j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Anwar & Lim Guan Eng: Dua Diktator Dalam Satu Pakatan

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Saturday, 19 May 2012

Anwar & Lim Guan Eng: Dua Diktator Dalam Satu Pakatan

Parti PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua, berbanding dengan PAS.

Persefahaman antara mereka cukup utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Republik, berfahaman plural, berpegang kepada prinsip liberal sekali gus menolak Islam sebagai agama rasmi, menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak istimewa bumiputera.

Bagaimanapun, menyedari yang mereka tidak mungkin dapat meraih sokongan ramai jika mempromosi matlamat tersebut secara terang-terangan dan drastik maka cara halus dan perlahan-lahan digunakan untuk merombak fikiran rakyat. Ini dilakukan dengan berbagai cara menggunakan berbagai wajah seperti BERSIH, Seksuality Merdeka, SUARAM, SUHAKAM dan termasuklah menjemput Irshad Manji, lesbian tersohor dunia untuk mengasak minda muda-mudi kita agar menerima pemikiran ini.

Seharusnya dengan persefahaman yang sedemikian, PKR dan DAP sudah boleh bergabung sebagai satu parti. Lagipun, kedua-duanya sama-sama mempromosi diri sebagai parti berbagai kaum. Tidak lupa juga, kedua-dua mereka merupakan parti pengamal nepotisme dan kronisme yang nyata kerana diterajui oleh keluarga dan sahabat handai pemimpin tertinggi.

Justeru, jika matlamat, prinsip, pegangan dan hala tujunya sama, kenapakah mereka masih menjadi dua komponen berasingan?

Jawapannya, kerana pemimpin-pemimpin mereka gila kuasa, ingin bergelar Ketua dan tidak sanggup menjadi orang nombor dua. Walaupun DAP secara lahirnya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri tetapi umum tahu bahawa DAP mempunyai kuasa penuh ke atas Anwar kerana menyimpan segala bukti rahsia gelapnya.

Anwar pula, lebih rela menjadi boneka kepada DAP asalkan di atas kertas, jawatannya tertera sebagai orang nombor satu. Baginya, sekurang-kurangnya tanpa bergabung dengan DAP, dapatlah juga beliau mendabik dada sebagai Ketua yang sebenar iaitu kepada juak-juak dalam partinya yang akan sentiasa setia buta tuli kepadanya. Jika bergabung dengan DAP, pasti semua juak-juaknya menjadi keliru perintah mana yang perlu diikut, perintah Ketua Boneka atau Ketua yang sebenar?
Masalah yang lebih besar dari sekadar hairaki jawatan ialah sifat Anwar dan juga keluarga Lim itu sendiri iaitu mereka semua mempunyai sifat diktator tegar.

Anwar adalah seorang Ketua yang tidak demokratik, kerana itu beliau sanggup memanipulasi undi dalam pemilihan parti untuk memastikan hanya 'orang-orangnya' yang kekal di jawatan tertinggi. Walaupun PKR mempunyai Presiden iaitu isteri beliau sendiri, tetapi Presiden PKR hanyalah ilusi, atau bayang yang tidak wujud secara nyata. Keputusan parti dibuat seratus-peratus oleh Anwar tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan orang lain. Kerana itu, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya setelah menyedari bahawa mereka hanyalah alat yang diambil dan ditolak ke tepi mengikut keadaan semasa dan mengikut nafsunya.
Sifat diktator Lim Guan Eng pula sudah menjadi pengetahuan umum. Beberapa kali sifat tersebut mengheret beliau ke dalam konflik, krisis dan keadaan memalukan. Kes sPICE misalnya, telah membuka luas karektor kuku-besinya yang keterlaluan.

Namun, seperti juga Anwar, Guan Eng terlalu angkuh untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan. Mereka sering mempersetankan segala kritikan dan membawa keangkuhan mereka ke tahap lebih tinggi setiap kali dikritik, sehingga akhirnya menyerlahkan sifat zalim.

Kerana itu Guan Eng tega meranapkan kampung-kampung dan perniagaan Melayu dan India yang baginya tidak menyokongnya. Tetapi para peniaga Cina yang dianggap penyokongnya dibela dan perniagaan mereka tidak diganggu walaupun berniaga di kawasan yang dilarang serta menghalang lalu-lintas.

Semua ini didedahkan oleh Tunku Aziz, serentak dengan pengumuman beliau untuk keluar dari DAP. Bagi Tunku Aziz, Guan Eng adalah dari jenis yang berlainan dari bapanya yang tidak berpegang kepada integriti dan membuat sesuatu dengan hanya mengikut emosi dan ego sendiri.

Mungkin Tunku Aziz sudah terlalu lama berkawan dengan Kit Siang atau mungkin juga beliau terlalu lurus dan mudah percaya sehingga gagal melihat bahawa Kit Siang adalah borek, dan Guan Eng adalah rintik.

Siapa lagi yang mengajar Guan Eng, jika bukan Kit Siang agar tidak perlu menghormati sesiapa? Keluarga Lim ini hidup dengan beraja di mata, bersultan dihati. Orang lain adalah hamba, dan bangsa lain adalah anjing yang boleh disenyapkan, disepak-terajang atau dibunuh jika perlu.

Justeru, dengan dua orang diktator berada dalam satu pakatan, bagaimana kita mengharapkan yang mereka dapat bekerjasama dengan baik jika menjadi pemerintah? Pemerintahan dua orang diktator pastinya menjanjikan kezaliman dan penindasan dua kali ganda juga.

Seperti yang kita lihat hari ini, keangkuhan mereka membuatkan mereka sering berbuat silap dan merugikan diri serta parti.

Maka, jika dua diktator ini menjadi pemerintah sekali gus, pasti kesilapan yang dilakukan mereka juga akan berganda sehingga akhirnya akan menyebabkan negara kerugian dengan berlipat kali ganda juga

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...