j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Dalang disebalik insiden di Pejabat Perdana Menteri Semalam

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Thursday, 3 May 2012

Dalang disebalik insiden di Pejabat Perdana Menteri Semalam

Inilah dalang yang disebalik insiden kekecohan yang berlaku di Pejabat Perdana Menteri.


Kehadiran ketua pemuda MIC, ahli MIC serta NGO berkumpul diperkarangan pejabat Perdana Putra yang menempatkan pejabat PM untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan dan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menyesaikan beberapa isu mengenai komuniti kaum India.

Kumpulan ahli PKR yang juga berkumpul di tempat yang sama untuk menghantar memo protes bagi pelajar B. Reshina yang sudah berhenti dari persekolahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Naib Presiden PKR mendakwa keadaan tegang  itu dicetus oleh pihak MIC, walaubagaimanapun dinafikan oleh T.Mohan pemuda MIC dan memberitahu kepada media mereka terpaksa mempertahankan diri apabila beberapa ahli PKR menyerang kumpulan mereka.

PKR dilihat hanya berminat untuk mendapatkan Mykad kepada Reshina  yang dianggap simbol menolong kaum India yang masih belum mendapat kad pengenalan diri/Mykad.

T.Mohan memberitahu, setakat ini MIC telah pun menyelesaikan 9,529 kes berhubung kad pengenalan diri dan berjanji akan membawa kes B.Reshina ini ke Jabatan Pendaftaran Negara. Masalah seumpama ini timbul kerana ramai ibubapa tidak mendaftarkan kelahiran mereka dan bukannya kerana kesalahan dari pihak JPN mahupun kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...