Penahanan R Thangam tengah malam semalam
dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu
gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi
tempohari.
Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak
mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah
inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam
adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas
menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.
Berdasarkan rakaman
tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan
beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya
mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan
langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.
Polis yang berkawal
di sebalik penghadang pun satu hal, kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta
demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas
pemedih mata. Betul tak?
Apapun, dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah
Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar
adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.
Setakat
arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa
tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren,
boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa
gangguan.
Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis
dengan selamba badaknya, apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya
menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.
Jika sekalipun
terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap
ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas, Datuk Hadi Awang
pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi, tidak
begitu?
Kita harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama
punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi
marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua
lepas.
Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini
berjuang untuk pakatan pembangkang alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk
menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang
dikemukakan oleh Benji Lim.
No comments:
Post a Comment