Tahniah kepada barisan EXCO yang dilantik oleh kerajaan Negeri Sembilan.. Kali ini barisan EXCO dilantik mewakilli bahagian dan daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Tok Mat kobar formula pemilihan Barisan EXCO kali ini telah dibincang secaro terperinci bersamo Perdano Monteri DS Najib dan telah disembah maklum ko DYMM Yang DiPertuan Bosar Negeri Sembilan.
Mari jadi rakan dan follow blog saya
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Wednesday, 22 May 2013
Friday, 17 May 2013
Suara Cina Dalam Kabinet: Usahlah Kita Tersorong-sorong Pipi
Kabinet baru telah pun diumumkan dengan tiada wakil kaum Cina di dalamnya. Walaubagaimanapun, kerajaan tetap memperuntukkan tempat untuk wakil dari kaum Cina yang mana tertakluk kepada pindaan keputusan Mesyuarat Agong Luarbiasa MCA.
Setakat ini, pihak MCA langsung tidak menunjukkan minat untuk bersama-sama kerajaan lagi. Secara dasarnya, parti itu dilihat terbahagi dua iaitu antara yang mengambil sikap mesra DAP dan juga berkecuali.
Walaupun terdapat di kalangan mereka hatinya masih bersama BN, jumlah mereka mungkin tidak signifikan langsung iaitu selaras dengan peratusan sokongan masyarakat Cina terhadap BN iaitu hanya 3%.
BN boleh sahaja mengikut emosi dan menghukum kaum Cina dengan tidak memberi apa-apa jawatan kepada mereka di kabinet. Malah, rasanya lebih tepat jika dikatakan bahawa kaum Cina sendiri minta dihukum dengan menolak sebarang jawatan sejak dari awal lagi.
Namun, sebagai parti yang matang dan berpengalaman, kepimpinan BN memilih untuk mengenepikan emosi serta cuba untuk mengambil tindakan yang tepat. Dan tindakan yang tepat adalah memberi sedikit ruang kepada kaum Cina di dalam kerajaan sebagai mewakili suara masyarakat kaum itu. Ini adalah penting untuk kesinambungan dan kesejahteraan negara.
Bagaimanapun, kaum Cina tidak berminat untuk membantu kerajaan untuk membuat keputusan yang tepat.
Mungkin juga tindakan mereka ini adalah kerana mereka enggan menjadi sekadar ‘Menteri Pengangkutan’ atau ‘Menteri Kesihatan’, tetapi mereka ingin menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri!
Jika ini benar, nampaknya kaum Cina ingin memegang jawatan signifikan di dalam kerajaan Malaysia walaupun menolak untuk mengasimilasi dengan budaya majoriti negara ini. Mereka ingin menjadi pemimpin tinggi dalam masyarakat negara majmuk tetapi enggan menghayati konsep perpaduan sebenar.
Pendek kata, mereka ingin menjadi Ketua dengan membawa konsep Ketuanan Cina.
Mungkin, inilah sebabnya mereka memandang sepi ‘tempat’ yang disediakan untuk mereka oleh kepimpinan negara. Segalanya mungkin kini kerana kita sudah tidak boleh lagi mengharap atau menjangkakan apa-apa dari kaum Cina selain meletakkan kepentingan diri mereka sebagai keutamaan.
Justeru, mungkin adalah lebih baik jika kerajaan tidak ‘memujuk’ mereka kerana jelas mereka tidak melihat ketiadaan tempat untuk mereka di dalam kabinet sebagai satu hukuman. Tetapi, mereka menganggapnya sebagai gambaran ‘kuasa’, iaitu mereka tidak perlukan tempat di dalam kerajaan untuk hidup di Malaysia.
Memahami karektor kaum Cina, mereka bukannya merasa bersalah, sebaliknya sedang mempamerkan keangkuhan mereka dengan tidak menerima sebarang jawatan di dalam kabinet. Mereka mahu kita semua termasuk kerajaan berhenti mengkritik dan menghentam serta membongkar niat dan sikap buruk mereka yang tidak pernah ikhlas serta tidak tahu bertolak ansur itu. Mereka mahu kita tahu bahawa mereka tidak akan terjejas walau apapun yang kita lakukan.
Mereka tidak kisah menjadi pembangkang asalkan dapat terus mencabar hak keistimewaan Melayu serta kedudukan agama Islam tanpa melepaskan sedikit pun hak mereka terutamanya, hak untuk meneruskan Sekolah Vernakular kerana di situlah mereka melatih generasi baru untuk ‘mengambil-alih’ Malaysia.
Secara ringkasnya, kaum Cina melihat tindakan kerajaan menyediakan ‘tempat’ untuk mereka di kabinet walaupun mereka menolaknya, sebagai satu tanda kelemahan.
Walhal, kerajaan hanya mahu melakukan sesuatu yang tepat dan wajar untuk kesejahteraan semua.
Malangnya, seperti yang kita tahu, pemikiran kaum Cina itu tidak sama dengan kita. Mereka tidak melihat kepada kesejahteraan semua, melainkan diri dan kaum sendiri sahaja. Mereka tidak pernah melihat diri mereka sebagai sebahagian dari kita rakyat Malaysia. Kerana apa? Kerana mereka tidak pernah bersama kita sejak di alam persekolahan lagi.
Kini, punca masalah penolakan kaum Cina terhadap BN sudah jelas iaitu ‘Sekolah Vernakular’. Tetapi, mereka berdegil untuk mempertahankan punca tersebut.
Maka, terpulanglah kepada barisan kabinet baru dan juga kepimpinan negara untuk memilih sama ada untuk menangani puncanya, atau sekadar ingin mencari penyelesaian sementara. Apapun, imej ‘hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong’ yang ditunjukkan oleh BN terhadap MCA adalah satu imej yang buruk sekali.
Wednesday, 1 May 2013
Alah kut setakat 8 ribu org camno ekau nak tawan N9. Ekau ingat pengundi kek sini 10 ribu org jo ko
Umang aiii.. Bukan main ramai org yg turun.. Ni boto2 org nesmilan ko org luar yg banyak ni.. Kut diperati kek fesbok tang klang turun, tang johor turun, tang melako laie.. Takyah lah korang nk mogah bonar yo.. Yg dtg tu horok jo lobih.. Silap2 daftar ngundi pun bolum.. Hikhikhik..
Esey bulan nk promote gambar ni.. Esey cumo nk bagi posan kek org2 kel nesmilan ni..Ni den nk kobar.. Anwar Ibrahim ni berio-io nk tawan nesmilan.. apo tak ehh.. geng2 diorang ni tau nk cuci kaki jo.. ekau org sumo sanggup ko biarkan segalo pembangun dan pencapaian yg dibuek oleh pemimpin sedioado skrg di rampeh oleh org yg gilo kuaso tu.. Apo korang nk ko nesmilan ditadbir oleh pembangkang.. Lagi2 oleh parti yg menghalalkan apo yg diharam.. Kambing pun tahu jantan betino.. esey tak sanggup do.. Korang sumo jgn leko bonar.. jangan kito monang sorak yo.. Sok kampung tergadai..
Bangkitlah semuo..
Ayuh kito pertahankan nogori kito!! Bangkitlah memerangi segalo fitnah & pembohongan keji yg dilemparkan..
Maralah ke barisan hadapan perjuangan.. Julanglah panji2 parti dgn penuh kemegahan & keazaman. Jangan takut, jangan gentar.. In Sha Allah, kita akan pertahan nogori & negaro yg kito cintai.
Wednesday, 17 April 2013
Winnable Barisan Nasional Candidate for Negeri Sembilan #GE13 #PRU13
PARLIMEN JELEBU P126 – Hj Zainuddin B Hj Ismail
NO1 Chennah – Siow Fook Voon (MCA)
N02 Pertang – Dato’ Jalaluddin Alias
N03 Sg Lui– Mohd Razi B Ismail
N04 Klawang – Dato Yunus Rahmat (Penyandang)
PARLIMEN JEMPOL P127 – Tan Sri Isa Samad
N05 Serting – Dato Shamsul Kahar B Deli (Penyandang)
N06 Palong – Dato Lillah B Yasin (Bertukar dari Parlimen KE Dun)
N07 Jeram Padang – Manikam Letchumanan
N08 Bahau – Dr. EE Mei Hua
P128 – SEREMBAN – Dato’ Yeow Chai Thiam
N09 Lenggeng – Dato’ Ishak B Ismail
N10 Nilai – Gan Chee Biow
N11 Lobak – Titan How (How Teck Yu)
N12 Temiang – Lee Kee Cheong
N13 Sikamat – Pn Salwati Abdullah
N14 Ampangan- Abu Ubaidah B Dato Hj Mohd Redza
P129 – Kuala Pilah : Dato’ Hasan B Malek (Penyandang)
N15 Juasseh : Dato’ Razi Kail (Penyandang)
N16 Seri Menanti: Dato’ Abd Samad b Ibrahim (Penyandang)
N17 Senaling: Dato’ Ismail Lasim (Penyandang)
N18 Pilah : Norhayati Omar
N19 Johol : Ust Fadhil Kassim
P130 Rasah – Teo Ean Kian
N20 Labu : Dato Hashim Rusdi (Penyandang)
N21 Bukit Kepayang - Wong Pui Foon
N22 Rahang – Julia Wong Pik Min
N23 Mambau – Dato Yu Chok Tou
N24 Senawang- David Chan
P131 Rembau – Khairy Jamaluddin B Abu Bakar (Penyandang)
N25 Paroi – Ghazali Abd Wahid
N26 Chembong – Zaiful Bahri b Idris (Penyandang)
N27 Rantau – Dato Seri Mohamad B Hasan (Penyandang)
N28 Kota – Dato Awaludin B Said (Penyandang)
P132 Telok Kemang – Dato VS Mogan (Berpindah dari DUN ke Parlimen)
N29 Chuah- Dato Seri King Lim Chin Fui
N30 Lukut – David Vincent Yeong Seng
N31 Bagan Pinang – Tun Hairudin
N32 Linggi – Abd Rahman Redza
N33 Port Dickson –Dr Tana Letchumy
P133 Tampin – Dato Shaziman B Mansor (Penyandang)
N34 Gemas – Abd Razak Said
N35 Gemencheh – Mohd Isam Hassan
N36 Repah – Yap Siong Fook
Monday, 15 April 2013
Aplikasi Android 'BN13' #GE13 #PRU13
Majlis Pelancaran Gerak Gempur Pemuda BARISAN NASIONAL Rembau Negeri Sembilan @menteribesarn9 @Khairykj @MHJHasan #negerisembilan #NS #GE13 #PRU13
Wednesday, 10 April 2013
Wednesday, 3 October 2012
Kadar TOL Lebuhraya Turun..
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dari Kuala Lumpur ke Seremban akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 60 sen apabila persimpangan bertingkat baru Plaza Tol Seremban siap.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata dengan pengurangan itu, pengguna hanya perlu membayar RM6.60 berbanding kadar semasa RM7.20.
Pengurangan itu adalah kerana jarak perjalanan Kuala Lumpur-Seremban menjadi lebih singkat dengan wujudnya persimpangan bertingkat bernilai kira-kira RM116.7 juta itu, katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
"Biasanya kutipan tol mengikut kadar sedia ada iaitu 14.9 sen bagi setiap km dan ia mengikut jarak dibenarkan. Jadinya RM7.20 ini (harga sebelum ini) jarak yang mereka gunakan untuk pergi ke Seremban (jarak dari Kuala Lumpur ke Seremban).
Selepas persimpangan bertingkat baru siap, plaza ini akan ditol dari Kuala Lumpur ke Seremban RM6.60 iaitu bermakna ada pengurangan 60 sen dari kadar biasa kerana jarak kurang,"
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121003/dn_20/Tol-ke-Seremban-kurang-60-sen-apabila-plaza-baru-siap#ixzz28EjeZITs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, 3 September 2012
Datuk Seri Najib Umum Tarikh PilihanRaya ke 13
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin diadakan November ini.

"11 darab 6 (UMNO), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (UMNO Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya sambil melirik senyuman.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi dan Beluran (UMNO Zon 5) di sini hari ini.
Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pimpinan parti-parti komponen.
Lebih 30,000 orang hadir memeriahkan majlis itu yang turut diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Zon 5.
Tambah Perdana Menteri, beliau amat gembira dengan kehangatan UMNO Sabah yang begitu mantap dan kuat.
"Tiada orang yang sangsi dengan kekuatan UMNO Sabah , jadi saya ingin tanya jika Pilihan Raya Umum Ke-13 dibuat esok, adakah rakyat Sabah akan undi sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN)," katanya sambil disambut dengan jeritan serentak 'Hidup BN' oleh para perwakilan.
Perdana Menteri seterusnya menegaskan, UMNO tidak akan sesekali memberi peluang kepada pemimpin yang tidak ikhlas berjuang dan hanya mementingkan keuntungan peribadi semata-mata.
Kata beliau, pemimpin boleh datang dan pergi, malah dalam sejarah perjuangan parti tidak pernah wujud keadaan terdapat individu tertentu yang lebih besar daripada parti.
"Jika berjuang hanya untuk mengisi perut, inginkan jawatan dan kuasa, sila keluar. Parti tidak memerlukan orang seperti ini.
"Kita akui di sesetengah tempat memang ada sedikit masalah. Ia berpunca daripada angkara 'pakar bodek' yang semua orang sudah tahu siapa dia. Setelah tidak berjaya di beberapa negeri seperti Sarawak, dia masuk pula ke Sabah," katanya.
Sementara itu, di Kota Belud, ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kampung Rampayan Laut, hari ini, Najib berkata, rakyat negara ini boleh menerima perbezaan budaya sebagai satu keunikan tetapi tidak sama sekali menerima sebarang unsur tidak sihat akibat perbezaan fahaman politik.
Sehubungan itu, tegas beliau, seluruh rakyat harus bersatu padu di bawah satu payung politik yang mampu menjamin masa depan negara iaitu Barisan Nasional (BN) dan menolak sentimen kesukuan yang boleh memecah-belahkan masyarakat.
Beliau menjelaskan, seluruh rakyat harus mengambil iktibar daripada sejarah iaitu penjajah dapat menguasai negara ini kerana mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah.
"Kalau kita berbeza dari segi budaya, kita mesti bersatu dalam politik kerana inilah kekuatan yang menentukan masa depan kita.
"Jika kita berpecah dalam kelompok kecil dan membiarkan sentimen kesukuan mengatasi pertimbangan yang lebih bersifat nasional dan rasional maka kita akan menjadi masyarakat yang kian lemah," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi membina Sekolah Menengah Agama Rampayan Laut di sini.
Beliau seterusnya berkata, UMNO dan BN telah terbukti berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan membawa pembangunan dan perubahan kepada negara.
Perdana Menteri memberitahu, parti keramat yang mula ditubuhkan di Semenanjung itu asalnya bertujuan memecah tembok-tembok kesukuan yang memisahkan sesama masyarakat.
''Atas sebab itulah kita menjadi kuat, Sabah menjadi kuat dan menjadi kubu BN kerana kita mengenepikan rasa kesukuan dan kita mengambil keputusan bahawa kita boleh memegang tradisi, kita boleh menghormati budaya tetapi politik kita bersatu di bawah UMNO dan BN," katanya.
Sumber : Utusan
Tuesday, 17 July 2012
RANKING TERBARU BLOG PRO KERAJAAN
Alhamdulillah.. Walaupun blog merahmato.blogspot.com baru dimulakan pada bulan Mac 2012, kini blog merah menduduki senarai ranking ke 122 dalam Malaysia setakat 16 Julai 2012. Kedudukan ranking blog merahmato pada bulan ini agak menurun tetapi dengan hanya '43 Sites Linking In' dan follower yang masih sikit, Merah berbangga dengan ranking tersebut.. Merah akan cuba memperbaiki kedudukan blog..
Kepada rakan-rakan blogger yang telah pautkan blog merahmato.blogspot.com, merah ucapkan ribuan terima kasih.. yang buat menyombong tu.. janganlah syok sendiri yer.. ingat perjuangan kita sama.. kito dah link kan.. depa buat bodoh jer.. Anyway.. kepada 43 blogger yang linkkan blog merahmato, Thank you very much... (ckp omputih kojap..hehe) kut ado rozoki merah belanjo teh tarik yo..
Kepada rakan-rakan blogger yang telah pautkan blog merahmato.blogspot.com, merah ucapkan ribuan terima kasih.. yang buat menyombong tu.. janganlah syok sendiri yer.. ingat perjuangan kita sama.. kito dah link kan.. depa buat bodoh jer.. Anyway.. kepada 43 blogger yang linkkan blog merahmato, Thank you very much... (ckp omputih kojap..hehe) kut ado rozoki merah belanjo teh tarik yo..
Insyaallah dengan sokongan yang diberikan, blog merahmato akan meneruskan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
Sumber : http://www.klxpress.com.my/
Monday, 21 May 2012
Nik Aziz tidak ikhlas nak Muzakarah
Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO menunjukkan Pas sebenarnya mencari alasan untuk tidak mahu berbuat demikian.
Nik Abdul Aziz tidak perlu meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah atau berbincang demi perpaduan umat Islam serta kepentingan orang Melayu di negara ini.
"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu, jadi apa nak syarat pula. Itu (syarat) pasal nak bagi alasan tak mahu muzakarah, nanti kata tak cukup syarat,"
Semalam, Nik Abdul Aziz meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah termasuk UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.
Beberapa pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun dilapor menolak cadangan mengadakan muzakarah.
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi maklum balas bahawa parti itu sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.
Tun Dr. Mahathir pun menyindir Pas kerana sanggup meletakkan syarat untuk berbincang dengan UMNO melibatkan hal Melayu, tetapi tiada sebarang syarat pula untuk bekerjasama dengan DAP.
"Dengan DAP, Pas tak letakkan syarat pula sampai Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu pun tak apa. Beliau belum jadi mayat pun dia (Pas) dah setuju, untunglah Karpal,"
Friday, 23 March 2012
Bantahan terhadap Anwar Ibrahim di seluruh negara
Desakan demi desakan serta kebencian rakyat di atas kenyataan Anwar Ibrahim kepada Wall Street Journal semakin meluap-meluap KLIK SINI
Anwar dilihat semakin terdesak mencari isu dengan mengadakan ceramah di merata tempat untuk mengahasut rakyat. Kehadiran Anwar dilihat untuk memecah-belahkan penduduk dengan menghasut serta menabur janji-janji manis.
Petang tadi selepas solat Jumaat beberapa DEMO secara aman dilakukan di dua buah negeri bagi membantah kehadiran Anwar Ibrahim ditempat mereka.
DEMO di Kg. Jawa, Chaah.
Selepas Solat Jumaat tengahhari tadi Pemuda-pemuda UMNO cawangan Chaah bersama dengan penduduk setempat telah membuat Demo bantahan secara aman di Jalan Nerawan, Kg. Jawa, Chaah.
Rata-rata yang hadir membawa kain rentang, sepanduk dan pelekat yang bertulis "ANWAR SELAMAT DATANG YAHUDI" "JAUHKAN DIRI DARI ANWAR" "ANWAR PENGKHIANAT NEGARA" dan lain-lain lagi.
Bantahan mereka mendapat perhatian oleh penduduk dalam dan luar kawasan di situ yang disokong oleh penduduk setempat dan menarik perhatian kira-kira 200 orang Jemaah yang baru lepas menunaikan solat Jumaat.
DEMO di Dungun, Terengganu.
Seramai 150 ahli PEKIDA kawasan Dungun, telah mengadakan DEMO bantahan pada pukul 3 petang tadi. DEMO yang dilakukan secara aman tersebut dilakukan bagi mendesak kenyataan Anwar Ibrahim pada WSJ.
Demo kira-kira 45 minit itu akhirnya berarak beramai-ramai dari tapak pasar malam lama Paka menuju ke Balai Polis Paka untuk membuat laporan polis.
Subscribe to:
Posts (Atom)