. Tetapi apabila dengan kawan kita atau orang-orang kita maka kita akan berkata "ah takpe ini orang kita, ini kawan kita".

Banyak kes-kes yang melibatkan moral tidak kira dari parti mana sekali pun kebanyakkan datang dari orang yang rapat atau sekeliling individu yang menjadi mangsa pendedahan.

Contoh yang jelas boleh dilihat dalam kes Anwar Ibrahim. Sejak kes liwat Azizan tahun 1998 kepada kes liwat Saiful tahun 2008 sehinggalah kepada kes skandal video, semuanya didedahkan oleh orang sekelilingnya. 

Orang yang dedahkan kes liwat tahun 1998, bukannya musuh politik Anwar ketika itu seperti Mat Sabu, Karpal Singh, Kit Siang atau pembangkang yang lain. Yang mendedahkannya adalah orang yang berada dalam linkungan Anwar ketika itu, Umi Hafilda dan Azizan sendiri. Kini disambung oleh Nallakaruppan, Ezam dan ramai lagi. Semuanya orang keliling Anwar sendiri.

Begitu juga kes gambar Elizabeth Wong satu masa dulu. Siapa musuh yang mampu masuk kedalam rumahnya untuk merakam gambar berkenaan jika bukan orang yang rapat dengannya sendiri yang lakukannya ?

Kes Badrulamin,orang yang rapat dengan wanita berkenaan iaitu suaminya yang tahu tentang hubungan isterinya dengan Badrul. Kalau musuh yang tahu , dah lama perkara itu terbongkar. Belum sempat kena tangkap khalwat dah kecoh satu dunia. 

Begitu juga dalam kes Mat Sabu dengan Normah dalam bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu. Siapa musuh yang boleh tahu Normah akan ke bilik Mat Sabu ? melainkan orang-orang keliling Normah atau keliling Mat Sabu sendiri. 

Dalam hal Azmin Ali, siapa musuh yang mampu masuk ke rumah berkenaan untuk memasang kamera ? 


Nak tahu siapa yang pasang kamera KLIK SINI

Kredit to RBF Online

3 comments:

  1. salam perjuangan...
    link blog saudara sudah saya pautkan. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah..

    Blog tuan wak sudah pautkan..

    Ada sedikit pertanyaan kenapa guna gambar MATA SATU.

    Alangkah lebih elok dan nampak sempurna klu ada sepasang mata.

    Cukuplah hanya PKR sahaja berlogokan MATA SATU.

    Salam perjuangan..

    Wak J

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam wak, insyallah sy cuba perbaiki. terima kasih

      Delete

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...