j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Kadar TOL Lebuhraya Turun..

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Wednesday, 3 October 2012

Kadar TOL Lebuhraya Turun..



Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dari Kuala Lumpur ke Seremban akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 60 sen apabila persimpangan bertingkat baru Plaza Tol Seremban siap.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata dengan pengurangan itu, pengguna hanya perlu membayar RM6.60 berbanding kadar semasa RM7.20.

Pengurangan itu adalah kerana jarak perjalanan Kuala Lumpur-Seremban menjadi lebih singkat dengan wujudnya persimpangan bertingkat bernilai kira-kira RM116.7 juta itu, katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Biasanya kutipan tol mengikut kadar sedia ada iaitu 14.9 sen bagi setiap km dan ia mengikut jarak dibenarkan. Jadinya RM7.20 ini (harga sebelum ini) jarak yang mereka gunakan untuk pergi ke Seremban (jarak dari Kuala Lumpur ke Seremban).

“Selepas persimpangan bertingkat baru siap, plaza ini akan ditol dari Kuala Lumpur ke Seremban RM6.60 iaitu bermakna ada pengurangan 60 sen dari kadar biasa kerana jarak kurang,"


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121003/dn_20/Tol-ke-Seremban-kurang-60-sen-apabila-plaza-baru-siap#ixzz28EjeZITs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...