j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Scorpene

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Scorpene. Show all posts
Showing posts with label Scorpene. Show all posts

Monday, 15 October 2012

Pembohongan Pembangkang Dalam Isu Kapal Selam Scorpene


ANWAR GALAS BEBAN SCORPENE SETELAH SUARAM GAGAL


Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.

Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.

Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.

Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.

Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan.

Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.

Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup.

Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.

Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.

Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.

Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.

Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke 13 kelak.

Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu.

Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang.

Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya.

Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir.

Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar.

Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.

Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.

Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal.

Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.

Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.

Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.

Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.




Monday, 28 May 2012

PANAS!!! Komisyen Scorpene 114 Juta Euro


Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.  Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.  Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.  Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci.  Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.  Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?  Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

-       menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

-       Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

-       Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

-       Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

-       Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

-       Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

-       Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.

-       Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.  Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini.  Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang…

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...