j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: [VIDEO] Wajib tonton Cubaan Chegubard jadi HERO rempuh Bukit Aman

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday, 7 May 2012

[VIDEO] Wajib tonton Cubaan Chegubard jadi HERO rempuh Bukit Aman

Chegubard yang dikatakan tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin atasan PKR kerana gila glamour sekali lagi cuba menjadi hero bersih di Bukit Aman pada jam 2.35 petang tadi.


Dengan membawa nama Sodaliriti Anak Muda Malaysia (SAMM) Chegubard ditemani oleh pengikut-pengikutnya nyaris mencetus pergeseran dengan kumpulan NGO dihadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Kedatangan Chegubard tidak disenangi oleh kumpulan NGO yang hadir dulu untuk menyampaikan ikrar kepada PDRM sebagai sokongan terhadap tindakan pasukan keselamatan dalam menangani perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April.


Chegubard kelihatan terdesak untuk mencipta nama bagi memastikan mendapat tempat dalam calon pembangkang untuk PRU 13. Walaupun memgang jawatan sebagai Ketua Cabang Keadilan Rembau, Bard dilihat tidak mendapat tempat di hati kalangan pemimpin atasan PKR. 


Beliau dilihat membawa nama SAMM ketika membuat ceramah dan bukannya nama Parti Keadilan Rakyat. Dari situ sudah jelas kita dapat melihat ada konflik dalaman diantara Chegubard dan parti PKR.


Perbuatan Chegubard dan pengganas-pengganas bersih yang menghentam pihak keselamatan dan membuat huru-hara di Ibu Kota pada 28 april lalu dikecam oleh semua pihak.


Lihat video dibawah:-

Sumber gambar & berita : Generasi Pejuang Bangsa
Kredit video to Khazanah Minda Politik Melayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...